Friday, September 19, 2008

Tolong Jangan Terasa, Ini Teladan Untuk Semua

Tahun 2001, aku belajar di UiTM Shah Alam dalam jurusan TESL (Teaching English as a Second Language). Sebelum kamu semua tanya 'Oh, Jebon nak jadi cikgu ehhh?', baik aku beritahu; aku tak mahu jadi cikgu. Sebab aku tak boleh jadi cikgu. Aku bukan seorang yang penyabar. Serius.

Batch aku adalah batch pertama jurusan Pra-TESL di UiTM. Waktu itu tidak ada satu pun diantara kami yang memohon untuk jurusan itu di dalam borang permohonan IPTA (sebab jurusan itu tidak wujud pun di dalam borang). Semuanya applied untuk jurusan-jurusan lain seperti komunikasi massa atau perubatan atau engineering atau law.

Kiranya, batch aku adalah rejects dari jurusan-jurusan lain.

Sebab itu kami cool dan datang dalam pelbagai rupa bentuk.

Aku suka apa yang aku belajar. Aku paling suka matapelajaran sastera dan penulisan walaupun mungkin ramai yang tak percaya.

Percayalah.

Tetapi aku tak suka mata pelajaran yang melibatkan sistem pendidikan seperti Foundations of Education. Serius. Sepertimana kata parapnya ialah FOE, seperti itulah matapelajaran itu memang musuh aku.

Kampus kami bukan di kampus induk UiTM tetapi kampus kami terletak di Seksyen 17. Kami berkongsi kampus dengan PPP (Pusat Pendidikan Persediaan). Kampus tu tak berapa besar, aku suka. Persekitarannya lebih intimate (ini membolehkan kita makan semeja dengan pensyarah hippie cantik yang mengajar pelajar-pelajar PPP). Tetapi persekitarannya yang intimate itu ada juga keburukan.

Antara keburukannya ialah, orang-orang di situ suka bercakap pasal orang-orang lain.

Antara orang-orang lain itu ; akulah.

Kebanyakan mereka ada masalah dengan rupa dan perawakan aku.

Aku tak kisah. Dah biasa. Mereka fikir aku tak ada masalah dengan tudung ikan bawal oren mengejut yang dipadankan dengan kemeja hijau mengejut Polo Ralph Lauren buatan PKNS Shah Alam mereka itu? (Logo Polo Ralph Lauren yang sepatutnya lelaki menunggang kuda memegang kayu polo kelihatan seperti lelaki menunggang anjing yang bertongkat macam basikal) Tapi aku tak cakap apa-apa pun, aku biarkan saja mereka pakai apa yang mereka mahu. Itu hak mereka.

Selain dari cara pemakaian, ada diantara mereka juga yang tidak puas hati kenapa aku dapat masuk UiTM. Mereka kata aku tidak layak. Mereka kata aku dapat masuk UiTM sebab Mat Nor tolong.

Aku sedih juga.

Tetapi rasa sedih itu hilang ketika aku mendapat tahu yang orang yang mengata aku itu mendapat markah kosong untuk kertas penulisan pertama kami kerana dia telah menulis esei yang panjang lebar tentang pencemaran air padahal kami disuruh menulis tentang air pollution.

Aku tak layak kata dia? Aku?

62 comments:

O my love said...

hahahhaa..

dia celaru tuh!

Azzam?? said...

hahahahaha.. siapalah insan hebat tu Jebs?? kang aku kaji selidik tengok.. =D

_dissizzit said...

bapak lawak syal. :)

AbgBeCA said...

bodos gila dia..hahaha

~ChEnTa~ said...

sian budak tu..
mesti dia menulis esei tu dgn perasaan berkobar-kobar..
sekali dapat 0..hahahah padan lah mukenya..

Eman said...

omaigat!

dani izwan zainol said...

kah kah kah kah kah.. yg dpt 0 ni mst yg suke pakai tudung bawal oren tuh.

H&F said...

setelah sekian lama nak link blog ko ni, akhirnya aku bjaya melakukannya hari ini=)

weh... cerita psl TESL ni mmg mcm2. prangai manusia2 kt situ pon mcm2..aku ni pon dibenci jugak.. biase la tuh..

aku dgn bayne paling suka bukak slipper dan lepak kat TESL square sambil mengeji org2 yg kami benci. x rase bdosa sgt sbb kami yakin mereka pon benci kami jugak=)

heheh..

husni said...

Jebz...respon aku:

1) "Oh, nak jadi cikgu ehhh?" - alangkah baiknya kalau setiap kali orang tanya tu dulu kita dapat seringgit...jgnkan seringgit, dapat seposen sekali pun sekarang kita dah jadi jutawan.

2)rejects - bukan rejects, underrated :)

3) pelbagai rupa bentuk - setuju, tgkla kamu dan myra...

4) FOE - aku suka apa, semester tu buku teks yang tu je berkulit keras, sedap buat main pusing2 masa hisap rokok kat tandas.

5) Kau pernah makan semeja dgn lecturer hippie tu ke? damn!

6) air pollution - Siapa, jebz, siapa??? Siapa cakap macam tu??? (dengan nada agresif membela rakan)

47 said...

LOL

dendam mendalam ni nampaknya, sampai 'air' tu di link-kan ke 'udara' kat wikipedia!

magenta said...

Adeh. Ni terlalu lawak. Time aku baca pasal logo Polo Ralph Lauren macam laki tunggang anjing bawak tongkat aku dah gelak terbahak2. Tu belum baca pasal part esei pencemaran air.

Dulu aku pun belajar kat PPP dan suka lepak kat TESL square pasal kawan2 aku suka usya budak TESL. Heheh.

ah fak yew said...

ha'ah

lelaki menunggang anjing?

hahahahha aku boleh sawan baca blog ni hahahahahahahahha

Jebon said...

O my love : Celaru konon. Bila mengata, punyalah spesifik. Huh! Sabar Jebon sabar. Atau Ms Weed mungkin akan kata 'Sabaq Jebon sabaq'

Azzam?? : Haa.. Rahsia wei.. Rahsia..

_dissizzit : Kan?

AbgBeCA : Itu karma tu sebenarnya..

~ChEnTa~ : Kau tak kesian kat aku ke wei? Aku dicerca! (saja menagih simpati)

Eman : Ni baru sikit ni Eman..

dani izwan zainol : Er.. mungkin.. mungkin..

Hanep : Terima kasih!

Aku tak suka yang mereka membenci kamu walaupun mereka tak kenal. Kalau kenal, mungkin boleh jatuh hati kan?

Rindu TESL square.

husni :

1. Iya Huzz.. Tsk..

2. Underrated? Ala.. tapi rejects bunyi macam ganas sikit. Nantilah aku tukar kalau rajin.

3. Hahahah!! Kuang ajo! Tengok juga kamu dan Razak (Haa, kalau kau lupa Razak ni memang aku penampo. Budak kelas aku yang hanya wujud masa 1st sem saja. Nama manja : Ajak)

4. Kau tak ingat ke Dr. Hussein panggil aku apa dalam kelas? Buku tu mahal! Aku tak bayar2 sampai sekarang!

5. Yeah baby!! Itula, aku dah cakap, ponteng FOE.. kau degil.. Dia selalu ada kat cafe buruk tu masa FOE la..

6. Rahsia.

47 : Itulah! Marah sangat + lapar.

magenta : Hah? Ye ke? :) Aku dan Husni selalu usya budak ADP (secara berasingan sebab boleh bawak bergaduh ni).

ah fak yew : pergila beli sepasang wei. ada kat pkns shah alam. macam-macam warna. RM15-30.

Jebon said...

magenta : eh, ada lagi. budak2 A Level (medic dan German) juga.

amir syafiq said...

hehe aku selalu lepak rafi sec 17.ada 100 jenis roti.

stu_comot said...

naseb badan org yg amek tesl..

wani ezryl * said...

rofl dat was funny! adakah kepala mereka wandering around kat atas angkasa masa lecturer kasi tajuk assignment? tu la akibatnya memburuk2kan org lain. buruk padahnya <--ayat cerita teladan binatang yg tipikal zaman dlu2. lolx

Farrah said...

HAHHAHAHAHHAHAHAHHAHA...

AIR pollution = pencemaran air

omg..**rolls around laughing***

your my fav blogger JEBON!

nais said...

1. oei why so bitchy la?

2. kalau kau masuk sebab mat nor, aku masuk sebab aunty aku lah :P

3. kenapa tak mention pn marina? jeng jeng jeng. jebon sudah lupa!

4. pelbagai bentuk rupa - husni dengan rambut tutup mata dan beg kuning mengejut.

Darkheart said...

wahahah....sian dier.....air = udara dier eja dlm bahase melayu kot...tu yg jd air.....

krystal said...

Tulah Slalunya bila org baru start college ke, sekolah ke, slalunya perangai Gung - Ho and full of fire!Nak tunjuk power. Sama je ngan budak Moroccan kat training school I kat sini...But at the end of the day,they learnt we should help each other, be good to each other, its the best survival skill, bukan tunjuk lagak. Karma got the person in the arse for saying shit about u and now we are all laughing about that person....I also think it was very nice of u not to disclose who it was

Zero Pain said...

ekeke..ade hati nk jdi cikgu teSL kalo air pun ayer..siyes memalukan..bukan setakat 0 tapi negatif n biar dak 2 kne rotan sebab sombong bodoh..

hope dak yg kate kat sis Jebon ni bace je bLog ni..huhu..

erm..dak 0 tu dh tau lom "air" 2 udara skrg??..misteri je..

husna said...

hehehehe sgt2 kelakar ini!
air weh!
apa eh yg dia fikirkan bila dgr lagu 'No Air'?

sUYA said...

~hik hik hik...

Jo said...

dulu penah lalu depan air iran and wonder kenapa iran nak jual air?
lama jgk baru perasan tu syarikat penerbangan dia
heheh
tp skrg aku tgh buat tesl juga haha

Leesa said...

HAHAHAHAHAHAH!

And Weeds is the shit!

"little boxes on the hillside, little boxes made of ticky-tacky, la la la"

husni said...

Hoi...beg kuning mengejut (jenama Truck&Co) aku tu Junz yang presen kat aku okaaaaayyyy!!! Rambut tutup mata...umm...no komen.

BudakTesl said...

intimate ke surrounding die??
intimate ke??
intimate ke??

kenape ak tak rasa pun??
still x puas hati..
kenapa ko rase intimate??

*nota kaki:gejala lepak di Tesl Square sambil mengutuk org yang di benci semakin berleluasa..jadi kamulah pioneer kepada aktiviti ini..aku juga selalu melakukannya..

**FOE memang FOE!

iqanabeera. said...

haa room mate i budak tesl.

the only thing she bitches about all day is how guard sana sangatlah terlebih-lebih rajin menyaman orang.


they should also saman people who pakai colour kontra like thaaaaat kot.

Miss Ierdamonicious said...

sangat lawaks....

valsa nine said...

tu naseb student same std. kitorg dak TESL gak, lg teruk kne dgn other faculties' lecturers sbb di cop "budak yg prasan mat saleh, si mata biru"

haha. harap diorg pun sedar peristiwa 'air' ni blh berulang.. dan aku xsangka iran jual air.. haha

lawak seyhhh

sumi said...

huzni dr style rambut tutup mata kepada tiada rambut (final sem).sumer org pelik. hahahaha!

p/s aku masih tak paham caner lect FOE aku..Dr Hussien kot, lupe ;) graded our assignments..aku slalu dpt low marks lorr. dang!

fafa said...

Hi Jebon,saya pun belajar dekat situ dulu.

elya said...

junad,ko dh ckp psl FOE tu kan,aku baru teringat..korg tau x dr hussein tu baru je passed away,colon cancer..al-fatihah..

iamthesectionofyourmagazine said...

saye pun budak tesl, skrg dah nak masuk sem 5. and pasal tesl square tuh, i don't understand what you mean by intimate, in what ways? hehe.

but tapi betul la apa yg u cakap, kampus education kecik sangat sampai everybody talks about everybody, and yours truly, i am also a victim. (mainly maybe because i am a budak 'bandar' =, i don't wear a hijab and i have different views from everyone else)

and saye pun tak mahu jadi cikgu. serious. and since u entered in 2001, i believe that you might know a few people that i know :)

oh and the subject i hate the most is PTE. principles of testing and evaluation. :(

iNi DunIakU said...

hmmm.. cakap jerk lebey..

AIR (bm) n AIR (eng) pun xthu nk beza.. huahuhuhua...

ps~ i ambik TESL jg. seyesly mmg xsesuai mnjadi cikgu.. itu bukan jiwaku..

Ferdows said...

hahahaha
Padan muka dia!

LIYANA said...

aq part 5 & maseg blaja di kwns 'intimate' itu..hahah

and yesh,org2 d'ctu ske berckp psl org laen..
smpai skang pon maseh mcm tuh!!

Anonymous said...

mungkin bdk tesl skrg x tau....tesl square 'dulu' n 'skrg' berbeza... n jeb refer pd yg 'dulu..... i presume

Azzam?? said...

weii jebs!!! talking bout ushar2 budak INTEC.. ko ingat lagi tak budak yg husni selalu ushar tu.. ala.. chemical beb/iklan shampoo tu! =D hehehehe

Zaini said...

super haha.

die ske kt ko kut.tu yg kaco ko.(eh)

izuan said...

Jebon, aku plak join batch korang masa Part 1 degree along with Kak Jo and Kak Rin.. bezanya kitorang memang nak masuk TESL.. batch korang langsung tak hingin tapi dapat offer la plak kan.. zaman kita dulu TESL Square masih belum di makeover.. aku ada lagi gambar TESL Square sebelum makeover.. semua tuh kenangan beb!

Aku tak kenal siapa itu Razak tapi Ajib ade citer kat aku pasal dia..

Ko lupa nak cerita masa Part 3 ko hanya berminat datang kelas Dr. Zainab je - Teaching English Through Drama.. sebab ko suka berlakon.. kelas yang lain hampeh!!

Elia.. ye ker Dr Husein dah meninggal? Innalillah..

H&F said...

OMG! Dr. Hussein.. Innalillah. Sume org ckp dia boring tapi aku suke class dia weh...walaupon aku pemalas..

assohole said...

sumpah klaka weyh!!
ko mmg lawak ah jebon.

Anonymous said...

hahahaha xD

dey said...

oooh aku suka budak tesl..my BFFs

SedapnyaJaemah said...

Eh saya belajar kat sana la!
and saya kawan dengan budak tesl jugak la.
saya kenal awak jugak!

nak kawan tapi malu.
auw~

liana said...

ye,saya kawan si jaemah ni(bukan nama sebenar) dan fafa (nama sebenar).

kami belajar di hadapan kelas tesl dan akan mengintai abang2 tesl sambil terjerit2 kepada aimi (kawan kami budak tesl)

cafe di bawah pokok itu indah.

Jebon said...

amir syafiq : aku pun selalu lepak rafi kat ss15 ni sebab ada 100 jenis roti. tapi rafi tu dah tutup aa.. sedih aku.. dia ganti dengan mamak lain. tak cukup 100 jenis roti dia.

stu_comot : tu la.. redha je lah..

wani ezryl* : mungkin tidak.. kerana tajuk esei ditulis besar-besar di papan putih. itu lah.. dia orang tak pernah tengok kisah sang kancil dan buaya kut masa kecik.

Farrah : Heh.. Sebenarnya, saya pun boleh buat kesilapan yang begitu, bukan nak burukkan dia atau apa.. Kalau dia tak cakap buruk pasal saya, post ini takkan wujud :)

nais :
1. when i'm hungry i get hengry.. kenot help it meng. kau (gabung dengan faz) lagi bitchy ok di uitm. haa...

2. hahah!! ingat lagi masa seniors tanya 'siapa anak saudara prof haza?'..yang kedengaran hanyalah bisik2..

3. mana boleh lupa :) dia kan datang tengok aku main hoki.. heee..

4. beg tu dia curi aku punya wei! sampai sekarang tak pulang2!!

Darkheart : Tu la pasal.. Terkeliru.

krystal : very well said. terima kasih habibti.. eh, shukran habibti (betul ke?). tapi i dulu poyo sangat kut, sebab tu orang kata.. sekarang i poyo jugak, tapi dah kurang sikit :) i tak bagitahu nama budak tu sebab i dah lupa nama dia ;p

Zero Pain : orang itu mungkin akan menjadi cikgu bahasa inggeris anak kamu... jeng jeng jeng...

husna : Hahahah!! Lagu No Air. Semestinya dia akan salahkan SYABAS.

sUYA : Dulu ada junior nama Suya :)

Jo : LOL!!!! Kelakar! Itu la, biasalah.. kadang-kadang otak tersalah tafsir. Aku pun selalu macam tu.. Tahniahlah sebab buat tesl :)

Leesa : Ey, lagu little boxes tu yang version gangsta rap cool gila kan? I dengar gelak2 walaupun bukan sambil hisap weed.

husni : Jenama Truck & Co? Jenama Samsonite la syaiton!! Kau pinjam beg tu dan tak pulang2!! Siap cakap, 'Semua kawan2 taman tun aku suka beg tu!' Deng you meng..

BudakTesl : Entahlah.. aku rasa macam intimate je masa zaman aku tu.. Atau mungkin aku sendiri yang mengintimatekan keadaan?
Wei, aku bukan pioneer gejala mengutuk kat Tesl Square. Aku lepak je kat Tesl Square sambil cabut2 daun pokok yang macam iklan Salem tu atau membuat plan macam mana nak ponteng FOE. Ha..

iqanabeera. : Hahaha! Yes, they should!
Tapi i pun pernah kena saman... sebab seluar besar. Sangat WTF/OMG kan? Padahal takde tulis pun dalam sahsiah rupa diri tak boleh pakai seluar besar.

Miss Ierdamonicious : Aku rasa lawak sebab dia mengata aku je.. Kalau dia tak mengata, mungkin aku akan bersimpati. Terasa macam kejam sangat je aku ni. Ish..

valsa nine : alaaa apesal takde orang panggil aku mat saleh mata biru dulu? huh.. bengang ah.

sumi : aku sangat beruntung kerana tak pernah lihat fasa dia tiada rambut tu sumi..

fafa : Best kan tempat tu? :)

elya : Terima kasih sebab bagitahu Elya.. Al-Fatihah.

iamthesectionofyourmagazine : when you get to share intimate conversations & laughs bersama lecturers/juniors that you like, itu dah kukirakan intimate.Hee..Takdelah.Main-main :)
Kenapa intimate? Susah nak explain di sini..

budak bandar? tanpa hijab? pandangan berbeza? macam tu pun kena kutuk? sabarlah.. mungkin mereka akan screw up dan tulis tentang pencemaran air juga bila disuruh buat esei tentang air pollution.

iNi DunIakU : Tu la.. saya juga sangat tak sesuai menjadi cikgu.. muka macam mekanik..

Ferdows : sila ambil iktibar dari kisah ini.

LIYANA : benda tu turun-temurun. lecturers pun sama.

Azzam?? : aku ingat perempuan tu!!!! Cantikkkkk!!!!!!! Apa nama dia aaa? Liza ke? Eh.. aku ingat lagi, aku masuk toilet sebab nak tengok muka dia dari jarak dekat. Lepas tu Husni jealous sebab aku boleh masuk sama tandas dengan perempuan tu. Masa tu hati aku berkata 'Yesss!'

Zaini : Suka?!!! Cuba pilih teknik penguratan yang lain. Kalau suka, bagi aku karipap keledek, bukan bagi aku kutukan.

izuan : Razak tu sebenarnya antara kawan pertama aku kat situ. Dia baik. Aku dulu selalu jalan2 kat Shah Alam dengan dia. Hubungan kami memang agak pelik. Sebab aku aku dan dia dia.

Hahaha!! Aku bukan suka berlakon la! Aku suka Dr. Zainab tu! Dia berhati mulia.. Selalu buat aku terharu..

Hanep : Aku suka dia. Tapi aku tak suka FOE!

assohole : tak selawak classmate aku tu :)

Anon : :)

dey : Yup, budak2 tesl pun suka kau. Your BFFs. Tapi aku paling suka rumah korang kat Seksyen 16 Tingkat 10 :)

SedapnyaJaemah : Haa? Kenal?! Betul ke? Ke salah orang niiii... Anda batch siapa?

liana : Siapa abang-abang tesl yang korang intai tu? Korang ni... Baik intai abang2 pekerja cafe tu. Dapatlah jugak karipap ke apa..

Cafe bawah pokok sebelah perpustakaan ke? Memang indah.. Dan cara mereka melabel makanan pun cool. NG-nasi goreng. Mula2 saya tak tahu apa NG tu, jadi saya tanya abang cafe 'Abe, NG Ni Gapo? Get it? NG - Ni Gapo?' lepas tu abang tu salah anggap, dia ingat saya mahu mengurat dia(dia tak faham pun joke tu). Kalau saya ponteng kuliah dia akan tanya classmates saya 'Jebon mana?' Hish..

kamitaken a.k.a Lutfi Lokman said...

..."
Aku tak kisah. Dah biasa. Mereka fikir aku tak ada masalah dengan tudung ikan bawal oren mengejut yang dipadankan dengan kemeja hijau mengejut Polo Ralph Lauren buatan PKNS Shah Alam mereka itu? (Logo Polo Ralph Lauren yang sepatutnya lelaki menunggang kuda memegang kayu polo kelihatan seperti lelaki menunggang anjing yang bertongkat macam basikal) Tapi aku tak cakap apa-apa pun, aku biarkan saja mereka pakai apa yang mereka mahu. Itu hak mereka.."

tang ni takleh tahan nih..adui..kekekek lawak giler!~ siyes..memang lawak!~

fallen angel said...
This comment has been removed by the author.
Azzam?? said...

weihh.. aku bleh sebut nama chemical babe tu kat sini.. kang Husni emo ngan aku plak nanti.. =p hehehe

krystal said...

Afwan Ya Habibi ...Betul lah tu ... DAh pandai cakap arab ehhhh

tanpagraviti said...

adehh la Jebon.

HAHAHAHAHAHAHAHA!

kalu aku jd hang Jebon, aku akan gunakan perkataan 'air' tuh utk kenakn dia sebnyk/lama mungkin

nk gelak lg
HAHAHAHAHAHAHAHA!

aku hantu said...

emmm...kebetulan 2001 aku di seksyen 17 atas tiket PPP.
rupa2nya ko la geng yg slalu melepak kat cafe bawah pokok yg xbara nk besar memenuhkan semua kerusi mengumpat org lain...
xkisah la...kteorg pon ngutuk gak budak2 TESL, yang perempuan memakai kemeja dan tie di hari isnin.

pelik tp benar...entah bila lelaki nk pakai baju kurung hari jumaat

Naniko says Ho Ho Ho! said...

ape ke bijaknye budak ni. camne leh amek TESL kalu air pollution ngn pencemaran air pn xpat beza? bdk2 zmn skrg... tsk...tsk...tsk...*geleng2 kepala*
hahaha. kem slm kt minah tudung oren tkejut berbaju polo tu ye *rofl*

ainguzzle said...

tp memang bebudak english selalu kene kutuk sebab org jeles kot. yg best lg org kata english bahasa kafir. kesian org islam yg duk kat english speaking countries seperti yusof islam.

sub said...

erm, sebelum ape2, saye nak katekan yg saye terkezut sungguh tengok reply2 di topik ni. kpd mereka2 yg mengutuk dan mentertawakan kebodohan org yg confuse ttg pencemaran air dan pencemaran udara(air) itu, da cermin diri sendiri ke sblm gelak nak pecah kepala tu? u all dpt A+++ for BI ke? n jgn lupe

1. spt dinyatakan tuan punye blog, diorang sume bukan mintak TESL pun pd asalnye, so salah budak tu ke kalu die bodo pun?

2. takde sesape yg sempurna, n spt roda, kalu hari ni korang bole gelak gegile sbb kebodo-an org, jgn terkezut ape yg akan berlaku pd korang esok lusa.

-nope, aku bukan nak tunjuk baik atau tunjuk pandai, bukan baik/pandai pun, aku tidak terase pedas atau termakan cili, dan tidak, aku bukan budak tu. (hmm, aku dpt rasekan reply ini akan didelete, sbb kate2 aku yg melampau ni, tapi....lantakle)

ok....
Assalamualaikum, selalunye aku suka mengendap blog2 org, tapi tak balas sebab tak leh tahan nak bls pepanjang. this is first time here.
terpanggil utk balas, sbb cerita budak TESL, buat aku syok sendiri.

cerita tentang mrk2 yg masuk TESL tanpa rela(x mintak tp dpt) ni ingatkan aku pd kengkawan aku.kesian pun ade, mereka ni bijak pandai-bole dpt A utk fizik, add maths n lelain subjek yg biasanye aku lulus cukup makan(kalau lulus la). tapi entah ape kes dapat tesl walaupun tak mintak. ade sorang amoi yg tukar to accountancy sbb takleh follow. bebudak melayu bbrp kerat yg senasib tu kritik cuz amoi tu tak nak teruskan je. akhirnye lps bbrp sem, ade antara mrk yg tukar fakulti sbb dah tak tahan ngan pointer yg makin teruk.kalau pada aku, dah takleh n tak minat langsung bidang tu, tak nak aku buang mase n seksa diri semata2 nak masuk U. tapi sbb masa apply, aku mmg mintak tesl sahaja, tak timbul soal tu, walaupun subjek2 berkaitan sistem/teori pendidikan aku pun x layan n biasanye tertido dlm kelas(dan aku benci lesson plan). aku tumpang simpati ngan bebudak yg masuk tesl tanpa rela dan tumpang marah pada pihak universiti yg bangang tu, tapi respek gak kpd yg berjaya menjayakannya till end.

ckp psl style berbeza n pandangan org, mmg takkan abis citer. lecturer aku ade ckp zaman die, bebudak tesl misti ade gaya yg funky, happening n tak cam bebudak lain. tapi skrg dah tak camtu. cam aku budak tesl, tapi tgk style aku, budak skolah yg aku praktikel pun tak caye aku cikgu bi. style yg kampung sangat. tapi yg klakar n best jadi budak tesl ni, bebudak course lain mmg suka pandang kitorang semacam walaupun kitorang tak kacau dorang. dan pandangan yg bodo spt 'berlagak sbb stok speaking jer' mmg aku dah lali sejak zaman skolah. sebenarnye, erm, bebudak tesl tempatku(tp tak termasuk aku) mmg ala hyper n happening sket mostly n don't giv a damn psl pandangan serong org2 yg jeles tu, tu la yg bertambah jeles. so, no need to give a damn bout them. huhu.

byk kali aku ingat nak berenti blajar psl tak thn dengan lesson plans, tapi bila pepikir balik, wah, bangganye jadi budak tesl. huhu.

ok, tamat reply syok sendiri yg panjangnye terlampau ni. kalau nak delete pun takpela, coz reply aku ni cam dah bole jadi 1 blog entry plak. tak malu tol. apepun tengkiu for sharing entri yg menarik itu.

ainguzzle said...

wah sub. panas. aku bukan tesl tp english studies. sempat mengajar 6 bulan dan sepanjang aku mengajar mmg kampung giler gak pakaian aku tp aku don't give a damn gak.haha.
tp kan what goes around comes around. mungkin org yg ngata jebon insaf and belajar raji2. over kondifen kot. (dia tau time tu). anggapla bukan rezeki dia

nina mazda said...

best nya dapat masuk TESL walau xapply..
saya yang apply dan mengharap bagai nak gile ni pulak yg xdpt..
:'(

The Tell-Tale said...

omg. u r my super duper senior!!!! serius akan rindu tesl square!! mula2 blur jgk ppp tu ape...skang dah jadi intec. pasal foe, not my enemy sbb mr faez yg ajar. enemy saye ialah counseling part 1.blerghh!! thank god, i amik literature jgk!!! :)))

Drew said...

huzni dr style rambut tutup mata kepada tiada rambut (final sem).sumer org pelik. hahahaha! p/s aku masih tak paham caner lect FOE aku..Dr Hussien kot, lupe ;) graded our assignments..aku slalu dpt low marks lorr. dang!