Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya!!!!

Kepada semua yang membaca, aku ingin ucapkan selamat hari raya pada kamu.

Aku tiada kad untuk kalian tapi adalah lebih afdhal jika kamu bayangkan saja yang aku ada kad raya untuk kamu.

Kad imaginari yang aku ingin beri pada kalian bersaiz giant. Dan apabila dibuka akan keluar alunan muzik lagu 'Seloka Hari Raya' nyanyian Hail Amir dan Uji Rashid versi monofonik.

Haaa.... Istimewa bukan?

Oleh kerana aku tak reti membuat corak-corak bentuk masjid atau yang macam tattoo Sarawak tu, aku akan menampal muka hadapan kad aku dengan comic strip (komik bogel hotak kau!) ini.



Dan yang paling penting.. Sampul kad. Ia akan ditabur bedak supaya wangi (bukan Cuticura). Dan di tempat buka sampul kad itu, seperti yang selalu diamalkan budak-budak sewaktu aku sekolah rendah dahulu, aku akan tulis 'Senyum dahulu sebelum buka' dengan pen dakwat warna merah jambu.

30 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Jebs!! Aku masih di office & aku benci pekerjaan aku. Mahu berhenti kerja!!Cool tak kalau berhenti kerja?

Pecah cawan,
Pecah gelas,
Lepas baca,
Harap balas.

(aku dah tak ingt sngt pantun 4 kerat time darjah 2-6 ni)betul ke pantun aku tu ha?

-Hani Zainuddin-

Jebon said...

Pecah kaca la!

Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas :)

Janganlah berhenti kerja.. Nanti takde duit nak beli mercun pop pop.

Anonymous said...

http://www.imeem.com/mayapersada/music/ceSO1DsE/indra_shahrir_selamat_hari_raya/ - dengarla~
apa lagu kegemaran anda pada ari raya?

Colleen said...

Hello,

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.
Enjoy your holidays!

Bila nak jumpa Jones?

Penance said...

selamat hari raye jebs. jgn kedekut duit raya ok.

liana said...

tepi kad bakar ngan ubat nyamuk tak? :P

selamat hari raya!

husni said...

hahahaha gila babi mana kau jumpa sial komik ni...

aku punya kad raya ada gambar aku pakai swimming trunk songket dengan songkok tengah makan ketupat tepi kolam renang.

:P makan kuih raya ingat2lah diriku yang jauh di perantauan ini.

magenta said...

*sambil belek-belek kad raya Jebon,

"Kad raya mahal ni"

Pen dakwat warna merah jambu ni pen wangi kan?

wani ezryl * said...

wahaha! kelakar gile kartun tu! xDD

selamat hari raya utk ko & family! adakah ko telah berjaya menerima kad raya virtual drp kite kat fster? ahaha.

nak balik kg ni! cya! (sepantas kilat)

::)

shar83 said...

hahahaha hahahahah ahahahaha hahhaahaha comel laaa ko ni..

ah fak yew said...

kartunis lambok memang tak pernah gagal buat aku gelak.

selamat hari raya cik embon ehh... jebonn.

kecik said...

samat hari raye!!
btw,hihi
dalam cerita tu,anda nampak x sefunny ini.

Dani Izwan zainol said...

eh jebs, dulu time skolah aku penah dapat kad yg tulis ala2 merah jambu dan tersnyum2 aku membukenye...tapi aku tau kita lain2 skolah..

selamat ari raye..

Jebon said...

Anon : Lagu raya kegemaran saya ialah semua lagu raya!

Colleen : Jones? Haha.. Be patient Colls.

Penance : Jangan kedekut duit raya? Mana boleh! :) Selamat hari raya.

liana : hahahahah!! lupa pulak. okay, untuk anda, kadnya dibakar di tepi guna ubat nyamuk.

husni : kau emailkan aku gambar kad raya kau tu. aku pos kan kat Mangga. Confirm jadi pin up poster bro..

magenta : Memang mahal.. Ingat murah ke nak bubuh lagu tu? Ha... Pen dakwat merah jambu yang wangi tu, betul. Bukan yang dakwat basah tau, yang tu takde bau.

wani ezryl* : Kan? Nak2 lagi yang last tu, yang kawan2 dia cakap 'Wah ada sukaneka tak ajak pun!' sambil cekak pinggang.

And kad virtual sudah diterima. Terima kasih :)

shar83 : hahahahah! comel kan tok imam dalam komik tu? Haih..

ah fak yew : lol! lambok memang cool.. selamat hari raya ah fak yew! (bunyi macam aku menyumpah je, padahal nama kau tu yang kurang sopan)

kecik : cerita apa? sweeny todd eh? :)

Dani Izwan Zainol : Mesti perempuan yang bagi kan? Elelele..

Dunia Aku dalam diri said...

selamat hari raya juga pada kamu!

Amaradona said...

Heh,lambok memang tak pernah mehampakan..err,bumper raya apo dah beli?

Izuan said...

selamat hari raya jebon!! beraya di perak atau di subang jaya tahun ni?

d7 said...

selamat hari raya gaks..
tanpa membayangkan kad raya imaginary yg mmg x hengat itu..

Jebon said...

Dunia Aku dalam diri : Terima kasih :)

Amaradona : Kan? Sebenarnya dah lama tak beli komik Ujang atau Apo. Sudah bertahun lamanya... Mahal wei..

Izuan : Beraya di Ipoh! Seperti biasa.. Kalau kau lalu Ipoh, meh la singgah rumah. Aku belanja kau capati.

d7 : Terima kasih.. Tolonglah bayangkan.. Boleh tahan juga kad tu sebenarnya.

~ChEnTa~ said...

sungguh comel si shar83 bila dia kata ko comel bon..huhuu
terima kasih atas kad raya ini.
tak sempat aku nak membalasnya.
sebab aku sedang sibuk masak rendang dan kuah kacang di dapur waktu ini.
oh yer. lagi satu.
silalah buat rumah terbuka.. aku ingin berkenalan dengan Suyash! ngeee :D (seriyes ni..)

nais said...

dan aku balas kad imiginari kamu dengan kad dari moma. hee hee.

pen merah
pen biru
you marah
i love you

Krystal said...

Kalau nak blaja Buat Corak Tattoo Sarawak Budak Sarawak ni kan ada!

molly said...

selamat hari rayaa!!!!!!!!!!
:)

Jebon said...

~ChEnTa~ : Tak boleh, tak boleh. Dia dah ada gf. Gf dia kat US dia kata.

nais : i hate youuuuuuuuu

krystal : Deng, kitak bulak! Kitak sik tahu lukis kan?

molly : Woo hoo!!

husni said...

nais - *imaginari bukan imiginari

dina said...

jeb, kau balik ipoh tak kabo pun... buleh aku singgah... hehehe...

*pen merah pen biru
u marah i lap u!

aku teringat-ingat kad raya gambar kucing... ada lagi ke sekarang?

timHayabutsa said...

aku nak kad raye kuar ketupat+rendang+lemang. ade x??

Colleen said...

Memanglah bersabar.. tapi semua orang pun nak jumpa jones tau.. tunggu satu bulan untuk jumpa dia.. hahahaha.. tuan director baru tanya i pagi tadi bila kita nak jumpa.. :)

Azlan Dawai said...

kelakar siot komik tu
lambok mmg legend
dah lame tak bace ujang ngan apo

beyoncexx said...

HAHA! Komik bogel!!