Monday, March 30, 2009

Gambar Terbaru Aku Selepas Potong Rambut Lagi

Gambar diambil sewaktu Earth Hour.

Hello!

Aku akan kemaskini blog soon (How soon is soon? Jeng jeng jeng). Komen juga akan dibalas. Aku baca dan ingat komen kamu semua. Cuma perlukan sedikit masa untuk membalas sebab sekarang perlu rajin bekerja seperti semut untuk merasakan manis di hari muka, pada masa yang sama, aku perlu berhati-hati agar tidak jatuh ke dalam air sirap dan lemas.

Terima kasih.

Tuesday, March 3, 2009

Entri Separa Lucah Pertama Aku

Rakan aku, Syed Husni, pantang bila sesiapa membuat kesilapan mengeja atau tatabahasa.

Sangat pantang.

Aku tersilap eja nama Accapan pun dia marah (Tahulah muka macam Accapan, janganlah sensitif sangat!). Dia akan betulkan dengan cara lembut, tapi selalunya kasar. Terpulang pada situasi.

Aku pula tak kisah sangat kalau orang nak salah mengeja atau salah tatabahasa. Kecuali kalau orang tu ejek aku tak pasal-pasal. Benda begini tak berapa annoy aku sebab aku pun kadang-kadang salah eja (contoh : aku eja Accapan sebagai Acappan).

Tapi, ada beberapa kes yang aku tak boleh tahan. Aku rasa kena betulkan juga.

Contohnya, Fauziah Latif dan Fauziah Ahmad Daud sewaktu menjadi juri pertandingan Malaysian Idol dan Akademi Fantasia.

Apabila ada peserta yang tak berapa fasih berbahasa Inggeris menyanyikan lagu Inggeris, mereka akan kata "Adik, proNOUNciation tu kena betul dik, ya. Nanti suruh cikgu-cikgu ajar proNOUNciation yang betul ya." dengan nada suara yang paling lantang.

Peserta-peserta tu pun akan tersipu-sipulah sambil mengangguk-angguk dan merundum sedikit tahap keyakinan diri mereka.

Macam Magenta pernah kata, ibarat mengambil tip diet dari orang gemuk.

Perkataan itu sebenarnya ialah proNUNciation.

Aku tak kisah kalau ada yang bersembang dan masih sebut proNOUNciation. Tapi Fauziah Latif dan Fauziah Ahmad Daud ini aku terkisah sebab mereka menyuruh orang untuk pronounce betul-betul, tapi mereka sendiri pun salah pronounce.

Ada lagi satu perkara yang aku perlu ambil kisah tentang sebutan :

Semalam, ada seorang lelaki kurus bermisai nipis di tempat kerja sementara aku mengomel seorang diri. Mungkin juga dia sedang bercakap dengan aku, sebab hanya kami berdua saja di pejabat ketika itu.

Aku tanya, "Kau kenapa?"

Dia jawab, "Aku runsing ni!"

Aku tanya lagi, "Kenapa runsing?"

Dia jawab, "Aku tak dapat konek la.... Aku stress!"

Bila mana-mana lelaki kurus bermisai nipis cakap kat aku yang dia runsing sebab tak dapat konek, memang aku akan tersentak secara automatik... (Sebab aku suci)

Aku diam..... (main solitaire)

Dia berkata lagi dalam nada yang marah, "Wei, kau tolong call kan TM sekarang. Tanya dia orang apasal aku tak dapat konek kat internet ni! Bengang betul aku!"

Connect connect connect!!!
Bukan konek laaaa, bodoh!!

Bila Di Negara Orang Indonesia

Entri ini aku tulis dah lama, 9 Februari 2009, tapi aku betul-betul lupa tekan 'Publish Post'.

Sms penting yang aku terima semasa aku di Indonesia :

1. Dari kawan aku, Alma Si Pembenci Ikan, yang tinggal di JB.

'Kau tahu tak kat Perak, BN dah ambil alih? Orang PAS semua mengamuk. Siap baring kat jalanraya tak kasik orang BN masuk istana. Balik cepat! Perak dah huru-hara!'

Selang beberapa jam aku mendapat sms ini :

2. Dari Bini Mat Nor yang tinggal di Perak.

'Tahu tak Mas AF dah masuk hospital gila? Kesian dia... Nak balik Sabah pun takde duit. Jangan lupa belikan mak brownies tau nanti.'

Sms kedua meyakinkan aku yang orang-orang Perak berada dalam keadaan okey.