Wednesday, September 3, 2008

Repost 2

Siapa lapar?

Aku tak lapar. Aku tak lapar. Aku tak lapar. Aku tak lapar. Aku tak lapar. Aku tak lapar.

Gagal.

Aku lapar sebenarnya. Jadi, daripada aku melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa seperti makan KFC atau cendol SS15, lebih baik aku menulis.

Daripada aku berlumba haram atau berbalas sms di rangkaian @15 atau sms kan ON PANAS dan hantarkan kepada 32***, lebih baik aku menulis.

Aku ingat lagi, bulan Ramadhan 1994 ketika aku berumur 11 tahun (iya, aku kini berumur 25 tahun, cekap kemahiran mengira kamu). Aku ditangkap kerana makan potato chips di kantin sekolah pada waktu rehat oleh seorang pengawas perempuan sebaya yang aku tak kenali. Aku tidak berpuasa pada hari itu kerana aku lupa untuk bersahur dan sangat tidak larat.

Aku tak tahu yang orang Islam tak boleh makan di kantin sekolah pada bulan puasa. Itu kan tahun 1994, Kriss Kross pun dah tak pakai baju dan seluar terbalik. Takkan aku tak boleh makan di kantin? Tak
wiggidawiggidawiggidawacklah macam ni. Mungkin itu yang aku fikir ketika itu.

Jadi dengan angkuh tetapi graceful, pengawas itu mengheret aku berjumpa dengan cikgu disiplin.

Aku dimarahi sebab tidak berpuasa dan makan di kantin.

Agak teruk juga aku dimarah.

Jadi, sebagai seorang budak 11 tahun yang minat KRU hingga keluar berjalan-jalan pun pakai tracksuit seperti KRU, aku berdendam. Berdendam dengan pengawas cantik itu.

Betul, dia cantik. Ini bulan puasa, aku tak tipu.

Aku rasa cikgu disiplin tu marah aku teruk-teruk depan si pengawas cantik pun sebab dia nak tunjuk kejantanannya, dengan harapan si pengawas cantik akan menaruh hati pada dia.
Ah! Boleh belah la Cikgu Jamil! (Oh, terlepas cakap pula apa nama cikgu itu)

Mulai hari itu, aku berpuasa. Kalau tak puasa pun aku tidak akan makan di kantin di depan khalayak ramai, aku makan di bawah meja di dalam kelas.

Selang beberapa hari selepas aku dimarahi, aku ternampak pengawas cantik sedang makan nasi lemak di kantin dengan ekspresi muka yang tidak bersalah. Aku pun mengambil kesempatan itu untuk membalas dendam dengan mengheret Cikgu Jamil ke kantin untuk menyaksikan sendiri perbuatan keji pengawas jelita itu.

Jebon :
Ha cikgu. Dia ni tak puasa cikgu tak marah pulak? Siap makan nasi lemak pulak tu!
Pengawas cantik :
(terpinga-pinga)
Cikgu Jamil : Hei bangang! (dia panggil aku bangang dengan bersahaja) Dia ni ugama Kristian! Nama dia Andrea Joan! Kenapa dengan kamu ni Jebon?!!
Jebon : Saya.. err.. saya.. Ini semua salah dia cikgu! Muka dia macam Melayu! Dia yang salah!

Hari itu, aku kena denda berdiri di luar kelas selama 1 jam sebab perbuatan dengki aku.

Aku malu.

Kesimpulannya, jika kamu nampak sesiapa yang rupa macam Melayu makan di khalayak ramai di bulan puasa, biarkanlah...

Kerana mungkin dia Cindian.

Sesiapa yang memegang kunci DeLorean time machine kepunyaan Martin McFly dari Back to the Future, tolong bawa aku ke tahun 1994 sekejap.

48 comments:

aku_yanhashim said...

kau ngokngek Jebon!
aku tak larat nak ketawa lagi
sekali lagi aku ketawa
aku jamin.
aku akan call abg pondok McD!

magenta said...

Hahaha lawak sial.

Ahhh Jump. Nostalgianya.

Sue Anna Joe said...

Kalau kamu di beri kunci Delorean, anda tidak akan dapat menulis entri ini. Lalu, tidak dapat menghiburkan hati kami di bulan puasa ini.

Terima kasih Jebon.

You is making me feel very tickle-tickle funny.

abanglong said...

hahaha.. innocent and funny :)

izuan said...

Ahahaha.. tapi ko jangan lupa ada juga orang yang bermuka mix (beragama Islam) tetapi menggunakan kelebihannya itu sebagai lesen untuk makan dikhalayak ramai dibulan puasa..

Facet said...

Patut mintak kat doc brown, i guess dia yg pegang kunci tu.

Tak wiggidawiggidawiggidawacklah macam ni.

:-| Hahah

amir syafiq said...

beb.lu kasi kirim salam tahap kristian kat dia ye.

Hanis Zalikha said...

comelya kecil-kecil dengki.

47 said...

LOL!

cikgu disiplin sekolah aku dulu pun nama jamil

p/s: haih..dah lama tak berkeliaran sekitar blogosfera.

iamthesectionofyourmagazine said...

hahahahahaah!

aku rasa cikgu disiplin mmg sesuai bernama jamil.

kriss kross sangatlah kool ok!

Anonymous said...

Heheheheh
First time masuk sini. Aku pun pernah makan di luar selamba land aje aku sb muka aku bukan mcm melayu. Itu pun sebab terlalu dahaga sangat minum air soya bean.

jiaweiC said...

your blog is so funny! hahah

hana_lalalala said...

i want that time machine too!!!!!!!

Farid Abu Talib said...

kahkahkah.. aku dah tak tahan ketawa.. aku nak berbuka puasa..

Koishie said...
This comment has been removed by the author.
Koishie said...

:) tuan rumah, terima kasih untuk kamu. Kamu orang pertama yang membuat aku senyum untuk hari ini setelah kelat dengan pelbagai macam hal.

Colleen said...

Hi Jebon *smile*

Your blog is fantabulous! I love reading your entries.. and yes.. you are not belittling me. I understand every single thing that you've written in your blog.

You have made me smile today.. thanks!

Selamat Berpuasa semua!!

Marjerin said...

hahaha. kelakar nih. ingat lagik kamu dengan kriss kross dan delorean itu yer. baguih2.

husni said...

aku tau soundtrack utk entry kau yang ni:-

salah siapa sering ditanya,
salah mereka, atau kau saja
uwooo

salah siapa, apa terjadi,
kau penentunya jalan hidup sendiri!

Lihatlah, lihatlah apa yang ada ditanganmu (rap hingga akhir)

tapi ni 1994 Awas Da Soundtrack belum keluar lagi ni...

kolopey said...

Kriss Kross ko jgn...diorg pakai slua terbalik mase kecik2 tu psl diorg keracunan makanan mase tgh shooting vc tu..

thn 94, tu 2 ekor tu dah baligh.. tu sbb pakai slua betul2.. ape2 hal terserampak dgn awek2 kn sng..

baru leh wiggidawiggidawiggidawack!

p/s: entry ko kali ni menyentuh nostalgia aku mase lom skola. psl aku minat gile lagu jump tu. tapi mase tu aku main bedal la sebut sbb tak paham..

jam! jam!
sementrimegia (The Daddy Mac will make ya!)
kris kros wimegia (Kris Kross will make ya)
ahak ahak jam! jam!

Zalikha said...

HAHAHAAHHAAHHAHA, kelaka oh!

Zalikha said...
This comment has been removed by the author.
H&F said...

aku bengang betol dgn bapak aku..dulu2 la. masa skolah rendah dia akn dtg amik aku time blk skali dgn cousin aku dan lagi sorg kwn aku.

aku mmg xpenah puasa pon sampai umor 12 thn..famili x paksa..tp mesti la aku blakon mcm puasa dpn bdk2 class aku..

tapi ada satu hari tu, time dlm keta bole plak bapak aku tanye, "Nak pegi KFC beli lunch tak?"

walaupun aku cuba umpan cousin dan kwn aku tu dgn KFC utk tutup mulut, mereka tetap sebarkan kt satu skolah yg aku x puasa.sial lah!

Jebon said...

aku_yanhashim : wei, jangan gunakan aku sebagai alasan untuk buka puasa! :p

magenta : aku hampir kena tampar dengan Bini Mat Nor sebab nak pakai pinafore terbalik pergi sekolah dulu. konon kriss kross la, pakai semua terbalik.
iya, aku pakai pinafore.

Sue Anna Joe : You is making me feel terharu :') Terima kasih.

abanglong : tengs tengs :) siapa innocent?

izuan : muka mix macam aku kan izuan? kan? kan?

Facet : Doc Brown tinggal kat mana weh? Silap. Doc Brown tinggal kat zaman mana weh?

amir syafiq : gua dah tak jumpa dia dah.. tapi dia cun gila wei. lu mesti suka.

Haniz Zalikha : Ish, tak comel tak comel.. Muka saya dari kecil memang dah macam setan ok. Jadi bayangkan, budak bermuka syaiton berperangai dengki, tak ke nak bagi penampar je rasa?

47 : Cikgu Jamil sekolah kamu pakai celak tak?

iamthesectionofyourmagazine : betul kau cakap. cikgu disiplin sekolah menengah aku pulak nama jamilah. gila la..

kriss kross lebih dari cool ok.. sampai sekarang The Mac Dad can make me jump wei..

Anon : Selamat datang. Kau beruntung.. Muka aku.. hmmph memang tak lepas la kalau nak cakap bukan Melayu.

jiaweiC : Thanks! :)

hana_lalalala : Kan?!! Kalau jumpa bagitahu i. Terima kasih.

Farid Abu Talin : Wei, memang ketawa boleh berbuka ke?

Koishie : Terima kasih kerana sudi melawat wahai tetamu :)

Colleen : Oi. Buat kerja laaa.. :)

Marjerin : Mana boleh lupaaaa

husni : Seperti yang kau cakap,masa ni Awas Da Soundtrack belum keluar lagi. Masa ni KRU belum pergi LA dan beli banyak jersey LA Lakers lagi. Aku rasa lagu yang paling sesuai ialah Enuff Eez Enuff la..

kolopey : Hahahahaha!!! Kita serupa la. Aku masa tu haram tak tau apa diaorang sebut..

Zalikha : Kisah benar ni :)

Hanep : Weii!! Kejam! Kejam! LOL! Sabarlah hanep.. Kau tak pikir, mak aku siap sorok2 bekalkan aku nasik goreng bubuh dalam beg aku, satu kelas bau. Ibu bapa.. Haih.

Senandung K said...

haha. cikgu jamil pernah bengang gila dengan i pasal tulis karangan tak pakai caps. but i got the highest mark in alam & manusia in his class. eceh. bangga. lepas tu dia suka bagi kitorg 'mkn' kapur. -_-

tapi cikgu disiplin bukan cikgu amran ke? suka jentik telinga students?

Jebon said...

Lol! Makan kapur! Sebenarnya i tak tau siapa cikgu disiplin.. sebab kadang2 cikgu azahari pun berlagak macam cikgu disiplin, begitu juga dengan cikgu jefri. Jentikan cikgu amran tu ciput je sebab i selalu kena penampar dengan dia. Serius tamparan dia memang full cup ok. Memang akan berpinar beberapa jam/hari la.

Colleen said...

Jebon.. aku memang buat kerja lah.. aku baca blog kau tu untuk hiburkan hati dan hilangkan stress aku ni!

Kau kan tau kerja aku ni stress gile tambahan pulak 6 minggu yang lepas kena jaga artis yang banyak songeh. :p

Sekarang ni ada stress baru. So aku rasa tak ada masalah kalau aku baca blog kau masa kerja... kan? :P

O my love said...

oh jebon!

cikgu displin dulu nama kadir atau kadiaq (dalam loghat kedah)

sekarang msweed dah jadi cikgu-bukan-cikgu-displin la.. tapi tak sanggup nak panggil 'bangang', dengan student kadang2(kalau-period-rasa-nak-hempuk) panggil 'bro' saja.. dan dibalas oleh student

"chill sexhhxxyy!!"

note : amik saja 'kenderaan' allana the girl from tommorow, tunggu prof back to the future satgi lambat sangat!

koboi malaya said...

hahahaha memang lawak.
harap-harap taun ni kamu pose penuh la. kihkihkih

masta said...

laa..baru aku tau pop shuvit amik lagu ni rupenye..




chow..

Jebon said...

Colleen : LOL!!! Colleen!! Your Bahasa Malaysia, so powderful! Bacalah, bacalah blog ni masa kerja, bukan aku yang bayar gaji kamu pun. Nak bagitahu Lai Cheng lah.

O my love : Oh Ms Weed!
"chill sexhhxxyy!!"??
Hahaha!! Students kamu sangat comel..
The girl from tomorrow... Alam ria cuti sekolah! Gadis yang ada tiga tahi lalat sederet di bahagian tepi kepala! Rindu sama dia.. Dan Kak Juita, host Alam Ria Cuti Sekolah..

koboi malaya : InsyaAllah.. Tapi aku rasa bila syaitan dah kena ikat ni, godaan makin melampau pulak.

masta : Pop Shuvit ambik lagu Jump ke?! Jangan main-main wei..

Zero Pain said...

cool gle sis jebon nye cite..

pepun mmg salah andrea joan 2 sbb makan x ajak sis jeBon..

letak ah resepi berbuke sis..tnjuk bakat masak yg x sbrape mmg best..

masta said...

jebon - cuba kau dengar betul2..serious shit..haa..kan dah tercarut..




chow..

Cath said...

Akulah selalu jadi mangsa...
Pegi KFC pun rasa bersalah ...
Selalu je orang minta tunjuk IC.
lepas tu dengan malunya si cashier KFC akan kata...maaf ye kak...

Maaf kepala hots die...wuahahahah!

Tak apa Jebon...dah muke kiteorang di cipta macam ni...apa bole buat.

Tapi...mungkin semua orang yang nama Jamil macam tu kot?
Hmmmmmmmmmmmmmmmmm..........

eraerzarusli said...

erkk..akak (???) singgah jek...hehehe..

iqanabeera. said...

which is exactly why i suka ikut orang melayu muka tak melayu pergi makan kfc or mcd siang-siang buta.


tak ada orang tanya pun. hahahah.

Jebon said...

Zero Pain : Memang pengawas tu bersalah! Tapi lepas tu kami kawan baik, main bola baling bersama-sama. Haih.. Maaf, aku tak pandai masak wei.. Serius.

masta : Haha.. Potong markah puasa sebab mencarut!

Cath : Check ic?! Melampau betul.. Dulu aku beli KFC waktu tengahari di bulan puasa bersama kawan-kawan (kami tak puasa bersebab), lepas tu untuk cover line kita orang sembang kuat-kuat 'Wei, ADIK kau nak makan apa ah? Menyusahkan betul la ADIK kau ni, tak puasa tapi kita pulak yang kena belikan makanan.'
Sekarang baru terasa bodoh gila cara cover line tu.
Jamil mana lagi wei?

eraerzarusli : Selamat datang

iqnabeera : Hahaha!! Kalau Cikgu Jamil yang nampak you, mesti you kena tanya punya.. Mesti! :)

Anonymous said...

kamu duduk subang ehh???

jum.

Jebon said...

jum apa? jum!!!

Dani Izwan zainol said...

kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah..aku takleh stop ketawe

Diloz said...

boleh buat drama cite neh.

dina said...

kahkahkahkah...sekali lagi tersedu2 akak ketawa... jamil? dulu masa skolah rendah ada sorang cikgu muka jambu nama jamil... lembut je sorenya.

Anonymous said...

haha..bijop2...

Anonymous said...

cikgu jamil?
sek ren keb subang jaya?
hahaha. lawak2

Andrea Joan said...

Jebon, you made my day. You are funny as hell!
I had no intentions to kenakan you 13 years ago. I think I was abit gila kuasa back then..

If it makes you feel better, I memang selalu kena tegur masa bulan puasa, I still look like a melayu (I was 12, am 25 now!) and yes, I am a Chindian who is a Kristian.

Thank you for your complimentsss, you are too sweet
xxx

Anonymous said...

haha. i like your blog :)

Anonymous said...

hahahahha lawak cam gampang...
mcm nila br btol wat blog...
hepi sial..
post lg beb...
nice 1 bro

Ahmad Tongkeng said...

kah kah kah
tonggang tebalek aku baca cerita ni