Thursday, November 13, 2008

Repost 4

Nota tambahan : Aku dah berjaya meninggalkan tabiat ini semula. Entri ditulis pada awal tahun ini.

Aku rasa ada di antara kamu yang tak tahu bahawa aku tak merokok. Iya. Aku dah berhenti merokok sejak setahun lalu.. Atas sebab-sebab kesihatan. Cara aku berhenti memang amat drastik. Tidak perlu amalan petua, tidak perlu nicotine patches, tidak perlu motivasi. Aku bangun pagi pada satu hari itu dan terus tidak merokok. Tidak beli rokok. Tidak minta rokok pada sesiapa.

Aku agak bangga dengan pencapaian aku itu. Sebab ianya tidak mudah.

Tapi Jumaat lepas aku tewas. Waktu itu, aku makan malam di Chili's KLCC bersama kawan-kawan aku ; Julie The Boring Banker, Nizz McNugget, dan Adrea Pemilik Lab Coat.

Selesai makan, Julie The Boring Banker mengeluarkan sebatang rokok Marlboro Lights. Dia nyalakan rokok. Mata aku rakus melihat rokok dia. Aku terus berkata, "Julie The Boring Banker, mintak sebatang rokok please." Dia suakan aku kotak rokok dia. Aku ambil, aku keluarkan sebatang rokok, aku nyalakan, aku mula hisap dan aku jumpa syurga dunia di KLCC.

Selepas aku berjaya menghisap 5 batang rokok Julie The Boring Banker, dia bertanya "Weh, bukan kamu dah quit hisap rokok ke? Aku baru teringat!" Aku jawab, "Lepas ni aku quit la balik."

Sangkaan aku meleset.

Pagi tadi, aku ke 7-Eleven. Beli biskut dan satu tin Coke. Bila di kaunter aku kata pada kakak 7-Eleven itu, "Kak, Marlboro Lights satu." Aku mintak kakak tu rokok dengan penuh perasaan malu dan takut, siap pandang kiri dan kanan. Maklumlah, dah lama tak beli rokok.

Kekok.

Sampai di rumah, aku on kan komputer, bersedia untuk buat kerja. Aku makan biskut. Aku togok Coke hingga hampir habis. Aku jeling kotak rokok yang tersergam indah di atas meja tulis. Aku capai. Dan aku mula hisap rokok. Aku rasa best. Abu rokok aku flick ke dalam tin Coke tadi, ashtray hilang.

Aku masih lagi tekun buat kerja setelah 2 batang rokok kemudian. Kerja. Kerja. Kerja. Kerja.

Sedang aku asyik buat kerja, aku capai tin Coke tadi dan togok.

Ya.

Dengan abu-abu rokok dan 2 putung rokok aku togok sekali. Hak tuih!

Namun, 8 kali hak tuih pun tidak dapat menghilangkan rasa kelat di lidah aku ni.

Apakah ini satu petanda?

127 comments:

Dani Izwan zainol said...

jeb, aku rase ini petanda yang ko tak direstu berenti la..go jeb..go!!

miss airwalker said...

hey...sy pon sebegitu...alah...semenjak harga rokok nek sy mule teragak2 membelinye...tambahan pula sy sudah terjumpe "rokok" len yg bf sy bg...hahahaha

Hanim said...

Heheheheh Jebon, resepi koktail baru tu

yuss2910 said...

at least lepas nie kalo org tya ko penah rs abu rokok tak, ko leh jwb dgn bangganyer yg ko pernah rs...

fingerscrossed said...

Pencapaian anda yang terbaru tu...

AL said...

kalau ada air coke barangkali tak rasa kelat.

bell said...

Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pula mendapati kadar merokok menyebabkan 10,000 kematian setiap tahun. Secara puratanya setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan hayat seseorang itu selama 5 minit. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 25 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan 25 peratus berpunca daripada strok. Negara mengalami kerugian kira-kira RM 20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti kesan daripada merokok.

Tambahan daripada itu pembaziran yang berlaku kerana tabiat merokok amat mengejutkan. Utusan Online bertarikh 25 September 2006 melaporkan, rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM 3 juta sehari atau RM 90 juta sebulan untuk membeli rokok.

Sekian, terima kasih.

Sarah is the One said...

julie the boring banker- adakah kau minat dekat satu play sekolah tajuknya, "Oh my word"

ada watak basil bounder the banker.

Lia soul speakioss said...

korang.. jebon neh.. laki ke pompuan?? :D

Z said...

hahahah i had the same experience 2 days ago. syok2 sembang dengan member, rupanya abu rokok terjatuh dalam sirap ais aku and aku minum dengan gembiranya lepas tu.

the feeling : bluwekkkk wek wek wek

i feel for ya.

Tabika_KEMAS said...

Aku baru nak komen blog ko neh, tapi sentap jap lepas baca komen Miss airwalker.

Terus lupa nak komen blog ko ni.

Hihi..

prejudis said...

bila dalam proses berhenti merokok.. masuk dalam 7e paling azab sekali

Izuan said...

kalau ko nak berenti merokok, willpower kene kuat jebon.. jangan mingle dengan orang yang hisap rokok.. nanti secara automatik ko akan tergoda..

Diloz said...

padan muka.

aku pun sudah hampir setahun berhenti.
tetapi masih 'pancung' dengan member2.

fallen angel said...

jeb,aku juga pernah mengalami kejadian yang sama.minum tin coke penuh abu rokok.payau bukan.
tp bukan abu rokok aku, abu rokok org.sbab tabiat suka pau minum air orang kat atas meja makan.amik kau penawar.

fitto said...

2 petanda 'berhati-hati ketika merokok.ingatlah org tersayang'

nway, i noe hw it feels..suatu mase dolu ak pon pnah terminum abu rokok gara2 pacik bengs g buang abu kt gelas ak..kebabun!

Yin said...

petanda yang sangat jelas kan.
agak hebat kalau kamu masih rasa mcm nak rokok lepas ni.

Pendingin_hawa said...

gg liao..
zzz..

coke + ais = sejuk segar bugar
coke + susu = nikmat dunia tangga ke-lapan belas
coke + penadol = gila
coke + abu dan puntung rokok = ?

Munky said...

this is one cool blog..link!!hohohoho...
senior tesl la nehhhh..bagus2..elok la..bleh berenti la merokok tu..

wani ezryl * said...

wahah bbq-ed coke! :P

teyha! said...

iya petanda kena beli dulang abu. haha.

ahmad lebam said...

itu ptanda..
ko da dijangkiti aids..
hahah~

ahmadlebam.blogspot.com

sihasu87 said...

hahaha...
sedap x jebs?
tu r petua plg mujarab skali nk brenti rokok...
huhuhu...

lindosh said...

lepas ni konpem kau takkan sentuh rokok!

abdullahjones said...

:)

Fiziy said...

marlboro lights memang mcm tu. menggoda lebih. dpt soft pack lagi bagus. HAHA

tapi ok la kau dah benti smoking setahun, aku hanye mampu seminggu.

dina said...

tu petanda ko kena benti merokok la... kang ko uhuk2 lagi tak update lak blog ni... aku nak baca apa?

unicorn said...

bese laa tu.bila dh dtg sangap dia...ko dah berenti 2-3 tahun pun boleh isap blk...hidup ini penuh dgn dugaan

alif-mikail said...

kasi isap sampai padam!

padam api rokok la bai!

i love me said...

hak tuih tuih tui..
aku pulak yg terasa coke campuran rokok ko tu.
kelat nak mampuih laa..

pari pari 7 beradik said...

petanda dia suruh ko berhenti merokok dan mungkin juga salah satu cabaran untuk menjadi perokok tegar.

hehehehe

Azzam?? said...

junz... ko sama jaa macam husni.. tewas setelah berhenti untuk seketika.. ke ko isap balik sbb nak jadi cool macam dia??
xD wahahaha

-Gemuq- Dunia Aku dalam diri said...

respect dude...!!! hahaha.. jom la join aku.. aku pun dah 3 bulan benti ni.. alhamdulillah masih okay lagi menolak bahan pembunuh itu.

one love said...

uish!

kawan aku cakap 'fusion food'

hahaha

Cik Siti Wan Kuncup said...

mungkin itu boleh dijadikan tips untuk stop merokok. hehe..

iqanabeera. said...

rokok membuatkan kulit saya sangat hodoh dan tak licin dan ber-blemishes sangat banyak.

tapi malangnya saya sangat degil orangnya.

maybe sebab tak pernah terminum air nicotine stick macam u kot.

izza the PINKERTON said...

petanda minum coke berperisa abu2 rokok sgt enak.

nik awin said...

apa pun...hisap rokok tu hak peribadi..

mati pun peribadi sebab kubur lain-lain..semuanya terserah pada nko..mau mati cepat ke lambat..

mau menambahkan pencemaran alam sekitar?
kau patut masuk website WWF(bukan wrestling)sekadar melawat...

ainishamsi said...

aku dah ngantuk nak tido. tapi bila baca entry kau, aku jadik gelak tak henti2 sampai susah nak tdo.

ahahahahahaha~

Penance said...

ah gejala yg selalu berlaku pada aku dan (aku rasa) hampir semua gamer yg merokok. Sbb kadang kala kami mmg terbiasa membuang abu kedalam apa sahaja lubang yg berdekatan. biasanya ialah tin2 kosong / separa kosong yg mengandungi air yg bakal diminum sebentar lagi.

Ahmad Azrin Aziz said...

setiap sedutan membuang duit..

AkiM said...

aku mahu berhenti..tapi x tahu bila..

tapi bg ko..itu 1 petanda, petanda supaya ko truskan amalan merokok ko tuh..cuma kali ini beli ashtray..

mrblind said...

nak hisap..hisap je..tak payah berenti..

cekodok said...

yer...aku pun penah try rokok yg diberikan oleh encit pak cik (sblah bapa ye..).. sakali sedot je....

uuuuuu...dia punya xsedap buat aku rasa nk sepak diri lapan belas kali bertalu2.... x besh siot...

tp....aku jgk pahami bahwa....tnda x sedap itu menyedarkn aku bhawa....


"sila jgn merokok dan ye..engko pompuan!!jgn merokok ye..byk jahanam dr syurga baik utk masa yg singkat atau sem panjang..."!!!

Ads said...

Hehehe.Hi Jebs :)

Liana Ezzana said...

aku rase impak petanda tu lebih maksima kalo ko tetelan puntung rokok tu..hahahh

anyway..hye jebon =)

wala said...

iklan jap..anda mampu mengubahnya..

dyana said...

saya merokok bila sangat stress saja.
tapi diri ini tak dapat menolak kalau ditawarkan rokok dunhill menthol.
ataupun dunhill fine cut.
darn.

husni said...

ape ni kitar semula entri lama...mana boleh. cepatla tulis baru punya~!

Nizzkee said...

hehe... kiranya coke kamu agak smokey laa hari tu?

sewaktu menjiwai cerita kamu, aku dapat rasakan bahawa watak Julie the Boring Banker kamu adalah seorang yang hot.

Dengar khabar, usually boring bankers are smokin' hot, you know, to make up for being boring.

Jadi, persoalannya di sini.. adakah dia hot seperti yang disangka? atau sekadar indah khabar dari rupa?

Anonymous said...

aku ni pembaca blog...bkn blogger..
aku baca ko nyer blog ni sambil lalu...aku jenuh pk ko nih laki ke pompuan...pas baca entry nih...ko pompuan rupanya....pastu aku baca part nama ko....laaa ko dah dedahkan jantina ko dah lama...so sape yg sengal...

-angelsux-

pssst said...

jebon,
aku nk link blog hang.

LAVENDER said...

jebon nie pompuan ker laki??

Ahmad said...

aku rasa aku masih tak pasti jebon ni laki ke pempuan, boleh post entri pasal jantina kau tak jebon?

anyways aku sukaaaaa baca cerita kau, semua. panjang mana pun aku baca weh.

Nizzkee said...

anonymous..
lavender...
ahmad..
dan pada yang lain-lain yang suka bertanya soalan ini....

pentingkah issue jantina "jebon" disini? i mean, seriously.. baca je laa blog "anak mat nor".. hiburkanlah hati anda sebab dia MEMANG kelakar, di alam nyata mahupun di alam siber..

anggaplah saja jebon adalah robot.. robot yang kelakar.. robot yang kita tidak perlu mengklasifikasikan jantinanya kerana dia robot.

So, if i were you..
1)just read the blog
2)laugh
3)comment
4)close window
and repeat daily.. ;)

mariam said...

aku rasa itu petandanyer coke plus abu rokok sangat sedap hingga menjilat jari...
hehheheh

mariam said...
This comment has been removed by the author.
kasut-gombak said...

sedap x??

Anonymous said...

adakah ini petanda?
adakah ini peringatan?
adakah ini cobaan?

pilih2...

Anonymous said...

kau lalai!

tigrismalaya said...

kalo dapat cara yg ok dan berkesan ko bagitau akak okeh...akan ku adaptasikan pada laki akak perokok tegar tue

SOnditX (Nahar) said...

ko penah makan roti canai cicah dal abu rokok?

aku penah

penah minum teh ais berabu rokok?

aku penah

coke berabu rokok?

tak penah




tamo try

Rajuna said...

senang je
jadi budak straight edge hardcore
musti boleh quit punya

haha

Lieza said...

hahaha lawaks.. mmg petanda la utk terus melupakan benda bernama ROKOK..

camner bole ter pk utk isap balik eik??? hopely, lepas nie tak isap lagi lah yerk!! semoga berjaya!!

Misz Lyia'z said...

hye jeb...
i'm new here...
ske bce blog kamooo...
:)

[Mr.][AmmaR] said...

tertarik aku dgn blog2 cmni..bgs2
bngge aku jd anak perak..haha
slmt bekenalan~
=D

Naniko says Ho Ho Ho! said...

ye... mmg petanda utk ko quit smoking. haha
aku pn cam ko ak dlu.
aku rase aku quit sbb kesengkekan yg teramatlah sgt.
slamat la utk ko. jom sesame kite jayekan wawasan rokok 0%

Anonymous said...

Kenapa mata kamu rakus melihat rokok Julie the Boring Banker?

mrgBum said...

jebon... penulisan ko sangat kewl... keep on writing...

z a t i e h u s s i n said...

ops~! ter'lalu' kat blog ni.

erm, sambil2 tu, terpikir jugak rase abu rokok dalam tin coke? eyh! sedap x? rase cam nak try je~ :P

sd. said...

sekarang kan dah tahu apekah air berperisa pahit?

boleh dibuat sebagai teka-teki.

heheh.

kadang-kadang kite tak perasan bahawasanya kita selalu belajar sesuatu yang baru.

;)

david santos said...

Great and pretty week for Malasian people!!!

Pumpkin Peroz said...

hahahahahaha~
1st tym lalu sini~
best duh~
aku sumpah sume kwn2 aku yg merokok n perokok dpt pengajaran cm ko~
hahahahaha~

Ocha-Eki said...

coke flavour tbaru..kikiki

SESEORANG said...

jebs!update la lahanat.dah lebih 10 hari tak hapdet.tak tegar la.takde hiburan la aku.

illiyya said...

aku rasa r kan.. jebon musti kena keracunan makanan yg histeria nyer sbb tu dia lma xupdate blog.

wei..cepat la sihat.

Nughol said...

hahaha.. nice entry! citer betol ke fiction semata ni?

HydeZ said...

bleh kate betol gak la kot nughol..huhu~

Anonymous said...

laaaa nak pertikai jantina pun tak leh ke....susah susah

menulis dtg dr imaginasi, baca pun menghasilkan imaginasi...jd utk menceriakan suasana pembacaan, kita perlu berfikir, pemikiran akan timbulkan persoalan...

kepada yg baca tanpa imaginasi...baik baca signboard

Anonymous said...

comel. jom kahwin.

Weed and Bandages said...

kamonlah jebon!! update ahh!! takan lepak dengan jibam lama2 kot!

Anonymous said...

waaa jebon...
xnak update ker blog nih..?
cam da berhabuk sket huhu

Anonymous said...

warghh...update ler..ari ari aku bukak takde entry baru...

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

saje senamkan minda jom

http://aberamly.wordpress.com

http://ramlyotai.blogspot.com

http://awanggedeber.blogspot.com

bukan ape... baru minda kita kembang gitu dan ada muscle

tk

R said...

ya..aku br pindah iph n aku pn dh rasa ipoh suck!
tk dak apa yg besh..

antusabun said...

Mg susah nak benti merokok ni. Aku dah try puluh kali. Chewing gum Jab. Kesihatan pun aku dah layan. Sudahnya, aku tetap merokok...

Lyter Kaka said...

aku dulu dah benti 5 bulan pastu isap balik..
huwaaaa..menyesal gile bile dah ketagih balik...

nani allen said...

hahaha ok ni sumpah lawak.hahaha!

Anonymous said...

i dont get it, these people are dying to know your identity. kalau baca betul-betul surely they can figure out. besides, what's the fun if people finds out about your identity, no?

and for those tryna be some goody two shoes on smoking, they should mind their own business la. good for them they dont smoke, once they do baru faham macam mana rasa.

interesting blog btw, keep it up ;)

david santos said...

Nice week for Malasian people!!!

Mizeducated Ira said...

sy pun dah berenti cara drastik selama setahun. sejak 2 minggu sebelum gigi bongsu kena cabut. Sbb berhenti adalah tiada sebab munasabah, itu dinamakan hidayah. tapi so far belum relapse lagi walaupun kawan2 sy semua perokok tegar. Belum lagi. Sekarang ni hari2 berdebar tunggu masa nak relapse. Takde la terasa nak sgt kan tapi sbb org cakap going cold turkey tu doesn't work.. mana tahu, diorg tu betul. Tapi so far diorg salah la. He he.

Anonymous said...

ohs jebon.
sile update.
tiap2 ari bukak blog nih.
tp still xde update.
rindu okeh:)

kotak-katik said...

aku second hand smoker jer. heh.

shakira said...

Jebon, bila nak update? tunggu new post hari-hari. plz update. ;)

Nizzkee said...

"you'll never guess my secret identity".. heh.. people who grew up watching that jerry o'connell series, "my secret identity" would know the tune to that line above..

anyways.. i know of jebon's identity.. jadi... sape yang rasa dia PERLU SANGAT-SANGAT laa KENA tahu... mintak laa kat aku..

Ask me and i shall name my price. ;) nothing is for free, y'all!

(i'll cut you in on the cash too k, jebs.. boley kita huha nanti.. hahaha)

xoxo

frat said...

update!

miera said...

update weyh!sumeorg addicted bc entry ko.
ps:fyi it's sgt depressing bukk page ko tiap2 ari tp xde update :(


thots,
a fan from manchester
xXx

ReeBeLLe said...

elo jebon.. lamenye tak update.. baru je stat folo blog ni last week.. da katam sume.. anyway.. aku link kan blog ko ke blog aku orait.. kalo ko nak link gak.. aku sgt terharu.. sekian..

Mie Amour said...

hmm..sign suh benti...kan lg bgus..viel gluck utk benti mrkok..bnyak baik dr buruknya..kan?

bila nak hapdet?

SESEORANG said...

jebs,lu jgn kate lu gi haji pulak.pasal tu tak hapdet.ni comment ke100.ko nak kene lempang laju2 ke.hapdettt!!!!!cepattttt!!!!(iklan dequaden)

.farah. said...

gile la komen beratus.ni kalo band2 sedap g tengok pun naik hangin.hahah.nice blog bro.

StingRay said...

bai..ada award utk ko...amik le kalo nak..ada kat page aku..

diorang ni main2 award la plak..

A i r i n ROCK said...

Ya Allah. lambatnye kau nak update. menangis aku menunggu.

Anonymous said...

hapdet lah cepat wei..ko nyorok bawah katil ke haper?

Anonymous said...

jebon ble ko nak update
dah berhabok gle r nih
ari2 bkk xder entry baru hoho

nodadosa said...

oiii!!! oiiii!!!!

:p

Anonymous said...

jebon..aku da tengok muke ko kat blog hanis zalikha..haha..comel seyh

Anonymous said...

aku pon !!!! hgahaahahhahaagghaahgaghgahhhhhhh

dila raden said...
This comment has been removed by the author.
Jemaah Hajimu di sini said...

Hajjah Jebs, sila update blog anda sebaik sahaja anda selesai menunaikan fardhu haji... semoga ibadah anda tergolong dlm haji mabrur... ko tinggal kitorg kat sini tanpa update - mcm ko tinggal ayam itik kat kampung takde org bagi makan, ko tau x... LAPOOooOOo kak jah jebs... kebulur dah ni... ke ko bizi melapah dan melantak daging korban?

wallpapersdeco said...

hi have a nice day.. looking for wallpapers for your house? or your friends/relative interested, visit my blog!

pudin said...

niiikkkkk~~~~~~~!!!

Erinsza said...

hye baguslah tu ade niat nak berhenti hisap rokoo, actly susah nak berhenti tapi semangat awak kuat.

syabas,

salam perkenalan dari saya & boleh kite tukar link.

gee carmen said...

heheheee..
saya tergelakkk bile baca kat perenggan terakhir itu..
mengapa sampai bleh jadik sampai macam tu skali???
heheheee.. tu laaa.. dah lama x merokok. bile merokok dapat petanda x baik pulak. sian awak.

salam perkenalan yer...
GEE
http://candidsyndicate.fotopages.com

Anonymous said...

Gilo ape ko Pudin... Kejadah apa link kat Google.. Ptui

pudin said...

ehehe..licik tak saya?
jebon,bila nak update?lama nak nunggu~~~..

Jebon said...

Dani : Wei! Kau ni betul2 la macam kawan yang suka mempengaruhi yang dalam tv pendidikan tu. Tapi sebenarnya Dani Izwan Zainol, aku pun malas nak berhenti..tapi terpaksa sebab keadaan kesihatan aku yang tak mengizinkan. Ye la, ye la, aku lembik.

miss airwalker : lain macam..

Hanim : hahaha! tak sedap la gila!

yuss2910 & fingerscrossed: ya, memang membanggakan. aku nak masukkan dalam resume lah.

AL : tak rasa kelat? sila cuba minum. rasailah kekelatannya.

bell : aduh.. iya, saya faham.

Sarah is the One : Alamak, aku dah rasa tak cool dah sebab tak pernah dengar pun basil bounder the banker. Tsk..

Lia soul speakioss : Korang, jawab la :D

Z : terima kasih kerana memahami. tapi campur sirap eh? tak rasa macam sirap selasih ke?

tabika_kemas : haha. sabar. aku pun tak tau nak sentap atau nak rasa apa. macam-macam rasa lah.

prejudis : memang... kedai mamak pun.. ah, semua kedai lah!

Izuan : masalahnya semua yang dikelilingi aku hisap rokok izuan! tapi takpe.. aku masih tak tergoda lagi.. aku harap aku takkan tergoda lagi..

Diloz : Tak aci la, masih pancung memancung. Tak kira.

fallen angel : hambik kau. tu la dia.. pengajaran.

fitto : kejam pakcik tu..

Yin : tak.. tak ada nafsu dah terhadap rokok. er.. hm..

pendingin hawa : coke + abu dan puntung rokok = menangis

Munky : Terima kasih.

wani ezryl : Hahah! Betul!

teyha! : Lol! Kuang ajo.

ahmad lebam : hish! apa nih!

sihasu87 : rasa dia..tak boleh digambarkan dengan kata2 la.. kalau kau nak, aku boleh bancuhkan.

lindosh : setakat ini tak sentuh lagi la..

abdullahjones : :)

Fiziy : Takpe.. boleh cuba lagi.. tapi memang.. marlboro lights memang menggoda. haih.. sampai termimpi mimpi la.

dina : haha.. ye lah ye lah..

unicorn : kan? cobaan..

i love me : haa.. aku dah kata!

pari pari 7 beradik : cis!

Azzam?? : Masa husni berhenti rokok tu, aku ingat lagi kepoyoan muka dia. menyampah pulak bila diingatkan semula.. ey, bila masa husni cool? azzam..azzam.. kau perlu banyak bergaul la..

Gemuq Dunia Aku dalam diri : syabas!! seksa wei.. nak2 lagi lepas makan besar... tsk..

one love : hahaha!!

Cik Siti Wan Kuncup : Memang. Sangat boleh.

iqanabeera : u nak? shaken or stirred? :)

izza the PINKERTON : salah sama sekali!

nik awin : uish.. ya, ya.. tapi tu la, ada je orang yang merokok tapi mati awal. ajal kan..

tapi aku memang sangat berminat untuk tidak mencemarkan lagi alam sekitar kita! sekarang aku dah tak merokok atau guna beg plastik!

ainishamsi : lol. minta maaf.

Penance : Hahaha! Iya... kita golongan yang terpilih :)

Jebon said...

Ahmad Azrin Aziz : Hmm..

Akim : Hahaha!! Aku ada ashtray, tapi hilang! Aku nak percaya cakap kau tu, tapi.. aku tak boleh hisap rokok sebab aku sakit la. kalau tak, confirm tak jadi berhenti punya. Heh.

mrblind : terpaksa wei.

cekodok : kau salah pilih rokok kut.. :) tapi tu la, setengah orang memang tak boleh langsung merokok. kamu bernasib baik.

Ads : Hahah! You cakap hi je i nak tergelak. Ish.. Hello :)

Liana Ezzana : Takut kang ketagih makan rokok pulak! Jadikan ia snek ketika menonton wayang. Uish..

wala : saya sedang mengubahnya. eh chup, 'nya' tu apa?

dyana : hehe :) lepas makan pun best apa merokok..

husni : kerajaan menyuruh kita untuk kitar semula. aku tengah menyahut seruan kerajaan ni.

Nizzkee : bongok!

Angelsux : Hahah! Tu la, kena baca dengan penuh penghayatan :)

pssst : okay (berbisik macam yusuf tayoob)

LAVENDER : jeng jeng jeng

Ahmad : nantilah kalau ada masa lebih aku akan buat satu entri tentang jantina aku yang menjadi tanda tanya ramai ni. terima kasih sebab baca walaupun panjang,amat dihargai :)

Nizzkee lagi : terima kasihlah sebab buat aku rasa macam tiada jantina :) hahah! robot eh.. aku nak jadi robot dalam futurama, si Bender.

mariam : bijak!

kasut gombak : rasa dia macam..rasa kasut gombak la sikit.

Anon 3.41pm : ini adalah... semua di atas.

Anon 5.06pm : Iya, saya mengaku..

tigrismalaya : cara inilah yang paling berkesan. akak sebatikan abu rokok dengan putung rokok dengan minuman kegemaran suami akak tu (cincau soya ok jugak), lepas tu bagi dia minum. InsyaAllah..

Sonditx (nahar) : wei! tapi kau punya roti canai cicah dal abu rokok tu paling keji sial..

rajuna : haha.. ey, straight edge hardcore tu ada sikit2 macam buddha eh?

Lieza : terima kasih :) masa terhisap balik tu tak berfikir pun. mungkin itu sebabnya..

miss lyia'z : terima kasih :)

mr. ammar : yeah! bangga yeop! tapi ingat, jangan eja perak sebagai pay-rock ya (atau pAy-RocKz)

naniko says ho ho ho! : mari! tapi aku dah quit ni sama je sengkek.

anon 12.34am : sebab rokok dia amat menggoda. dan aku senang tergoda.

mrgBum : terima kasih :)

zatiehussin : cubalah! haha :) kalau boleh coke tu yang sejuk punya.

sd. : heh :) waktu belajar memang aku selalu tak perasan/keadaan separa sedar.

david santos : ha eloklah.

Pumpkin Peroz : tak baik wei... biarlah aku seorang saja yang menanggung kesengsaraan itu.

ocha-eki : lebih baik dari cherry coke!

seseorang : kau ni!

illiyya : mana ada?! korang ni suka tuduh aku yang bukan2. aku dipaksa bekerja. itula pasal lama tak update.

nughol : cerita betul. tsk :'(

hydez : pandai. terima kasih sebab tolong jawabkan :)

Jebon said...

Anon 7.51pm : laa... pertikaikanla jantina aku, aku tak kisah pun.. relax, relax..

weh, kadang2 aku baca signboard pun boleh berimaginasi. signboard seperti batang berjuntai. aku tau benda tu bodoh, tapi i cant help it. entah kenapala aku ni...

anonymous 9.44pm : ajak macam tak ikhlas je. jom.

weed and bandages : hahah! entah mana entah jibam ni..

anon 1.53pm dan 1.58am : updated!

otai : tu la, memang otak saya bercita cita untuk ada six packs. tapi yang ramlyotai tu..macam nama kedai burger. lapar pulak.

r : ipoh sebenarnya best.. kamu hanya perlu masa untuk mendiscover kebestannya (maaf, bahasa serabai)

antusabun : takpe wei.. dah takdir.. sabar ya..

lyter kaka : lepas dah berhenti lepas tu start balik akan hisap rokok berkali ganda kan?

nani allen : cis. :)

anon 2.25am : terima kasih.. :) unfortunately, setengah pembaca dah tahu identiti sebenar saya. dan merokok memang best sebenarnya! tsk.

david santos : betul la tu.

mizeducated ira : semoga dia orang terus salah! :)

anon 10.51 pm : updated! :)

kotak-katik : sama la kita :)

shakira : updated! :)

Nizzkee lagi! : wei, aku suka gila cerita tu!! kalau jumpa box set, sila bagitau. ey, kau jangan cari pasal nak menjual gambar/identiti aku untuk mencari makan ya.

frat : updated!

miera : updated weh! wah, dari manchester! pernah tonton dari jemapoh ke manchastee? :)

reebelle : haha.. terima kasih. nanti jika ada masa terluang, aku akan mengterharukan kamu.

mie amour : updated! betul, banyak baik dari buruknya tapi yang buruknya tu sangat memberi nikmat :)

seseorang : hahahaha!! lawakla, pergi haji. aduh.. kuang ajo..

farah : thanks :) band2 sedap tu apa?

stingray : terima kasih wei!

airin rock : jangan nangis wei.. tak baik..

anon 10.40am : mana kau tau ni?

anon 4.41pm : aku dah lap dengan bulu ayam.

nodadosa : oii!! :)

anon 1.42am : comel? kau salah orang ke apa ni?

anon 2.27am : tak mimpi ngeri ke korang tengok muka aku wei?

jemaah hajimu : hahahaha!! hajjah jebs.. haih... :) aku baru habis sembuh dari mabuk pulut..

wallspapersdeco : baiklah. terima kasih.

pudin : mana nik? mana?

einsza : baiklah. terima kasih :)

gee carmen : kelalaian memakan diri..tsk.. salam perkenalan :)

anon 5.50pm : tu la pudin tu sungguh licik dia.

pudin said...

weh,aku diehard fan ko nye lakonan n watak beb..serius!

Zatyness said...

heh, maybe la kot petanda? :)

good luck utk stop merokok... again. heheh

Rfq said...

haha smoke some while u still can dude! :)

keyra said...

sedap doh! :D

chepsmore said...

sumpah lawak.ketawa2 aku skang. ngan posting yg atas tu pon ketawanya x hnti2.
alahai, okok je la.skang okok lg x?

aida cy said...

hak..hak..
yg kelat 2 la yg asli
agak2 bahaye rokok n coke 2 da neutralize ble da gabung same

Ex Starians said...

o.k. lah tuuuu

Acher Md Som said...

mcm cite Obe jek?