Thursday, April 22, 2010

iPhone Auto-Correction

Siapa pengguna iPhone di sini angkat tangan.

Okey, jadi kamu tentu faham tahap sakit hati aku setiap kali bila menaip sms dalam Bahasa Malaysia bila menggunakan iPhone, kan?

Eh, lupa pula. Turunkanlah tangan tu.

Ha, bila menaip sms dalam Bahasa Malaysia, sistem auto-correction iPhone akan menukar perkataan Bahasa Malaysia yang ditaip kepada perkataan Bahasa Inggeris ejaan terdekat. Contohnya, perkataan 'kita', auto-correction akan tukarkan dengan selamba jadi 'kits', perkataan 'garit' jadi 'gator'. Cubalah, kalau tak percaya.

Baru-baru ini, aku mendapat khabar berita yang salah seorang bekas kekasih aku telah dikurniakan seorang anak. Ini bekas kekasih yang berpisah dengan aku dengan cara yang tak begitu aman. Malaslah cerita tentang cara berpisah. Nanti kamu (aku) nangis, susah.

Jadi aku dengan baik hatinya menghantar sms kepada dia. Aku taip 'Hey you. Anak sihat? :)' lalu terus tekan send. Tanpa aku sedari, si bodoh iPhone punya auto-correction telah meng'correct'kan ayat aku.

Jadi, sms yang bekas kekasih aku terima ialah, 'Hey you. Anal sihat? :)'

Tak payah tahulah dia reply apa.

Cerita Panas

Sebagaimana kamu semua tahu, kebelakangan ini, cuaca memang panas. Panas semacam.

Ah! Aku dah tak reti menulis. Hampir setahun tak kemaskini blog. Maaf. Aku tak suka intro itu. Aku cuba lagi sekali. Okey?

Okey.

Sebagaimana kamu semua tahu, kebelakangan ini, cuaca memang panas. Panas gila babi.

Aku bukan puteri lilin. Aku boleh tahan terik (Rujuk pada warna kulit, Accapan putih sikit dari aku. Percayalah). Tapi aku can't help but to merungut sekali-sekala bila berada dalam keadaan panas terik.

Aku tak kisah kalau sesiapa di sekeliling aku merungut akibat panas, sebab aku faham. Cuma aku tak tahu bagaimana untuk respon. Jadi kalau orang merungut panas, aku diam saja dan cuba bantu dengan meniup-niup ke arah orang itu. Tak membantu sebenarnya tapi aku beri diri sendiri 'A' untuk effort.

Akan tetapi, setiap kali aku kata "Wei, panas gila weiiii", kebanyakan orang di sekeliling aku akan memberi respon yang sama. Dari waktu aku sekolah rendah lagi.

Aku : Wei, panas gila wei.
Rakan Sekerja : Sabarlah. Neraka lagi panas.

Aku : Wei, panas gila wei.
Ustazah : Kamu tahu tak api neraka itu jauh lebih panas? Ini sikit je pun kamu tak tahan.

Aku : Wei, panas gila KL sekarang wei.
Kawan : Kau tahu tak Melaka lagi panas? (Oh, ni kawan aku yang tinggal di Melaka cakap, respon ni saja yang berbeza)

Aku : Wei, panas gila wei.
Bos : Api neraka punya panas berjuta-juta kali ganda lagi panas dari ini. Jom cari kuih bengkang. Saya teringin.

Aku ada masalah dengan respon tersebut sebab aku tak puas hati.

Yang dia orang yakin sangat aku akan masuk neraka apasal?

Jangan jawab.