Wednesday, December 27, 2017

Bini Mat Nor Menjelang Tahun 2018

Bini Mat Nor terlalu takut dengan kes-kes penipuan melalui telefon. Aku tak salahkan dia sebab aku pun takut juga.

Tapi tadi Bini Mat Nor terima panggilan yang nombornya tak dikenali.

Bini Mat Nor : Ya Allah! Peliknya nombor ni! Nombor dari negara mana ni?! Tolong block, aku takut!

Aku lihat skrin dan nombor pemanggil bermula dengan "011".

Reaksi yang mampu aku berikan hanyalah 1 simbol tolak, 3 underscore dan 1 lagi simbol tolak.

Macam ni : -___-