Hadiahnya berupa sekeping tiket untuk menonton Envy di Kuala Lumpur.
Siapa nak?
Sila berikan sebab kenapa aku perlu beri kamu tiket itu. Jawapan yang aku rasa paling bagus akan dipilih sebagai pemenang.
Selepas pertandingan ini, aku akan kemaskini. Banyak betul benda aneh yang aku mahu kongsi dengan kamu.
Rindu.
Thursday, June 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

122 comments:
alahhhh. saya tak tinggal kat KL ):
Aku nak sebab aku rasa memang aku layak dapat.
Terima kasih
sebab org dah nak bagi aku amek je la....
sebab aku kawan ko masa sekolah menengah..ko 4V1, aku 4K1...
xde sebab, ikhlas nak bagi kan?hehe~
sbb saya tak kenal sangat itu envy..
jd mau knal lebih lagi...huhu
rezeki jgn ditolak, musuh jgn dicari, kan??
Aku yang paling layak sebab aku di Sepilok, Sandakan. Huhuh!
sebab yang bagus utk dipilih pemanang...
hmmm...hmmm
jawapan: sebab aku sendiri memang bagus (????) (kerek siutttttt jawapan)
sebab aku sendiri tak tau Envy tu apa. sila beri peluang utk aku mengenalinya dengan lebih dekat.
jom, bagi kat aku, aku teman kamu pergi sana wahai anak mat nor.
dalam masa yang sama, kamu boleh explain lebih lanjut tentang junk dan apa-apa lagi filosofi berkaitan dengan muzik mereka kat aku.
drinks on me. ok?
damn, i meant to say "tentang envy" dan bukan "tentang junk".
see, i desperately need to be educated.
Sebab esok ulang tahun kehidupan gua. Bersempena hari Jumaat, ko bikin amal jariah memang akan gua ukir nama lu di dinding rumah jiran gua agar dikenang sampai bila-bila. Wajah gua yang iras-iras orang Jepun membuatkan gua tak kekok untuk bersama ahli kumpulan Envy. Sekian alasan gua.
Terima Kasih
ak xkesah ko nk bg kt ak or x?
tp ak nk menang supaya
pertandingan nih cepat abes then
ko kemaskini blog haram puaka addict nih secepat mungkin.
dah.
jebon, kau kena bagi aku tiket tu sebab jauh di lubuk hati kau memang tertanam perasaan yg terpendam sekian lama untuk memberikan aku tiket tu. Sambil makan, kau teringat nak bagi tiket tu kat aku. Sambil tidur, kau termimpi memberikan tiket tu pada aku.
Entahlah, kau pun tidak tahu kenapa tapi hati kau terpanggil untuk memberikannye pada aku walaupun tiba tiba langkah kau terhenti, sejuta wajah telah menghalangmu, ingin kau bagi kat orang lain tapi mereka berkata, tak perlu kau berlari mengejar impian yg tak pasti... jadi last2 kau bagi kat aku jugak kan jebs kan.
* sori sweet charity aku curi sket lirik korang.
jebon; kau kena bagi aku ticket tu kerana aku adalah penunggu kau yg setia, menuggu kau setiap hari menghapdet blog!.. tapi hampeh... akhirnya kau hapdet juger... silalah bagi aku...
anda kena beri tiket tu kepada saya...kerana saya amat memerlukan tiket itu, ianya seperti sebuah kisah yg sgt sedih..pada asalnya sewaktu belajar di Jepun dulu saya adalah anggota asal utk band ENVY ni..name asal band ini bukan ENVY tetapi NEVY, kerana mereka semua adalah kelasi kapal..saya telah bertungkus lumus utk menaikkan band NEVY ini,saya jadi malas belajar kerana nak fokus dekat band ini,saya dibuang dari universiti kerana selalu ponteng kelas, tetapi tak mengapa kerana band ini cukup popular pada waktu itu,. banyak gadis² jepun amat menyukai band ini,hinggalah pada suatu hari saya telah jatuh cinta pada seorang gadis jepun yang sebenarnya adalah gf kepada drummer band NEVY ini, pada mulanya saya tidak tahu,hinggalah tiba² mereka semua sepakat hendak membuang saya dari band, lalu menukar nama kepada ENVY kerana nama NEVY tu saya yang bagi.mereka lansung tidak mahu mendengar penjelasan saya, mereka ignore saya, call x angkat, sms tak reply, saya add mereka kt facebook pun mereka reject.Saya balik ke m'sia dgn perasaan yg hampa, dah la kena buang universiti,family marah kt saya,kemudian kena tanggung bayar hutang perbelanjaan saya di Jepun dulu dan disbbkan mereka akan dtg ke KL saya berharap sgt dpt jumpe mereka, saya akan cuba terangkan pada mereka.saya berharap mereka akan tarik saya utk masuk ENVY semua,saya mmg sgt broke buat masa ni, tidak ada kerja,dah tu kena bayar hutang lagi..saya harap cik dapat bantu saya merealisasikan impian saya.bantulah saya..
oo..Envy tu band ke?
bukan cite comidi Envy ti ke?
seriusly...bg tiket so dat ko blh educate insan jahil 'envy' mmg berbaloi..cam berlabur tok masa depan
skrg ko plk bk 1 reason knp ak kne nak tket envy?
nak bg aku pun bleh....
aku x kesah pun sape2 pun yg dpt tiket tuh...
janji ko update blog suda....
aku x kenal sape envy dan aku tak kisah kalau ko x kasik kat aku... ade aku kisah? cakcakcakcakcak
beb... cam pertandingan cogan kata arr plak.. hahahaha.. cogan kata saya... kerana anak mat nor emcem.. boleyy?
erk.. band envy ni hape?
aku xnak tiket tu...cuma nk gatalkn tgn komen kat sni :)
cepattt2!!! aku addicted nk baca entry2 baru dri ko!!fuhh~
i rindu u jugee..tskk tskk
sebab 'harta itu ahmad albab yg pnya'.
ho
aku nak tiket supaya aku boleh bagi hadiah kat orang lain.
because aku miss dorng last year so aku kali nie aku TAK NAK miss dorng lagi.
but then tak kesah pun sbb aku pun da beli tiket da hehe.
saje nak menyemak kat sini =B
aku nk tiket tu supaya aku dpt melihat gig buat kali pertama. Ya aku akui aku skema. So demi menghilangkan panggilan skema dalam kalangan kawan2 aku, aku memerlukan tiket tu dan sambil menunjukkan kepada mereka lalu berkata,
"aku dpt pergi gig so lepas nie korang kena hormat aku."
And all the rest is history. Aku dpt jd budak popular dan naik pangkat dr skema kepada cool kerana aku melihat Envy di KL. Ye KL. Satu metafora untuk menampakkan betapa coolnya aku. So itu lah reasonnya kenapa aku memerlukan tiket tersebut walaupun aku x tau langsung apa itu Envy dan merupakan seorang yg buta muzik serta tdk pernah tgk konsert sure heboh di TV3. Ya, saya tidak cool. Tepuk!!!
Sekian.
damn!!!! serious2!! aku sanggup wat ape je utk dapat tket tu...aku merayu...
sebab kalau kau bagi aku, aku bagi kau balik. kamonn junad, subangian bebeh! u bagi i, i bagi balik u hahaha.
aku taknak tiket tu. aku duk kat terengganu. jadi, tolong jangan bagi aku. *muka serius*
tapi kan, jebon tak cakap pun yang jebon pergi skali, hahaha.
jeb..secara jujurnya, akulah paling layak utk menerima tiket tersebut.
aku tak mahu tiket tu jatuh di tangan orang yang tak bertanggungjawab jeb. lagi..lagipon..ini berkaitan dengan masa depan kita bersama. aku tak mahu kau tersalah pilih dan menyebabkan kau menyesal di kemudian hari dan membuatkan kau... aahhh..
ikut kau la jeb..!!
sebab kita berjiran di taman golf, ipoh :]
sebab aku pernah dirawat di KLINIK NAGA...
klinik yang kau pertikaikan kewujudannya satu masa dahulu...
sebab saya nak.
aku yg layak sebab aku tak tau dan tidak mau amik tau apa itu envy bodoh ini, apa cerita tonntonan itu, dan aku tidak mahu tau. tapi yang aku tau org akan envy aku jika aku dapat tiket envy ini. yes. envy- mengenvy. lagipun junad, kita penah ada history 'envy' mcm sial bersama sehingga aku dibenci 7 keturunan. ko jgn lupa itu. hihih. kasi aku cepat !!!
saya mahu tiket envy kerana kejelitaan adalah hak milik setiap insan. dan mmg saya adalah seorang free tix collector. plis..
kami rindu jebon jugak.........!!
taknak tiket, nak update je.
haha
ghey sgt ayat. :D
sebab kau best.
n
aku pon best.
ape mcm?
haha.
sbb optimus prime da mati
sebab aku baru kehilangan teman rapat aku,,,
talipon.,,ala,macam talipon kau y kau baling kat anjing tu la,,wat lupa lak!,,
so,untuk mengubat duka lara ak,kau kn bagi tiket tuh!:D
ko bagi je la kat sesape yg ko rasa patut... aku tanak!!
kau pejam mata scroll komen box ni dan stop dekat hati kau paling nak. tapi kau mesti pejam mata. kau bagilah sesiapa yang terkena. selamat memilih. natijahnya, siapa tak suka barang free ni!!!
p/s: aku sungguh loser sebab tak tahu envy so aku takde apa alasan nak cakap. saja.
nk tiket tuh sbb ko baik hati..
hati ko tulus
tiket tu layak tuk aku
sbb aku xknal ko..
ko kene bg supaya kite saling tidak mengenali..
pelissssssssssssssssssss
aku nak sebab aku tak penah pegi kelab malam
oh, saya tidak boleh ambil tiket ini kerana gadis bertudung seperti saya tidak sesuai berada di konsert yg sebegitu. walaupun saya adalah peminat lagu-lagu jepun...
actually, kpd sesiapa yg minat + layan lagu kump. CROMOK, mmg boleh layan la lagu2 dr kump. ENVY nih...
saya tidak berminat dengan konsert jepon itu. saya cuma mahu tiket itu sahaja supaya saya dapat frame kan tiket itu. kelak, bila cucu2 saya bertanyakan pasal tiket konsert envy itu, saya akan menjawab dengan berhemah..
"apsal? ko envy ke atuk dapat tiket envy tu?"
saya harap saya terpilih dalam pertandingan ini sebab ini adalah cogankata terbaik.
bagi kat aku sebab aku dah bertukar mnjadi faizal hussein, idola hang...
aku sorang biker kapcai yg cool, pandai men snooker dan pool, pandai breakdance dan menari tarian zapin dan juga telah menderma darah utk bapak awek aku (dekat mak dia pon aku kasi darah aku skit..hehe)
sebab ape ko patut bg aku tiket tuh?
sebabnyer aku tatau ape kejadahnyer envy tuh.
apekah ia? biskut? siput sedut? tapir? atau selipar jepun
bagi aku larrr.....
heheheh....
bagi saya sebab SAYA TAK NAK
sumpah.
saya jawuh.
ha a, kenapa ko da lama xblogging? rindu ok dgn entries ko.
sebab saye suda mula sukakan biskut tiger cecah air kacang soya..buleh tak?
suka blog kamoo
Miss u too...
JEB... BILE KO NAK CARI PEMENANG?... HARI APE?.. KUL BRAPE???....
saya kacak
mungkin I dapat signature terulung dari you masa I nak redeem ticket?
peminat tegar,
Anonymous <3
I MISS YOUR WRITINGS SOOOO DAYMM MUCH!! just when im about to start my 1st year now onli you thought of updating? sheeshhh!..
sebab envy tuu member2 aku..
kalo ko nak lepak ngn diorang leh laa folo aku malam tuu... amacam?
i x nak tiket..
tp nk jmpa u masa amik tiket..
hahah
lu serius ker ni?
Kerana saya envy gila kalau orang lain dapat.
sebab aku part time lover
dan full time friend kamu.
nak (:
sebab aku duduk bangi and aku takde kawan and bangi takde band nama envy.
kl ada jepun ada.bangi tarakkk papa. ada nasi kerabu warna biru.
feet_B@hotmail.com
sebab aku suka dengar lagu
Scene,Chain Wandering Deeply, dan A Warm Room.
boleh terima tak?
Sebab envy gay.
kau merayu macam mana pon jebon, aku tetap tanak terima tiket tu. dan aku mintak kau tolong jangan ganggu hidup aku lagi. faham?!!
oit budak. bz memanjang. takan persiapan nak bersanding sembur2 beras kot.
:D
sebab aku tau ko memang ikhlas nak bagi sama aku kan. jadi usah banyak tanya. kasi sahaja. sebgai balasan, aku akan doakan kamu senantiasa.
bole gitu??? ahakssssssss
sbb aku comel dan kau juga comel. aku minat dan kau juga minat. kau minat ke? emm aku minat. tp aku budak sekolah yg aku rasa aku patut dapat ticket itu. aku akan online lagi DUA MINGGU untuk mendapat kan maklum balas dari kau. hahaha:DDDDD
ahhh!!takde sebab2 dehh..aku nak ko cepat2 bagi settle ini pertandingan..adik bungsu aku dah tensen sama kamu..semalam dia kata "aku benci jebon" dengan muka2 sedih dia tu.."napa??"..aku tanya..
""dia still tak update blog!!!!!"
cepat,pilih je sesapa pon..aku rasa suffian salim tu ok la..sebab dia sanggup dah reka karangan panjang2 camtu untuk ko..
-juri tak bertauliah-
errr..lupa nak bodek ko balik..plissss jebon..write something??dah la tak approve aku add ko dalam facebuk :P
Jebon..tak kira lah dapat tiket free or tak..yang penting nak baca entry baru kamu k....
sebab ia diperbuat dari tepung berkualiti tinggi..kami dah pulang emak buat cucur..mudah saje tambah air..adun sebati goreng dan sedia..tepung cucur adabi rahsianya...kami nak lagi,bolehkah cepat??
sebab ni pertama kali aku comment kat sini
sebab MJ da meninggal
okay takde kene mengena. kau tak gi tgk skali ke beb?
Sebab aku amat menyanjungimu dan kamu bukanlah 'pengkid buruk' seperti yang dikatakan. Tulisanmu amatlah menginspirasikan hidupku. Tiap-tiap hari aku refreshkan page(walaupun di dunia ini wujud fungsi untuk subscribe kpd 'feed') kamu dan tidak pernah sesekali browser Google chrome ini di-'X'kan. Apabila ada update, dunia-ku dipenuhi bebunga dan rama-rama berterbangan sana-sini dan tidak sepatah perkataan pun akan cicir daripada scanner bionik di dalam mataku.
Selain daripada itu, saya suka tengok orang Jepun menyanyi. Dari Asian Kung-Fu Generation hinggalah Arashi, muzik yang mereka buat mencorakkan hidupku yang bagai pasu yang tidak ada bunga jika tanpanya. Walaupun tidak mengenali band Envy, dari review dan gambar mereka, boleh dikatakan mereka should be awesome.
Beribu-ribu ampun jikalau Bahasa Melayu yang ditulis amatlah menyeksakan. Saya adalah pisang.
Akhirnya, bolehkah anda berikan dua keping tiket? Ini kerana saya ingin mengajak kawan saya yang same suka band Jepun untuk bersama-sama menonton konsert ini. Terima Kasih.
*Jikalau anda akhirnya berkeputusan untuk memberikan tiket kepada saya, silalah emel ke wzer23(at)yahoo(dot)com. Terima Kasih.
p.s demografik pembaca blog anda adalah menjauhi imaginasi-mu. Saya adalah contoh yang baik.
p.p.s saya amatlah suka akan benda-benda yang aneh. Jika and berbesar hati untuk berkongsi benda-benda aneh ini dengan saya, saya juga akan berbesar hati untuk menerimanya =D
p.p.p.s saya tidak menghidap Hepatomegaly sesekali dan berharap anda juga tidak.
Sbb name ko jebon dan cool.
sbb ko kne update blog nie...
sbb ak rase tension n agak bengang cmpur jg bengap menungu citer bru dr ko...sbg pembace tension tau tgk karya terakhir ko telah lame...
........................
moral..update r cpt2. xdpt tkt pon xper...janji ak xtension bce blog yg berkarat xupdate nie
........................
rindu.
i think i deserve that ticket because your mum reads my blog.
sebab Mj dah mati, so saya dah tak boleh tengok konsert MJ. Saya terpaksa tengok konsert envy.
da la jebon..jangan buang masa aku. tiket tu bukan boleh masuk konsert siti nurhaliza pon. aku minat siti je.
kau jangan jadikan semua propaganda ni sebagai alasan untuk kau bermalas2an nak hapdate.
kalau kau still berdegil, lepas ni jangan salah kan aku kalau aku cecah biskut tiger dengan sirap bandung. bukan lagi dengan air soya. dengar tak. bukan lagi dengan air soya!!!!
sebab aku nk ko update blog ko ni..
jadi bg la tiket tu kat aku..supaya ko boleh update blog ko ni..supaya aku boleh bace bende2aneh yg ko nk kongsi tu...
rindu kat ko pny update
_aku
I vote Suffian Salim kerana simpati.
Now if I nak masuk contest, I'd say it's because today is my birthday.
But if I won, I'd give it to my sister, Magenta.
Jebon, meet Magenta. Magenta, selamat berkenalan dengan Jebon.
sebab saya buka blog awak every freaking day tanpa jemu walaupun link kat tepi blog saya menunjukkan MEMANG TAKDA UPDATE. but I DONT CARE,membuka page awak sudah menjadi routine harian saya. kthnx.
rindu kau jugak faizal hussein
vote for shahmi... bg la can dia nak jadi cool...
*can't wait to read your next entry...
sebab hidup ini terlampau bermakna untuk disia-siakan dan kepuasan itu perlu. kepuasan yang bermakna sama seperti puas lepas berak.
aduhh.. ko bg la kt sesape cepat2 jebon!!! aku tk pedulik!! yg penting cepat2 update ini belog!!!!!!!!!!
sebab kalau kau bagi aku, aku bayar lah kat kau harga tiket tu.
jebon.... ko belum cari pemenang lg ke???....
sebab aku tak kenal pun kumpulan tu. x penah dgr name lansung.
sbb aku yg type
Anonymous Anonymous said...
kau bunuh diri?
kau depression?
kau tak dpt kerja?
kau dibuang kerja?
kau putus cinta?
kau bergurau?
kau dan hanya kau.
June 23, 2009 7:11 PM
sebab kejatuhan harga minyak dunia dikaitkan dengan komplot export ikan masin ke Zimbabwe dan ketinggian gunung kinabalu
sbb..ak mmg layak..huaarrgghh
Sebab apabila aku meng'link'kan blog ko dalam blog aku, ramai antara pembaca blog aku baca blog ko, dan menjadi sedih, dorang jarang-jarang baca blog aku kemudian hari.
Aku telah hilang mereka.. isk isk.. :(
coz we hardly know each other
by,
stupido
sbb sy xknl envy tp tggl di kl.
melampau ramai nak ni. i rase i tak dapat nak g.
Envy tu bukan band jepun kan. tolong lah *jaafar Onn style*
xxx,
Anonymous <3
BANYAK LA ALASAN KO SEBAB TAK UPDATE BLOG....ENVY LA, NEVY LA,,,VENY LA,,,
SUKA HATI KO LA JEBON
siapa envy tu?
ape la kau kulna. envy pon tak tau.
envy tu kumpulan nasyid pop dari jepun.
envy tu hasad dengki.
envy itu cinta zzz..
envy itu terhasil dari santan, asam jawa, cili kering dan petai.
dalam bahasa jepon, orang panggil envy. kalau bahasa melayu, ia dipanggil 'sambal petai'.
lah aku ingat envy tu campuran minyak sapi, tepung penaik. -.-"
jepon panggil vios. melayu panggil Vitagen.
salah..salah..semua pon salah.
envy tu dikenali kerana budi pekertinya yang luhur dan saling bantu membantu amalan mulia itu.
dan makanan kegemarannya ialah apollo swiss roll.
itu sahaja faktanya. yang korang memandai2 putar belit ni apahal.
terbukak blog ni...
glak2 smbil guling2 hanya dgn mbace comment2 org len... nice one!!
sesape yg brjaye dpt tiket tu, mmg hebat~~!!! *sambil trus glak guling2*
kau teruk la jebon. tadi kat airport cairo aku bukak blog ko. tak hapdate jugak. ni da sampai kat airport bahrain. aku bukak. tak hapdate jugak.
aku yakin, sampai kat airport klia pon, ko tak hapdate jugak.
so, bila ko nak hapdate?
ah..lantak kau la..
ek..aku da sampai kl nanti bleh dapat tiket envy tu ke?
aku nak follow manusia tabah kat atas yang buat esei tu la. envy to asalnya. navy. go navy. yeah
aku da agak da jebon.. skang aku da sampai klia.
makan mie kari sambil tgk blog ko yg tak berhapdate lagi.
ape tu envy??? jwpn tu da ckup utk ko bg tiket tu kat aku..hoho
sebenarnya aku kepingin betol tiket envy.sejak kenal dengan band ni , time tu aku form 5 . mmg selalu berangan nak mereka datang main gig kat malaysia ni.tapi tahun ni mereka datang betul2.
aku rasa nak sangat pergi tapi dari minggu sudah sampai sekarang duit tak cukup2 nak beli tiket envy.
kalau tak dapat free pun,kau biayai separuh harga tiket pun kira dah bersyukur sebab peluang nak tgk envy hanya sekali je rsnya sbb lepas ni tak siapa tau diaorang nak datang malaysia lagi bila .
nak kira aku berharap untuk jd yang kau pilih , tak juga sebab komen sudah dekat seratus lebih . tapi tula..aku cuma berharap dapat tengok envy live je.
ENVY!!!!
ENVY je? GLAY xde?
err..sape envy?
tvxq or super junior knal la..
ahahah..
nie nak update lepas 7/11 ke?
jebon,
sila update blog.
dengan kerap.
terima kasih dahulu di ucapkan.
=)
Jebon,
Melihatkan ramai yang mahu mendapatkan tiket ENVY itu kenalan rapat kamu, adalah penting untuk kamu memberikan tiket kepada peminat blog kamu yang misteri lagi bukan kenalan rapat kamu.
Ini penting untuk memastikan kredibiliti kamu sebagai seorang insan yang telus, ikhlas dan tidak mengamalkan kronisme.
Pebmberian tiket tersebut kepada kenalan rapat boleh disamakan dengan tindakan pemberian tender dengan cara direc negotiation, yang merupakan isu yang sering dimainkan pembangkang yang membuatkan kerajaan Selangar, Perak dan Pulau Pinang di bawah BN tewas pada pilihanraya baru baru ini.
Berpegang kepada hujah saya itu, makan saya antara individu yang kamu perlu senaraikan dalam senarai pendek mereka-mereka yang berpotensi mendapat tiket ENVY itu!
Sekian.
because i love your hair junad!
-ji
Post a Comment