Thursday, December 11, 2008

Pengalaman Pertama Aku Dikacau Hantu

Amaran : Jangan cuba untuk menambahkan tahap saspen dengan mendengar lagu Stress sambil membaca. Dan sila baca dalam keadaan bilik yang terang-benderang (sebab membaca dalam keadaan gelap akan merosakkan mata).

Ramai diantara kawan-kawan aku yang memang dah sedia ada pengalaman dikacau hantu. Lebih-lebih lagi mereka yang pernah belajar di sekolah asrama.

Tetapi aku mula bertemu dengan makhluk halus pada usia yang muda... Pengalaman pertama aku dikacau hantu berlaku ketika aku berumur 8 tahun. Tahun 1991. Tahun itu, tahun pertama aku dan Anak Mat Nor Nombor 2 tidur berasingan dari bilik Mat Nor dan Bini Mat Nor.

Ia berlaku pada satu malam. Aku tak berapa ingat, apa terjadi pada awal malam itu, tapi aku rasa yang aku masuk tidur tanpa mencuci kaki.

Aku memang selalu terlupa untuk cuci kaki. Gosok gigi pun aku selalu buat-buat lupa.

Malam itu, setelah mengucapkan (menjerit sekuat hati) 'Selamat malam' kepada seisi rumah, aku masuk ke bilik tidur.

Aku kunci jam loceng, sebab perlu ke sekolah keesokkan pagi.

Lepas tu aku selimutkan semua bantal-bantal.

Ah, baru boleh tidur dengan aman..

Tidur dengan aman. Tidur dengan aman. Tidur dengan aman.

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi benda terjatuh dalam jam 5.30 pagi.

'Pak!' bunyi benda jatuh tu.

Aku tak berani buka mata luas-luas, jadi aku buka mata kecil-kecil.

Aku nampak makhluk berwarna putih seolah-olah sedang bertenggek berhampiran dengan meja tulis aku. Aku takut. Rasa mahu menjerit, tetapi macam ada gumpalan stokin dalam tekak.

Bila aku nak jerit, suara berdegil tak mahu keluar. Damn you suara!

Meja tulis aku terletak di sebelah tingkap, menghadap ke katil. Jadi, makhluk serba putih itu berada betul-betul di hadapan aku, dan ia kelihatan seolah-olah sedang tertunduk sedikit.

Sampai bila-bila aku tak akan lupakan visual itu.

Sampai bila-bila.

Aku pejam mata kuat-kuat dan menyanyikan lagu 'My Favourite Things' dalam hati.

'Girls in white dresses with blue satin sashes...' belum sempat habis menyanyikan lagu itu aku sudah terlelap semula..

Zzzzzz...

Aku terjaga semula pada jam 6.30 pagi. Jam loceng kejutkan aku. Aku lihat meja, makhluk putih sudah tiada... Aku lari capai tuala dan terus ke bilik mandi dan bersiap-siap untuk ke sekolah.

Di dalam kereta, sewaktu dalam perjalanan ke sekolah, aku memberitahu Bini Mat Nor tentang kejadian mistik yang aku alami. Raut wajah Bini Mat Nor berubah dari ceria ke risau bila mendengar cerita tentang makhluk serba putih yang duduk di sebelah tingkap bilik aku. Aku lihat reaksi Bini Mat Nor seolah-olah dia merahsiakan sesuatu dari aku. Seolah-olah dia tahu mengenai makhluk serba putih itu. Seolah-olah dia juga pernah ternampak makhluk putih itu. Seolah-olah dia tahu yang bilik tidur aku sebenarnya 'berpenghuni'.

Bini Mat Nor kata, 'Imaginasi kamu je tu Jebon.. Jangan fikirkan sangat okay.' sambil kucup dahi aku dan aku turun dari kereta dan melangkah longlai masuk ke pagar sekolah. (Bila perlu ke sekolah, memang langkah aku longlai. Aku tak suka pergi sekolah)

Sepanjang hari aku asyik terfikir tentang makhluk serba putih itu dan mengapa Bini Mat Nor tak mahu berterus-terang sahaja pada aku tentang bilik tidur aku yang sememangnya haunted.

Sejak dari hari itu, aku tak tidur di bilik sendiri lagi. Aku heret Anak Mat Nor Nombor 2 untuk bersama-sama tidur di bilik Mat Nor dan Bini Mat Nor.

Aku trauma.

Selama seminggu aku tak dapat tidur dengan tenang. Kadang-kadang aku buat-buat mengigau. Aku akan buat-buat meracau 'Tidak! Tidak! Jangan! Jangan!' Saja nak buat Mat Nor dan Bini Mat Nor gelabah.

Masuk minggu kedua, barulah Bini Mat Nor berterus-terang.

Walaupun aku tak suka dengar kebenaran yang terpacul dari mulut Bini Mat Nor ketika itu, aku menerimanya dengan hati yang tabah.

Makhluk serba putih yang duduk di meja tulis aku adalah Bini Mat Nor yang bertelekung (baru selesai sembahyang subuh) dan sedang periksa buku latihan aku kut-kut ada homework yang aku tak buat.

Tak boleh ke periksa buku latihan waktu petang?

208 comments:

1 – 200 of 208   Newer›   Newest»
Konstantine said...

hahahaha! bini mat nor ni poooon~ heis!

KNizam said...

haaahhaha aku terrtttipooooo. hahaahha tapi cool la cerita ko

hartini oreo cheese cake said...

adeh.
kelakar lah.
*gelak sambil terguling*

Zaini said...

SIALLLL!!!!!!

xelovia said...

finally new post..
kangen bangat!

haha freaking hilarious la u!
tq, u make my day~
XD

bakri hafiz hisham said...

ahahahha.
nice one.
mak aku terang2 jek check buku.
aku siap sorok bawah karpet lagi tuh mana homework yg tak siap.
last kantoi kene bantai!
:D

non said...

hahahaha. aku membaca dgn penoh saspens.

chah~ said...

haahaha.. (sambil guling2, kua air mata)....

-Gemuq- Dunia Aku dalam diri said...

akhirnya!gila weh..suspen gak memula.! hahha

peej said...

haha..kelakar ok..
punya la suspen..tetibe lawak..
tp betul la..kenapa x check time lain..
x pun pakai la baju biasa...

Lyter Kaka said...

hahaha...bdk skolah mmg suka bt homework tgh2 mlm lps tu baru dia tido..yg mak dia ni nak pastikan anak dia siapkan keja skolah dulu sblm tido..kalo xsiap,kena la siapkan pkl 5.30 pg tu..huhu

Azzam?? said...

haaaa... muncul balik pun.. mana kau pergi hah junz??

Insanity Mind said...

hahaha! suspen je baca. Bini Mat Nor ni pun...hahaha (tak mampu menahan gelak)

sultan said...

kah kah kah... agak dah bape lame dia wat keje spy menyepai tu...

gee carmen said...

aderhhhh... memula bedebar baca.. last2 gua tergelak! duhh.. bini mat noor hebat sehingga membuatkan anaknya ini ketakutan sendirian!

one love said...

hahahahhaahhahaa!

pandai kau kasi saspen!
cilakak betul!

pudin said...

damn!!ending tak terduga dek akal..

blitzizni said...

ahahahahaha! aku pnya saspen la kn bca! adesh.

SESEORANG said...

hahahaha...sial..tertipu.cilake..arrghh...kenape macam ni.kenapa! kenapa!(berlari-lari anak sambil buat summersault berpusing)


*jebs, senang-senang jemputlah ke rumah baru aku, http://www.belogbaruaku.blogspot.com/

zamz said...

hahaha memang kelakau..

Kreuger said...

hehehe... ni antara citer ala-ala
cerpen paling best buat mase ni
aku baca kat alam blogger...
syabas... aku memang terhibur.

aku datang dari blog:-
http://knizam.com telah mempromote
blog hang...

gua tebek~
Kreuger®

Pously Naie said...

You're too damn funny lah.

Pously Naie said...

Oh dan aku pergi dengar lagu stress tu, silap tak on masa baca, memang feel habis.

Ahaha.

Sue Anna Joe said...

Aku tak terkata. Kau memang nombor satu. Kem salam mak.

Weh, masa kat skolah serama dulu, budak laki pakai kain putih, mungkin pinjam telekung sesapa tak sure, dan kejutkan dak pompuan balik dari prep malam, member Anna terkejut sampai menggeletar, dan menggeletar masa tu lama gila, berminggu-minggu menggeletat tangan dia.

Skang tak taulah camna. Okay dah kot.

Tapi kesian siot. Cuma Anna siap buat lawak ngan dia, Anna ada this toy yang tarik leh bergetar vibrate, tunjuk kat dia, pastu cakap "Hah boleh la geng!"

Ahaha. Sib baik dia gelak. :P

Bila nak a dan dabel you nieh.

SnaBored|nG said...

hahaha! ni mmg entry lahanat!
aku siap ikut nasihat ko, jebon..
bukak lampu terang2, jgn dgr lagu suspen..

cis.

wani ezryl * said...

lolness!! siap check homework pakai telekung, mn ko x terkejut.

tp katil yg mengadap ke tingkap adalah agak eerie.

lg2 ada pulak kwn2 keji yg hantar sms famous pasal 'makhluk' suh bukak tingkap sbb dia sejuk kat luar. hampas kelapa.

Liana Ezzana said...

hahahh..siap xleh kua suara..

stokin kt tekak mmg sumpah mainan perasaan..

an2blur said...

memang lawak.
A+ aku bagi.

ahmad lebam said...

gle baba...
bini mat nor tu rabun pagi..
mlm2 je kot dye leh nmpk..
hhhaaha

a8jnme said...

lama tngu post baru ko jebz.

1.camna ko bleh tau 530pg, nk buka mata luas pon ko takut..

2.Mata bini mat nor mesti rosak akibat amalan periksa buku jebs dlm gelap... pengorbanan itu..


:p

mieraaj said...

saspen je ak baca...seb bek ending bes...rajin btol bini mat nor cek buku ko awl pagi

NaDiaHaNuM~ said...

sori..tumpang baca.. :P

klakar gler ar..
best2! :)

drugbuddy said...

CIS!

Izuan said...

Haha aku juga turut tertipu... saspens sungguh membaca entri ini hingga meremang bulu roma tapi hampeh... you're the best!

z@ti said...

haha..ape kejadahnye bini mat nor cek buku pagi2 bute..adoii aaii..lawak2...sakit tali pusat usus aku..

Tok Rimau said...

Dari awal aku dah agak bukan antu betul. Aku teka kucing putih. Tapi sangkaan aku meleset.

Fareenz said...

ur mom cool arr..

after subuh prayer than she checked2 one la your homework...

cannot later2 than you dun siap2 homework one..

hehehe!!

Adila said...

good one!
AHAHAAHAHAHAH

tertipu dowh!

Lihat Fikir said...

ha ha.. x seram lgsuang...hu hu

pipiyapong said...

mati mati gua ingat cerita kelakar..!! rupa rupanya cerita pendidikan..

cikhajar said...

dah agak dah mesti mak kamu.. hahahah tapi mmg best laaaa....

huD said...

siyutt jerk
aku siap bukak lampu tgh2 bace entry nie ahahhahah bukan kerane takut mateku rosak
tp sbb meje study aku ngadap tingkap
ahahhahahha

Anonymous said...

haha! lwk tho..
junad.. junad...
tetibe tringat zaman kekantoian kite beramai2 d skolah sbb main suck n blow kt party..

husni said...

lagu stress tu ala2 thriller tamil (geli mat), tp memang saspen habis la.

yana! said...

hahaa. dah laa u were 8. of course la traumatize. lepas ni sure dah tak takut hantu lagi kan?

sudu said...

takbley blah... hahha... dah lama ku tunggu post dari kau...
hahaha...

bukan knal pun.
oh well..
blogger circle.
hahaha
keep posting.

uetoAya said...

aku mati2 ingat antu raye nenek ko yg pnah ko citer tuh duk bertenggek kat meja tulis ko...ceh..padahal mak ko ek??

Weed and Bandages said...

aku dah agak dahhhhh!!!!


*sebab dulu mak aku masuk nak check nyamuk gigit ke tak tanpa buka ken semayang!

uetoAya said...

korang mmg klako..hakhak!!

apei budak kampung said...

lu patut nasihat mak lu jgn baca dalam gelap. nanti rabun..

dina said...

nasib baik aku tak mati saspen tadi...

warghkkkakakakakah!

nazminabdullah said...

nak lagi seram ubah meja tulis letak tepi katil. thee.

keyla7^^, said...

mmg betol lew.
jgn baca dlm glp.
lei rabun.
dan wat owg lain mati saket jantung.erk??

Jebon said...

Konstantine : Kan?! Hish! Jom jenga jenga jenga :)

KNizam : Mana ada tipoooooooooooo??? Ni cerita seram, bukan cerita cool! baik kau kata kau seram sekarang. :)

hartini oreo cheese cake : kelakar? tak seram ke?

Zaini : nyeh nyeh.

xelovia : hilarious? tapi..tapi..ni cerita seram.

bakri hafiz hisham : tu la, mak aku check senyap2.. memang tak terkira berapa kali aku kantoi tak siap homework dulu. kena tarik telinga. haih..

non : bagus. itulah yang sepatutnya.

chah : pertama kali aku dengar orang menangis sambil berguling. hebatla awak ni.

Gemuq Dunia Kau dalam diri : Mula2 je ke? Sebenarnya tahap saspen tu sampai akhir, cuma kau yang tak perasan :)

peej : tu la pasal!

Lyter Kaka : tapi..aku suka buat homework bila dah sampai sekolah keesokkan harinya :)

Azzam?? : Aku kena kerja membanting tulang wei! Bosan betul.

Insanity Mind : Tu la.. aku pun tak tau apa motif dia tunggu selepas seminggu untuk berterus terang dan biarkan aku trauma seminggu lebih.

sultan : dari aku darjah 1 sampai aku tingkatan 3. serius.

gee carmen : wei, kalau kamu nampak benda putih duduk kat meja tulis kamu dalam gelap, kamu tak takut ke? takut woo...

one love : ngeh :)

pudin : inilah dugaan..

blitzizni : ni memang cerita saspen.

SESEORANG : mana ada aku tipu?! wei, nama blog baru kau memang konsep berterus terang eh.

zamz : seram la! seram!

Kreuger : aisey.. nama kamu mengingatkan aku pada freddy krueger la.. efek yang lebih seram dari cerita aku ni..

Pously Naie : Patutnya kamu dengar sambil baca! Aduh..

Sue Anna Joe : Hahahahahahah!! Kesian dia. Menggeletar selama berminggu-minggu.. Harapnya dia dah sembuh sekarang.

Lama gila nak paham apa benda a dan dabel you tu.. Aduh.. Soon! Soon! Dah kempunan waffle dan ais krim ni.

SnaBored|nG : Hahah! Bagus, pandai.. Terima kasih sebab ikut nasihat. Aku sendiri pun tak buat.

wani ezryl : wei, sms tu memang jahat! sumpah!

Liana Ezzana : Kan? Gila la.. Sakit hati bukak mulut tak keluar suara. Stokin pun tak keluar.

an2blur : terima kasih kerana bagi A+. Kalau boleh, bagilah stiker bintang warna emas sekali.

ahmad lebam : lol. mungkin. tapi dia tak nak bukak lampu sebab takut kantoi check buku aku. entah apa2.

a8jnme : soalan yang bagus. aku rasa je 5.30 pagi, sebab aku memang selalu bangun waktu begitu untuk number 1.

haha! mungkinla.. sekarang tahap ketebalan cermin mata dia boleh dikatakan tahap melampau.. inilah pengorbanan saorang ibu.

mieraaj : sebab aku selalu kata homework dah siap, padahal tak buat apa pun. aku pernah terkantoi a few times, sebab tu dia terpaksa periksa buku tanpa aku sedari.

NaDiaHaNuM : tumpang la.. tak seram ke? biar betul..

drugbuddy : YES!

Izuan : terima kasih izuan.. tapi bila aku tipu ni? haih.

z@ti : lol! dia ada sebabnya yang tersendiri.. :) wei, macam bahaya je sakit tali pusat usus tu.

Jebon said...

Tok Rimau : Kucing-kucing tak ganas aa..

Fareenz : Iya, betul :)

Adila : Mana ada aku tipu? Apesal semua orang kata aku tipu ni? Aduh..

Lihat Fikir : Kau biar betul...

pipiyapong : Hahah! Ha betul la tu. Sila ambil tauladan dan jangan simpan sikat di poket belakang seluar :)

cikhajar : waaa dah boleh agak la.. cis. :)

hud : hahahaha! haa.. jaga-jaga..

Anon : woi! siapa ni? sekolah mana ni?

husni : kau selamba je nak samakan lagu kebanyakan ni dengan lagu geli mat. kau jangan cari nahas huzz. lagu geli mat tu tiada tolok bandingan.

yana! : tak takut? errr...

sudu : wei, semua orang kenal sudu la.. lol. thanks :)

uetoAya : wei, ko jangan sebut pasal nenek aku wei.. seram pulak aku tiba2. eh, tapi masa raya haji aku jumpa dia, takdela nampak macam berhantu sangat nenek aku tu.

Weed and Bandages : hahaha! kenapa dia orang tak nak bukak telekung tu dulu?! dahla dalam gelap! kalau pakai baju kelawar pun boleh terima lagi..

apei budak kampung : sudah terlambat wei... tapi sekarang mak aku hanya membaca di bawah cahaya yang terang saja. dia dah insaf.

dina : ha.. saspen kan? kan? kaaaaan?

nazminabdullah : jangan harap!

shakira said...

yang bini mat nor ni pon tak nak bagitau awal-awal kenapa? hahaha. lawak gila la ur mom.

Jebon said...

keyla7 : membaca dalam gelap tak boleh buat orang sakit jantung..tapi membaca dalam gelap sambil pakai telekung dalam suasana seram boleh :)

awok said...

haha..sib baik aku tak tertipoo..aku da agak da..ending dier mesti lain macm nih..bukan citer hantu yg tipikal

arif said...

OMGOMGOMG!!!!!!!!!!!!!

SUMPAH KELAKAR!!!!!

aku tak pernah gelak macam ni bila baca blog orang ....

sumpah gelak sampai jatoh kerusi pastu sweat macam dalam shin chan...

GOOD JOB!!

::dazzLaila:: said...

gilak.
hahhahahaha
ampeh punye cite.

silent said...

hahaha..
hampeh btl...
pye la saspen mle2.
sengal..

cripple brain said...

2 thumbs up!!
bleh jadi movie hantu melayu.
cepat jual idea kat david teo!

Signorina Syima said...

weh... tak le blah entry ni. sakit hati. aku punya la berderau berdebar-debar khusyuk membaca... skali mak ko rupanya...

suspen2....

anyw, super kelakar...

NeEM™ of Suicide Park said...

Cibet, aku terkencing dalam mangkuk tandas membaca cerita ini.

c3kgu said...

pertama, aku baca waktu siang jadi tak perlu buka lampu.
kedua, aku tak perlu mendengar lagu stress sambl membaca sebab aku pon tengah stress.
ketiga, membaca di hari jumaat agak menakutkan.
keempat, jangan menulis cerita saspen yang membuatkan aku membacanya sebab aku lemah semangat.
kelima, rancangan raja lawak musim baru tengah buat ujibakat, boleh la kalau nak sertai.

nodadosa said...

ah.. tak bes.. dari mula gua dah bleh agak mesti mak lu.. takpa.. gua tunggu next entry..

hohohoh cambes je gua

huh~

:p

Anonymous said...

Yang sebenarnya memang hantu yang duduk kat meja tulis ko tu... tapi bini mat nor saja nak bagi ko komfiden sikit supaya ko tak kacau dia dengan mat nor nak berpelokan... dah seminggu weh ko kacau line...

miezi said...

comel ar bini mat noor. Eheh

Anonymous said...

skolah d ipoh la..
kt kl pun kamu prnh kantoi beramai2 ke?

i love me said...

bwahahahahahahaha.
siot je. entri ni buat jantung aku bedegup lelaju. tampo kang!

i love me said...

psssttt jebs,
flickr ko!
aku rase dh jumpe ko kot.
ehe;)

Anonymous said...

hahaha..buat saspen je.

durian said...

jalan longlai masa pegi skolah?
betul..betul..hahaha

Eleena said...

ahahaha! sengal je

ainguzzle said...

aku d agak tu ialah mak ko dr awal. haha. tp klako la ko buat2 meracau. (sure mak ko ingt ko trauma betul). btw, ada satu part dlm enrty ko, gaya penulisan hidup mood suspen nyer. syabas, jebon. :)

filzah said...

Ni sure lepas ni sume mak2 akan ikut jejak langkah mama Jebon utk spot check buku latihan anak dalam keadaan paling solehah. ngeeeee ^_^

ps: Mungkin mama Jebon pilih waktu malam sebab sedang elok je baru selesai solat sunat di 2/3 malam .. ini memang kisah teladan utk semua kanak2. Tak perlu takut kalau nampak sumthing like pontinak putih di tengah malam gelap (like me yang selalu seriau dengan telekung yang sendiri p gantung kat katil double decker zaman duk hostel :) )

CikChelsea said...

hampehhh..aku bc dlm gelap..agak saspen di situ..dh mula rs seram2...tp blm sejuk..tbe2 smpi ending...

dang!!!!

sesungguhnya aku tkenaaaaa

ojamoja said...

Your entry is entertaining as always. Please keep updating k. Penat tiap-tiap hari bukak blog nie tapi tade update.Teheee.

Anonymous said...

Masa nampak tajuk entry nih, dah pikir tak nak bace dah; tapi, berusaha kuatkan semangat (tutup tingkap, bukak pintu supaya senang jerit, dan bukak lagu "My Favourite Things"). Bersyukur sebab bukan cerita antu betul. Hehe TQ. akhirnya ada entry baru, tak sia-sia bukak.

magenta said...

Selama seminggu aku tak dapat tidur dengan tenang. Kadang-kadang aku buat-buat mengigau. Aku akan buat-buat meracau 'Tidak! Tidak! Jangan! Jangan!' Saja nak buat Mat Nor dan Bini Mat Nor gelabah.

Hahahahah, ko ni...kecik-kecik dah pandai...

Zatyness said...

LMAO.

comelnya la hai cerita ni. ^_^;

peiqi. said...

lol.
had a great time reading your story. (:

A i r i n ROCK said...

ya Allah, berdebar aku. haha tak pasal

Anonymous said...

nape aku dah bole agak ending?uhuks

Star said...

haha tau xpe.. xde time laen ke nk p cek buku tuu

C said...

aku keliru siot.kejap aku rase ko lelaki.pastu aku rase ko pompuan.pastu aku pening mane satu.

Z said...

aduh....xleh bukak mata luas-luas, buka mata kecik2..kelaka ahhh.

aku dah agak dah ending die sengal mcmni...hahaha

pink_butterfly said...

hahah...besh2....-smbil gelak guling2-

pink_butterfly said...

xchange links?

vee said...

smlm ak dh tengok kt seblah page blog dia. aku tak brani bukak sbb tajuk ko.

Ari ni ak tekad. CISSSSSS .terkena aku.

♥.misz luna.™ said...

ha!

org pon..!
bkk blog ni kul 3pg..tgk tauk trus x jd..


skg ni bkk..
oloh..
rupe nye bini mat nor upe nye..

ni msti jebon x ske wat homework neh!

nadiahchem said...

salam anak mat nor. link kan di blog saya ya? terima kasih

farahin said...

tk kelakar.

fallen angel said...

berdebar aku baca cerita ko ni junad...

tapi aku penah jugak nampak benda bertelekung putih kat bilik aku sedang semayang pukul 3 pagi,tapi membelakangkan kiblat.

yang pasti, bukan kak mah.

takot tak..

dena said...

byk nya comment. junaida ni kelakar la

Anonymous said...

jebon ni nik dalam impian ilyana ke?

jebonholic! said...

mule2 bile aku stat bace blog kau, aku akan gelak sorang2 mcm oang gile - bende tak kelakar pon aku gelak! lepas beberape lame, aku rase mcm tak aci kalau aku sorang je yg meng-gile, lantas aku pon soh satu opis bace (kecuali bos aku - sbb dia cine, tak mungkin dia paham maa...! ). skang ko dah glamer kat opis aku tuh!

pastuh bile satu opis aku dah mengekek gelak jadi gile, aku membesarkan jajahan kau dgn memberi link blog kau ke opis sebelah pulak. kini setgh opis sebelah (yg dulunya mcm nak mati je aku tgk!!!) dah bernyawa semula (dan gile mengekek juge!)... lagi setgh cine(tak mungkin paham juga maa...)

aku nak ucapkan terime kaseh bebyk kepada kau yg telah membuatkan hari aku(kami) berwarna-warni.


btw, aku pon tak suke FoE, tapi aku suke ILL. aku tak gemar sgt DrHussin (sbb dia suke cerite kesian, zmn dia dulu pergi sekolah jalan kaki ayam!). DrBurn aku suke (walaupon dia nmpak mcm pakai shoulder pad!)! above all, kau telah sikit2 mengembalikan ingatan aku terhadap kertas ijazah aku, dan kolej akasia! chis!

cepotet said...

ahahahaha. adoi, pecah perut gelak. u really make my day tau. mula cam saspender abis. muka pun cuak je baca. pehtu sampai ujung tu, terburai gelak. dah i plak jadi cam pontianak. :p

StingRay said...

dena cakap: "junaida ni kelakar la.."


hai junaida ! =}


gila sweet cara ko ucapkan selamat malam...hantu pun tensen...

BurungBelatuk said...

salam singgah n salam kenai...nice blog...

isk. iez said...

haha

style
(;

Mata Seorang Pejuang said...

lawak² ... jebon, msuk la raja lawak...huhuhu~ bes blog ni...kip it up!

Anonymous said...

hang mmg lawak la anak mat nor. hahahaahha!

LadyBie said...

Sengal~ aku tertipu~ hahaha..tapi best aaa cite nih..Aku siap berdebar-debar masa baca. Sah aku penakut! mantap ahh!

Diro said...

hahaha, buat suspense jer...penat seh gelak..:P

miMiE aZim@Sk ^V^ said...

chaitt.. gabra je miE bacaer... rerupanya bini mat noor laa plak.... haddoiiihh.... geli jari kaki miE.. okeowkeowkeowke

Koishie said...

Jebon.. kamu buat aku tersenyum lagi.. Seperti yang pernah aku bagitau di ruangan komen ni dulu, kalau aku sedih atau tidak dalam keadaan mood yang baik, aku suka menyinggah di blog kamu ini. Dan hari ini aku ketawa ketika aku dalam keadaan bersedih gara-gara entri kamu ini.. :)

Miss Ayyun said...

gile byk weh komen ko. syabas junad. teruja aku bace. mmg kaw2 aku kene tipu bace, last2 aku tergelak terbahak2 sampai ade kahak.

Mimi said...

salute! :)

oh lupe..assalamualaikum, tumpang lalu...

at first i takut nk bace cz now kul 12mlm, n i nk stay up cz esok ada exam..

but i curious..
gile naek bulu roma part benda putih kat meja, dh terbyg dah..

tp serious, u mmg ada bakat bwat post camni..

thank you jgak jebon, for making my day (nite)

artsoul said...

wei,nak berkenalan dgn mat nor bleh?hehehe

pestisid said...

ko tanak masuk raja lawak ke?ko ni leh gantu raja lawak yg sengal2 smue nye tu.klaka la ko ni.

pestisid said...

alaaaaa salah eja lak.ganti la, bukan gantu.

.farah. said...
This comment has been removed by the author.
mariam said...

bengong toll..
hahahah..

::DNaZ:: said...

hahahaah best2!ending ko mmg unpredictable...bini mat nor ni pon bgtawla awal2..sep tu 2mggu..sj kasi ko lebey suspen n dia leh check buku ko slu..heheh

Anonymous said...

teringat filem 'diari romeo'- masa main, belajar, masa makan belajar, masa nak tido, ulangkaji dulu baru tidor - pesan mak romeo pada anaknya yang nerd....ni mesti kes bini mat noor macam mak romeo la ni. memang menakutkan sungguh hantu yang ini...

twistiesgurl said...

bini mat noor saje nk buat suspen tu...
nak takutkan anak mat nor..
ekekeke...

akiss said...

oh. sgt kelakar. bagus la mak ko. hahahahhah

amoi said...

haha...lawak2...

o-y-e-t-t said...

urrgghhh...mcm setan lu nyer cerita hantu...sempoi

zawani said...

hahahahahaha,blog jebon mmg awesome!

Anonymous said...

naper mak ko check buku sekolah ko masa ko darjah 2?? nampak sgt ko pemalas...hahahha

ARC said...

adeii pecah perut aku gelak

ain hatikristal said...

hahahaha!
klaka la entri nie..

Erinsza said...

hye n3 yg cukup panjang pecah rekod tu weiiii, tapi gelihati bila I membacanyer, kelalor tahap malaktop gitu.

NICE story.

Najlaa Raihana said...

hahaha..patut ler bini mat nor tuh rase bersalah gilerr...x sangka boleh buat anak mat nor traumaa pdhal niat murni jek...wohohooo...~

.farah. said...

hehe,.agak2 time tu kamu dah pndai solat ke belom tu?

Penchenta Dosa said...

nasib baik bini mat nor pakai telekung putih.. kalau xpakai aper2 kan lagi demam kau hehehehe

neNo said...

giler awal semayang subuh

notso_violet : said...

mungkin bini mat nor sibuk di waktu ptg hihi..post yg lucu~

r e i n.ahmad said...

hahaha....

memang terBAIKlah cite nih...

lawak habis....

mula2 suspend je...



url anda dijumpai di mpca.ning.com

Fai'e c0mel~ said...

tipah tertipu! walaupun name sye bkn tipah ttp tipah tertipu!

Anonymous said...

celaka kelakar sial...aku gelak sekor2 kat ofis..sume orang dah ingat aku giler

rapheydhillo said...

Check buku waktu subuh mmg best!!

on behalf of Bini Mat Nor

adahuyss said...

ceit!

D Din said...

memang lucu anak mat nor nie

qieynah said...

love ur blog, keep blogging....
by the way, i m ur super duper cooper junior in intec, tesl.

Vava.Voom said...

hahaha... chech! saspen je lebey! bunguk! =P

kuizikel said...

adoi.. tsngih2 aku sorang2 kat dpn dwn negara ni.. kang ada org kata aku gila lak...

nice story anak mat nor.. !!!

Anonymous said...

mak aku penah pakai telekung smayang pegi halang lalu lintas...
bukan sbb dia gila, tp mase tu ade eksiden, ade budak kecik kena langgar...
budak tu terlantar atas jalan, kete banyak lalu...
banyak kete yg hampr terbabas dek kelakuan mak aku tu...
dorang igt malaikat!hahah

~mardihah~ said...

isk....sengal tul lah..suspen org jerk

TIA said...

haha
lawak serious yg menarik!

aku hantu said...

sengal...tertipu aku!!!

topsecret said...

cilakak!!! aku tertipu!!

BudAk hijAu said...

memang sengal!!buat aku kecut perut..then buat aku gelak guling2 sambil hentak2 kepala kat dinding xdpt terima kenyataan!!

cis, cis, dan cis lagi...

beyoncexx said...

kah3! Sedang berguling2 ketawe nih! Alangkah kasihan ibumu itu.

aduh! nak tercirit pun ade gak. klaka tol!

trimas, kamu punye blog best lah..

hana_lalalala said...

scary

zarith sofea said...

twist tradisional yang bosan lagi membosankan. orang melayu suka lew ;-)

adilahalim ; said...

haha! seriously gelak gile2 ok. hahaha. gud one bebeh. ai lyke yr bellog lah. :)

sesuciqiellah said...

hahaha!!!! mmh bikin gempak jer.. saper tak takut kalau terserempak ngan 'makhluk' serba putih di tengah2 malam wakakaka... anyway satu citer yang agak menarik.. agak2 free lawat arr blog http://luahan-bersahaja.blogspot.com yer...

rosesrosz said...

..haha!sgt suspen!

sufian said...

karangan best!

saracocohoney said...

hahaha...klakar...

_anees^ said...

i love all ur stories!!!

hanys said...
This comment has been removed by the author.
keyra said...

aaaaaaaa.kesian nye jebon!
hebat doh. matenye tak rosak eh
cek buku lam gelap?
:)

amsyah said...

kahkah gua terkena kantoi.... teruskan cerita lawak nih jebon...

Maisarah Khairi said...

GAHAHAHAHA.

Melayu Jawa said...

hahaha..bongok jer aku raser...

aku menuggumuuu .. said...

jebonnnnn
mane entry yg lainnn ?
:DDD
aku menunggumuuu ..
:))

mer said...

hak3
nice2!

Khas Lysha said...

first jengah sini.. siyes sgt santai story ni,.. dgn mudahnyer aku tertipu..
add ur link k,.

Si Gadis said...

haha.
blog nie sgt klakar.aku link ko~~

famia said...

ahkahkas.
macam haremm je cerita.
memang kacak.

hershey Que said...

big laugh :))
asal cite anak mat nor ni lawak je?
hahaha

will always hoppin ere
:D

wanie said...

aku rasa ko bole masuk raja lawak la.. klo ko masuk kompem menang..hahahhhahaha

Pikato ezorA said...

ahaha.
watak yg gile kelakar adalah bini mat nor!lol.

Bini Mat Nor said...

korang (penulis komen) semua ni bodoh ke apa?

tak kelakar langsung entri ni, serius.

mungkin pasal korang stress sangat kat ofis kot. kesian.

mer said...

bila mahu update blogmu?

Liza Ramlee said...

hahahhahaha... suspen jer td....

si bagus said...

tak paham aq ngan bini mat nor tu..
bukak le telekung dulu

FaTiN said...

mula2 cuak nak mati baca, nak rasa nak gelak smpai nk pecah perut pulak!
power ah hang!

Lee said...

alahai bini mat nor...
lawak, sumpah lawak !!!

Kiss Of Judas said...

bagus.
aku suka bini Mat Nor.

*Sarah is the One said...

jebon, update lah!

FyraLalala said...

huuuu....syok dok membaca cite nie...rs cam dh bleh agak apa ending cite nie tp tetap nak bc gak sampai abis...n yg pasti tetap sama cm yg diduga...huahuahua..klakar!

cleo said...

cett..yeye je td igt mmg ade antu btl kt blk tu..huhu.tipah tertipu daa

Fizzurri said...

ibu lu memang seorang ibu yang perihatin akan pendidikan anak-anaknya, kalau ibu lu tak berbuat demikian tempoh hari, mungkin sekarang lu tidak dapat menaip dengan sempurna seperti hari ini.

fauzi said...

hahaha..mmg lwak..papepn agk bez a blog ni..peacee..bukit beruntung mali..007

effie said...

anak mat noor bernama jebon nie penakut rupanya..huhu

chepsmore said...

wtf?!!
hahaha,sumpah suspen!!aku baca komen2 pon bole wat aku ketawa x henti2.keep it up, mat.

Anonymous said...

tu tandanye ko x bangun subuh la jebon...

besttol said...

seram siottt..

ddyana said...

miahaha..giler best citer ko junad..haha.apsal ko x masuk clas 5k4 dulu?leh mengembagkan bakat.ni g clas 5v1.hahaha..weh..rajin2 singgah ah blog aku..tp aku nyer x sehebat ko..ayin bg aku add blog ko nih.dia peminat ko.

lala said...

oooo ko yg brlakon cite impian ilyana tu.. aku br tau. sory aku tk tgk citer tu ;p

Anonymous said...

eh lala blakon impian illyana? yg mane satu?

uetoAya said...

yg jadi nik tuh la!!

IZYAN N said...

HAHAHAHAHAHA XD

~gUrL in pUrPle~ said...

hahaha.. lawak2... mak tolong... huhu... papepun masa 1991, saya sebaya dengan awak... haha

Ex Starians said...

Nak tidur kena basuh kaki, baru hantu takut

Syima Syaz said...

hahahahahahahaha.....adeh!

momentinlife said...

kenape mak ko buat cmtu eh? huhu lawak2..

Anonymous said...

kah kah kah kah!

Anonymous said...

ahaha
lawak..lawak...

adila lalala said...

adesh,,haahahahahahahahahahhahahahaha
hahahahah
hahaha..

mcm nak try wat kat adek aku je la~

jangan serius sangat said...

hahahaha
siot tol...sume cakap aku kena rasuk mase lalu ikut kubur pasal gelak tanpa henti

-en.sani- said...

aku juga penah jumpe antu...
tu yg buat aku trauma mau sebut antu sampai skang...
bila mau cakap antu,aku takkan cakap ikut mulut...
tapi,aku akan tulis atas kertas...

cite antu kau mmg dahsyat...
aku kagom..
hahahaha!!!

I'M NOT mr_PERFECT said...

wah..wah...besh tahap cipan la cter ko...kahkah..
so cool (sampai buat aku sejuk)

niny said...

kelakar habis. hehe

Anonymous said...

mmg klaka..
=)

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 208   Newer› Newest»