Thursday, January 1, 2009

Entri Yang Ada Terselit Lebih Dari Satu Klip Video Penting

Aku telah di tag oleh Hadi, anak Mat Nor nombor 4.

Tanpa membuang masa, mari kita mulakan..

1) Do you think you're hot?
Tak. Tapi kalau dalam gelap, rupa aku akan jadi kurang keji la.

2) Upload your favorite picture of you!


3) Why do you like that picture?
Because I look better in the dark. Dan aku memang suka imej silhouette.

4) When was the last time you ate pizza?
Beberapa minggu yang lalu di Kedai Pizza Teksi Kuning.

Itulah pertama kali aku rasa terharu bila makan pizza sebab sedap. Pada gigitan ketiga, mata mula berkaca-kaca dan bersinar tanda terharu.

5) The last song you listened to?
She's Leaving Home nyanyian The Beatles (versi Magic Numbers aku bolehlah terima). Oh, sekarang lagu Big In Japan nyanyian Tom Waits.

Kalau suara aku macam Tom Waits, aku akan cakap tanpa henti.

6) What are you doing right now besides this?
Aku sedang cuba untuk menghidu bau hujan... Aku selalu dengar orang kata bau hujan tu best.

Tapi menghidu bau hujan dan menghidu bau kumpulan Hujan adalah dua perkara yang amat berbeza. Okay?

7) What name would you prefer besides yours?
Dua tahun lalu, aku melalui fasa ganjil dan memaksa rakan-rakan terdekat memanggil aku Junior. Pada waktu itu, aku rasa yang nama Junior tu paling sesuai untuk aku. Tapi aku fikir, bila aku dah tua dan reput nanti, kalau orang masih panggil aku Junior, memang tidak manislah gayanya ya.

Hmm.. kalaulah ada orang yang betul-betul bernama Mawi World, cool tak kamu rasa?

"Aku nikahkan dikau Mawi World dengan Ekin binti Rahmat dengan mas kahwin sebanyak RM22.50 tunai."

Tak cool.

Kawan aku pernah berjumpa dengan seorang gadis yang berumur awal 20-an buat pertama kalinya, dan gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai Baby^Butterfly. Dan kawan-kawan gadis itu memang panggil dia dengan nama itu.

Macam mana nak sembang dengan kawan yang kita kena panggil Baby^Butterfly? Tak kisahlah jika kamu nak guna nama Baby^Butterfly tu sebagai nama pena ke apa, tetapi carilah nama yang mudah sikit untuk kawan-kawan kau sendiri panggil.

Mungkinkah waktu Baby^Butterfly kecil nama dia Ulat^Bulu?

Dan aku telah terkeluar tajuk.

7)People To Tag :

1) MC Hammer
2) Nas Ahmad
3) Lindsay Lohan
4) Hadi M. Nor (tak payahlah buat lagi sekali. saja je tag kamu balik, sebab nak bagitahu semua orang yang kamu boleh nari macam Beyonce)
5) Nais Mahyuddin

8) Who is number one?
MC Hammer adalah seorang penyanyi rap yang terkenal dengan lagu U Can't Touch This di awal tahun 1990-an.

Kalau kamu tak kenal dia, maknanya kamu terlalu muda dan mungkin tak kenal Modern Talking juga. Kalau tak kenal Modern Talking, pergi layan lagu Brother Louie.

9) Number three is having a relationship with?
Samantha Ronson

10) Say something about number five?
Aku kenal Nais sewaktu belajar di UiTM Shah Alam beberapa tahun yang lalu. Dia, aku kirakan sebagai kawan aku di saat ketawa dan menangis. Literally. Sebab dulu dia selalu lepak di rumah aku dan Bibik akan menyajikan kami dengan nasi lemak yang terpedas di dunia tapi sedap. Kami suka makan nasi lemak sambil tonton siri tv Friends. Jadi kami akan ketawa sebab tengok Friends dan pada masa yang sama akan menangis sebab tahap kepedasan nasi lemak yang melampaui batas. Itulah Nais.. kawan aku di saat ketawa dan menangis. Serentak.

11) How about number four?
Hadi boleh menari macam Justin Timberlake dalam klip video Single Ladies nyanyian Beyonce seperti video di bawah :



Kadang-kadang, Hadi juga boleh menari macam Ellen Degeneres, Chris Brown dan Pussycat Dolls. Aku tak tipu. Kalau aku bercakap tentang Beyonce, Ellen Degeneres, Chris Brown dan Pussycat Dolls dalam satu perenggan, maksudnya aku serius.


12) Who is number two?
- Nas Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Abang Rambut Kertak ialah seorang wartawan hiburan TV3. Dia mengendalikan satu segmen di dalam rancangan hiburan, Melodi, dan segmen itu bertajuk 'Terjah'. Sepertimana nama segmen itu, sebegitulah Nas Ahmad akan menemuramah artis-artis yang dia mahu terjah untuk memaparkan apa saja yang dapat menimbulkan kontroversi, penuh sensasi dan panas.

Dia akan menjejaki artis itu hingga lokasi artis itu dah diketahui dan tanpa amaran dia akan mula menemuramah secara tiba-tiba tak kira waktu atau tempat. Surprise la kira.

Cuba layan lagu tema Terjah yang dinyanyikan oleh Amy Search ni :



Aku rasa di kampung belakang rumah aku di Ipoh, selalu juga berlaku aksi terjah-menerjah ni. Tapi bukanlah di kalangan artis. Hanya di kalangan penduduk kampung itu sahaja.

Aku rasa dikebanyakan kampung atau mana-mana petempatan pun, selalunya akan ada seorang 'Nas Ahmad' yang menjadi tukang terjah yang suka menjaga tepi kain orang dan selalu tidak berpuas hati dengan penduduk-penduduk lain.

Tukang terjah di kampung belakang rumah aku tu ada iras Nas Ahmad sikit sebenarnya. Lebih-lebih lagi rambut. Memang seakan sama. Dan seperti Nas Ahmad juga, dia suka memperbesarkan perkara-perkara yang sebenarnya tak besar pun.

Tapi orang tak panggil dia Abang Rambut Kertak la.. sebab nama dia Makcik Wok.

32 comments:

*Sarah is the One said...

kak wok nama bibik aku dulu. yeay jebon dah update

dila raden said...

ahh dalam gelap tak abu bakar elah langsung

roomate aku dekat u dulu muka macam nas ahmad tambah-tambah part rambut

ugh

mer said...

eh
nak tny la
yg piza teksi kuning tu kan
bole didapati di mana ya?

Izuan said...

"Mungkinkah waktu Baby^Butterfly kecil nama dia Ulat^Bulu?"

Hahaha... kalau macam tu aku rasa masa dia sekolah menengah dulu nama dia "Kepompong"

Schafyzcha El Yahiya said...

Banyak info saya dapat daripada entri awak ni. Salah satunya, saya dah dapat tahu blog Lindsay yang sebenar. Sebelum ni saya penah jumpa satu blog yang kononnya blog Lindsay Lohan tapi guna nick "anynomous celebrity". Kelakar jugak sebab di ruangan komen, ramai yang mempertikaikan identiti sebenar dia. Eh, tapi ini dah off topic. Teheheee.

Kalau Hadi boleh menari ala2 Beyonce, Jebon boleh menari ala2 siapa pulak?

"Kita mesti terjah!~" ^_^

alif-mikail said...

yeay! jebon sudah kembali!

gelak je koi baca.. gagagaga

Z said...

baby^butterfly? seriously? eee tolonglah. nak muntah aku.

Lindsay Lohan punya blog kadang-kadang best jugak.

magenta said...

Hahaha...Baby^Butterfly..ada ^ tu. So far, aku pernah jumpa 2 orang yang dipanggil 'Baby', aku memang liat sikit nak panggil orang Baby kalau tengok dia dah besar panjang macam aku..

Weed and Bandages said...

disebabkan nick name kat umah aku ayu, so nanti bila tua, orang akan panggil kat aku, TOK AYU atau WAN AYU.

macam tak kena saja! taram sajalah!

miezi said...

gene-gene kebolehan menari takde kat ko ke jeb?

nway, happy new year :)

chepsmore said...

gila irritating nama baby^butterfly. hahaha.konon nak nmpak comel la tu..

pudin said...

yes,aku komen no 12!!

pudin said...

jeb,aku da tengok web pizza teksi kuning tu..katne kedai de?nmpk cam sedap..

uetoAya said...

makcik wok??mcm pnah ku dgr nama tu!!

Jebon said...

*Sarah is the One : Perangai Kak Wok macam Nas Ahmad tak?

dila raden : Haha. Kau pernah kena terjah dengan dia tak? Ok, nanti aku bubuh gambar abu bakar elah khas buatmu.

mer : kedai dia dekat..ok, macam ni.. saya bodoh nama jalan. tapi kat jalan sultan ismail bila nak masuk ke kampung baru tu ada SME bank tau. Ha, dia kat belakang2 sikit SME bank tu. Cari jalan yap ah syak.

Izuan : Hahaha, aku pun rasa jugak..

Schafyzcha El Yahiya : Hahaha! Sebenarnya saya memang teringin nak kena terjah. Sekali pun jadilah. Jadi, siapa2 yang nak terjah tu, silakan. Jadikan impianku satu kenyataan.

Sebenarnya, saya boleh nari macam Mick Jagger. Serius :p

alif-mikail : Yeay! Aku rasa aku dah kehilangan nafsu sikitla untuk menulis.. Entah mengapa. Ok, aku tau la kenapa, tapi malu la nak cakap.

Z : Nasib baik kau tak kutuk Lindsay Lohan. LL, ILY (eceh).

magenta : kau add la baby^butterfly tu kat myspace wei. nescaya, kau takkan menyesal...

Weed and Bandages : Lol! Ey, cool la nama Tok Ayu! Wan Ayu pun best apa.. Jangan Tok Baby sudah. Memang bengang kalau nenek aku suruh panggil dia baby.

miezi : Ada la sikit. Aku boleh nari macam Mick Jagger :)

Selamat tahun baru weh!

chepsmore : Kan? Nak sebut pun aku kena pikir dua tiga kali sebab rupa dia memang tak macam butterfly langsung.

pudin : wei, kalau nombor 12 apesal?

ha.. memang sedap. dia dekat2 dengan heritage row sana. aku dah google dan dia kata ia terletak di corner of jalan raja abdullah and jalan yap ah shak. bila nak pergi kampung baru makan nasik lemak ikut jalan sultan ismail kan akan nampak SME bank di belah kanan anda, ha kat belakang2 SME bank tu la. Cari kedai warna kuning. semoga berjaya!

Jebon said...

uetoAya : wei, kampung kau sama dengan aku ke? kau pernah terjah dengan dia ke tak?

CadaLoRa said...

aku suke jugak gmbar ala2 silhouette..mmg menarik! juga benci org2 rambut ketak2 yg suka menerjah..especialy benda yg tak betul! Benci2X..

ai said...

aku minat ngan cermin tingkap tu. nampak cantek sbb bersaiz pajang.

D Din said...

nampak macam nas ahmad gambar dalam gelap tue

a8jnme said...

hu jebs, piza yellow cab tu mmg nangis, feel mcm Marshall jumpa best burger in NY ever...haha
kdai area dorai tu..

Anonymous said...

piza yellow cab mmg sgt sedap *air liur meleleh*

dina said...

aku ingat makcik Wok hanya ada dalam majalah Gila2...

yeay!yeay! jebon dah update---> dengan mata berbintang2 dan bercahaya2...

Anonymous said...

makcik wok tu bukan mak tua awk ke?
-farah

twistiesgurl said...

lame x update blog...
huhuhuhu...
aku ni tunggu je nk bace entry ko...

Alymia Nelyza said...

yes yes!
bau hujan (bukan band hujan) memang best. rasa nyaman...

Bovril Lavigne said...

Hah..yellowcab schmellowcab..you should try pizza vs satay's mexicana..with cili padi and beef jerky and three different cheeses..now that brings tears to my eyes..*grabs a tissue*

mer said...

oh
begitu
tq yeh

Anonymous said...

hahaha. lawak sial.. haha

~gUrL in pUrPle~ said...

baby butterfly = ulat bulu... hihi... lawak2... terbayangkan plak kak babby yang ada kt jbtnni... ekeke

call me Jian said...

eeewww...
giler irritating name baby^butterfly...
hahaha...
tp klu diri die seindah baby dan butterfly rs2nyer ok kot...
huhuhu...

* TIYA * said...

lakukan ini...shuffle
saye pcaye anda akan jd lbeyh hebat dr mick jagger

sungguh kempunankah beliaw nk jadi anak rama2 smpi mnamakn dirinya BABY BUTTERFLY

pizza buatan sy sdri ternyata lbeyh sedap

mari kita pulak terjah Nas Ahmad
yahhhss

Anonymous said...

KPN AWK MAKAN KAT TAXI KUNING TU? ONE OF THE INGREDIENTS OF CERTAIN MENUS ADE BACON TAU..