Tuesday, May 27, 2008

Realiti Menggigit. MamamaMy Sharona!


Lelaina Pierce: Are you religious?

Michael Grates: Um, uh, I guess uh, I guess I'm, uh a non-practicing Jew.

Lelaina Pierce: Hey, I'm a non-practicing virgin.

Monday, May 26, 2008

Bini Mat Nor

Hari tu ada orang yang tak dikenali tersalah hantar mesej teks pada Bini Mat Nor. Mesej itu berbunyi,

'Kenapa tak angkat? Tengah memadu kasih ke dengan Maria? Maklumlah, laki Maria dah lari kan? Apa2 pun, awak balik sekarang!'

Bini Mat Nor balas mesej teks itu, 'Awak tersalah nombor ni. Tapi kalau awak nak, bagilah saya nombor si Maria tu. Saya boleh tolong ganyangkan dia.'

Nampak sangat mak aku bosan tinggal berdua dengan Mat Nor di rumah. Kan seronok kalau aku boleh tinggalkan kerja di Kuala Lumpur dan balik temankan dia tonton drama-drama Melayu?

Perhatian!


Aku mahu buku ini, tetapi pekerja kedai buku itu kata pada aku yang ia tidak boleh dibeli dengan rumput. Tsk.

Sunday, May 25, 2008

Dua Lima

Hari ini, aku berumur 25 tahun.

Aku tak suka.

Tapi tadi sewaktu di hospital, doktor yang merawat Mat Nor tanya aku,

'Adik, cuti sekolah dua minggu ni, tak ada rancangan apa-apa ke?'

Aku jawab, 'Tak ada, Makcik.'