Friday, July 25, 2008

Dedikasi 2

Kepada semua peminat Tomok New Boyz, aku ada berita. Tomok bukan sahaja boleh menyanyi sambil tutup hidung (aku tak pasti sengau itu akibat dia tutup hidung sambil menyanyi atau memang semulajadi, sebab bagi lagu-lagu dari genre seperti yang dibawa oleh New Boyz itu, jika lebih sengau lebih feeeeel), Tomok juga selalu menghiburkan aku dengan hasil tulisannya.

Sila ke sini untuk tangkap lentok/tangkap cintan/tangkap leleh/tangkap nangis/tangkap ______ (isi sendiri perkataan yang kamu suka di dalam ruang. Contoh : basah)

Tuesday, July 22, 2008

Malang tidak berbau durian

Dari kecil aku memang suka makan durian. Buah durian, kuah durian, penkek durian, kek durian, tempoyak, dan segalanya yang durian.

Bila ada orang-orang yang tak tahan bau durian, aku hairan.

Kerana durian, aku boleh jadi lupa dunia. Lupa akhirat. Lupa harga minyak baru. Lupa deadline. Lupa tengok House. Lupa tengok Keeping Up With The Kardashians. Lupa untuk buat-buat lupa tentang deadline. Lupa segala.

Bahaya... kan?

Aku ingat lagi parti durian pertama dan terakhir yang aku hadiri sewaktu aku dalam lingkungan umur 6 tahun. Aku tak pasti sama ada itu adalah parti durian atau parti biasa yang ada durian.

Parti itu dianjurkan dan diadakan di rumah kawan Mat Nor yang bernama Salleh. Di situ ramai orang-orang dewasa pelik dari pelbagai bangsa yang aku jumpa. Hippies, bekas hippies. Aku tak pedulikan orang-orang dewasa pelik tu semua. Aku masuk ke rumah, salam dan cium tangan mereka dan aku terus cari durian.

Aku cari tanpa menggunakan mata, hanya guna hidung sahaja.

Belum sempat aku jumpa durian, Bini Mat Nor menarik aku dan memperkenalkan aku kepada kanak-kanak lain yang ada disitu. Kanak-kanak lain tu macam ragu-ragu bila nak bercakap dengan aku. Mungkin sebab rupa aku macam penyangak walaupun baru berumur 6 tahun. Mereka ajak aku bermain, aku setuju.

Terlalu asyik bermain hingga terlupa tentang tujuan aku ke situ ; durian.

Setelah penat main kejar-kejar, anak tuan rumah, si Hawa, ajak kami minum dalam rumah.

Semasuknya aku dan kanak-kanak lain dalam rumah, aku nampak semua orang-orang dewasa tengah menikmati durian dan beberapa jenis buah lain dengan lahap.

Ini tak boleh jadi! Aku terus duduk di tengah-tengah Mat Nor dan Bini Mat Nor, silang kaki dan makan durian. Seulas demi seulas demi seulas. Syurga dunia aku ketika itu.

Sedang aku asyik menikmati durian, Bini Mat Nor berkata pada semua orang yang ada di situ, 'Si Jebon ni memang hantu durian.'

Hantu durian di sini bermaksud seorang yang sangat suka makan durian, tiada kena mengena dengan apa-apa makhluk halus.

Mendengarkan apa yang Bini Mat Nor kata, kanak-kanak lain terus menjauhkan diri dari aku sambil menjerit-jerit 'Eee..hantu!! Hantu durian! Eeee, hantu!!!'

Aku buang durian yang baru aku nak masukkan ke dalam mulut, aku cuci tangan, aku cari kanak-kanak tadi.

'Saya bukan hantu durianlah! Saya dah tak makan durian dah, tengok?' aku kata sambil tunjuk tangan yang bersih.

Mereka kata, 'Kita orang tak nak kawan dengan hantu!!!' lalu mereka lari dari aku lagi sekali.

Aku cuba yakinkan berkali-kali pada mereka yang aku bukan hantu durian tapi setiap kali aku kejar, mereka akan menjerit seakan histeria.

Aku putus asa.

Kanak-kanak lain bergembira bermain.

Aku habiskan masa petang itu dengan memerhatikan mereka dari jauh,

sambil makan manggis.

Friday, July 18, 2008

24 Mei 1983, Petaling Jaya

Aku dilahirkan pada 24 Mei 1983 di Hospital Assunta, Petaling Jaya.

Pada hari kelahiran aku, Mat Nor dan kawan baiknya, Kit Leee, sangat terlebih excited.

Mahu tahu kenapa?

Menurut kata Bini Mat Nor, mereka terlebih excited kerana tarikh lahir aku sama dengan Bob Dylan.

Tsk.

Aku, Myra, Baini dan Tomok

Tadi aku saja google Tomok New Boyz. Kamu kenal?

Tomok adalah penyanyi utama kumpulan New Boyz.

New Boyz ni terkenal di kalangan orang-orang yang minat lagu-lagu genre macam hidup segan mati tak mahu tu. Yang lagu-lagunya sedih mendayu-dayu. Lagu lirik happy pun melodi sedih mendayu-dayu juga. Hairan.

Ada dua juniors di sekolah aku dulu tergila-gilakan si Tomok ni sampai tarik-tarik rambut sesama sendiri berebutkan si Tomok. Sebelah tangan tarik rambut, lagi sebelah tangan pegang majalah Mangga yang muka hadapannya tertulis 'S ialah teman istimewa Tomok'. Dua-dua budak sekolah aku yang berebutkan Tomok tu, nama mereka bermula dari huruf 'S'.

Aku bukan peminat New Boyz mahupun Tomok.

Cukup.

Aku google pula gambar-gambar New Boyz. (Iya, aku jarang melakukan benda yang berfaedah)

Tomok yang di tengah-tengah, rambut pun belah tengah (eh, murah cd dia orang).

Bila melihat rambut Tomok, aku teringat waktu pertama kali aku masuk ke kelab malam. Tahun 2002. Aku, Myra dan Baini dibawa masuk oleh kakak kepada salah seorang kawan kami.

Kelab itu bernama Orange. Masa tu Orange belum dihimpuni mat-mat rempit lagi.

Aku, Myra dan Baini ketika itu masih terlalu naif untuk mengenali dunia liar malam.

Aku masa tu sedang melalui fasa suka pakai topi. Aku tak tahu pula di dalam kelab Orange itu topi tidak dibenarkan. Sangat tak logik sebab mereka memainkan lagu hip-hop dan R&B. Bukan orang-orang hip-hop ni suka pakai topi ke? Entahlah.

Waktu aku ditahan di pintu masuk, aku ingatkan sebab aku bawah umur. Rupanya sebab aku pakai topi. Bouncer itu menyuruh aku tanggalkan topi dan meninggalkannya pada dia. Nanti nak balik baru ambil semula topi. Aku akur sebab aku takut walaupun aku tahu kalau aku tanggalkan topi setelah memakainya lebih dari 3 jam, rambut aku akan rupa macam haram jadah. Rupa macam bentuk topi la kiranya.

Jadi, malam itu adalah malam pertama aku, Myra dan Baini merasai suasana kelab malam di Kuala Lumpur.

Tiga orang suci yang seorangnya berambut leper belah tengah, dan dua orang lagi berpakaian lengkap seperti mahu ke pasar malam Seksyen 18.

Minuman pilihan malam itu : Orange juice sebab kononnya cool minum orange juice di kelab Orange. Faham? Orange di Orange.

Itu 2001. Memang kami tak cool.

Sekarang 2008. Kami... masih tak cool.

Tapi Myra dan Baini sudah bijak berfesyen. Mereka akan berpakaian seperti mahu ke pasar malam Seksyen 18 hanya ketika mahu ke pasar malam Seksyen 18 sahaja.

Dan yang paling penting, rambut aku dah tak belah tengah lagi.

Apa ada pada nama

Semalam aku pergi ke Kuala Kubu Bharu menaiki komuter buat pertama kalinya. Ada urusan kerja. Aku menghantar mesej teks kepada Bini Mat Nor.

Aku : Mak, hari ni Jebon ada kerja kat Kuala Kubu Bharu tau. Apa-apa hal teks je.

Bini Mat Nor : Okay. Jaga diri. Kalau pergi Magick River carilah Kit Leee.

Aku : Dia tinggal kat situ lagi ke?

Bini Mat Nor : Ha'ah. Magick River tu kan banyak magic mushrooms.

Aku : Oh, magic mushrooms..

Bini Mat Nor : Kamu jangan nak makan benda yang bukan-bukan tu (insert nama betul aku disini)!

Kit Leee adalah salah seorang kawan baik Mat Nor. Dulu nama samaran mereka M. Eeel dan Nashville Slim. Hippies.

Aku ingat lagi, sewaktu aku 8 tahun. Aku diperkenalkan kepada anak Kit Leee yang waktu itu mungkin 20 tahun. Namanya Belle. Seorang model sambilan. Fikir sendirilah rupa dia macam mana cantiknya.

Aku mengamuk. Sebab aku tak suka nama aku dan nama anak Kit Leee sedap. Belle.

Sebagai seorang yang hanya 8 tahun ketika itu, bila sebut Belle aku terus terfikirkan Tinkerbell.

Aku terus marah Mat Nor sebab tak namakan aku Peter Pan.

Sekarang, aku bersyukur nama aku bukan Peter Pan.

Sunday, July 13, 2008

Aku demam, tapi bukan demam cinta.

Lagi satu benda yang boleh buat aku kalah dalam pertandingan Fear Factor :

Cabaran untuk tidak terkejut apabila roti melompat keluar dari toaster setelah selesai dibakar.

Sangat mencabar.

Friday, July 11, 2008

Aku, Mat Nor dan Uma Thurman

Mat Nor dan aku memang banyak perbezaan.

Antara perbezaan itu adalah :
  • Mat Nor putih. Aku tak putih.
  • Mat Nor pandai melukis. Aku lukis kerbau, cikgu aku ingat aku lukis kucing (Darjah 2 Orkid, S.R.K Subang Jaya '91. Sampai hati Puan Chong cakap macam tu. Aku baru 8 tahun kut)
  • Mat Nor pandai menulis. Aku baru nak mula menulis.
  • Mat Nor pandai main pelbagai alat muzik/menyanyi seperti Bob Dylan. Aku.. bila aku nyanyi sikit-sikit, kawan aku tanya 'Apa kau cakap tadi? Aku tak dengar.' Rupanya aku menyanyi dan bercakap tiada beza.. Tsk. Mungkin aku patut menyanyi lagu-lagu gangsta rap saja lepas ini.
  • Mat Nor berambut kerinting. Rambut aku tak ada kategori.
  • Mat Nor suka makan sayur. Aku tak boleh makan sayur. Alahan. Okey, tipu. Aku tak suka makan sayur. Tak boleh.
  • Banyak lagi perbezaan yang aku malas nak tulis.
Despite perbezaan-perbezaan yang aku dah tuliskan ni, ramai juga yang berkata pada aku 'Eh Jebon, muka kau sebijik macam muka Mat Nor siyot!' Aku tak setuju. Sebab aku rasa muka kami berbeza.

Mat Nor tak handsome. Faham?

Persamaan yang ada pada kami yang aku boleh fikirkan sekarang, ada tiga. Yang pertama, kami berdua suka Uma Thurman. Yang kedua, kami berdua tak sikat rambut. Yang ketiga, bulu kaki kami sama. Ya, struktur bulu kaki kami serupa. Aku tak boleh nak terangkan bagaimana, tapi memang serupa.

Tolong percaya.

Salah satu sebab ramai yang bila berjumpa dengan aku (bila aku pakai seluar pendek) ingat aku lelaki ialah sebab bulu kaki aku. Dan bentuk kaki aku sendiri. Bini Mat Nor selalu tanya 'Kenapa kaki kamu macam Santokh Singh?' Aku tak kenal siapa Santokh Singh, tapi dari namanya saja, aku yakin kaki dia ganas.

Oleh sebab Bini Mat Nor sangat menyampah dengan bulu kaki aku yang macam jantan ni, dia paksa aku 'menebas' (iya,dia guna perkataan menebas) bulu kaki aku. Paksaan ini bukan aku terima dari Bini Mat Nor saja, malah kawan-kawan aku juga dah bertahun-tahun paksa aku hapuskan bulu kaki aku dan hidup seperti manusia biasa.

Minggu lepas, oleh kerana tak tahan dengan tekanan dari orang-orang disekeliling, aku pergi ke kedai India di belakang rumah dan minta dia hapuskan bulu kaki aku dengan teknik waxing.

Terkedu.

Sakit rupanya waxing tu.

Sekarang, kaki aku licin. Bini Mat Nor gembira. Kawan-kawan juga tumpang gembira.

Dalam kegembiraan mereka, mereka tidak sedar apa yang mereka telah rampas dari aku.

Aku telah hilang satu di antara tiga benda yang aku sama dengan Mat Nor.

Aku sekarang ditinggalkan dengan dua sahaja persamaan dengan Mat Nor dan sepasang kaki yang gatal.

Nukilan Tiba-Tiba

Benda-benda yang boleh buat aku kalah dalam pertandingan Fear Factor :
  • cabaran kena naik dan turun lif
  • cabaran kena pegang/mendekatkan diri dengan cicak
  • cabaran kena makan sayur
  • cabaran kena minum air kosong

Monday, July 7, 2008

Cerita Maggi

  1. Pergi ke sini.
  2. Klik pada Gallery.
  3. Klik pada Winners.
  4. Tontonlah A Story of Maggie and Me.
  5. Lihat kredit.
  6. Selepas lihat nama Casting Director, bolehlah berhenti menonton sebab lepas tu dah tak ada apa yang penting lagi.
Kamu ingat aku tak perasan cast ada dua orang saja?

Sunday, July 6, 2008

EnTri TanPa GuNa

Kepada semua, jika ada orang yang kamu tak berapa kenal tapi comel mengajak kamu keluar makan aiskrim, adakah kamu akan pergi?

Mungkin kamu akan kata tak salah kalau pergi. Mengeratkan silaturrahim lah katakan..

Tapi kalau dia hantar sms macam ni :

"HyE aWaKx~. JoMz TeMaN iTe (disebut seperti 'eater') MamAm eSkEm jApZ~~!!!!!!" (Hai awak. Jom teman kita makan aiskrim kejap!!!!!! <-tanda seru wajib lebih dari 5 untuk mengekspresikan rasa teruja yang amat sangat.)

Aku cuba untuk jawab "OkiEz, JoMz mAmAm eSkEm!(satu tanda seru cukuplah)" tapi tak boleh, sebab aku tak boleh cakap cara begitu. Aku.. aku.. tak bolehlah! Aku akan rasa seperti seorang remaja yang filem 'aksi' kegemarannya ialah Gerak Khas The Movie atau Gerak Khas The Movie 2 ataupun Maria Mariana 1 & 2 (Erra Fazira kan jadi polis dalam filem tu, dimana ada polis yang berambut palsu dan ada A. Galak, disitu pasti ada aksi, kan?).

Tapi yang paling penting, nak taip perkataan 'okiez' itu secara huruf besar kecil besar kecil saja aku dah ambil masa 5 minit.

Macam mana?

Kan dah kena padam dari buku telefon.

Thursday, July 3, 2008

Buat masa sekarang, siapa yang ucapkan syabas kepada SYABAS akan kena lempang

SYABAS ialah nama pendek untuk Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd.

***

Kebelakangan ini SS15 Subang Jaya asyik terputus bekalan air. Hari tu bekalan air terputus sewaktu aku sedang cuci bilik air. Bayangkanlah aku yang terkebil-kebil dengan sabun penuh di kaki dan tangan dalam bilik air tu. Tangan dan kaki aku kecut dan kejung akibat diselaputi serbuk sabun Fab yang tak bercuci.

Iya, aku cuci bilik air guna serbuk Fab. Aku suka. Banyak buih. Best.

Pagi tadi, sekali lagi bekalan air terputus. Aku belum mandi dan harus hadiri mesyuarat. Aku panik. Baldi dalam bilik air memang ada air, tapi cukup untuk satu setengah cebuk sahaja isipadunya.

Tiada pilihan.

Aku mulakan proses pemandian yang penuh cabaran ini. Aku syampu rambut, aku sabun badan, aku cuci muka, aku gosok gigi. Segala buih-buih syampu, sabun, pencuci muka dan ubat gigi yang ada pada aku, aku biarkan berlumur di anggota badan.

Selepas 15 saat, aku cuci semua tu dengan satu kali jirus sahaja. Memang menyayat hati, aku tahu.

Tapi ada hikmah di sebalik kejadian ini, aku yakinkan diri.

Aku tak pernah tahu yang aku ada kebolehan untuk mandi dengan sekali jirus saja. Siap syampu, cuci muka, sabun badan dan gosok gigi berbekalkan satu cebuk air sahaja. Satu tau? Satu!

Aku akui, memang amazing. Bertambah amazing bila aku tiada nafsu untuk melakukan number one atau two ketika ini. Aku amat bersyukur sekali. Jika tidak.. entahlah.. *merenung jauh

Terima kasih SYABAS, kerana buat aku discover kebolehan aku ini. Syabas kepada aku.

Kebolehan ini akan aku masukkan dalam resume di dalam bahagian 'Skills', selepas kebolehan memandu tanpa lesen.

Doakan aku dapat kerja yang baik-baik ya.

Wednesday, July 2, 2008

Siri TV 'Dunia Baru'


Pagi tadi aku pergi ke gerai nasi lemak tak berapa kegemaran aku berhampiran dengan pasar SS15 Subang Jaya. Aku terpaksa pergi ke gerai ini kerana gerai nasi lemak kegemaran aku yang di depan Taylor's College sudah tiada lagi. Aku tak tahu kenapa Kak Leha dah lama tak meniaga.

Sedang aku menunggu untuk makcik tu membungkus nasi lemak aku, aku ditegur oleh seorang pakcik yang tak dikenali. Pakcik tu berumur lingkungan lewat 40-an.

Pakcik Yang Tak Dikenali (PYTD) : Eh, awak ni pelakon Dunia Baru kan?

Aku : Pakcik salah orang ni.. Saya bukan pelakon Dunia Baru.

PYTD : Jangan tipu laaa... (sambil jari telunjuknya bergerak ke kiri dan kanan laju-laju menandakan 'jangan')

Aku : (mula rasa tak selesa sebab makcik nasi lemak mula mengkaji-kaji muka aku) Betul pakcik. Saya bukan pelakon Dunia Baru.

PYTD : Pakcik tengok cerita tu, pakcik tahulah. Janganlah malu-malu. Anak pakcik minat sangat dengan awak ni. Nasi lemak tu biar pakcik belanjalah! (excited)

Aku relakan pakcik tu bayar untuk nasi lemak aku. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, tahu?

Aku cuba yakinkan lagi pada dia yang aku bukan pelakon Dunia Baru. Dia tak nak percaya.

Muka aku macam muka Mohd Pierre Andre ke? *Risau

Pakcik tu minta diri, dia nak balik tolong isteri dia masak katanya.

Aku : Pakcik!

PYTD : Iya?

Aku : Pakcik pernah tengok cerita Blow?

PYTD : Tak pernah. Cerita apa tuh?

Aku : Saya berlakon cerita tu.

PYTD : Haaa... mengaku pun pelakon! Cerita apa tadi? Nanti pakcik suruh anak pakcik cari!

Aku : Cerita Blow.