Wednesday, October 1, 2008

Apa Khabar Orang Kampung?

Menurut kata Husni dan Magenta, mereka sudah 3 tahun tidak beraya di Malaysia. Lama kan? Tapi ada juga orang yang tak pernah langsung beraya di Malaysia. Contohnya, orang-orang Republic of Congo.

Aku hanya pernah menyambut Hari Raya di luar Malaysia satu kali sahaja.

Sejak umur aku lingkungan waktu aku sedar yang aku bodoh matematik tambahan, Raya memang kurang memberi makna pada aku.

Bagi aku, Raya hanya bermaksud cuti tanpa rehat, makanan-makanan yang menggemukkan, orang-orang yang tak dikenali/saudara mara datang ke rumah untuk makan makanan-makanan yang menggemukkan, orang-orang yang tak dikenali/saudara mara bertanyakan bila aku mahu kahwin dan filem-filem Yusof Haslam atau Prof. Razak Mohaideen atau drama-drama airmata seperti Pondok Buruk, Pondok Buruk 2, Quran Buruk, semualah buruk, di televisyen.

Aku tiada semangat raya. Ibarat budak orang putih yang baru mendapat tahu yang Santa Claus tidak wujud (Iya Haris dan Hadi, Santa tak wujud. Kenyataan ini menyakitkan, tapi kita kena tabah okay?).

Setiap tahun perasaan yang sama, kecuali tahun lalu.

Tahun 2007, sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri yang mulia, aku dan keluarga selamat tiba di Newark Liberty International Airport. Mat Nor perlu ke New York City atas urusan kerja, dan kami paksa dia untuk mengheret kami bersama.

Aku sangat gembira kerana dapat beraya di Manhattan (The five boroughs confuse me, tapi Husni, kau tak payah explain, aku malas dengar).

Ini bermakna aku dapat lari dari rutin raya yang biasa.

Aku tak perlu hadapi cuti tanpa rehat, makanan-makanan yang menggemukkan, orang-orang yang tak dikenali/saudara mara datang ke rumah untuk makan makanan-makanan yang menggemukkan, orang-orang yang tak dikenali/saudara mara bertanyakan bila mahu kahwin dan filem-filem Yusof Haslam atau Prof. Razak Mohaideen atau drama-drama airmata seperti Pondok Buruk, Pondok Buruk 2, Quran Buruk, semualah buruk, di televisyen.

Aku dapat pecahkan tradisi raya aku.

Aku teruja.

Mata mula bersinar.

'Raya tahun ini, pasti seronok.'

Mat Nor mendapat jemputan untuk menyambut Hari Raya bersama orang-orang Malaysia yang lain di penjabat konsul Malaysia. Ia terletak berhampiran dengan ibu pejabat United Nations, jadi waktu itu aku sangat berharap dapat terserempak dengan Angelina Jolie.

Gagal.

Hampa.

Suasana raya di pejabat konsul itu tak begitu meriah. Makanan semua adalah makanan segera. Ketupat segera. Rendang segera. Semuanya segera!

Kalau ada mi segera memang aku mengamuk, apa kejadah pagi raya makan Maggi? Langgar prinsip.

Orang-orang Melayu di pejabat konsul itu semua peramah. Aku tidak rasa terpinggir pun. Mereka buat aku sekeluarga rasa selesa.

Tapi aku rasa seperti kehilangan sesuatu.

Aku rasa raya aku tidak lengkap.

Aku rasa janggal beraya tak pakai baju raya.

Aku rasa janggal beraya dalam kesejukan.

Aku rasa janggal tak dengar bunyi mercun.

Aku rasa janggal beraya makan makanan tak sedap (tapi menggemukkan).

Aku rasa... raya aku tidak lengkap.

Aku mahu cuti tanpa rehat.

Aku mahu makanan-makanan menggemukkan.

Aku mahu orang-orang yang tak dikenali/saudara mara datang ke rumah untuk makan makanan-makanan yang menggemukkan.

Aku mahu orang-orang yang tak dikenali/saudara mara bertanyakan bila mahu kahwin lalu
buat aku tertekan.

Dan ya...

Aku juga mahu filem-filem Yusof Haslam atau Prof. Razak Mohaideen atau drama-drama airmata seperti Pondok Buruk, Pondok Buruk 2, Quran Buruk, semualah buruk, di televisyen.

Aku tak reti beraya di New York.

'Kampung betul kamu ni!' kata Bini Mat Nor bila mata aku berkaca sebab tak dapat makan nasi himpit dan kuah kacang yang tak segera.

I guess, masih ada lebih sedikit makna dalam perkataan Raya bagi aku after all.

Sedikit.

28 comments:

pembaca yang bernama siti. said...

ouh anak mat nor, kalau u fes time raya kat new york tu, i lg tak suka bila i kene raya kat leeds, cairo, cape town, n holland for the past few years. luckily this year my father decided not to celebrate raya outside of msia bcoz my passport expired already. n i had no time to renew. n quite ok la sambut raya kat luar sebab kita boleh tengok cara orang luar sambut raya. plus, kalau nak sambut luar, pergi la kedutaan atau tempat students, sure best! kitorang buat macam tu la.. baru rasa sikit suasana raya tu. ;)

Miss Farina said...

eh anak mat Nor, bestla raya kt consulat general kt new york tu (aku selalu pergi, tempat yg buat aku rase homeyy), just xde la cerita2 buruk yang kau suka tu. hehehe..

Pemilik Karpet said...

Alaa....
Tahun ni tahun pertama aku beraya di luar negera. Kira OK la tu kamu dpt makan makanan2 segera tu semua.

Aku hanya sempat minum kopi sejuk (yang dibancuh semalam) sebelum ke kelas di pagi 1 syawal.

Pastu malam makan roti ngan tuna spread buatan tangan.

Gila azab!

Huwaaaa....

Jebon said...

pembaca yang bernama siti : Banyaknya kamu berjalan! Jauh perjalanan luas pandangan. Memang ok juga raya di luar bersama orang Malaysia yang lain, tetapi.. saya tak biasa kut. Mungkin kena pergi New York setiap tahun. Eh, suruh Mat Nor bawak kita orang pergi New York lagi tahun depan dan tahun seterusnya. Please :)

Miss Farina : Tahun lepas kau tak raya situ ke? Apesal tak tegur wei? Ooo ekshen...
Oioioioi.. aku tak suka cerita2 buruk tu.. Aku enjoy masa yang aku kongsi dengan keluarga bila tengok cerita2 tu saja.

Pemilik Karpet : Kopi?! Roti dengan tuna spread?!! Langgar prinsip!! kau raya kat mana ni? Nak aku pos kan serunding? aku boleh buat. Sedih pulak aku dengar kau makan entah apa2 di perantauan. Kau kan pemilik karpet, takde ke karpet terbang macam Aladdin? Terbang balik Msia kejap. Makan makan, lepas tu ciao ah.

kecik said...

huhu.
ape la agaknye beza student yg study kat luat negare tu raye n org yg sesuka ati dtg mlncong kat oversea tu raye.sebab salu student mesti de wat mkn2 kan..hish..
raye taon depan nak ajak ayah g zimbabwe.

Izuan said...

We always take Hari Raya for granted until we celebrate it elsewhere (overseas in your case). Until then do we realize that the best place to celebrate Hari Raya is at our own home/kampung regardless of the disadvantages that you have mentioned in your entry.

Tapi aku cukup tertekan bila balik kampung je saudara-mara yang tidak ada kelulusan Mass Comm tiba2 berminat untuk menemuramah bila aku mahu kahwin. Tension! Nak je aku cakap: "Jangan risau, bila saya mahu berkahwin nanti, saya akan membuat press conference oke."

Dani Izwan zainol said...

aku pagi2 raye tadi sblm gi smyg aku blasah nasik kosong, rendang ayam, ngn telur goreng taruk sos atas letak kicap..terangkat beb!!

satu lagi citer gitar buruk!mst ko lupe

husni said...

junz, die macam ni sebenarnya...NYC tu ada lima bahagian, dan manhattan tu adalah cuma 1/5 dari NYC. lagi 4/5 tu The Bronx, Brooklyn, Queens dan Staten Island. Kalau nak lebih jelas dgrkanlah album To the 5 Boroughs dendangan Beastie Boys.

Tahun ni aku beraya di Rivera Library, UCR, makan biskut krim coklat sambil membaca buku "An Introduction to Buddhist Ethics" utk kelas aku. Haaa amik aku sekali!!!

Semalam aku berYM dengan mak aku...akhirnya keluarga aku dah pandai menggunakan teknologi, walaupun agak terkial2. Kalau kau ada masa, tolong pg rumah aku bg tutorial kat diorang. Semalam diorg nak bagi speaker klua bunyi aje dah setengah jam, tak sedar rupa2nya dalam mod 'mute'...haih.

ok lah, selamat gemuk lagi menggemukkan.

magenta said...

Haha raya di overseas sebagai student dulu lain. Kami masak rendang sampai 2 kuali, bake kek coklat, tiramisu, masak nasi briyani, buat nasi himpit, roti jala, pastu tengok cerita raya guna online streaming atau download di torrent malaya. Kalau kami tak dapat beraya di Malaysia, kami akan bawa Malaysia ke tempat kami...

Tapi raya ngan family kat overseas lain..

Sumuk said...

'bila mata aku berkaca'?

mmg asli la. a'ah mata aku pun berkaca baca kisah jebon ni. mmg pandai..

Pemilik Karpet said...

Aku raya kat Wageningen, the netherlands. Kat sini tak ramai Malaysian, 10 orang je. So weekend ni, ktorang organize openhorse kat Rotterdam.

Nak kirim serunding? Harap maaf, mak aku telah mencuba nasib namun gagal. Belanda dan Amerika melarang keras makanan luar di bawa masuk.

Alaa.. mcm dlm panggung wayang kat GSC tu...

Sial je.

liana said...

i couldn't agree more!

raya sgt menyedihkan di perantauan esp bila ade kelas pada pagi itu.huhu.

hana_lalalala said...

hope to meet agelina jolie? hahaha hilarious!

selamat hari raya!

kecik said...

adekah magenta menjawab pe saye tanye?

uh..
perasan sungguh aku ni

husni said...

hana...

*angelina

Jebon said...

kecik : aku rasa betul la, magenta telah menjawab soalan kau tadi :)
kenapa zimbabwe?! lol! tapi kalau jadi, suruh ayah bawak aku sekali.

Izuan : Semua orang pun menanti-nantikan aku buat pengumuman aku nak kahwin. Apehal dia orang ni? Aku tak faham.. Sabar la.. Aku nak tukar karpet rumah aku pun belum mampu lagi.

Dani Izwan zainol : mesti kau tengok kan gitar buruk? buruk sangat ke gitar dia tu?

husni : u ni tak faham bahasa ke huzz? i dah kata, i malas nak dengar u explain! tapi terima kasihlah. aku dah faham sekarang. manhattan tu tempat F.R.I.E.N.D.S, brooklyn tu tempat Jay-z y'all, bronx tu tempat j.lo, queens tu tempat 50 cent, staten island tu tempat emilio estevez. explain macam tu kat aku la, kan mudah.
nanti bila2 senang aku memang nak pergi rumah kau, nak mintak kuih raya tahun lepas yang mak kau suruh bagi kau tapi aku habiskan tu.

magenta : ya betul tu. aku rasa sebab aku beraya dengan family jadi aku perlu jaga tata tertib. aku rasa kalau aku rasa sorang kat situ, aku sudah beraya di tepi set penggambara sex & the city.

Sumuk : Hapuskan airmata mu sumuk..

Pemilik Karpet : Apesal tak buat open house kat Amsterdam wei? Mana tahu ada magic rendang tok. Hm...
Hahaha!! Belanda tu kau ibaratkan macam GSC eh.. perumpamaan yang bijak! :)

liana : kelas? kalau saya, pasti sudah ponteng.

hana_lalala : harapan hampa. selamat hari raya ke4!

husni : shadap u.

wani ezryl * said...

wahah! orang republic of congo mmg sah x beraya! *sambil tengok album gambar warga RoC yg penuh dgn gambar2 peperangan.. oh insaf kejap*

raya mmg kena complete dgn makanan2 raya *walaupun kite adalah tukang makan sj wahaha* :P tp part tanya bila nak kahwin tu xboleh blah. bak kata kawan kite, kalau ada sesapa lagi tanya camtu.. "ko bile nak kahwin?" nanti silakan jawab "bila pakcik bercerai nanti barulah sy kahwin." wah haha ayat yg kejam lg keji :P

dina said...

hahahaha...aku rasa part soklan "bila nak kawen" tu dah tamat dalam hidup aku... sebelum my sweet baby lahir diorg dok tanya "bila nak ada anak?"... tapi la ni orang sibuk nak tanya "bila nak ada anak kedua?"... memang tertekan!

PnampoJepon said...

dey tambi..cerita serupe saya juga ka?

Sarah is the One said...

filem yusof haslam leh lagi lah kalau ada erra fazira. atau diana? ada ke weh. tapi razak mohaideen memang tak padan dengan profesor nya. nak buat untung saja.

Acemafia said...

kat new york ade bagi2 duit raya x? hehe

Nizzkee said...

aku suka je beraya di malaysia dan di san francisco.. aku rasa "welcomed" di kedua-dua tempat.. the malaysian overseas rajin buat makan-makan.. cam potluck pun ada.. diorang delegate melalui email who's gonna bring what to the potluck, so that people don't bring the same things..

Ntah lah.. I enjoyed my raya overseas.. yang bertahun-tahun itu... kamu kena berfikiran terbuka sedikit..

Nizzkee said...

P/s: Aku suka je beraya di US dan tak perlu berbaju raya.. aku akan make suke aku pakai shirt baru and jeans.. and of course ada some sort of jacket/sweater cos it's winter! :)

aku ada cakap kat mak aku yang aku nak try pakai v-neck hitam aku, jeans and sneakers putih aku untuk beraya di penang tahun ni.. mak aku cabar aku suruh buat.. tapi aku kesian kat datuk aku.. dah laa baru pasang pacemaker.. kang kena tukar battery lak.. hehe

Diloz said...

"Pondok Buruk, Pondok Buruk 2, Quran Buruk, semualah buruk."

hahahahaha.

Putri Sofia said...

bile bace post kau nie, teringat cite sedih aku hari nie. sedih la bagi aku,mungkin tidak bg org lain.kene tinggal dengan rakan2 yang pegi open house..sebab aku bangun lambat.haih. dan di open house itu, ade disajikan nasi impit kuah kacang. aku kecewa. krn aku mmg nak makan nasi impit kuah kacang sejak..aku tak ingat. so skrng aku terfikir, mane pulak aku nak cari juadah itu tgh2 malam nie. lalala~

Naniko says Ho Ho Ho! said...

sedih jugek aku baca entri raya ko tu...
tsk...tsk...tsk...
tp betul jugek. asal raya je kuar la muka fauziah nawi kt setiap channel 24jam. pst tajuk cite setiap jam mesti ada pkataan 'buruk' ngn 'terakhir'. adekah raya ni semata-mata untuk menyedihkan diri meratap di depan tv? lu pk la sendiri

ainguzzle said...

tula. hargai benda di depan mata. hehehe. :P

daun ketupat kering. sedih.air mata plus hingus meleleh tp da 3 taun aku tgk drama itu apabila raya menjelma

Ahmad Tongkeng said...
This comment has been removed by the author.