Tuesday, March 3, 2009

Entri Separa Lucah Pertama Aku

Rakan aku, Syed Husni, pantang bila sesiapa membuat kesilapan mengeja atau tatabahasa.

Sangat pantang.

Aku tersilap eja nama Accapan pun dia marah (Tahulah muka macam Accapan, janganlah sensitif sangat!). Dia akan betulkan dengan cara lembut, tapi selalunya kasar. Terpulang pada situasi.

Aku pula tak kisah sangat kalau orang nak salah mengeja atau salah tatabahasa. Kecuali kalau orang tu ejek aku tak pasal-pasal. Benda begini tak berapa annoy aku sebab aku pun kadang-kadang salah eja (contoh : aku eja Accapan sebagai Acappan).

Tapi, ada beberapa kes yang aku tak boleh tahan. Aku rasa kena betulkan juga.

Contohnya, Fauziah Latif dan Fauziah Ahmad Daud sewaktu menjadi juri pertandingan Malaysian Idol dan Akademi Fantasia.

Apabila ada peserta yang tak berapa fasih berbahasa Inggeris menyanyikan lagu Inggeris, mereka akan kata "Adik, proNOUNciation tu kena betul dik, ya. Nanti suruh cikgu-cikgu ajar proNOUNciation yang betul ya." dengan nada suara yang paling lantang.

Peserta-peserta tu pun akan tersipu-sipulah sambil mengangguk-angguk dan merundum sedikit tahap keyakinan diri mereka.

Macam Magenta pernah kata, ibarat mengambil tip diet dari orang gemuk.

Perkataan itu sebenarnya ialah proNUNciation.

Aku tak kisah kalau ada yang bersembang dan masih sebut proNOUNciation. Tapi Fauziah Latif dan Fauziah Ahmad Daud ini aku terkisah sebab mereka menyuruh orang untuk pronounce betul-betul, tapi mereka sendiri pun salah pronounce.

Ada lagi satu perkara yang aku perlu ambil kisah tentang sebutan :

Semalam, ada seorang lelaki kurus bermisai nipis di tempat kerja sementara aku mengomel seorang diri. Mungkin juga dia sedang bercakap dengan aku, sebab hanya kami berdua saja di pejabat ketika itu.

Aku tanya, "Kau kenapa?"

Dia jawab, "Aku runsing ni!"

Aku tanya lagi, "Kenapa runsing?"

Dia jawab, "Aku tak dapat konek la.... Aku stress!"

Bila mana-mana lelaki kurus bermisai nipis cakap kat aku yang dia runsing sebab tak dapat konek, memang aku akan tersentak secara automatik... (Sebab aku suci)

Aku diam..... (main solitaire)

Dia berkata lagi dalam nada yang marah, "Wei, kau tolong call kan TM sekarang. Tanya dia orang apasal aku tak dapat konek kat internet ni! Bengang betul aku!"

Connect connect connect!!!
Bukan konek laaaa, bodoh!!

203 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 203 of 203
dill said...

ketawa je.

dill.

SiTi HaWa aCHeN said...

konek tu apa?

Kokilaben Hospital said...

We're looking for kidney donors for the sum of $450,000,00 Call or Whatsapp Dr. Donya Hockett for more details:
Mobile: Whatsapp 917418483326
What-sup 917418483326
Email: customercareunitplc@gmail.com

«Oldest ‹Older   201 – 203 of 203   Newer› Newest»