Tuesday, November 11, 2008

Kejadian-Kejadian Misteri Yang Terjadi Kepada Aku Akhir-Akhir Ini

Kejadian 1.
Sudah beberapa kali, aku ke tandas untuk melakukan number one (buang air kecil), aku buka baju instead of seluar. Bila tersedar, aku akan malu sendiri lalu terketawa kecil dan pakai semula baju dan terlupa untuk melakukan number one.

Kejadian 2.
Aku ke stesyen komuter Subang Jaya pada satu hari untuk ke Bangsar. Hari itu, hari-malas-bawa-kereta aku.

Aku pergi ke mesin tiket, tekan butang destinasi dan masukkan jumlah wang yang cukup. Tiket keluar, aku ambil. Aku ucap 'Terima kasih' dan senyum lalu melangkah pergi ke tempat duduk untuk tunggu keretapi.
.....
Aku baru ucap terima kasih pada mesin ke tadi? Damn son..

Kejadian 3.
Sewaktu aku dan keluarga mula-mula pindah ke Ipoh, semua perkara tentang Ipoh aku benci. Semua benda ada saja yang tak kena. Kalau semua benda tak ada yang tak kena pun, aku akan jadikan benda itu tak kena juga.

Waktu itu aku 15 tahun dan pada umur itu, aku tak pernah berfikir lebih dari 10 saat. Jadi bila aku nampak ada Klinik Pakar Naga di belakang rumah aku, aku terus kata "Bodoh betul! Mana ada orang bela naga!"

Selepas beberapa bulan, baru aku tersedar yang itu bukan klinik untuk naga, tapi nama doktor itu Naga. Aku rasa nama penuh dia Nagaswari. (I'm sorry Dr. Naga)

Beberapa tahun yang lalu baru dia tambah 'Sakit Puan, Perbidanan dan Pembedahan'(dalam 4 bahasa) pada papan tanda klinik. Mungkin kerana ramai yang keliru seperti aku.

Mungkin juga kerana ada naga yang betul-betul datang untuk dirawat.. Hmmm....

Kejadian 4.
Kejadian ini berlaku banyak tahun yang lalu. Pengalaman ini aku lalui dengan Anak Mat Nor Nombor 2.

Kami sedang menonton televisyen, aku tak ingat cerita apa. Kemudian ada iklan filem Hong Kong yang akan ditayangkan di televisyen tidak lama lagi. Tajuk filem itu ialah Big Spender. Aku dan Anak Mat Nor Nombor 2 ketawa bersungguh-sungguh kerana pada fikiran kami, filem itu mengisahkan tentang seluar dalam (spender) yang besar (big).

Beberapa jam selepas itu baru terlintas di fikiran kami yang filem itu bukan filem tentang seluar dalam yang besar, tetapi tentang orang yang suka berbelanja (spend) besar.

Siapa yang bertanggungjawab pandai-pandai memulakan penggunaan perkataan spender sebagai kata ganti seluar dalam? Kau kejam.. Kerana kaulah aku membuat kesilapan bodoh ini.

Banyak lagi kejadian-kejadian bimbo seperti ini yang aku alami, lain kalilah aku cerita.

Agaknya, kalau aku amalkan memakan Kismis Minda Ustaz Ismail Kamus bolehkah aku mengurangkan kejadian-kejadian seperti ini?

Kamu rasa?

65 comments:

Sumuk said...

pasal big spender tu, bukan ko sorang jebon.. org tukang komen ni pun samer.. hikhik..

mrblind said...

sungguh angker kejadian-kejadian yang menimpa lu..gua turut simpati..gua syak lu makan kismis pun tak jalan ni..hahaha

benjamin aka pekik lunak said...

kejadian pertama adalah yang tak boleh blah..hahaha

Z said...

jebon, klinik tu kat ipoh kan? area mana? mcm familiar...tp ada jalan kat Fair Park yg menuju ke stadium tu..penuhh dgn klinik untuk every part of the body

the Constantly Dramatic One said...

Hahahaha! Yang "big spender" tu memang kebodohan klasik lah. Semua orang have to go through that.

Tapi betul gak kan....macam ner lah seluar dalam boleh jadi "spender"? Ish ish ish....

nazminabdullah said...

kat jalan balik kg aku ada ni. 'sam seng kedai papan'. owner dia nama sam seng kot.

i love me said...

mwahaahahahahaha..
lagi lagi kejadian misteri?

peej said...

i love ur blog..
n hope ok la aku link kan..

klinik naga itu adalah kelakar ok..

Colleen said...

HAHAHA... you're so funny.. the toilet, the ticket machine, the clinic (poor doctor) and the Big Spender... HAHAHHAHAHAHA... hillarious!!

Diloz said...

seperti mana cikgu aku pernah buat lawak tentang Dr Ismail Kamus.

Ismail 'Dictionary' katanya.

budus cikgu aku itu rupanya.

rOhock said...

lu nak suh gua tolong panggil abang misteri nusantara tak....

fallen angel said...

kelakar dowh.
cerita ko ckp terima kasih tu berlaku dah lama kan?sejak kita muda lagi.jgn ckp ko smp skang masih ckp tima kasih kat mesin tu jebon.

Izuan said...

aku juga pernah melalui kejadian 4. bila dah besar sikit baru tau apa itu 'big spender'. tapi aku masih tersenyum kecil setiap kali dengar lagu 'big spender'

"hey big spenderrr........"

siggplus said...

ahhh klinik pakar naga..
dekat ipoh jaya sebelah billion kan?
aku pon ada terperasan klinik tuh..
klaka gak la nama dia pakar naga

Ainul Nadiah Shamsir said...

Aku byk kali mengalami Kejadian 1 tu. hahahaha!!

yoshz said...

Naga: doktor, saya demam. badan saya panas sampai mulut kuar api.

kiss of judas said...

doktor tu bela naga sakti..
smpai orang takut nk dtg..
sbb tu die buh utk sakit puan menda tu smua utk mengelakkan kekeliruan..

one love said...

hehehehaahah!

doktor ubat naga!
mengong!

heheehe kelakar!

bella muerte said...

Kat Banting ade satu kedai emas name die 'Kedai Emas Tai Yik". Jadinye kedai emas taik la kalau dah cakap laju2.

and.. i love ur blog!

AL said...

nyanyi lagu big spender lagi tak senonoh. perempuan pulak tu.

wani ezryl * said...

'Mungkin juga kerana ada naga yang betul-betul datang untuk dirawat.. Hmmm....'

lolx!!
musnah klinik pakar naga tu sbb ada naga datang. pastu esok paginya dia renovate balik klinik dia.. hahaha :P

//

try la makan kismis minda, mana tau kot byk lagi maksud2 baru boleh terjana drp perkataan 'spend' atau 'spender' atau perkataan2 lain lg xD

sol said...

gua pn rase betul komentar mamat di atas. makan kismis pun tajalan dah kot.

bwahahahaha. tape, kau jadi cemni seumur hidup pun ok ape. anggap ko gifted je. boleh buat org gelak macam cipan tgk gelagat ko.

ok ape? buat sumbangan pada rakyat. LOL

manusia terlantar said...

Semasa aku kecil aku selalu ingat dalam mesin2 macam tu ada orang kat dalam bagi duit baki dan tiket..

Ucapan terima kasih tu ada jawapan tak??

burger daging said...

yes..jebs sudah kembali

nabebe said...

haha, serious lawak tahap tahi la cte2 neh~! XD
jebon punyer cte ngan adik nyer hadi tuh...
'mcuit ati'~! ;p
sile lah byk2 kan post ye...
and saye/aku/i da link kan blog ni kalo awak/ko/u x kesah...
huhuhu...
thx~! =D

nabebe said...

haha, serious lawak tahap tahi la cte2 neh~! XD
jebon punyer cte ngan adik nyer hadi tuh...
'mcuit ati'~! ;p
sile lah byk2 kan post ye...
and saye/aku/i da link kan blog ni kalo awak/ko/u x kesah...
huhuhu...
thx~! =D

lindosh said...

pasal big spender tu pon aku gegelak dengar pelik. ntah apa2. tp tu la. kita selalu salah tafsir!

pipiyapong said...

ah ustaz ismail kamus tu pun kalau tengok tajuk big spender, terus kasi tazkirah..

StingRay said...

adik ko nama hadi???.... WAHHHH.... (tak ada apa2..abaikan..rahsia...)

My Spirit Finger said...

akibat makan ubat sangat kot jeb, sbb tuh jadi lagu tu. Nanti x pasal pasal mesin tiket tu jwb balik makasih..haaa

dina said...

hahahah, klinik naga...aku ketawa bagai nak rak di sini.

misteri betul perlakuan kau itu jeb

Ahmad Luqman said...
This comment has been removed by the author.
~ChEnTa~ said...

bon, tak tahu kenapa bila aku baca entri ni aku terbayag-bayang muka bimbo kau dengan selenga nyer. haih.. maafkan aku.

pasal big spender ni, aku pernah dengar siti nurhaliza nyanyi lagu "Big Spender". Aku dengar sambil geleng kepala, "haih..apalah siti ni..nyanyi lagu lucah.." Bimbo jugak aku ni..

Manusia Secondhand said...

jebs..aku rasa kejadian no 2 tu pernah berlaku jugak kat aku la.

Kamu rasa?

aku rasa kamu perlu juga mengambil dosej vitamin champs 5 biji sehari dengan kurma yusof taiyoob.

Sayang said...

aku slalu merasa kejadian no.4 tu...stress betul...

Anonymous said...

haha..sy pon pnah tetipu dgn 7e..
asal lalu je pelik...nape kne buka jam

HANA bUdaK cEkElAt said...

aku pernah nmpk klinik dr.naga ini dalam perjalanan ke de palma tahun lepas.
;p ;p

a8jnme said...

aku br bace..syal ah klinik naga ko ni

dayat said...

haha.
ipoh da best.kt ipoh ada pasar loken.pg sabtu.mcm2 ada jual.
kamu ada jmpe restoran nama 'restoran jgn ketawa'.? haha

Kakak said...

aku pun penah dan selalu..

1) tunduk kepala kalau lalu bawah palang bila nak kuar parking atau bila keta langgar dahan pokok..hehe rasa macam nak kena kepala jer.

2)maki-maki kotak tiket parking yang ada pompuan cakap.."please take ur tiket thank you"..

3)

Koishie said...

Terima kasih jebon... kamu menceriakan hidup gundah gulana aku untuk hari ini..

dyana said...

ohhh!dr. naga tu my mum punya doctor.
haha.

azfar said...

Aku pon pernah terjadi gak perkara macam tu. Ada time tu member aku sejuk pastu dia suruh pelankan air-con dalam kereta, aku pulak turunkan volume radio. Bengap tak?

Anonymous said...

kelak, mesti isteri anda yg memboyot akan ke klinik naga. berhati2, mungkin...

LUQA said...

hahahaha lawak sial... (tumpang lalu)

Zatyness said...

i pun ckp terima kasih kat mesin2 camtu. kdg2 la. hahahaha.

lawak seyh sume cerita2 ni. klinik pakar naga. LOL. ari tu nampak ' klinik cinta sayang'... eish xde nama lain ke? >_<

FAIZAH N KAIF'S MUMMY said...

:) looks like the clinic near to my hse too...

::DNaZ:: said...

hahahahahahaku xleh stop gelak..ko la nie..besar sungguh spender ko??hahahaha

photofaker said...

big spender? haha agaklah. masa zmn tak reti bhs inggeris , aku fikir seluar dalam besar jugaa :p

*sye sudah link kmu, hope u dnt mind

jojie-elle said...

hye anak mat nor..! huhu jojie here.. sesekali baca blog u nih leh buat i terkeluar urat perut ;p hilang stress..tq anak mat nor ;p

opss! i mmg slalu 'ter' ckp dgn mesin ;p so..dun worry..u're not alone ;) hehehe

adilahalim ; said...

ticket machine tu an. seriously klaka siot. *gelak golek golek*

fina-je! said...

haaha.sumpah best,
sukaa dou blog ni.

aida cy said...

Ko mane jalan kismis commersial ni..
ko kene makan kismis yg fresh dr upacara semayang hajat selang seli ngan kurma nabi
makan byk semut itam kot..

euphoriapelangi_riangria said...

naga i kna buasir.. klinik tu ok x?
leh bwk nnt..

cuteaslina said...

memang kejam orang yang gune perkataan spender ganti sluar dalam...

my bro pengguna walkie-talkie...dah lama guna baru we all perasan ader tulis perkataan 'SPENDER' kat atas tu...

sudahnya we all gelak kaw2 sampai orang2 sekitar dah rase pelik kenape kitorang gelak sakan sampai gegar2 keta...

lu tau kenapa?

sebab kitorang nak cuba buang stigma spender itu seluar dalam, tetapi mungkin 'orang yang berbelanja' (betul ke?)

dan jugak kitorang cube pronounce SPENDER itu sebagai S-Pender...supaya nanti orang takkan gelak beso bile tau jenama walkie-talkie made in thailand tu...

AjYp said...

ada org bela naga......hahahahaha.... XD XD XD

Mohd Jayzuan said...

ipoh bes kot, ada nasi ganja (not real ganja la..) dengan mee kicap power!

Ex Starians said...

Ini bukan klinik pakar buaya, kee???????

Vanilla Berry said...

cool blog..link ya ;)

Anonymous said...

lawak!

najwa hazirah halmi said...

hahaha..
gler sempoi!!!
i will follow u...
will u follow me???
hehe~

MarS! said...

hahaha... rupenye2 kite berjiran... berjiran dgn klinik naga!

MarS! said...

hahaha... rupenye2 kite berjiran... berjiran dgn klinik naga!

niny said...

blog anda menghiburkan. gelak2 saya baca semuanya. tp dah lama x diupdate.sy tggu entry baru anda. :)

Charlie Viers said...

kejadian yg sama telah menimpa my bros and i.....