Monday, October 13, 2008

Wan Zai Y'All 2

Wan Zai adalah ibu kepada Mat Nor. Hubungan aku dan Wan Zai memang tidak rapat. Sangat tidak rapat sampaikan kadang-kadang dia terlupa nama aku.

Aku sebenarnya takut dengan dia. Aku rasa bukan aku seorang saja. Satu keluarga takut dengan dia. Satu kampung belakang rumah aku takut dengan dia.

Sebenarnya sesiapa yang kenal dia, akan takut dengan dia.

Aku rasa salah satu sebab kenapa orang takut pada dia adalah ekspresi kekal muka batu dia yang seolah-olah sedang kata 'Mess with the best, die like the rest' itu (namun begitu, aku tak rasa dia pernah tonton filem Hackers). Dari sini aku dapat fikir sendiri yang arwah datuk aku dulu sah-sahlah tidak jatuh cinta dengan Wan Zai pada pandangan pertama. Mungkin selepas pandangan keenam baru arwah datuk aku memulakan aktiviti ice breaking.

Macam mana agaknya orang zaman dahulu mengurat? Takkan arwah datuk aku kata "Do you have a map? Because I just keep on getting lost in your eyes", kut. Dan aku rasa zaman itu mengurat dengan membuat bunyi tikus guna mulut belum direka cipta lagi. Mungkin arwah atuk aku kata "Assalamualaikum kak long! Tak jawab berdosa". Kut.

Naaah..

Baik. Mari kita berbalik semula kepada topik asal ; Wan Zai ditakuti.

Wan Zai bukan sahaja ditakuti, dia juga tidak digemari oleh ramai orang.

Ramai yang suka bercakap perihal yang tidak berapa baik tentang Wan Zai. Wan Zai ni mangsa gosiplah kiranya.

Macam Fasha Sandha.

Aku tak boleh nak salahkan mereka yang bergosip tentang dia. Mana ada manusia yang sempurna. Wan Zai pun tidak sempurna. Semua yang terjadi pasti ada sebab. Kan?

Kan.

Jadi, gosip terbaru yang aku dengar tentang Wan Zai adalah dia membela hantu dan mengamalkan ilmu hitam. Hantu jenis apa aku tak pasti. Yang pasti, aku harap hantu yang dibela itu tak tahu baca blog.

Perlukah aku melakukan apa-apa tentang ini? Perlukah aku kaji hantu apa yang dibela? Perlukah aku siasat kesahihah berita ini?

...

Tak perlulah.

Nenek kamu bela kucing, nenek aku bela hantu.

Satu konsep.

77 comments:

koboi malaya said...

hahaha seramnye....

Amaradona said...

jangan-jangan lu ada saka.ala-ala waris jari hantu tu.haha

misz eyeliner said...

dulu aman skrg bela hantu pulak.. nenek kamu mmg misteri..

~nasrah~ said...

hahaha..weh ni case mcm mak aku je..atuk mak aku digosipkan ade membela.pastu nenek aku iaitu mak kepada mak aku kena kacau skang..sbb mende tu cari waris sulong.

ishh..aku pn mintak2 la hantu tu xreti baca blog..kang dia baca komen aku. mampos..

Alyea said...

oh. moyang aku juga membela. sudah 105tahun dan mungkin sedang sibuk cari pengganti.

wooo.

pari-pari said...

aku pun ade dengar2 cite cmih gak
dan kalau ko nk taw.
aku lah hantu tu..lalala~
//hantu alaf baru pandai baca blog.
haha

PAJID said...

ank hantu itu sejenis jebon kah??

shar83 said...

perghh jahat mulut btoi org yg ngengata2 ni.... tapi abaikan laa jebs.. ehhh aku ada introducekan pasal jamban di jepun... meh usha..entry ke 3 dr atas... hek hek hek.. biler laa kerajaan melesie nak buat jamban cenggini

manusia terlantar said...

Nenek kamu macam Fasha Sandha?

Fasha sandha bela apa agaknya?

pipiyapong said...

nenek gua bela ayam pun mati, inikan nak bela hantu..

adik A said...

jaga2 la ko..ko bakal jd "waris Jari Hantu" satu ari nnt tau.. ;p

dyana said...

pergi siasat tentang kesahihan tu jebs.
especially time maghrib,dan semestinya...di tengah malam.
you lepak dalam kereta di depan rumah opah you,sambil teropong rumah tu.


jangan sampai bila you toleh ke dalam kereta,you nampak pulak hantu dalam kereta you sudah.=3

PS;bawak surah yassin sekali.dan tasbih.

dyana said...

sis jebs.
are you okay dah?
i just read about your sorrow.
let me give you a BIG hug.=)

ya,memang kita rasa penat dan kecewa dengan hidup ni kadang-kadang tu.
dan orang boleh cakap apa saja tentang masalah kita sebab easier said than done.

*insert lagu 'i'll be there for you.'

Az-1 said...

Hai.. Salam berkenalan semua..

Ladynoe said...

atuk tiri aku pun ade bela bela. mak aku sampai ke sekarang tak kasi kalau atuk aku nak offer penyeri muka. hahahah

takut nanti, alang alang nak bagi penyeri muka, meh aku bagi 'semua' sekali.

dot said...

"Nenek kamu bela kucing, nenek aku bela hantu."

terbaik lah wei. terkentot aku.

Sarah is the One said...

nenek aku memang bela kucing. nenek kau belum tentu bela lagi weh, siasat weh. fitnah itu dosa lagi-lagi fitnah orang tua, hahhaha

kecik said...

nenek saye..
err xtau la dia bela ape..
agak2 kot kecik tanye

"wan,wan ado bolo antu x?"

ape gamaknye dia nak jwap ek?

My Spirit Finger said...
This comment has been removed by the author.
ahwin66 said...

bole buat skrip JANGAN PANDANG BELAKANG 2..

Wan Zai bole jadi lead actress

dina said...

org tua yg berumur 70thn keatas akan menghadapai spekulasi begini... aku ada seorang opah sedara yang di panggil wan tua... juga dikatakan membela hantu. kesasihannya masih belum terungkap... (eceh macam siri Seekers je..)

yoshz said...

satu konsep? hantu apa boleh mengiau dan suka bermain bola benang?

ki[n]ky said...

"Jadi, gosip terbaru yang aku dengar tentang Wan Zai adalah dia membela hantu dan mengamalkan ilmu hitam. Hantu jenis apa aku tak pasti. Yang pasti, aku harap hantu yang dibela itu tak tahu baca blog."


LOL!

My Spirit Finger said...

Wah! sempoi apa. nanti kalo org kacau ko, ko cakap ni balik kat org tu "Mess with the best, die like the rest" Pastu minta tolong hantu tu. Tapi harap2 x betul la kan.
p/s: 1st time komen selama ni silent reader jer.

miezi said...

wow..umpama hot stuff wan zai eh.

Colleen said...

Wow.. this is a really good entry.. something really different.. actually gave me goosebumps.. maybe you should find out about it.. just to kill your curiosity.

QueenWizza said...

aku x ske fasha sandha. sekian

QueenWizza said...

tul ke bela hantu tu ek?
seram plak..

Dunia Aku dalam diri said...

jgn memain ni weh.. bela hantu siot .. takot ... klu mati seksa.. pastu satu hal nk kena bukak atap.. klu pintu okay la lagi ..

weed and bandages said...

arwah nenek berasap malam jumaat.

konsep?

tank said...

bela hantu kene cuci najis gak ke?

Fiziy said...

ala diorg dok sebok gosip sane sini pasal org kampung sendiri. cube dok gosip tokey tokey kedai mamak, diorg pun ade gak bela, kasi laris satu. haii..

zizou said...

wan gua suka bela-ian kasih

Cath said...

Nenek aku bela babi hutan.

Jangan kata tak perlu buat apa2.
Ia sangat perlu.

Kalau NTV7 ada Seekers.
Indon and Entiti.
Orang2 Bule sekalian ada Ghost Hunters.
Apa kata wahai Jebon bikin...
Misteri Jebonisme

husni said...

*kesahihan :P

dey said...

haha i 'mess' u

am_am_am said...

Kalau hantu cakap hantu..kalau kucing, cakap kucing..

Kucing~~~~~~~

Biasalah tu. Orang main sebat je cakap. Arwah moyang aku, orang cakap membela hantu juga. Tapi takde tanda2 suspicious pun. Orang pepandai je wat suspen.

d middle finger said...

otai gile nenek ang

lari tajuk said...

bonz, nape bayne delete blog die...
aku rindu nk bace coretan2 hati die...huhuhu...

mimi.nadd.wannie.wawa. said...

hahahahahha.
tolonglah jangan ada hantu yang tahu baca blog.

M

Keyrana said...

hantu snanye lagi maju dr manusia. x mustahil mereka ade blog jugak. hehe

fallen angel said...

weyh.aku tak delete blog.ada lagi. kena tutup kejap sebab aku tgh bermasalah.tp aku akan buat comeback.chewah.

jons - aku rasa aku akan jadi macam wan zai bila tua.

dena_r said...

dikatakan nenek aku pon bela hantu dan sekarang dia menetap dirumah aku. umur dah 94 tahun tapi tak mati2 lagi. org ckp sbb benda tu tanak kasi lepas tula pasal dia tak mati lagi. and hantu yg dia bela ni cam reporter la. kalau kitorang mengata pasal nenek kitorang, mesti dia tau tau je.

.::jar-jar::. said...

hi jebon...aku terjumpa blog ko dgn tiba2...and now,im a really big fan of your coretan merapu...it really makes my day especially when im tensed at the ofice..aku baca blog ko pon semasa ofis hour..curi2 bukak internet ketika boss tiada..dan dgn blog ko juge la telah memberi aku inspirasi utk membuka blog sendiri...dan aku juge telah mempromote (sorry..tanpa kebenaran) blog ko kepada rakan2 ofis aku yg sentiasa tension seperti aku..dan ternyata blog ko mmg sgt berkesan menghiburkan hati kami semua...thanks alot!! keep on merapu... :)

Tina Najib said...

hye there,

first time here..
love your blog!
:)

Ares Bahar said...

Gua link kan blog kamu yg baru :)

wani ezryl * said...

sapekah yg mulakan rumours pasal wan zai bela hantu? ni mesti orang kg yg lalu belakang rumah wan zai pastu ternampak benda terbang-terbang kaler putih tapi rupanya tu plastik smph diterbangkan angin.. lolx (imaginasi org kg adalah tinggi sbb kurg hiburan :P)

Hanim said...

Hi,

Biasala orang tua-tua selalu dikatakan ada membela. Tapi moyang aku dulu mmg ada membela harimau jadian. Bila pegi mekah tak nampak kaabah. Terpaksa lepaskan dulu benda tu baru dpt buat haji.

StingRay said...

nenek aku tak bela hantu...cuma dia ada cucu yang hantu...dan aku cucunya.

^^ iLa_siNdaReLa ^^ said...

1st time bace ur blog trus melekat bace dr mula smpai abis..
intresting..
mmg best gle..
sy dah gelak sorg2 mcm org gle..
haha..

aku hantu said...

minggu lepas ada hantu raya balik umah sedara aku. joli sakan lepas sebulan kena rantai agaknya. masalahnya mangsanya adalah aku. kemain ramai org dalam umah tu...aku yang nk g kencing gak terkena.
aku kluar toilet...makcik ni ada kat meja makan, pegi kat depan alih2 tgh tgk tv. dan bila aku tanya dengan selamba dia menjawab...

'dh balik pon...'

'siot', aku cakap dlam ati

kaka' said...

gossip pasal wan zai masuk urtv dengan media tak?ke mangga?kompem pemes..mesti dpt offer cerita "Waris Jari Hantu 2"..

nota.kematian said...

eh..
orang dulu dulu bukan perkahwinan mereka diatur oleh orang tua mereka ke?

hehe

Jebon said...

koboi malaya : ha, tau takut.. don't mess.

Amaradona : wei, mintak dijauhkan.. aku tak main saka2 ni.. aku kebal saka. aku kan spiderman.

misz eyeliner : hahahah! kan? memang misteri.

~nasrah~ : waris sulung? anak sulung ke wei? aku... aku... anak sulung..

Alyea : 105 tahun?!!! Wow...

pari-pari : LOL! Kau rupanya... Jangan bagitau tuan kau ok.

PAJID : Hish! Lain! Lain!

shar83 : Aku tak kisah pun dia orang nak mengata. Sebenarnya, kadang2 aku join dia orang sekali.. Weh, jamban tu memang terbaik! Tolong bawak balik sini satu untuk aku. Teringin...

manusia terlantar : bila aku google 'fasha sandha bela' terkeluar kenyataan2 yang fasha sandha dibela bukan membela. jadi....

pipiyapong : hahahahahahah!!

adik A : tak mahuuu!!

dyana : malas nak siasat. actually dah disiasat oleh pakcik pun. keputusannya rahsia :)

dyana : lagu kumpulan moffatts ke tu? terima kasih :)

Az-1 : Hi. Salam perkenalan.

Ladynoe : wuish.. penyeri muka tu macam mana? macam nak mintak je kat nenek aku..

dot : sungguh tidak senonoh.

Sarah is the One : Siasatan telah dilakukan. Ternyata, bukan fitnah :)

kecik : mungkin dia jawab 'ado, ekaula antu nyo'

ahwin66 : hhahaha!! nanti aku cadangkan pada pierre andre.

dina : apa kata kamu panggil Uncle dari siri seekers tu untuk siasat. agak2 opah sedara kamu yang dah berumur 70 tahun ke atas tu kena panggil Uncle tu Uncle jugak ke?

yoshz : hantu kucing.

ki[n]ky : Gelak la, gelak.. kalau dia boleh baca blog, dia boleh baca komen juga. haa...

My Spirit Finger : Hahah! Macam mana aku nak mintak tolong hantu tu? aku takde nombor alat kelui dia.

miezi : hot stuff? hmm.. hot tak hot sangat la...

Colleen : Suka sangat baca blog waktu kerja!

QueenWizza : Siapa suka?

Dunia Aku dalam diri : Macam mustahil je nak bukak atap rumah nenek aku ni. Kalau bubuh kat luar je boleh kut.

weed and bandages : Hah? Seram.

tank : tak payah. itu bonus.

Fiziy : mana kau tau ni? kedai mamak makan ke kedai majalah? patutla adik aku kalau lepak kat mamak ehsan tu tak nak balik2.

zizou : cis!

Cath : Babi hutan? Nenek aku macam Fasha Sandha, nenek kamu macam George Clooney. Dia pun bela babi.

husni : hish!

dey :hahahah! dol!

am_am_am : tu la.. lepas ni aku nak mulakan gosip yang nenek aku bela lipas la pulak.

d middle finger : boleh tahan la.. pergila lepak dengan dia.

lari tajuk : dah tak delete lagi :)

mimi.nadd.wannie.wawa. : Kan? lol.

Keyrana : aku pun rasa macam tu la. entah2 ada website dot com sendiri. berserta dengan 'galeri' dan 'contact us'.

fallen angel : jangan jadi macam dia wei! kasihani cucu2 mu.

dena_r : reporter? betul ke ni? maksudnya apa2 yang aku tulis pasal nenek aku kat sini, hantu tu dah report la? damnit.

.::jar-jar::. : Hahaha!! Terima kasih! terima kasih! Kalaulah ada jawatan Ketua Perapu di mana-mana syarikat terkemuka, mesti aku tidak menganggur lagi.

Tina Najib : Thanks! :)

Ares Bahar : Hoi! Hoi! Kau telah mengkantoikan identiti blog lama aku. Aku terpaksa delete komen kau. Huh. Terima kasih sebab link kan aku :)

wani ezryl * : Hahahahahahaha!!! Malangnya imaginasi kau hanyalah imaginasi.

Hanim : Hello. Nasib baik boleh lepaskan harimau jadian tu. Kawan aku punya atuk pun ada bela, tapi harimau tu tak nak dilepaskan.

StingRay : Mula2 aku fikir yang orang kampung maksudkan aku. Sebab aku hantu durian. Tapi nenek aku tak pernah bela aku.

^^iLa_siNdaReLa^^ : Terima kasih kerana melawat :)

aku hantu : LOL!!!

kaka' : Tak mainla urtv, media hiburan semua tu. Dia masuk Mastika.

Pemilik Karpet said...

Check for the update like 3-4 times a day...
Miss words of ur mind so much...
Hihi...
Kinda addicted.

en_me said...

jadi wan zai teww masih hidup lagik kerr..

fiQrEE@lias said...

jebon...aku nak kenal wan zai ko ble..cam best je...
cam kekaseh ku seru ade gak...
asal ko takut sgt....
hehheh....sunggoh ke dia bela antu...

jadi ko la seterusnya...ya...kan

Anonymous said...

nenek saya tak de kucing.. tapi ada kambing.. pagi2 tarik kambing pakai kebaya dan tempek bedak 2 inch.. huyo.. go nenek..

chopstick said...

ini first time singgah.wahh series gerun.baik kamu siasat bebetul.takot kang wan zai carik waris lak.huhu neway,mintak izin untuk link okeh.i laikk blog ini..

Ayman Aiseyman said...

family kau best la.famili kau begitu menarik perhatian aku hinggakan aku tertarik untuk membuat research lebih lanjut ttg famili kau.jadi aku ke wikipedia.org la,laman ensiklopedia percuma.
di wikipedia.org,aku search nama jebon.Hasilnya,tiada hasil.
jadi aku search la nama mat nor.yang keluar,laman datok lat plak.jadi aku lupakan jela famili kau sebab famili datok lat pun agak menarik ye.
baru aku tau anak laki dia designer skinny jean kat jerman sana.
tentang famili kau pula,aku rasa aku tunggu luahan kau yang akan datang la ye.
salamualaikum jebon.

Dari Hati said...

hahaa..ish..comelnye wan zai..
eh apehal pulak aku puji nih.
Aku rasa type2 hantu yang glemer nak jadi anak angkat atuk2 60++ ialah:

1.antu raya
2.saka harimau..awww!!!
3.antu jangan pandang belkang
4.toyol

ha,ni analisis aku lah...pastukan orang ckp,bila diaorang rasa diaorang dah tak lama idup,die akan berbaik2 dengan cucu2nya..ha..jaga2!!

AL said...

hantu tu handsome mcm wan zai?

Amaradona said...

heh,rupanya lu johnny deep oh tak darurat tu?dulu dark sikit kot.skang lebih ceria.

StingRay said...

disebabkan blog ko ni berjaya buat aku senyum2....jadi aku letak link ke blog ko...kira halal eh?...senarai wajib baca nih... (^_-)

~ChEnTa~ said...

bon..mana ko daa.. buzy me'nyunting' ke?

NaniRostam said...

Okey-okey salam dulu, selamat hari raya maaf zahir batin.

Mula-mula akak rasa kecik hati sebab akak jemput jebon ke majlis harijadi Hanis dan Alisya, Jebon tak datang, tak tepon pun.

Lepas tu akak fikir, Jebon ada cakap, kalau saya tak da apa-apa hal, insyallah (dengan izin Allah) saya akan datang.Kemudian akak fikir lagi, (tengok tu masih berfikir)mungkin Jebon memang ada apa-apa hal, sehingga Allah tidak mengizinkan untuk Jebon datang ke rumah akak. (berfikir lagi, apakah halnya sehingga Allah tidak mengizinkan tu)?

Lepas akak fikir lagi, (astagafirullahalazim banyaknya berfikir).tak pelah akak maafkan dan minta maaf jugak.

Pasal nenek Jebon tu, lebih baik, atas nasihat akak, Jebon kuatkan semangat dan rasa penuh tanggungjawab, tanya samada 'perkara' itu benar atau tidak. Selepas itu barulah boleh dipanjangkan forum tentang 'bela hantu atau amal ilmu hitam ni'.

Selamat Hari raya maaf zahir dan batin.

Tak jemput akak 'open house' rumah jebon ke?

anakRamalan said...

salam..
lol lawak gila posting ni boleh?

Jebon said...

Pemilik Karpet : :)

en_me : Ha'ah. Masih hidup.

fiQrEE@lias : kau nak berkenalan dengan dia? betul ke wei? nanti aku suruh dia add kau kat myspace.
aku bukan cucu sulung, jadi aku rasa dia tak boleh pass kan kat aku. aku rasa la.. pandai2 je aku ni.

Anon : hah? yang pakai kebaya dan tempek bedak 2 inci tu kambing ke nenek? terkeliru.

chopstick : terima kasih. siasatan sudah dilakukan :)

Ayman Aiseyman : Aiseyman ayman.. betul ke nama aku takde kat wikipedia.org? Apa-apa hal pun, ada filem bertajuk Jibon (selamba dia orang salah eja nama gua) lakonan Mat Sentul, Aziz Satar dan Melissa Saila. Kau cekidaut la.
Anak laki datok lat kat jerman tu design skinny jeans ke wei? Tapi tujuan dia ke sana untuk kembangkan career sebagai plus size model. Sungguh ironic. Waalaikumsalam.

Dari Hati : Wei, hantu jangan pandang belakang tu hantu yang menyerupai pierre andre ke apa?

AL : Aku tak pasti.. sebab aku tak pernah nampak. Tapi aku tak mahu nampak pun. Mana kau tahu wan zai handsome wei?

Amaradona : Hahaha.. Dulu dark sikit eh? Hish.. Aku bukan oh tak darurat laa... :)

StingRay : Terima kasih :)

~ChEnTa~ : Rahsiaaaaa :)

NaniRostam : Minta maaf sangat sangat sangat sangat!! Saya terpaksa balik ke Ipoh masa tu. Teman mak. Sebab bapak saya ke luar negara atas urusan kerja.. Saya tak nak mak saya boring duduk rumah sorang-sorang.
Haha.. Nanti kalau saya buat open house atau sambutan harijadi saya akan jemput! Mesti jemput!

anakRamalan : Boleh?

AL said...

aku tau la sebab aku pun observer jugak. hehe

~nasrah~ said...

nik..eh salah..jebs..hiks

waris sulung tu kire anak sulung la. nenek aku anak sulung. mak aku anak sulung. aku pon jua..

mat nor anak sulung tak.. kalo ye, ko kena la bersedia. hehehe.. takut tak..takut tak..

syd said...

aku rasa wan zai comell..:-D

ain hatikristal said...

tak baek ngumpat your nenek..
hmm,btw..i rase cam nak jd pembace setia blog nie jew..huhu..
best tol..

ainguzzle said...

takpe.moyang aku bela jin.nenek aku nela anak jer

* TIYA * said...

bukan ke jebon tu spesies hantu jugak???
BHAHAHA

AshleyZul said...

jebon2.
ur blog mmg mantap, lawak tahap kepundek (ooppss)

terima ksih kerana slalu buat org tasmania ni happy!

Ex Starians said...

hantu lagiiiii

Anonymous said...

seramm