Saturday, January 17, 2009

Lim Tat Dapat Bini Kaya

Pernah tak kamu dengar sesetengah orang memberi gelaran kepada anak orang-orang kenamaan atau anak orang-orang berada sebagai anak 'somebody'?

Contoh perbualan :

Romlah : Nok, betul ke si Lim Tat dapat bini kaya?

Nok : Hak ah! Ekceli, bini dia tu tak kaya sangat tapi dengar cerita, dia anak 'somebody' la jugak!

Aku tak ada masalah dengan Lim Tat. Cuma aku tak faham sangat penggunaan gelaran 'anak somebody' itu.

Bukankah kita semua... err.. anak somebody?

Aku tulis ni dalam keadaan separa sedar, aku mabuk tempe.

Serius.

Giat Memplagiat

Three wise men once said, "Diam adalah pintar." (three wise men apa benda, KRU lah, dalam lagu Fanatik, yang bermula begini "Ketepi ketepi! Gergasi sudah kembali!")

Jadi aku rasa baik aku diam sajalah.

Anggap saja diplagiat sebagai satu bentuk pujian.

Kan?

Kamu rasa kenapa KRU kata "Diam adalah pintar"?

Aku rasa sebab orang-orang yang pandai/pintar selalunya boleh dijumpai di perpustakaan dan bila di perpustakaan kita kena diam.

Nampak tak hubung kaitnya disitu? Nampak tak? Nampak tak?

Okay, jangan jawab.

Kalau aku.. aku plagiat blog ni. You allz rasa okay tak? I allz rasa, okay.

Wednesday, January 14, 2009

Haram Jadah!

Komputer riba aku rosak, jadi aku sekarang berada di sebuah kafe siber berhampiran dengan rumah untuk menghabiskan kerja yang bertimbun (baca : periksa Facebook dan main Text Twirl). Tapi betul, aku memang ada kerja yang perlu disiapkan segera.

Bosan.

Tadi sedang aku tekun menaip kertas kerja, aku dengan tidak sengaja terbazirkan 10 minit meneliti keyboard dengan penuh rasa hairan dan sedikit marah.

10 minit.

Terima kasih kepada Mamat Feng Tau Kuku Panjang penjaga kaunter yang telah baik hati memperkenalkan aku kepada huruf 'x', bila aku buat aduan (dengan muka yakin & bengang) yang keyboard kafe siber tu tak ada simbol darab.

Iya, 10 minit.

Halal Jadah!

"Let's trip the light fantastic, baby, just you and me."

Monday, January 5, 2009

Peristiwa Hitam Yang Dialami Oleh Aku Yang Hitam

Selepas membaca entri dari Magenta yang bertajuk Obsesi Masyarakat dengan Kulit Putih, serta entri dari Sue Anna Joe dan Perempuan Jomblo yang berkaitan dengan topik yang sama tidak berapa lama dahulu, aku rasa terpanggil untuk menulis tentang pengalaman aku sebagai seorang yang berkulit tidak putih yang hidup di Malaysia.

Tidak diterima dan dihakimi kerana paras rupa dan warna kulit adalah perkara biasa.

Antara peristiwa pertama yang aku ingat tentang aku tidak diterima, kerana warna kulit aku yang agak hitam ini, berlaku pada penghujung tahun 1991 sewaktu aku berumur 8 tahun.

Pada waktu itu, semua di sekolah sibuk dengan persiapan Hari Penyampaian Hadiah. Aku sedih juga kerana tak dapat naik ke pentas dewan untuk menerima hadiah murid terbaik. Tapi oleh kerana kad laporan aku memang menyerupai gampang, aku terpaksa terima kenyataan. Lagipun, aku bukan nak sangat hadiah murid terbaik tu.. Aku nak naik ke pentas dewan sekolah saja. Teringin. Itu misi penting aku ; naik ke pentas dewan sekolah dengan apa cara sekalipun.

Jadi apabila ada sesi ujibakat untuk menyertai sebuah persembahan lakonan sempena Hari Penyampaian Hadiah, aku menyimpan hasrat untuk mendapatkan watak utama persembahan tersebut supaya aku boleh naik ke pentas dewan sekolah. Ini peluang aku.

Ujibakat untuk watak utama persembahan murid darjah 2 diadakan di bilik muzik dan dikendalikan oleh Puan Rohana (aku rasa itulah nama dia, tak berapa ingat). Sedang aku menunggu giliran untuk dipanggil, aku ternampak Michelle Mariam yang juga sedang menunggu giliran untuk diujibakat.

Michelle Mariam adalah rakan sekelas aku. Dia berdarah kacukan Melayu dan Inggeris. Dengan kulitnya yang putih kejinggaan, rambut semulajadi blonde nya, freckles di hidung dan pipinya, dia memang tidak menyerupai mana-mana murid Melayu pun. Kalau ada pun anak Melayu yang berambut blonde, itu pastinya tidak asli. Dan kalau ada anak Melayu yang macam ada freckles di hidung dan pipi, kemungkinan besar itu adalah jeragat atau blackheads, bukan freckles.

Aku rasa Michelle Mariam sendiri pun tahu, menjadi anak kacukan comel seperti dia ada banyak kelebihan. Antara kelebihan itu ialah semua cikgu suka dan memanjakan dia. Tetapi dia tidak menyalahgunakan kelebihannya itu. Dia baik.

Jadi bila aku ternampak Michelle Mariam yang juga sedang menunggu giliran untuk diujibakat, aku hampir putus harapan. Aku tahu, kalau dibandingkan aku dengan dia, memang dia lagi comel dan cantik. Dia ibarat Heidi Klum dan aku pula ibarat T.Pain (rapper dalam lagu apple bottom jeans, boots with fur tu).

Tapi aku teruskan juga dengan sesi ujibakat dan bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik. Semasa giliran aku diujibakat, tanpa disuruh, aku buat monolog dari filem animasi kegemaran aku waktu itu, iaitu The Land Before Time. Aku tak ingat babak mana atau watak siapa, tapi aku siap buat gaya dinosaur, itu yang pasti.

Akhirnya, aku tidak dapat pun apa-apa watak. Puan Rohana memberitahu aku yang aku tidak sesuai untuk play tersebut. Dia juga berkata yang aku patut masuk pasukan pancaragam genderang sekolah. Sampai hari ni aku tak faham kenapa.

Dan seperti yang dijangkakan, watak utama menjadi milik Michelle Mariam.

Mungkin salah aku juga. Tapi aku terima dengan tabah dan aku redha.

Manalah aku tahu bahawa ujibakat yang aku hadiri tu untuk mencari pemegang watak Snow White.

Tak ada notis pun.

Thursday, January 1, 2009

Aku Dan Twilight

Kadang-kadang bila aku rasa bosan, aku akan ke laman web Bryan Boy. Saja-saja.

Ini Bryan Boy.


Semalam aku tonton filem Twilight.

Babak dimana kulit Edward Cullen berkilau-kilau bila dia terkena cahaya matahari tu membuatkan aku terus teringat pada Bryan Boy.

Sebab Byran Boy kata "I am so gay, I sweat glitter!" Heh..

Tapi memang cantiklah kulit Edward Cullen yang berkilau di bawah sinaran matahari tu.

Aku rasa M. Daud Kilau pun boleh jealous.

Rawak Dan Merewang

Tempoh hari aku menonton How I Met Your Mother. (Aku tak ada perasaan suka atau tak suka kepada siri tv itu..... Okay, aku tipu. Mungkin aku ada sedikit rasa tak suka. Mungkin sebab pelakon utama dia tak nampak macam pelakon sitkom. Aku tak tahu macam mana nak jelaskan)

Anyway, episod yang aku tonton itu mengisahkan mereka berempat hendak pergi meraikan malam tahun baru di lima majlis keramaian yang berbeza mengikut turutan. Bermula dengan party number 1, diikuti dengan party number 2 dan 3 dan 4 dan 5. Mereka menyewa sebuah limousine berserta seorang pemandu untuk membawa mereka ke lima-lima majlis keramaian tersebut.

Tiba-tiba, salah satu dari empat sahabat itu, Lily, terpaksa meninggalkan mereka untuk pulang ke rumah sekejap sebab dia nak tukar kasut. Kasut yang dia pakai tu membuatkan dia sakit kaki dan tak selesa. Jadi mereka mengucapkan "Bye!" pada Lily sekeluarnya Lily dari limousine itu.

Bila mereka ucapkan "Bye!", sari kata Bahasa Malaysia di bawah skrin tertulis "Bai!". Penulis sari kata tu tak tahu ke bai dalam BM adalah nama panggilan untuk seorang lelaki Benggali?

Aku yakin yang mereka tahu bahawa Lily bukanlah seorang lelaki Benggali.

Aku rasa perkataan 'Bye' itu boleh dialih bahasakan menjadi 'Tata', sebab 'Selamat tinggal' panjang sangat.

Iya, 'tata' adalah perkataan BM yang bermaksud 'bye'.

Sebab tu pelajar-pelajar kita yang hendak menyambung pengajian ke luar negara kena pergi program Biro Tatanegara tu sebelum mereka ucapkan tata kepada negara.

Gila deep tak aku?

.....

Okay, tak.

Entri Yang Ada Terselit Lebih Dari Satu Klip Video Penting

Aku telah di tag oleh Hadi, anak Mat Nor nombor 4.

Tanpa membuang masa, mari kita mulakan..

1) Do you think you're hot?
Tak. Tapi kalau dalam gelap, rupa aku akan jadi kurang keji la.

2) Upload your favorite picture of you!


3) Why do you like that picture?
Because I look better in the dark. Dan aku memang suka imej silhouette.

4) When was the last time you ate pizza?
Beberapa minggu yang lalu di Kedai Pizza Teksi Kuning.

Itulah pertama kali aku rasa terharu bila makan pizza sebab sedap. Pada gigitan ketiga, mata mula berkaca-kaca dan bersinar tanda terharu.

5) The last song you listened to?
She's Leaving Home nyanyian The Beatles (versi Magic Numbers aku bolehlah terima). Oh, sekarang lagu Big In Japan nyanyian Tom Waits.

Kalau suara aku macam Tom Waits, aku akan cakap tanpa henti.

6) What are you doing right now besides this?
Aku sedang cuba untuk menghidu bau hujan... Aku selalu dengar orang kata bau hujan tu best.

Tapi menghidu bau hujan dan menghidu bau kumpulan Hujan adalah dua perkara yang amat berbeza. Okay?

7) What name would you prefer besides yours?
Dua tahun lalu, aku melalui fasa ganjil dan memaksa rakan-rakan terdekat memanggil aku Junior. Pada waktu itu, aku rasa yang nama Junior tu paling sesuai untuk aku. Tapi aku fikir, bila aku dah tua dan reput nanti, kalau orang masih panggil aku Junior, memang tidak manislah gayanya ya.

Hmm.. kalaulah ada orang yang betul-betul bernama Mawi World, cool tak kamu rasa?

"Aku nikahkan dikau Mawi World dengan Ekin binti Rahmat dengan mas kahwin sebanyak RM22.50 tunai."

Tak cool.

Kawan aku pernah berjumpa dengan seorang gadis yang berumur awal 20-an buat pertama kalinya, dan gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai Baby^Butterfly. Dan kawan-kawan gadis itu memang panggil dia dengan nama itu.

Macam mana nak sembang dengan kawan yang kita kena panggil Baby^Butterfly? Tak kisahlah jika kamu nak guna nama Baby^Butterfly tu sebagai nama pena ke apa, tetapi carilah nama yang mudah sikit untuk kawan-kawan kau sendiri panggil.

Mungkinkah waktu Baby^Butterfly kecil nama dia Ulat^Bulu?

Dan aku telah terkeluar tajuk.

7)People To Tag :

1) MC Hammer
2) Nas Ahmad
3) Lindsay Lohan
4) Hadi M. Nor (tak payahlah buat lagi sekali. saja je tag kamu balik, sebab nak bagitahu semua orang yang kamu boleh nari macam Beyonce)
5) Nais Mahyuddin

8) Who is number one?
MC Hammer adalah seorang penyanyi rap yang terkenal dengan lagu U Can't Touch This di awal tahun 1990-an.

Kalau kamu tak kenal dia, maknanya kamu terlalu muda dan mungkin tak kenal Modern Talking juga. Kalau tak kenal Modern Talking, pergi layan lagu Brother Louie.

9) Number three is having a relationship with?
Samantha Ronson

10) Say something about number five?
Aku kenal Nais sewaktu belajar di UiTM Shah Alam beberapa tahun yang lalu. Dia, aku kirakan sebagai kawan aku di saat ketawa dan menangis. Literally. Sebab dulu dia selalu lepak di rumah aku dan Bibik akan menyajikan kami dengan nasi lemak yang terpedas di dunia tapi sedap. Kami suka makan nasi lemak sambil tonton siri tv Friends. Jadi kami akan ketawa sebab tengok Friends dan pada masa yang sama akan menangis sebab tahap kepedasan nasi lemak yang melampaui batas. Itulah Nais.. kawan aku di saat ketawa dan menangis. Serentak.

11) How about number four?
Hadi boleh menari macam Justin Timberlake dalam klip video Single Ladies nyanyian Beyonce seperti video di bawah :



Kadang-kadang, Hadi juga boleh menari macam Ellen Degeneres, Chris Brown dan Pussycat Dolls. Aku tak tipu. Kalau aku bercakap tentang Beyonce, Ellen Degeneres, Chris Brown dan Pussycat Dolls dalam satu perenggan, maksudnya aku serius.


12) Who is number two?
- Nas Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Abang Rambut Kertak ialah seorang wartawan hiburan TV3. Dia mengendalikan satu segmen di dalam rancangan hiburan, Melodi, dan segmen itu bertajuk 'Terjah'. Sepertimana nama segmen itu, sebegitulah Nas Ahmad akan menemuramah artis-artis yang dia mahu terjah untuk memaparkan apa saja yang dapat menimbulkan kontroversi, penuh sensasi dan panas.

Dia akan menjejaki artis itu hingga lokasi artis itu dah diketahui dan tanpa amaran dia akan mula menemuramah secara tiba-tiba tak kira waktu atau tempat. Surprise la kira.

Cuba layan lagu tema Terjah yang dinyanyikan oleh Amy Search ni :



Aku rasa di kampung belakang rumah aku di Ipoh, selalu juga berlaku aksi terjah-menerjah ni. Tapi bukanlah di kalangan artis. Hanya di kalangan penduduk kampung itu sahaja.

Aku rasa dikebanyakan kampung atau mana-mana petempatan pun, selalunya akan ada seorang 'Nas Ahmad' yang menjadi tukang terjah yang suka menjaga tepi kain orang dan selalu tidak berpuas hati dengan penduduk-penduduk lain.

Tukang terjah di kampung belakang rumah aku tu ada iras Nas Ahmad sikit sebenarnya. Lebih-lebih lagi rambut. Memang seakan sama. Dan seperti Nas Ahmad juga, dia suka memperbesarkan perkara-perkara yang sebenarnya tak besar pun.

Tapi orang tak panggil dia Abang Rambut Kertak la.. sebab nama dia Makcik Wok.

Selamat Tahun Baru

SEKEPING CERMIN

Kulihat ke luar tingkap
kulihat diriku
berjalan mundar-mandir
di tengah halaman
memikul sekeping cermin

Malam telah larut
kulihat tapak tanganku
kubuka kembali balutan kainnya
tidak ada garis luka di situ
waktu tingkap kututup
kedengaran pecahan kaca
di anak tangga

.Latiff Mohidin