Monday, April 13, 2009

Pengumuman

Terkini : Buku sudah habis dijual. Permintaan ditutup mulai se... karang! Kepada sesiapa yang suruh aku e-mel (walaupun aku suruh kamu yang e-mel aku), sila periksa e-mel anda.

Setiap orang ada fantasi. Setiap orang ada impian.

Kepada semua orang yang bercita-cita untuk ada misai ala Datuk K atau A. Galak dan teringin menjadi seorang sugar daddy tetapi tidak kesampaian, aku boleh bantu kamu capai impian tersebut.

Belilah buku Perempuan Simpanan dari aku. Nescaya, dengan memiliki Perempuan Simpanan, kamu akan rasa seperti kamu ada misai ala Datuk K atau A. Galak dan diri kamu adalah seorang sugar daddy.

Mungkin.

Aku ada 30 Perempuan Simpanan (cakap dalam nada berlagak Zed Zaidi dalam drama Sembilu Kasih. Nota : Aku TERtengok Sembilu Kasih masa tu. TER. Serius. Tolong percaya)

Sesiapa yang mahu beli Perempuan Simpanan (barang baek punya) dari aku, sila hantarkan e-mel ke j.mohd.nor at gmail dot com.

Tiga orang yang aku dah paksa (ugut) suruh beli tu, jangan nak buat-buat lupa ya. I know where you live.