Thursday, December 22, 2016

Hari Ini

Jam dinding rumah Makcik Peah membuatkan aku terkejut. Bukan kerana jam dinding dia jenis burung kecil terkeluar dan menjerit "Cuckoo!" tiga kali tu, tapi sebab dah pukul 6 petang.

Aku dan Bini Mat Nor menziarahi Makcik Peah yang baru sahaja kehilangan pembantunya, Timah, beberapa hari lepas. Timah meninggal akibat darah tinggi.

Tapi Bini Mat Nor yakin yang punca kematian Timah adalah : Timah sedih yang teramat sangat kerana terlalu merindukan anak-anaknya di Medan.

Makcik Peah amat merasai ketiadaan Timah. Waktu-waktu begini biasanya Timah akan sediakan teh tarik. Sambil Timah tarik teh, Makcik Peah tarik selimut.

Walaupun tak ada burung kecil terpacul menjerit "Cuckoo!" satu kali, aku tahu sekarang dah pukul 6.30. Bini Mat Nor yang turut menyedari waktu terus meminta diri. "Kita dah lambat ni", ujar Bini Mat Nor sambil menggenggam tangan aku.

"InsyaAllah, sempat."

Kami teruskan perjalanan ke Ipoh Parade untuk membeli kek keju. Bini Mat Nor mahu menghadiahi kek keju untuk gengnya di pasar esok pagi.

Geng Pasar Bini Mat Nor (GPBMN) terdiri daripada peniaga-peniaga yang selalu terlalu baik terhadap Bini Mat Nor.

GPBMN sajalah kawan-kawan Bini Mat Nor di Ipoh selain daripada Makcik Peah dan Timah.

Sepanjang perjalanan ke Ipoh Parade, Bini Mat Nor hanya memandang ke luar tingkap kereta. Mungkin terkenangkan kenangan bersama Timah. Mungkin juga memikirkan kek keju.

Ya Allah, berat sungguh rasanya tanggungjawab kali ini.

"Kita tak boleh lambat, kamu kena jugak bawak Mak balik tepat pada masanya", Bini Mat Nor sudah mula rasa tak yakin dengan aku.

Alhamdulillah. Di antara jam 6.35 dan 6.50, aku berjaya membeli kek keju di Ipoh Parade, singgah membeli rokok untuk bukan aku di Kedai Abang Suki dan sempat membawa Bini Mat Nor pulang ke rumah tepat sebelum drama '7 Hari Mencintaiku' bermula. Hari ni episod terakhir, kalau Bini Mat Nor terlepas, aku akan rasa bersalah seumur hidup.

Berehatlah, Timah. Semoga satu hari nanti kau akan disatukan semula dengan anak-anakmu.

8 comments:

Rus Biru said...

Wow

Hami Asraff said...

Setelah 4 tahun tak update blog. Kini kau muncul Jeb.

blur12 said...

Tolonglah update selalu jebon oi

blur12 said...

Tolonglah update selalu jebon oi

'Izzat Roslan said...

Wau!

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

a girl like me said...

Anak mat norrrrr!! Welcome back. Please update sokmo please

Anonymous said...

i miss anak mat nor.. suku kata ronggi ponggi sentiasa menjadi memori terpahat di dalam benak mindaku..