Friday, October 24, 2008

Sebab Badan Aku Bukan Macam Badan Malek Noor

Telefon bimbit aku sudah berusia lebih kurang 2 tahun.

Setiap kali orang melihat telefon bimbit aku mereka akan berkata "Ni handphone ke remote control aircond?". Aku tak faham kenapa. Hmm...

Selain dari alat kawalan jauh penghawa dingin, telefon bimbit aku juga sering dikatakan sebagai alat yang sesuai dibaling ke arah anjing. "Boleh baling kat anjing ni." Itu lagi satu ayat penyata yang aku kurang faham. Kenapa aku nak baling telefon bimbit aku pada anjing? Anjing itu nak buat panggilankah? Hmm...

*****

Pagi Selasa yang lalu, aku berjalan kaki ke klinik gigi di belakang rumah aku di SS15 ni. Gigi aku sakit, berlubang. Perjalanan dari rumah aku ke klinik gigi mengambil masa kurang dari 5 minit, tetapi kalau naik kereta akan mengambil lebih kurang 8 minit. Iya, setelah dibuat kiraan dalam bentuk lazim, aku jimat 3 minit.

Klinik yang aku kunjungi itu tiada pesakit lain kecuali aku. Aku gembira sebab tak perlu tunggu lama.

Setelah 5 minit menunggu doktor gigi menghabiskan sarapannya, nama aku dipanggil.

Aku masuk ke dalam bilik rawatan dan duduk di atas kerusi pesakit yang cool itu.

Nganga.

Ngaaaaaaaaa (bunyi nganga).

Doktor kata aku perlukan rawatan kanal akar (root canal). Aku tak tahu rawatan kanal akar itu apa, jadi aku beritahu pada doktor "Tolong beri masa sehari atau dua hari untuk saya berfikir."

Bunyi rawatan itu agak mengerikan, sebab itu aku tak mahu teruskan saja rawatan dan minta lebih masa untuk berfikir. Fikir konon. Padahal aku nak balik rumah dan Google apa ke jadahnya root canal ni. Oh, dan aku perlu tanya Baini. Pasti dia tahu. Dia pakar tentang pergigian. Dia ada gigi yang berbentuk seperti belalang. Cool kan?

Setelah membayar RM25 untuk ubat penahan sakit dan antibitotik, aku berjalan kaki menuju pulang ke rumah.

Semasa dah hampir nak tiba rumah, ada 2 orang pelajar Taylor's College berbangsa Cina berlari-lari dan menjerit ketakutan. Aku fikir 'Main kejar-kejar ke ni? Tak mungkin. Ada flasher kut. Patutkah aku lari sama? Hmm.. Tak perlulah. '

Kawasan rumah aku banyak flasher dan anjing gila kebelakangan ini. Memang bahaya. Aku sudah buat aduan pada MPSJ, tapi tindakan masih belum diambil.

Aku teruskan perjalanan. Dua orang gadis Cina yang berlari ketakutan tadi dah hilang dari pandangan. Laju betul dia orang lari.

Lagi 25 tapak nak sampai ke rumah aku, ternyata sangkaan aku meleset. Dua gadis tadi bukan dikejar flasher tetapi dikejar anjing gila.

Dan sekarang anjing gila yang paras fizikalnya lebih ganas dari Malek Noor itu sedang berlari ke arah aku.

Ke arah aku.

Aku jadi keras.

Kaku.

Can't. Think.

Cemas.

Hanya satu perkara saja yang terlintas di fikiran. Perkara yang selama ini aku tak fahami.

Sekarang aku sudah faham.

Hasilnya : Telefon bimbit aku separa berkecai dan perlu disamak.

79 comments:

Sumuk said...

kuikuikui...
tak tau nak cakap ape...hihi..
sedih pun ada..
mesti anjing gila tu nak pinjam telefon dua gadis cina tu, tapi diorg taknak baginyer..
sedih sedih...

un_touchable said...

Kalu henpon kau kering n anjing tu pun kering, tak payah samak dowh!

DyaDavid said...

hahaha!! i was in low..but when i read this post..it makes me laugh my ass off.. *i check out your blog everyday to see any new post..coz it's one of the reason to make my day now!!..=)*
neway, keep it up girl.
i'm looking forward for the next one!

miezi said...

haha..
akhirnya berjasa juga henfon hang!!

AL said...

u really make my day. haha. anjing tu call MPSJ?

hartini oreo cheese cake said...

haha..gla btol ko ni..tahniah2..tuka aje lh enpon baru..enpon tu sedekah jer kat anjing tu..

nik awin said...

jangan lupa..kau gantung dan frame kan fon yang banyak berjasa tu..

~kau terhutang nyawa dengan fon tu..tau tak??!
kalau tak for sure kau dah kena penyakit hanjing giler..(mulut berbuih ajer)

amir syafiq said...

err lepas anjing tu buat panggilan,mereka hempas handphone ko ke tanah ke?gile kejam najis2 nih.

Dani Izwan zainol said...

skarang ni, aku tak paham, telipon ko tu ko baling kene anjing ke tak?
mcm kene jalan je, bersepai lagi? heh

musykil said...

kau baling tak aim anjing tu ke apa? atau mungkin badan anjing tu mmg serupa malek noor! sampai berkecai telefon bimbit kau...

Aini, Aqila said...

ahaha~ nasib baik tak jumpa flasher lagi. huih huih huih..
musykil. kene tak anjing tu?

Dani Izwan zainol said...

aku dah berjaye persoal kredibiliti ko!.ahaha

THUMBELINA said...

eh, separa berkecai tu bleh guna lagi ke?

Azzam?? said...

tahniah.. sbb ko dah berjaya unlock innate ability phoe ko.. iaitu untuk membaling anjing! =D

wani ezryl * said...

serius ko baling hp ko kat anjing tu?? 8D tp kalau jumpa flasher, adakah patut dibaling jugak? sebab flasher jugak tahap 'gila'.

cripple brain said...

tak sangka...
hp ader byk kegunaan dan manfaat.
ingatkn utk antar sms, buat call dgn update facebook jer~

timmitubs said...

hahaha, serious anda berjaya buat saye ketawa bagai nak gila di pagi hari. terimakasih!

yoshz said...

samak? henset kau kalis air tanah ke tak?

Diktator Hatiku said...

kehkehkeh...adeh senak perut..
yg gadis cina berlari td tuh pun saje je..bukan nak jerit suruh kamu pun lari sama..heheh

agak-agak anjing tuh cedera parah dak.??

Hadie said...

wow...
ko mmg praktikal!

-Gemuq- Dunia Aku dalam diri said...

mungkinkah anjing tu berlari ke atas kau utk meminjam telefon kau utk buat aduan kat MBPJ sebab kena gangguan 2 budak cina tadi?

Norly Azman said...

aku pun baru g jumpa dentist...doktor suh gosok gigi pakai berus gigi kanak-kanak...hp aku pun macam remote control air-cond, itu pun bukan aku punyer, anak buah aku yang darjah satu tu punyer...aku pun selalu kena samak sbb terpegang handbag/ belt kulit ba alif ba ya...nasib baik ada sabun tanah tu kat farmasi! =)

sihasu87 said...

akhirnya...henpon anda berjasa kpd tuan nya...hehehe

Putri Sofia said...

pergh! kecewa anjing tu. hajat hati nak lepaskan geram nak gigit je sape2 die jumpe, alih2 kene baling ngan handphone. confirm balik merintih nasib. haha! =p

ML Amnesia said...

Bhahahah.
(Tak tido malam weyhh)
Sumpah gelak tak henti2.
Bhahaha.
Memang btul la handphone dh dibaling pd anjing.?
Bhahahaha!
Phone apa erkk.?

Sofia said...

eh jap, handphone yang ko g baling kt anjing tu, handphone yang jenis ade aerial dan bentuknye seperti botol air yang budak tadika slalu bawak p kelas tu ke?? dlm fikiran aku, kalau handphone berupe remote control, yang tu la kot. besar gile,berat,kaler hitam, ade aerial. aku pernah ade botol air cenggitu. cool~ (mase tu la.) hee.

Izuan said...

masa untuk menukar phone baru jebs.. ko punya tuh kan dah uzur.. biarlah yang lama tu tinggal kenangan jer.. tugasnya telah selesai huhu..

Zero Pain said...

adakah saye perLu membaLing henset sye yg ringan ni kepada maLek Noor?..

nazminabdullah said...

kawan aku ad henpon gabak jg. kalau baling anjeng kompem tros jahanam. sedangkan x baling anjeng pon dah separuh besepai.

paCat said...

akhirnye ko faham jugak fungsi telefon bimbit ko kn? Hahahaha..!!

sayang said...

hahaha.... muka aku krem... mmg lawak tahap dewa la dia nih...

sayang said...

hahaha.... muka aku krem... mmg lawak tahap dewa la dia nih...

sayang said...

hahaha.... muka aku krem... mmg lawak tahap dewa la dia nih...

sayang said...

hahaha.... muka aku krem... mmg lawak tahap dewa la dia nih...

Zaini said...

haha.

ending yang memang tak bole bla.

My Spirit Finger said...

berbakti jugak hp tu..

StingRay said...

pegi le melawat anjing tu...ntah2 da lumpuh apa dia...

orANg liDi said...

tiap kali aku bc blog kamu..
aku akan tersenyum sedikit..org akan kata adakah aku meroyan...tapi aku tau aku tak meroyan..sbb aku tau..aku suka akan blog kamu...
selamber.....dan serooonokk...

Colleen said...

So there's a good reason for buying a new phone... So what phone did you buy? hehehe...

47 said...

jebon! tahniah, you did it again!

LOL

terhibur nih :D

Firdauz takes five said...

tulisan kamu sentiasa menghibur kan aku!

i love you jebon!

Jebon said...

Sumuk : Hahaha!! Itula.. kesian anjing tu.. kedekut betul dua gadis cina tu. Padahal anjing tu nak buat miss call je. Tak guna credit pun.

un_touchable : Anjing tu tak kering wei! Aku rasala.. Lagi satu, aku takut dia ada terjilat handphone aku tanpa aku sedar.. Lebih baik mencegah dari merawat, kan?

DyaDavid : Girl? Bolehlah :) Terima kasih.

miezi : Iya, akhirnya..

AL : LOL! Mungkin.. Anjing tu nak call MPSJ untuk report pasal flasher :)

hartini oreo cheese cake : aku memang nak tukar handphone. tapi aku nak handphone nokia 3310 tu. mana nak cari aa?

nik awin : Kan? Aku tau..aku terhutang budi pada telefon tu dan pada kawan2 aku yang selalu cakap 'handphone baling anjing' tu sebab memberi aku ilmu yang tak mungkin aku pelajari sendiri.

amir syafiq : dia tak hempas handphone aku. handphone aku terjatuh, maklumlah tangan anjing kan.. mana ada jari2 nak betul2 grip handphone aku ni.

Dani Izwan zainol : Kau ni kan.. Kenala anjing tu! Sipi-sipi. Lepas tu terhempas ke jalanraya. Lepas tu anjing tu hidu2 lepas tu dia ciao. Aku tertekan ah nak cerita semula.. Sedih wei.. Belikan aku henpon baru. Tengs.

musykil : Aku memang aim anjing, tapi jalanraya pulak yang kena lebih. Anjing kena sikit je.

Aini, Aqila : Flasher nak flash kat aku pun dia orang kena pikir dua tiga kali.

THUMBELINA : Boleh guna. Tapi kadang2 mesej tak boleh baca. Kamera dah jahanam terus :(

Azzam?? : Lol! Tu la.. akhirnya baru aku tahu yang handphone aku boleh melakukan lebih dari buat/jawab panggilan, sms dan ambik gambar diri sendiri di dalam kereta atau fitting room.

wani ezryl* : Kalau jumpa flasher aku buat-buat jadi tong sampah wei. Serius. Aku malas betul nak layan orang2 yang suka bogel kat tepi jalan ni. Kalau badan lawa takpe, ni siap dengan kurapnya.. Aduh..

cripple brain : Haa... tu la dia.. Lain kali baca manual sampai habis.

timmitubs : sama-sama! :)

yoshz : aku main lap-lap je. takkan aku nak curah air tanah kat henpon aku. memang jahanam la. tapi aku lap hingga hilang rasa, bau dan warna la..

Diktator Hatiku : Lol... Aku rasa dia orang panik gila masa tu. Kena kejar ni dah biasa kat kawasan rumah aku ni..
Anjing tu memang tak cedera parah. Kesakitan yang dia rasai mungkin macam kena gigit semut. Henpon aku yang cedera parah ni.

Hadie : Well... :)

-Gemuq- Dunia Aku dalam diri : Hahaha!! Dia yang ganggu dua budak cina tu adalah! Anjing gila zaman sekarang..bijak teknologi.

Norly Azman : gosok gigi guna berus gigi kanak-kanak? ada rasa ke wei? lembut gila kan berus dia? habis tu, kau guna ubat gigi kodomo lion perisa apa ni?
chup, aku tak tau pun sabun tanah ada jual kat farmasi. betul ke ni? wow.

sihasu87 : Yeah! Tak sia-sia aku bergadai barang kemas untuk beli henpon tu dulu.

Putri Sofia : Biarkan ini menjadi pengajaran untuk dia! Lepas ni aku tak nak jalan kaki lagi kat sini. Bahaya wei. Aku takut dia panggil geng. Habis laa..

ML Amnesia : Iya.. betul :( Tsk.. Henpon tu kaler hitam, besar dan berat. Boleh lipat2 pusing2 sikit. Henpon nokia.

Sofia : Bukan botol air la! Henpon betul! Hah? Handphone berupa remote control besar berat kaler hitam dan ada aerial? remote control ada aerial ke? tak pernah nampak ponn.. :)

Izuan : Tu la.. Izuan, belikan aku nokia 3310. aku nak. betul ni..

Zero Pain : Kau baling kat malek noor henpon ringan, sah2 la dia kutip lepas tu ambik terus dan buat banyak panggilan ke China. habisla bil kau..

nazminabdullah : kalau aku aim betul2 memang aku rasa henpon aku sekali dengan anjing tu jahanama serentak. tapi oleh kerana tangan menggigil masa tu, aim pun lari. sasaran meleset.

sayang : muka krem? wei, bahaya tu. macam kena stroke ni..

Zaini : Heh.. Realiti memang selalunya tak boleh bla :)

My Spirit Finger : tu la. aku nak bagi pangkat dato' kat henpon aku.

StingRay : aku tak tau dia tinggal kat mana wei.. aku takut kalau dia tinggal sekali dengan famili dia, kang dia orang attack aku beramai-ramai. habisla aku. handphone aku satu je, apa lagi aku nak baling?

orANg liDi : hahaha.. meroyan eh? hmm.. terima kasih sebab macam meroyan baca blog ni :)

Colleen : Suruh Angela belikan i phone satu. Please.

47 : Terima kasih 47! Sangat hargai kata2 mu itu.

Firdauz takes five : Terima kasih firdauz! I pun love you!
Jangan lupa edarkan nombor telefon aku pada kamu-tahu-siapa :)

StingRay said...
This comment has been removed by the author.
dina said...

jeb... akak rasa nak gelak guling2... tapi sebab akak pun tgh sakit gigi, terpaksa la tahan gelak. tapi siyes ni, kau cedera tak?

syd said...

jebon..kau memang amat berbakat menghiburkan hati orang.kalau tengah down baca blog kau memang boleh gelak guling2 siot..ahah..hati2 jebs nanti die bawak geng

Trooper's01 said...

kuat handphone.

illiyya said...

hahaha..mmg bagus.. mmg praktikal tindakan bawah sedar tu..

Hanim said...

hhahahahaha...lawak giler. Tapi aku selalu kena adik ngan kakak aku cakap kalau aku baling anjing ngan beskut raya aku yang aku buat anjing pon blh mati. Apakah aku harus mmbawa beskut raya apabila aku berjalan di sekitar kawasan perumahan kau?

its me HANA communication blogger said...

hahaha.. lawak sangat baca cerita ni :)

atheera.akem said...

selalu dengar ayah sebut macam tu

tapi tak pernah buat. maka anda sangat bagus kerana mem'praktik'kan ayat itu. lawak kot. haha. :)

AzFaRuL said...

perlu ke?

amik je simkad tuh pastu beli hp lain..

melmbk hp br yg trjual secara murah malah pukal di m'sia ni.

reny rino said...

dan anjing tu ada membuat panggilan?

Lina M said...

hahhaha..itu la org kata kata tu doa. and it happens!

ain hatikristal said...

haha..!
klaka la entri nie..

Izuan said...

.."belikan aku nokia 3310. aku nak. betul ni.."

ko tetap nak handphone yang hanya layak untuk dibaling kat anjing tu jugak ke. apa yang special sangat nokia 3310 tuh? tak paham aku.

alang2 pakai yang canggih sikit la.

LIYANA said...

fuhhh...scary kene kejar dgn anjing gila..kalau aq mmg cabut lari laa...huhu

beli jer hp baru!!!

Haikal K said...

Cian kt hp ko, dh lama dia berjasa kt ko tiba2 jd senjata ko baling kt anjing....
Anyway, bli la hp yg bru n lbih bsar, bru takut anjing gila 2 n yg akan dtg..... ;]

amelia_wanzul said...

bl bc je tulisan ko..slalu senyum2..best gile! n slalu kna kutuk gile...
tp arini aku memecah tradisi...aku ketawe tanpa signal ape2...tbahak2!!!! n org kate aku konfem gile!

anyway jebon...siyes beb...ko mmg gempak!

H a n e y said...

ne mesti 3310 kn.hp yg sunggoh bguna utk kejadian2 spt kamu lalui.btw,1st tym msuk blog ne lawak gile entri .syabas kerna buat sy ktawa sorg2.hoho~

Anonymous said...

hahaha.. kelakar siot.. aku masih ketawa.. hahaha

Anonymous said...

wakakakakakakakaka

Ahmad Luqman said...
This comment has been removed by the author.
Yaty said...

its sertu la
bkn samak :P

akuxbiadab said...

hebat siak ko...mesti koma anjing tu kan...hahahah.AWESOME moves..

nazira aziz said...

anjing tu da lumpuh dah.
klink pergigian ni dekat atas restoran cina tu eh.

sunflower said...

sgt kelakar ok? xleh thn2 gelak lagiks dah..sbaek kt umah sorg2..

dulu (few years back), slalu dengar kawan2 ckp, 'eh, hp ko layak wt baling anjing ja'..sy pun musykil tym tuh, apa kaitan.. n today, x sangka, mmg btl ada hp utk baling anjing ja :p

btw...thanx sebab wt sy gelak x hengat donia

Zatyness said...

HAHAH.

adoiii siannye...

sehat tak your phone skrg? huhu

keyra said...

mati tak anjing tuh?

kalamOmbak said...

gileer lawak!!! hahahah

aida cy said...

kah!!kah!!
klaka la!
tensyen r bace macam ni
maleh dah ak bace blog ni
sakit kening nagn pipi

azira.hafiza said...

anjing tak mati. henfon berkecai. tahniah! ahaha. :)

AjYp said...

flasher 2 apa???aku dh usha cri dlm google,tp hasil nya x memuas kn.....

twinkle said...

hahahahaha...adeh.. mcm2 laa

una210 said...

tolong laaaa...
tlg la berenti wak lawak ala2 sarcastic kau...
aku da terguling2 da atas semin nih..
dah la sejuk..
uhuhuhu
hahahahahaha....
camne kau samak phone tuh,,
ahahaha,,,,
mesti kau da tukar phone kan?kan?kan?

Ex Starians said...

Malik Noor tidur di condo RM2K

razakabbas said...

wahkahkah..masuk bawah meja aku gelak!!!

jangan serius sangat said...

aku x puas hati ngan ko
ko wat aku gelak mase melawat kenduri arwah jiran aku....

~(*v*)~ily~(^v^)~ said...

haha...terbaek!ilang ngantok di waktu pg bute nie...tq!

cHeNz DeeJay said...

so funny, oh bkn...very funny...bkn jg...seriously so so so so funny....dari mata yg hampir tertutup coz ngantuk, segala urat2 smua terbuka luas pas bca n3 ni....adoiyai, cmnala ko bleh wat ayat klakar gila-gila ni....ko ada g ujibakat maharaja lawak x....???