Wednesday, October 1, 2008

Wan Zai Y'all

Wan Zai adalah nama ibu kepada Mat Nor. Oleh sebab dia orang Perak, nama dia jadi Wan Zei (macam nak sebut zen tapi huruf 'n' di silentkan).

Kami, the cucus, tak panggil dia Wan Zai (nak kena penampar panggil nenek guna nama?). Kami panggil dia Mak Tua. Aku kesian juga sebab nama panggilan dia 'Mak Tua'. Masa dia mendapat cucu yang pertama, umurnya 40-an. Baru umur 40-an dah kena panggil Tua. Mesti dia tertekan ketika itu.

Kesian...

Tadi aku disuruh menghantar Wan Zai ke rumah makcik aku, Munah. Perjalanan dari rumah aku ke rumah Munah hanya mengambil masa 5 minit sahaja.

Dalam 5 minit tu Wan Zai sempat menasihati aku agar jangan buat perkara yang tak baik seperti tidur dengan lelaki bukan muhrim (what.. the.. fook..). Aku dengar sahaja. Dia kata lagi 'Kalau Jebon nak kahwin, cakap je kat bapak. Mesti bapak bagi.' Aku angguk-angguk dan geleng-geleng di masa yang sesuai.

Sempat pula dia bercerita tentang teman lelaki pertamanya yang bernama Anwar. Aku dengar lagi.

Aku agak kagum dengan memori Mak Tua yang boleh ingat nama teman lelaki pertamanya. Kenangan cinta dari tahun 1930-an. Lama dah kan?

Sewaktu dia turun dari kereta, aku ucapkan 'Selamat hari raya ya, Mak Tua.'

Dia jawab dengan senyuman, 'Okey, terima kasih sebab hantar Mak Tua ya, Aman..'

Aman?! Siapa Aman?!

49 comments:

ahwin66 said...

AMAN MALAYSIA kot?
Agaknye nenek hang penah go on a Mission dgn Aman Malaysia

Jebon said...

Fikiran kau terlalu melencong Ahwin66.. Nenek aku nak jalan dari ruang tamu ke tandas pun menggeletar kena pakai tongkat macam House, MD. Takde maknanya dia larat ikut Aman Malaysia.

kecik said...
This comment has been removed by the author.
huruf K said...

Apelah ko jebun.. ko pun tau kan bahawa beliau adelah old-skool..

Ape yang Mak Tua cube menyampaikan ialah "PEACE"

Seperti Malique dan Joe Flizzow ketika menghabiskan persembahan mereka.. "cartello/castello/tat telor helloww.. PEACE, we out"

Jadi kalau Mak Tua ialah omputih, beliau akan berkata "thanks for sending me. peace.."

oh maaflah menyibuk di sini. aku bosanlah. setiap kali raya, pasti aku sendirian.. kalau aku bela anjing, boleh jadi mcm 'I Am Legend'. hmmmmm...... patutkah aku mencari anjing belaan utk menemaniku di hari raya...?

Izuan said...

Dia jawab dengan senyuman, 'Okey, terima kasih sebab hantar Mak Tua ya, Aman..'

Aman?! Siapa Aman?!

*insert Twilight Zone theme here*

yoshz said...

Jebon=Tora Aman

Maybe?

si pengutip ampau said...

Aman?! Siapa Aman?!

(sy cuba membayangkan ekspresi Jebon masa tu.)

biasalah org2 yg sdh lanjut usia(tak nak guna perkataan tua.tak nak~).terlalu banyak cucu sampai terlupa.

tiba2 ter'pop up' fikiran nakal sy yang si aman tu pun bleh jadi boyfriend nenek awak dulu kot.hehe..

Zahiril Adzim said...

Sungguh durjana, aku tersangkut dekat part nak menyebut zen tetapi disilentkan huruf N tu je. 10 saat lepas tu baru tersedar mulut aku terkumat kamit, berusaha mencari bunyi yang betul. untung takda orang perasan.

husni said...

Laaa bukan dia panggil kau, itu cara dia cakap "bye"...ala2 "peace!". haiseh itu pun tak paham ke...

penanya (?) said...

apakah kau cucu yang ke-164?

salam aidilfitri dari penanya dan isteri2..

Dani Izwan zainol said...
This comment has been removed by the author.
Dani Izwan zainol said...

jeb, aku raser kan, bile mak tua ckp "Okey, terima kasih sebab hantar Mak Tua ya, Aman"

pastu ko plak terpinga2 pk "aman?sape aman?!" dari dlm kete sampaile ke rumah "

sedangkan mak tua kat dlm rumah ketawa terkakah kakah kerana berjaya kenakan ko..ko raser aku betul?

shar83 said...

hehehheheheheh kiut btoi laaa... kiter rasa die mesti silap cucu ni.. lenkali ko kene pakai name tag laa jebon...

Amaradona said...

sah!lu ada iras-iras aman graseka.

Hadie said...

atau aman shah?

*play soundtrack*

bergema suara takbir di angkasa....
selembut bayu meresap ke dalam jiwaaa...
betapa hatimu terharu....
menyambut....

kecik said...

haha.komen2 sume xleh blah.

aainachentak said...

mak aku asal perak juge!
tapi aku pangel opah.
yg pasti aku juge x kenali itu aman siapakah?

*hee maaf menabrak ke mari.
aku miang melihat blog org laen* :)

miezi said...

haha..ntah betul idak nama boipren dia Anwar.

pari-pari said...

hahaha. sengal juge Mak Tua anda ye.

dyana said...

ohh opah anda memang tak berapa ingat nama cucunya,ye dak?

hadi punya nama jadi hafiz.(as far as i can remember.)haha.

inora putri. said...

thanks for dropping by at my blog jebon! you rawk. haha. and selmat hari raya! =))

( tetibe cam jd jakun =p )

BuLan said...

aman lelaki keduanye la kot.
haha!
comei bile tgk org tua
seronok layan dorang!

aku hantu said...

aku adik bradik ada 2 lelaki...aku hasri dan sorang lg khairi
raya pertama yg sudah menjadi rutin aku melawat umah nenek yang sekankang kera jaraknya dr umah aku...
dan sampai kat depan umah...atuk dh siap menunggu...

'masuklah hasan'

pulak...dh la salah nama, atuk menghadap batang pisang lak...

adoi, atuk dh tua...

Syah Saliman said...

hahahahhaa.

selamat hari raya jebon.

lawak jam 0018pagi.raya ke5

Ares Bahar said...

haha nice blog... rasa macam kenal kau tapi kat mana???

Farha Ghouse said...

jebon ni lelaki ke perempuan? misterious sungguh. i love ur blog anyway! u rock :D

Jebon said...

huruf K : Hahahahahahahah!!! Kelakar! Peace.. Hmmm.. ada logiknya... Aku lupa nenek aku layan gangsta rap..

izuan : seramkan? insert lagu misteri nusantara pun ok.

yoshz : check dada. tiada poket!

si pengutip ampau : Tu la.. aku pun rasa jugak.. Mungkin aku ada iras bekas kekasih dia yang bernama Aman tu.
Teruk betul taste nenek aku kalau muka ex bf dia macam aku.

Zahiril Adzim : Bahahaha!! Tahniah kerana berjaya figure out sebutannya :)

Eh, berjaya ke tak?

husni : Ye la, ye la, aku la tak hip.

penanya (?) : aku cucu yang ke.... err... tak ingatlah!
kirim salam pada isteri2 ya :)

Dani Izwan zainol : aku rasa ada kemungkinan. Kau memang suka menyelesaikan masalah macam ni kan?

shar83 : mungkin juga, sebab aku ada saudara bernama azman.

Amaradona : aman graseka?!! weiii...

Hadie : hahaha! sempat kau membuat gig di ruangan komen ni.

kecik : kan? semua orang ni cuba selesaikan misteri ni.

aainachentak : selamat datang :) yang belah mak aku, aku panggil opah. nama mak tua ni nanti aku ceritakan asal usulnya.

miezi : tu la kan.. aku pun risau jugak dia ingat boipren dia anwar sebab nama dia ada 'wan'. kut la dia perasan dia wan azizah.

pari-pari : haha. kalau kau tanya dia 'Mak tua ni sengal jugak eh?' mungkin dia akan jawab 'iya memang sengal, tapi lebih kepada kebas kebas la sebab mak tua ni kan ada kencing manis'.

dyana : mana tau ni? jeng jeng jeng.

inora putri : jakun? orang pahang ke ni? :)

BuLan : orang tua memang comel. tapi bila mengamuk, tak comel wei.

aku hantu : hahahahahahah!! sabarlaa.. adakah ini bermakna kau dan batang pisang tiada beza? :p
nama kamu sangat seram.

Syah Saliman : Selamat hari raya ke4!

Ares Bahar : Hello Ares. Kau telah kembali! Kita memang kenal dulu di blog aku yang lama :)

Farha Ghouse : memang misteri jeng jeng jeng :)
thanks farha. selamat datang.

misz eyeliner said...

blog yg best.

bolehkah saya link?

oh, boleh?

tapi saya mmg dah link.

terima kasih..

Zahiril Adzim said...

tak jugak. aku dah abaikan bunyinya. kalau tak, tak sampai part comment box ni.

Dayana said...

hahaha! sangat lawak! komen2 pun lawak!

bani said...

apesal aku komen ada error nie??

bani said...

wan ze ckp "peace" tu. dlm bahasa melayu.

wani ezryl * said...

lolness!! apekah--- dgn komen2 semorg pasal 'aman' tu pun kelakar! :PP mungkin ko disalah erti dgn mana2 jiran mak tua yg bernama aman.. who knows. life's a mystery.. wah haha *sambung letak lagu twilight zone macam yg si izuan buat* :PP

Anonymous said...

ok kalau dia ingat kau nih aman kenapa dia bagi nasihat pasal lelaki bukan muhrim tuh? dia ingat kau gay kah..? hahaha

weed and bandages said...

aman graseka!

dina said...

miahahaha... jeb, aku rasa mak tua memang nak cakap "peace" tapi dia lupa nak sebut dlm bahasa omputeh...

bindi said...

aman sebab cara ko bawa keta serupa cam schumacher takde telor...tu yg nenek frus tu....she wants to taste the fast lane gak sekali sekala

Anonymous said...

aku terlepas beberapa entri ko..
mcm nak gile aku tgg..anyway ..

'peace ye aman !!'

timHayabutsa said...

nenek ko tringin nak jumpe adlin AMAN ramli. tu psl la..lagipun dlu nenek ko xsempat tgk PGL. agak2 la

ridz said...

slamat hari raya jebon, sedikit lambat, hari tu saya dan rynn di ipoh tertanya2 sama ada jebon akan buat open house sebab teringin nak rasa kuih2 raya hasil air tangan jebon

K H A Z I N A T U L A S R A R said...

hahah! klaka gile! :D

♥____madu.beracun____♥ said...

lawak jg. bolehkah aku ketawa?

Tina Najib said...

OMG..
lawak gila..
i like!
:)

Diloz said...

kire otai la wan zai lu.haha.

Naniko says Ho Ho Ho! said...

sape Aman?
jeng jeng jeng....

misteri sgt la cite ko ni jeb.
aku pn rase aman tu mungkin bf wan zai dolu2 kot. xpn, ko ade long lost cousin yg name aman tp ko sendiri pn xpnh jumpe.

pst ko mmg suke wat aku berfikir sejenak. tp masalahnye nape aku rajin sgt fikir camne nk nyebut name Wan Zai dgn silent N? hahah. lain ke bunyi 'Wan Zei' ngn 'Wan Zen (- silent N)'? ahaha. tahniah sbb wat aku ckp sorg2 dpn pc

ainguzzle said...

kaget eh ko time tuh. though aku tak kenal ko tp aku rasa ko msti terkebil-kebil.haha

are-ku~ said...

blog anda sgt besh

nak link...
boleh kah?

-linked-

dyla ishak said...

hahah

Atie Diana said...

hukhukhuk..aku suka!