Wednesday, November 12, 2008

Serangan Dua Hala

Minggu lalu, aku pulang ke Ipoh sebab aku dah mula rasa seperti tak sihat. Bila aku tak sihat, aku tak suka berseorangan jadi aku selalu akan pulang ke Ipoh untuk bersama keluarga.

Aku harus memandu pulang ke Ipoh sendirian.

Isi minyak kereta dan menangis tengok meter - Sudah.
Periksa minyak hitam - Sudah.
Pam angin tayar kereta - Sudah.
Isi kredit Smart Tag - Sudah.
Makan nasi lemak gerai bawah pokok 2 bungkus - Sudah.

Setelah bersedia, aku mulakan perjalanan. Hari pun tampak cerah ketika itu. Hari yang baik untuk pulang, aku fikir.

Pada awal perjalanan, segalanya berjalan lancar. Aku menyanyi-nyanyi dengan penuh perasaan sambil memandu seperti biasa. Siap pejam mata dan tertimbul-timbul urat di leher dan kepala akibat tarik suara dengan perasaan yang melampaui batas. Lagu-lagu apa yang aku nyanyi tak boleh didedahkan demi menjaga maruah aku dan keluarga.

Sedang aku memandu sambil menyanyi, aku dapati pandangan aku kabur. Aku fikir 'Kena tambah power spek mata nampaknya ni.' Aku ambil keputusan untuk mengelap spek mata aku, mana tahu dapat membantu jelaskan pandangan.

Bedebah.

Aku lupa pakai spek rupanya. Patutlah tak nampak. Sah, spek mata aku tertinggal.

'Tak mengapa', aku fikir untuk yakinkan diri, 'boleh nampak lagi ni.. asalkan tak hujan.'

Sejurus selepas keyakinan aku terbina, hujan turun dengan lebat, selebat-lebatnya.

Jahanam.

Aku menyumpah bukan pada hujan. Aku menyumpah pada kecuaian diri sendiri kerana tertinggal spek mata.

Aku berhenti seketika di hentian sebelah Ladang Bikam. Hujan semakin lebat. Tapi aku ambil keputusan untuk teruskan sahaja perjalanan.

Aku hanya mampu memandu selaju (seperlahan) 50km/j sepanjang perjalan dari hentian sebelah Ladang Bikam ke Ipoh kerana hujan tidak berhenti atau reda dan aku tidak nampak jalan.

Kalau kamu rasa itu malang, kamu salah. Ada yang lebih malang berlaku pada aku hari itu.

Entah macam mana, tingkap kereta aku rosak. Keempat-empat tingkap tidak boleh dibuka.

Aku tahu kamu sedang berfikir 'Kenapa Jebon nak buka tingkap kalau di luar sedang hujan lebat?'

Jawapan : Kerana memandu dalam keadaan rabun dan hujan lebat menjadi lebih sukar apabila ada dua ekor lalat berterbang-terbangan dengan laju dalam kereta sambil menyakat kamu.

Aku perlu belajar dari Mr. Miyagi macam mana nak tangkap lalat guna chopsticks. Sungguh bergaya.

45 comments:

Penance said...

"He who can catch a fly with chopsticks can do anything" kata encik miyagi.

saveme_zero said...

ko tangkap guna jari jer jebon..wakakakakak

sol said...

oh betul seh.cool gila dapat tgkp lalat macam encik miyagi.

dia org tua yg sangat sexy.rawr ;)

beda said...

aduhai. kasihannye dgn nasibmu yang malang. lalat tuh sayang kau die teman kau sbnrnye.

mrblind said...

gua syak lalat tu lagi laju dari lu driving..

dina said...

itu lagi bagus dari tingkap tidak boleh buka kerana hujan dan alat penghawa dingin tidak berfungsi yg berlaku pada beberapa minggu lalu juga masa aku nak balik ke ipoh. rasa macam tgh mandi wap.dan tiap kali tangan aku menjadi viper dari dlm cermin hadapan.

reny rino said...

kamu ipoh di mana?

Colleen said...

Bad things always happen to you... kesian sangat kat you. Sigh.. poor thing.. but then again it's good to know you arrived safely in Ipoh right? :)

Hanim said...

Jebon,

Len kali bawak ridsect jer. heheheheh

benjamin aka pekik lunak said...

kesian dia. tak apa yang penting selamat sampai dan selamat kembali.

karate kid ye.

ai said...

errkk..kenapa tak digunakan lidah saje?

drugbuddy said...

kalau lepas tangan dari stereng dan tampar lalat tu lain pulak jadinya kan.

sabar je la jebon.

rara said...

Gle ah. Da smpai ladang bikam br perasan spek tinggal. Mmg hebat bley drive smpai jauh centu. Hahaha, respect lu ah!

My Spirit Finger said...

tAPI mR. Miyagi sudah meninggal dunia.

Izuan said...

"Lagu-lagu apa yang aku nyanyi tak boleh didedahkan demi menjaga maruah aku dan keluarga."

Aku tau. Ko nyanyi lagu Feminin kan?

Memang annoying kalau ada lalat atau nyamuk dalam kereta. Argh!

i love me said...

dah tu kesudahan lalat tu mcmne?
ehehehe;)
ke tahi lalat je ko ni jebon?

the Constantly Dramatic One said...

Huyooo, sampai tak ke Ipoh tak pakai spek? Respect ah, gotta have balls of steel to drive kalau tak pakai spek.

I pernah skali terpaksa drive tanpa spek. Kecut jer perut....

.::jarjar::. said...

"Aku menyanyi-nyanyi dengan penuh perasaan sambil memandu seperti biasa. Siap pejam mata dan tertimbul-timbul urat di leher dan kepala akibat tarik suara dengan perasaan yang melampaui batas." <--kau pejam mata sambil drive tak eksiden ker beb? kalau dah pejam mata pun ok...tak perlu dah la spek tu..

cikhajar said...

hhahahaha comel ajekssss... taperla asalkan selamat pegi dan kembali.. alhamdulillahh...
btw da elok sakitkah.. odaijini

Pendingin_hawa said...

bedebah???!!!

woi!! ko tolong jangan buat aku gelak sampai pecah perut boleh x???

lawak ko memang nakal yang abadi..

pipiyapong said...

ah..lu saja je nak mempermainkan perasaan gua..

simplynk said...

hahahah... lawakz bbtl
u make my stressful day cheerful
V(^_^)V

HANA bUdaK cEkElAt said...

PATUTNYA tajuk dia
"lalat dan jebon memang tak boleh berkawan"
;P ;P

iqanabeera. said...

dalam checklist before u start drive balik ipoh tu, did it occur to u yang u tertinggal 'mandi'?

ainguzzle said...

haha. i bet sapa yg pakai spek mmg sallu tak pasan dia tak pakai spek and dia mau lap die nyer spek. (d saat itu baru die sedar yg die tak pakai spek. kuikuikui). paking aku benci pakai spek bila kuar dr kete (especially malam) sebab nanti kene jadi wiper spek yang berkabus dan berkabut. huhu.

miezi said...

macam2..dugaan tu semua tuh.Eheh

sHwEeT ByAtcH said...

saje je lalat tu dongki sbb ko bawa keta lambt dri dia fly

indrasakty said...

Aku pula benci bila basuh muka baru perasan tengah pakai spek.

one love said...

bad day for u but great for others!
maka senyum sajalah :)

apa nak buat? hehe

StingRay said...

tangkap je ngan lidah ko... katak bleh buat takkan ko x leh buat....

leh wat cikedis....krup krap krup krap...

Z said...

jebon! jangan berhenti kat ladang bikam dah! bahaya! my mom selalu pesan kalau nak balik Ipoh bwk kereta sorang2, jangan berhenti di mana2 kecuali Tapah. :(

eLLa said...

'isi minyak kereta & nangis tgk meter' ... sgt setuju dgn itu!!! tapi mmg aksi berani mati la bwk keta dgn pandangan yg samar. naseb mampu nampak lalat itu.
lalat = jahat huhuhu.

azlin hashim said...

salam singgah jap... habis tu sampai tak kg?

putrifaidz said...

eh..mcm tu pun lawak ke??ak rs cam biasa jek..ak gelak la jugak tp xde r sampai nk pecah perut...

eh jebon..x tercapai akal ak nk pikir psl ko ni..ko ni weird ek???

mariam said...

weh aku rasa disebabkan mandi takder dalam checklist ko la sbb tuh lalat mengiringi ko..
n aku rasa lalat tuh dari umah ko lagi tapi ko tak perasan macam ko tak perasan ko tak pakai spec kan..kan..

unicorn said...

nasib baik jalan betul sampai ipoh..di buat xnye xnampak, sampai JB ke..x ke haru?

wani ezryl * said...

haha mr miyagi karate kids tu ke? :DD *sambil terbayang2 cara tangkap lalat pakai chopsticks yg betul* :P

kite pun pakai spek (ada spek tp xsuka pakai), kalau malam2 tu drive xpakai spek, memang main redah je. sebbaik a tak langgar apa2. lampu2 jalan da la hidup segan mati tak mau (org rabun lg xnampak dlm gelap) T_T

wanie said...

jebon2x. ko mmg lawak la...hahahaha

kotak-katik said...

mmg nak kene kibau lalat tu. haku pun hangin. ohohoo

Jebon said...

Penance : Tu la, aku masih cuba belajar ilmu tu.

saveme_zero : wei, lagi hebat ilmu tu.

sol : kan? cool kan? tapi sexy? er.. erm..

beda : sayang?! teman?! dia mengganggu konsentrasi aku adala.. dahla bising, suka main langgar2 pipi dan telinga aku pulak tu. tsk.

mrblind : lu ni suka lari topik tau.

dina : uish.. pernah jugak terjadi tu! tapi perjalanan dari rumah nak ke 7 eleven je.

reny rino : ipoh kat taman golf. kamu ipoh jugak?

Colleen : Mana u hilang aaaa?

Hanim : Boleh sembur ridsect. Tapi dengan aku aku sekali lemas dalam kereta tu kang...

benjamin aka pekik lunak : iya, saya karate kid.

ai : sebab aku bukan katak!

drugbuddy : betul tu, kemungkinan untuk tertampar diri sendiri amat tinggi.

rara : haha. terima kasih.. ladang bikam tu ada apa aa? teringin nak singgah tapi malu.

my spirit finger : nampaknya..aku takkan dapat menguasai ilmu itu..

izuan : haip! jangan bagitau orang boleh tak?! tapi izuan.. bukan setakat feminin saja.. ada yang lebih ermm.. hardcore dari itu :)

i love me : hahaha! betul la, lalat! bukan sekadar tahi. dah sampai rumah aku biar pintu terbuka. lalat pun terbang keluar. ei, mesti lalat tu excited dapat travel dari selangor ke ipoh.

the constantly dramatic one : yes, my balls are made of steel.

jarjar : hahaha! bukanla sepanjang perjalanan tu pejam! tu dah terlebih penghayatan tuu.. pejam kejap2 je... bila tarik suara tu. pastikan urat kat dahi timbul.

cikhajar : alhamdulillah. dah sihat!

pendingin hawa : hahaha! nakal yang abadi.

pipiyapong : sorry la.. lu tu yang terlebih penghayatan..

simplynk : ah, terima kasih :)

hana budak cekelat : haha. boleh berkawan sebenarnya kalau lalat tu tak boleh terbang.

iqanabeera : terima kasih sebab jadi the first person yang perasan. iya, i tak mandi masa tu sebab i suka mandi bila sampai kat rumah ipoh. sila jangan judge me.

ainguzzle : haha! betul. aku dah lama cari spek yang ada wiper tu tak jumpa2.

miezi : cobaan..

shweet byatch : lalat ni tak paham ke kalau nak race kena pergi trek.

indrasakty : hahaha!! betul betul!

one love : 'bad day for u but great for others!' ish ish..

stingray : aku tak ada kebolehan tu wei.. lidah aku tak panjang. tapi walaupun lidah aku tak panjang, aku tak pelat macam pierre andre.

z : hah? ye ke?! baiklah! terima kasih atas info itu! tapi tapah memang best!

ella : lalat = jahat. rhyme pula.

azlin hashim : sampaiiii... :)

putrifaidz : aku pun tak faham. lagi satu aku tak faham 'lawak tak kering gusi'. apa maknanya tu eh? aku ni weird ke kau tanya? aku tak sure la..

mariam : ya betul! aku memang tak mandi kalau nak balik ipoh. entah apahal. apa masalah aku ni sebenarnya.. kenapa aku bagitau korang yang aku tak mandi ni? benda2 tu patutnya rahsia. haih..

unicorn : kalau sampai jb bolehlah ke danga bay!

wani ezryl : haha! betul. lagi menyampah bila lampu jalan tak berfungsi. bagi orang rabun yang perasan tak rabun macam kita ni, itu adalah masalah yang besar.

wanie : terima kasih wanie

kotak-katik : terima kasih sebab memahami :) patutnya kau ikut aku balik ipoh hari tu. boleh tolong pukul lalat.

aida cy said...

biaq betoi insident ni berlaku kat manusia out of screen
cam Series Of Unfortunate Events je

AjYp said...

hahahaha........ske aku baca blog kau ni....u make my night....hahaha... xD

una210 said...

ahahahaha,,,
kuang hajar sungguh encik lalat tuh...
time kritikal cenggini la dier nk kacau,,,
hahahahah
apepon..
best r citer ko..
bleh plak wat lupe spek
ahahaha

Ex Starians said...

yeah ........... ==========

gigitkukukakiku said...

tangkap lalat gune chopsticks? aku plak suke tangkap nyamuk gune tangan, bukan tepuk nyamuk yg org slalu buat tu..ni "tangkap" mcm ko tgh tangkap bola softball tu.=)