Monday, October 10, 2011

Garden of Eden - Tak Payah Baca Pun Tak Apa

Garden of Eden adalah... Aku malas nak cerita. Google sendiri.

Apa yang aku nak utarakan ialah tentang Tadika Eden. Simbolik nama tadika ini dan perhubungannya dengan Garden of Eden, bolehlah kau fikirkan sendiri sebab aku malas nak cerita.

Aku pasti kamu pernah terserempak dengan tadika ini. Ada beberapa cawangan yang aku pernah nampak di sekitar Selangor. Di mana lokasinya, carilah sendiri. Aku malas nak cerita.

Persoalannya sekarang ialah : Ada tak cawangan Tadika Eden di Negeri Sembilan?

Kalau ada, mungkin akan berlaku perbualan sebegini :

"Selamat datang ke Tadika Eden!"

"Tadika ini bukan Ekau yang punyo!"

"Tadika ni Tadika Eden la!"

"Bukan! Tadika ni bukan Ekau punyo! Eden tak pecayo!"

Ha, menyesal tak baca?

Tata.