Thursday, January 1, 2009

Aku Dan Twilight

Kadang-kadang bila aku rasa bosan, aku akan ke laman web Bryan Boy. Saja-saja.

Ini Bryan Boy.


Semalam aku tonton filem Twilight.

Babak dimana kulit Edward Cullen berkilau-kilau bila dia terkena cahaya matahari tu membuatkan aku terus teringat pada Bryan Boy.

Sebab Byran Boy kata "I am so gay, I sweat glitter!" Heh..

Tapi memang cantiklah kulit Edward Cullen yang berkilau di bawah sinaran matahari tu.

Aku rasa M. Daud Kilau pun boleh jealous.

57 comments:

Lee said...

fuhh.... bapuk giler!

Jebon said...

Lee : Walaupun betul, tapi tak baik la panggil orang bapuk atau apa-apa nama lain. Dia fashion blogger.. Nak buat macam mana.. Kan.. Selamat tahun baru! :)

i love me said...

happy new year to u & m.daud kilau wont be jealous. sbb nama kilau itu sudah establish.

Ladynoe said...

aku kalau nampak lelaki kacak bukak baju badan berkilau, memang aku kidnap. Sorok dlm rumah jangan kasi dia keluar.

wey ape ni kutuk edward ni wey .ape ni.

haha.

Z said...

Oh Jebon, don't get me started on Edward Cullen.

Apa definisi fashion blogger ni sebenarnya? Someone who posts his designs online ke?

razor said...

aku nampak ada seorang pakcik gelek2 duk bakar baju kilat2 kat belakang umah dia tadi..

aku rasa tu dato'.. emm.. takpe lah!

huhu

miezi said...

tersedak dato' tu jeb.

BudAk hijAu said...

ko rase m.daud kilau bce x blog ko nie...hehehehehehe...

happy new year...

Weed and Bandages said...

tak tgk lagi twilight tu.

tatau nak komen lagu mana.

m.daud kilau kenai.

ai said...

Bryan tu aku tengok kelihatan seperti kau jebon!

Dayang said...

lama menanti entry baru. huhu..

twilight best!

e.c. mmg boleh menjeleskan m daud kilau.

gee carmen said...

Happy New Yar Jebon :)

chepsmore said...

kejap lagi nak ngok twilight.baru hbs donlod.anyway,hapi new year,jebb!

Hadie said...

comel la pulak bryan ni..

eh, aku tetiba rasa terharu la bila tetiba ko update blog ko ni dengan banyak entri secara serta merta..

tsk...
selain dari yuna, aku rasa aku juga amat meminati ko...

haha...
(ikhlas ni)

happy new year beb!

D Din said...

ada brader jual burger kat sek 17 shah alam tu muka iras2 edward cullen

Lee said...

Jebon: Woii, sorrylah wey. aku tak bermaksud sedemikian rupa. Cuma, takleh blah arr orang melawan fitrah. Anyway, moga sukses kalian semua pada lembaran tahun 2009!

ef fafinette said...

bagus bagus..suka aku baca entri-entri ko jebon...

selamat tahun baru!!!

*i.am.me.for.myself* said...

oh beliau sgt cantik berfesyen..
tapi beliau adalah sgt gay skali

Izuan said...

aku juga sudah tengok twilight. dan aku akhirnya faham kenapa perempuan sanggup datang tengok filem itu sampai 9-10 kali.

Anonymous said...

anda punye blog sangat menarik

kurt nurmen said...

happy new year jeb!salam perkenalan(ade ke ayat ni?)
lama btul aku tggu ko nak update blog ko ni..lenkali jgn biar ktorang tggu lama2 yer ;)

ar3youth3r3 said...

funny as always
link yours

ur silent reader,

Ahmad Azrin Aziz said...

lagi lagi pasal Edward Cullen..

mana tak mengamuk di tua tuh..

z@ti said...

ensem kan edward cullen tu...sekian.

Miss Indee said...
This comment has been removed by the author.
Miss Indee said...

To Jebon...

Entri2 kamu telah berjaya menyentuh sanubari walopun pertama kali Miz membacanya.. ia cukup untuk Miz dikatekan sebagai kurang waras oleh jiran2 disebelah meja Miz di opis ini. BTW nice to meet ur blog (hahah... suke2 ati la nak kate ape2 kan.) Selamat tahun baru wahai jebon...

mariam said...

aduhh...
tak leh blah....
apakah??

fingerscrossed said...

SAya pun agak terharu anda mengeluarkan entri2 blog yang agak banyak dalam masa yang singkat...

I watched Twilight with my girl last week and while watching, all she did was biting a straw (from a mineral water bottle) and "hensemnya Edward Cullen" and "so damn hot"...

Me? Well, I tried to stay positive... "Japgi mesti ada lawan2 best ni (vampire la katakan)"... "owh, cool jugak diorang jalan gelongsor atas angin"... "bila nak lawan2 ni?"... and lastly, "camtu je lawan?"...


But it was kinda sweet
vampires in love

bEtTy said...

twilight mmg superb..
the 1st series baru intro jek..
can't wait for the next sequel..

=)

Bovril Lavigne said...

People can laugh all they want, but B-Boy here got a Marc Jacobs bag to his name..haha.

http://www.fashion-overload.com/my_weblog/2008/08/bryanboy-star-o.html

sayang said...

hepi new year...

sWiss chEese said...

try bace twilight saga
saye telah terjatuh hati dgn jasper plak =D

chah~ said...

edward... aku x sangka aku bleh jatuh cinta kat vampire.. heh

IZYAN N said...

hahahahaha. funny x)

Anonymous said...

hurm twilight ehy..serius best..u know how i lov daa movie rite mr ferrero?? :D

Awan Lahon said...

halamak!!!

ainahfufufu said...

haha..terkejut aku psl tajuk entri ko..kebetulan sama..twilight..aku xsuka sgt mv dia.buku dia lg best.setakat pelakon2 tu okay lah..

m daud kilau??wahahaa

o kambeng hitam o said...

he is. or i think she. na ah. s-he
(better) is really good in fashion. we have to admit that:)

sorry to said...

twilight adela worst muvie n yg saye malu nak ckp saye pg tgk...
muvie 2 hanye bertujuan untuk menunjukkan yg beliau sgt la ensem..beliau mg la ensem (tp x minat) tp dalam cite yg sgt bodoh...

Hadie said...

hahaha... bukan aku sorang terharu

siputturbo said...

twilight tak besh!

tapi post2 ko tetap best.

Effa said...

jaybon, aku rase ko bakal merangkap raja/permaisuri lawak blog yg akan dianjurkan dek astro primadona

Abg Chik said...

Twilight?
Bryan Boy?

kecik said...

nasib bryan boy.kot brandon boyd jadi lagu tu?
nangis air mata darah aku..

aku_yanhashim said...

j! happy new year!
lama tak lepak kat blog kau
makin meriah.

hfz-khazali said...

nak exchange link x??klau berminat email aku kat sini hafisha2@gmail.com

ni blog aku

http://hfzkhazali.blogspot.com/

Dosz said...

haha. mmg kilauan yang gay. hehe

pjoe said...

mcm betis ronaldo
kilau2 ngalahkan sport rim kereta sukan

amadshuqur said...

heh heh heh.. jebon.. boleh aku nak jadikan ko sebagai idola aku?... kau memang jebon... minat gila aku.

Anonymous said...

datuk m daud kilau gay?

Mie Amour said...

post ko ni wat aku trasa nak tgk twilight wpun aku xminat crita2 cmni dan telah merejectkannya dr 'wayang-list' aku..wahahahaha...

Mie Amour said...

post ko ni wat aku trasa nak tgk twilight wpun aku xminat crita2 cmni dan telah merejectkannya dr 'wayang-list' aku..wahahahaha...

Jebon said...

i love me : haha. mungkin. tapi nama saja sudah establish, tahap kilauan masih tidak konsisten :)

Ladynoe : Kau baik2, jangan sampai terkidnap M. Daud Kilau. Lol.

Z : Definisi sebenar aku tak pasti. Aku rasa fashion blogger adalah blogger yang tulis tentang fesyen. Kalau the ones yang post their designs online adalah fashion designers yang ada blog. Hmm.. Aku pun dah confuse. Aku harap kau pun confuse sekali.

razor : Hahahahahahahaha!! Wei pergi pujuk dia! Kata kat dia, kat Malaysia ni dia yang paling berkilau.

miezi : Tau-tau je kau ni.. :)

BudAk hijAu : Hish! Kalau dia baca memang aku banggalah :) Terima kasih. Selamat tahun baru! Kau hulk
ke wei?

Weed and Bandages : Pi tengok pi. Beli dvd tipu ja. M. Daud Kilau kalau sapa tak kenai memang nak kena aa.

ai : Erk.. aku tak tau la tu pujian ke apa. Tapi....terima kasihlah...

Dayang : Tapi Edward Cullen mungkin akan jealous dengan M. Daud Kilau kalau tengok dia bergelek. Si Cullen mesti tak boleh gelek macam tu punya.

gee carmen : Gee, thanks! :)

Chepsmore : Terima kasih! Happy new year wei.

Hadie : Wei, lama gila tak nampak kau di blogosfera. Aku pun terharu bila aku tiba2 rajin update dan bila baca apa kau tulis tu.. Tsk. Aku pun minat yuna. Jom la tengok dia nyanyi2 nanti.

Thanks la wei.
Selamat tahun baru!

D Din : Kau biar betul.. Aku pernah jumpa penjaga tol yang muka macam aziz m osman.

Lee : Baiklah, aku faham. Aku saja je cakap macam tu, biasala aku, poyo :) Thanks wei. Semoga kau pun sukses!

ef fafinette : Terima kasih! Selamat!

*i.am.me.for.myself* : Kan?!! Saya suka semua seluar dia! Eh, hampir semua la..

Izuan : Tu la.. aku pun dah paham sekarang. Walaupun ia tak ada efek sebegitu kepada aku. Alhamdulillah.

Anon : Terima kasih :)

kurt nurmen : Selamat tahun baru! Aku rasa adala ayat tu. Kalau takde maknanya selama ni aku salah cakap kat ramai orang wei.

ar3youth3r3 : Thank you :) Hello? U there? Betul2 silent ni.

Ahmad Azrin Aziz : ok ok, aku tak cakap pasal dia dah. tapi aku tak janji.

z@ti : Hm.. bolehla... :)

Miss Indee : Terima kasih cik! Cik, menjadi kurang waras tu adalah cool. Jangan risau :) Selamat tahun baru!

mariam : apa yang tak boleh blah wei?

fingerscrossed : haha.. saya juga turut terharu. sama la, bila saya tengok pun, cinema dipenuhi gadis2 yang mengeluarkan pelbagai bunyi-bunyian bila edward cullen keluar.

sweet ke weh? okayla, sweet la..

bEtTy : semua orang yang baca buku dia pun cakap benda yang sama. hmm..

Bovril Lavigne : Tu la pasal! Dan Bryan Boy ada Birkin! Tsk.

sayang : terima kasih :)

sWiss chEese : jasper tu yang mana? tak ingat la. casper the friendly ghost ingat la. haha. ok tak kelakar.

chah~ : nak buat macam mana wei.. vampire tu handsome. aku tak salahkan kau.

IZYAN N : Hee.. Thanks :)

Anon : Mr Ferrero tu siapa? Siapa ni? jeng jeng

Awan Lahon : Fuish.

ainahfufufu : aku belum baca la. asyik2 dah habis je kat semua kedai. bah.

o kambeng hitam : cakap bm la, boleh elak guna he or she :) dia memang bijak tentang fesyen :)

sorry to : sabar wei sabar.. kalau perempuan jomblo nampak ni.. nahas.

siputturbo : nama kau best! dulu nickname aku siputlaju wei!

Effa : bahahaha.. aku tak tau itu pujian atau kutukan. tapi aku cakap je la terima kasih.

Abg Chik : Iya, Edward Cullen macam Bryan Boy. Glittery :)

kecik : wei, kau jangan.. brandon boyd tak boleh pakai lagu tu. langgar prinsip.

aku_yanhashim : tu la pasal, lama tak nampak kau. sihat? selamat tahun baru!

hfz-khazali : baiklah, akanku email kamu kelak. terima kasih :)

Dosz : yang mana? bryan boy ke edward cullen?

pjoe : hahahaha!! adalah sikit :)

amadshuqur : wei terima kasihla.. terharu aku. tsk tsk. terharu sampai aku tak tau nak cakap apa. ok bye.

Anon : weih, siapa cakap?

Mie Amour : Silalah pergi tengok. Saja cuba-cuba. Pergi, pergi. Aku takde perasaan kau movie tu pun sebenarnya.. Mungkin sebab banyak sangat orang cakap pasal movie ni sampai aku malas nak berperasaan bila tengok. haih..

budak jahat said...

Mungkin Mat Kilau pun turut jeles ;)

Ilya Syafeena said...

hye. call me ilya cullen. hehe
entah2 edward cullen ada bau bau bacang dgn m daud kilau.

iLOVEspeed said...

bukankah seorang (seekor?) vampire tidak boleh terkena cahaya matahari?

Anonymous said...

entry ni dah lama.. dulu mmg aku sendiri akan kata cam si edward cullen tp skrg kalau bab2 glitter ni aku terigt hyun bin dlm drama korea "secret Garden".. tp baju jer la y glitter.. peluh x pun kalau hyun bin.. hehehe