Monday, October 18, 2010

Mengata Dulang Paku Serpih

The pot has to call the kettle black.
Because calling the kettle nigger is just plain rude.

Tuesday, October 12, 2010

Derma Darah

Sebelum bermula, ingin aku memberi peringatan supaya tak payah ada yang nak buat lawak 'derma dara' Samy Vellu, ya?

Okey.

Kali pertama aku derma darah adalah sewaktu aku masih belajar di UiTM, Shah Alam kira-kira 8 tahun lalu.

Iya, 8 tahun lalu. Siapa kata aku tua, lebih baik kau berambus dari sini sekarang!

Aku kata berambus!

Ha.. Aku nak cakap apa tadi?

Oh ya, derma darah.

Pada waktu itu, kempen derma darah oleh Kementerian Kesihatan diadakan di kampus kami. Semua jururawat dan doktor yang dihantar untuk kempen ini memang cantik dan kacak dan muda. Sedaplah mata memandang. Kiranya kalau sakit dicucuk jarum pun, sakit itu akan hilang serta-merta bila terpandang wajah semua jururawat dan doktor itu.

Tiba giliran aku untuk menderma darah. Gemuruh.

Salah satu benda yang aku benci tentang diri aku ialah bila aku gemuruh atau malu aku akan menggunakan 'jenaka' sebagai mekanisme pelindung (defence mechanism). Jenaka yang dimaksudkan di sini adalah lawak-lawak yang tak kelakar. Lawak-lawak awkward. Tahu?

Jururawat cantik mula mengambil nota maklumat peribadi aku. Jadi bila dia tanya, "Jenis darah?", aku dengan kononnya kelakar menjawab, "Darah bangsawan, cik."

Suasana yang mulanya sunyi mula diisi dengan gelak tawa.

Gelak tawa aku sendiri.

Gelak tawa aku seorang.