Monday, January 5, 2009

Peristiwa Hitam Yang Dialami Oleh Aku Yang Hitam

Selepas membaca entri dari Magenta yang bertajuk Obsesi Masyarakat dengan Kulit Putih, serta entri dari Sue Anna Joe dan Perempuan Jomblo yang berkaitan dengan topik yang sama tidak berapa lama dahulu, aku rasa terpanggil untuk menulis tentang pengalaman aku sebagai seorang yang berkulit tidak putih yang hidup di Malaysia.

Tidak diterima dan dihakimi kerana paras rupa dan warna kulit adalah perkara biasa.

Antara peristiwa pertama yang aku ingat tentang aku tidak diterima, kerana warna kulit aku yang agak hitam ini, berlaku pada penghujung tahun 1991 sewaktu aku berumur 8 tahun.

Pada waktu itu, semua di sekolah sibuk dengan persiapan Hari Penyampaian Hadiah. Aku sedih juga kerana tak dapat naik ke pentas dewan untuk menerima hadiah murid terbaik. Tapi oleh kerana kad laporan aku memang menyerupai gampang, aku terpaksa terima kenyataan. Lagipun, aku bukan nak sangat hadiah murid terbaik tu.. Aku nak naik ke pentas dewan sekolah saja. Teringin. Itu misi penting aku ; naik ke pentas dewan sekolah dengan apa cara sekalipun.

Jadi apabila ada sesi ujibakat untuk menyertai sebuah persembahan lakonan sempena Hari Penyampaian Hadiah, aku menyimpan hasrat untuk mendapatkan watak utama persembahan tersebut supaya aku boleh naik ke pentas dewan sekolah. Ini peluang aku.

Ujibakat untuk watak utama persembahan murid darjah 2 diadakan di bilik muzik dan dikendalikan oleh Puan Rohana (aku rasa itulah nama dia, tak berapa ingat). Sedang aku menunggu giliran untuk dipanggil, aku ternampak Michelle Mariam yang juga sedang menunggu giliran untuk diujibakat.

Michelle Mariam adalah rakan sekelas aku. Dia berdarah kacukan Melayu dan Inggeris. Dengan kulitnya yang putih kejinggaan, rambut semulajadi blonde nya, freckles di hidung dan pipinya, dia memang tidak menyerupai mana-mana murid Melayu pun. Kalau ada pun anak Melayu yang berambut blonde, itu pastinya tidak asli. Dan kalau ada anak Melayu yang macam ada freckles di hidung dan pipi, kemungkinan besar itu adalah jeragat atau blackheads, bukan freckles.

Aku rasa Michelle Mariam sendiri pun tahu, menjadi anak kacukan comel seperti dia ada banyak kelebihan. Antara kelebihan itu ialah semua cikgu suka dan memanjakan dia. Tetapi dia tidak menyalahgunakan kelebihannya itu. Dia baik.

Jadi bila aku ternampak Michelle Mariam yang juga sedang menunggu giliran untuk diujibakat, aku hampir putus harapan. Aku tahu, kalau dibandingkan aku dengan dia, memang dia lagi comel dan cantik. Dia ibarat Heidi Klum dan aku pula ibarat T.Pain (rapper dalam lagu apple bottom jeans, boots with fur tu).

Tapi aku teruskan juga dengan sesi ujibakat dan bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik. Semasa giliran aku diujibakat, tanpa disuruh, aku buat monolog dari filem animasi kegemaran aku waktu itu, iaitu The Land Before Time. Aku tak ingat babak mana atau watak siapa, tapi aku siap buat gaya dinosaur, itu yang pasti.

Akhirnya, aku tidak dapat pun apa-apa watak. Puan Rohana memberitahu aku yang aku tidak sesuai untuk play tersebut. Dia juga berkata yang aku patut masuk pasukan pancaragam genderang sekolah. Sampai hari ni aku tak faham kenapa.

Dan seperti yang dijangkakan, watak utama menjadi milik Michelle Mariam.

Mungkin salah aku juga. Tapi aku terima dengan tabah dan aku redha.

Manalah aku tahu bahawa ujibakat yang aku hadiri tu untuk mencari pemegang watak Snow White.

Tak ada notis pun.

99 comments:

dilarang-melarang said...

haha snow black mungkin kuota da pnuh utk uji bkat.

Z said...

Angelina Jolie pun marah kenapa tak pernah ada watak Disney princess dari golongan African.

Weed and Bandages said...

Yeah. Angelina Jolie cakap mana aci tadak watak princess berbentuk manusia kulit gelap.


Aku tak suka cikgu naik ke pentas berkaraoke sebab suka show off koya Jamal Abdillah.

Cikgu itu abang ipaq aku! Damn!

Weed and Bandages said...

msg aku serentak dengan Z hanya dengan beza masa 1minit.

Angelina jolie jugak! :D

pipiyapong said...

cis..ada hati nak jadi snow white..

alfonso NEY hee said...

hahahahahah oke... hahahahahaha

i love me said...

aku rase puan rohana tu mmg tak patut buat uji bakat sbb jawapan tu dah ada. len lah kalau dia nak cari pelakon utk 10 budak hitam kan..michelle mariam tu tak tersenarai.

ok, aku pun berkulit hitam! ;)

Anonymous said...

wakakak...watak snow white rupanye..patutla aku heran kenapa ko harus berebut dgn budak pempuan..mmg watak pempuan..lenkali buat kajiselidik dulu ek..

*Sarah is the One said...

ahahaha dulu aku dgn kawan nak pergi balas dendam kat sorang mamat sebab kutuk kawan aku hitam, padahal sebelum tu gila lovey-dovey. cinta internet punya pasal. nak balas dendam style apa pun aku tak tahu.ayatnye- jom gi balas dendam mamat ni hina aku hitam. sedih betul.


sedih do kena discriminate camtu

StingRay said...

budak 8 tahun tanpa pengawasan orang dewasa....


he he he.....

Miss Indee said...

To Jebon...
Agak sedey juge mendengar pendiskriminasian yang telah berlaku terhadap anda suatu ketika dahulu.. Btw jebon.. Michelle Mariam itu macam pernah ku mendengar nama itu... Dia lecturer kat Kolej Marikulasi Melaka kan suatu bbrape tahun yg lepas? Diharap ade la jawapan dari Jebon..

drugbuddy said...

Masa kecik-kecik (tak kecik mana la), aku selalu ulang tayang cerita The Land Before Time. Best, rasa nak cari balik.

whatever said...

hehehe
cik jebon xyah sedih2
hanya org yg best je tau betapa diri kta ni best!

Just Me said...

ain pun snow black dulu...entah tetiba jd sleeping beauty...emmmm

kuizikel said...

adoi.. snow white rupanyer.. kah kah kah. ups telebih sudah...

citer ko mmg menggelikan hati aku.. & slalu berjya membuat aku gelak besar dpn komputer tanpa digeletek sesape..

razor said...

sedih aku baca..

dah tu, watak apa yang layak?

bawang putih bawang hitam takde kan?

bok miah bole?

Caracol S. Trampt said...

Weed and bandages, dan Z kamu adalah psycho yang sama.

Hahahahaha

saracocohoney said...

ala...siannyer...cube lagi kay!

izu ting ting said...

kita semua sebagai kaum2 berkulit anggun lagi misteri ni patut ramai2 try ujibakat puaka niyang rapik. macam ada ja tempat kosong.

oh, aku pn berkulit anggun misteri seperti anda!

ABANG AN-DY said...

Ala...watak folk story omputeh cenggitu boleh la si Meriam tu dapat. Cuba apply watak pontianak citer antu Melayu. Agak-agak boleh dapat ke?

amoi said...

hehe..lawak2...patut la tak dpt..hehe...

Rocky Raccoon said...

Ah.. Saya merasaimu. I feel you.

Dalam adik beradik saya, saya yang paling tidak cerah(gelap begitu offensive kepada saya :-p)..

Bayangkan.. Saya satu2 nya perempuan dalam 3 orang adik brdik ni. Dan saya paling tidak cerah(kulit ye.)

Even my mother's friend pernah tegur. Tanya, ' Eh, girl, why are you so dark compared to your brothers? If only you got your eldest brother's colour.' Saya terkedu.

May the force be with us.

BudAk hijAu said...

beb,len kali check dulu watak ape..main redah jew lu neh...

ape2 pown...tabahkn hati...wakakaka..

dayang senandung ok kot!

udE@duck said...

hahahaha~~
funny gile story ko neh..

Tok Rimau said...

Dengar kata aku. Mulut aku semasin laut mati. Black is the new black!

iqanabeera. said...

eh Z and ms weed, disney princess ada what dark-skinned. princess jasmine in aladdin tu? she's technically a disney princess la, ada dalam products semua.

pocahontas tak kira la sangat la sebab tak dapat label princess, although sebenarnya dia kira princess jugak (red indian version)


they're both my fav princesses. and time tadika dulu selalu masuk play acting in those 2 roles :)

Schafyzcha El Yahiya said...

Ok. Let say awak dapat watak snow white tu. Awak nak terima ke? Errr.. maksud saya awak sanggup tak pakai skirt kembang bersama-sama riben melilit di kepala? heeee=p



Takpe, orang kulit tak berapa putih boleh try watak Knight Rider tak pun bat man.. alah.. men in black pun bolehhhh perghhh lagi banyakkk.. :) Chaiyok2x!

Sue Anna Joe said...

We are the Knight Riders. Jom buat kelab. Ahh. The Assunta Knight Riders.

Amacam? Lu mau join?

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

ape kate kau try watak sivaji the boss? at least warna kulit tu dah menepati karektor...

a8jnme said...

weh..sivaji pun satu scene tu lumur fair n lovely satu badan.. putih berseri pastu..tipu.

kalu ko pegang watak tu,msti nama ko dah tercatat dlm lipatan sejarah,.,
naomi campbell akan menagis kegembiraan...lihatlah dunia!!

heretic preacher said...

kelakar tp berbaur sadis cite ko... aku simpati tp gelak... aku pon tak tau ape situasi aku skang...

asra said...

*ketawa baca ayat-ayat last*

dalam family aku pun,aku sorang je yang 'kole'.yang lain2 semua putih melepak.aku siap tanya lagi dkt mak aku "am i adopted?"

huhu..

crazy_labelle said...

haha...
ak mmg peminat no 1 ko jebon...
tp ak kompius samada ko laki ke pompuan....
so, harini ak pasti ko mmg budak pompuan...
tp ape pon ko mmg rock!!!

magenta said...

Bila aku baca perenggan kedua terakhir, aku telah tergelak dan tercarut serentak.

dina said...

kenapa cikgu tu tak bagi kau watak orang kerdil tak pun permaisuri ahli sihir tu? at least kau boleh naik pentas kan?

cikgu Rohana langsung tak prihatin!

unicorn said...

ahaha...thanx bro. entry ko ni dh buat aku gelak pagi2

jude. said...

land before time feveret aku!!
dlu berderet episode die aku ade.. time zaman manusia pakai tape dlu..
hahaha..

billy smoke said...

hahaha...

dsikriminasi berasakan paras rupa memang terjadi dimana-mana pun, even di alam pekerjaan sekalipun.

aku tengah dok imagin, babak mana yang dalam citer the land before tima yang kamu buat monolog tuh. siap gaya dinosaur tuh, tak tahan.

Hadie said...

hahaha...
banyak orang yang suka ko nih J

macam mana kalau aku tubuhkan fan club utk ko?

ok tak?
ok tak?

setiap kejadian ada hikmahnya, pada pendapat aku, aku tak rela ko jadi snow white.

wani ezryl * said...

(terbaca komen2 kat atas) watak heroin disney negro xde, tp pocahontas jugak adalah berkulit gelap. tp zaman skang ada ke lg kebanggan memutihkan kulit mcm dulu? teringat dlu org2 gila memutihkan kulit sampai kulit muka licin-putih-macam-kena-bleach, tp kulit tangan kaler hitam. lol

axim said...

len kali tanya cikgu tu betul betul okeh..

hehe..

Lyter Kaka said...

haha..bleh je dapat kalo ko pandai transform jd bapok @ nyah..

Anonymous said...

MEET JEB BLACK!

apei budak kampung said...

sabar jer la bro. dunia kadang2 mmg tak adil.

bekam said...

hitam itu menawan

nani allen said...

jebon, aku rasa kau try la pakai fair n lefli. mana lah tau boleh jadik. murah pun murah.

Anonymous said...

saye sangat suke dan sayang jebon!!! u rock babe!! update slalu plz! ;)

pero said...

mcm penah dgr michelle mariam.budak architect kat faculty of built environment um.adakah dia snow white itu.jika benar umur die sekarang adalah 26tahun.benarkah jebon.aku adalah silent reader kamu

nottigurl said...

aku pun hitam gak...hehehe...
tak per...HITAM ITU MENAWAN...

yanhashim said...

once u go black
u never go back!

a m a l i a said...

i ske u pnye blog..
simple bt full of idea..
tahniah..

ai said...

kau boleh jadik org kerdil tu. (aku lupa bahasa omputih dia apa...) maaf.

Baby Tiger said...

zaman tu takder jual fair n lovely ke..huhuhuhu

Anonymous said...

ai: dwarf la

aku rase kau boleh jadi mak tiri snow white. atau pun prince tu. kira cinta antara-bangsa la. dapat terap nilai anti-rascist dalam diri kanak-kanak.

eiza in the house.. said...

tak der papan kenyataan uji bakat ker?.. hehe..kecian awak

eryzal zainal said...

kau tak penah hampakan aku
hahah*

hafizanbukitabal said...

keh keh keh keh keh...

anonymous said...

ha ha...
kelakar gler wey,,,;)

serabut otak said...

takpaa.jangan sedih2. nanti kalau ada hari anugerah skolah nanti aku tolong panggilkan kau utk watak utama. huhu -_-"

nadiah norzemi said...

hahaha..aku tau awat kena msk pancaragam sekolah.
agar warna kulet yg gelap itu boleh dicover dan dkatakan sbg sunburn jika dtanya.
kan?kan?

Anonymous said...

haha adeh.awk teringin jugak ke nk jadi Snow White? hehe. -farah-

Anonymous said...

Jey, hang pandai menulisla, dulu aku punya perasaan sebijik macam hang, .....teringin sangat nak naik pentas. Sedihkan bila tak dapat naik pentas sedangkan kawan kita dapat. walaupun kita masih bebudak, perasaan rendah diri bila tidak dikalangan mereka yang naik pentas sudah dirasai.Result macam "G" tu bab lain. Perasaan bebudak sekarang ni tak taula macamana. Competition sekarang lagi hebat.

~nasrah~ said...

cam kenal ke michelle mariam ni...huh. sekolah mana ni..

intoxicated_toxic said...

skali lagi che michelle mencrui limelight anda

pcuserz said...

belom mase lg ade watak snow black.
tak pon ko boleh try jadi jack black. cool!

Mie Amour said...

ahahahaha!snow white?lehh..apa salah snow white itam?kalau ade bakat pe salahnya..jebon,i understand ur feeling at that time..aku pun pnah kena reject nak mnari zapin gara2 aku keras sngat..wahahaha..that feeling mmg xbest!

kurt nurmen said...

Takpela tak dpt watak tu jeb, snow white bukan best sgtpun.

Aku rase klu ade drama the land before time, sure ko dpt watak utama punye.

Sbb org best hanye utk cite best saje!

Hidup kanak2 80-an!

Anonymous said...

hahaha. fucking genius.

i love you, Mr. Legend.

orensangkuit said...

lain kali soh laa cikgu buat citer bawang merah bawang putih ke
kan lagi besh

pe pun itam itu menawam okeh..

salam kenal :)

sad.. said...

Ha ha ha lawak giler...kelakar arr citer nih..saya tengah nangis pun boleh gelakk... tq tq tq tq sebab memberi aku ketawa

iSz said...

hmm...
itam itu perillys!
gaya mutu keunggulan.

tapi, saya tan.
ok je saya rasa.

itam putih itu warna2 kehidupan.

vonn said...

land before time mmg best..aku ingat lagi katun tu..

aku tak tipu..mmg best..

Arni said...

Aduhai... kesian betul..

Aku pun antara org yg takkan di cast utk berlakon jadik Snow White. So samalah kita.

Weh, ader tgk iklan 'Fair and Beautiful' tak? Brand yg Sharifah Amani endorse tuh? (aku lupa lak)..

Yellow and beautiful..
Black and beautiful
Brown and beautiful..

But if you want to be 'a little bit fairer'.... "Fair and Beautiful"..

Huh... macam gampang!

Arni said...

Aku ada sorang kawan yg putih melepak tapi aku kesian dgn dia pasal otak sempit. Kalau nak desribe orang, "Dia tu cantik, kulit licin, bentuk muka cantik, tapi sayang... gelap".

Dan dia sering takut2kan anak perempuan dia (darjah satu) "Kalau tak dengar cakap mama nanti Allah bagi Dina muka tak cantik.. ". Ader sekali anak dia cakap cenggini kat aku, "Dina suka la kawan sama Farah tu.. dia putih macam Dina jugak..".

Poyo betul...

JessicaAlbab said...

aku pun sama itam jugak jebon. dah la pendek, item pulak tue..

mmg donia ini tidak adil :(

(tapi aku konpiden dgn diri sendiri?)

effie said...

wah..racist thoo..
kecik2 jadi victim..
sian..
snow white tak semestinya white..
n white doesnt always nice..
erk..
tak suka nyer racist cam tue..
~emo..haahha..

btw,cikgu2 selalu cam tue kan..kalau ader bdk chomel jer mesti berat sebelah..yurks..

wohoo said...

michelle mariam...? mcm name Lect Biology aku kt Mtrik!! deskripsi juga sama. wahhh.

~gUrL in pUrPle~ said...

kenapa sayapun familiar dengan namatu...hmhm... brp umur encik ek? hehe

Kizzy TF said...

laaa...pulakk =))

Anonymous said...

sekolah sri subang jaya ke?

NoName said...

wuarghahaha...memang lawak.eh lagi satu diskriminasi kalau pendek.tah ape ape je....

gee carmen said...

jebon, kesian kau...
:(

call me Jian said...

when i 1st red this i was sorry 4 u bcoz of being rejected 4 the audition and all but when i came to the end, i began laughing...
nak cari watak snow white rupernyer...
hahahaha....
sakit perutku ketawa...

Anonymous said...

macam kenal je mischele mariam tu? she might be my friend.

aZFaDora said...

chomel!!!

penyu_turtle said...

erk????

satu kelas ngan michelle mariam eh??
die lecturer saye kat matrikulasi melaka.ajar biology....
mdm. michelle mariam..uh-huh~

nbie89 said...

huhu...aku pown nak jadik snow white gak..
tapi cikgu kasik watak mak tiri...huk3

YeastIsDead said...

adoyai. sakit perut aku jebonn

akuxbiadab said...

hahah...
hebat siak lu...

aimi said...

michelle mariam lecturer kat matrix mlake kan.mmg sgt baik hati

raira said...

sengal la koe heh

~(*v*)~ily~(^v^)~ said...

owh saya sgt faham akan perasaan situasi itu...:)

zieta sulaiman said...

next time pegi ujibakat tuk watak prince charming, hehe..

sheilalicious said...

pn.rohana suruh awk msuk pancaragam maybe sebab dia ingat awk ni pekak..pengumuman utk ujibakat tu cakap "KEPADA SESIAPA BERMINAT,SILA DATANG UJIBAKAT SNOW WHITE..bla bla bla.."..kat pancaragam,sure awk x pekak..jahatla pn.rohana tu..hukhuk p/s:sy pn kategori x putih..hukhuk

lieyyy said...

hahahah

Jane Doe said...

Ish.. Jebon ni mcm sebaya aku..
korg nih msti tertinggal part "berlaku pada penghujung tahun 1991 sewaktu aku berumur 8 tahun"..
Mane mungkin dia sama baya dgn Lect korg yg kat matriks tu...
Adoiiyaii...

*Aku pun kulit anggun misteri.. Tp aku tetap rasa aku CUN giler....*

sully86 said...

this is good stuff...funny like crazy

Anonymous said...

Lecturer aku skrg.haha

Bill said...

kenapa sayapun familiar dengan namatu...hmhm... brp umur encik ek? hehe