Monday, September 1, 2008

Namanya Suyash

Setelah Nima berpindah, aku telah menerima seorang teman serumah baru.

Namanya Suyash. Dia berasal dari Bombay. Muka dia sangat kacak, macam pelakon Bollywood.

Serius.

Bibik aku tak nak percaya bila aku kata yang Suyash adalah seorang jurutera di sebuah kilang di Shah Alam dan bukan seorang pelakon Bollywood.

Pada hari Suyash berpindah masuk, Suyash membawa beberapa orang kawannya yang juga berasal dari Bombay untuk membantu dia memindah masuk barang-barangnya.

Semua kelihatan seperti pelakon Bollywood.

Sewaktu kecil, aku selalu dipaksa untuk menonton filem-filem Hindustan oleh pembantu-pembantu rumah aku yang kebanyakkannya pada waktu itu berasal dari Kelantan. Tidak ketinggalan, makcik-makcik aku belah Bini Mat Nor. Mereka memang peminat filem Hindustan.

Ada satu filem Hindustan lama, yang aku lupa tajuknya, mempunyai satu babak di mana pihak polis (inspektor sahab lah, siapa lagi?) menyerbu rumah seorang penjahat yang tinggal bersama neneknya. Sambil penjahat itu digari (oleh inspektor sahab lah, siapa lagi?), neneknya menangis teresak-esak sambil menyanyi. Setiap langkah yang diambil oleh penjahat dari pintu rumah hingga ke kenderaan polis, diiringi dengan nyanyian sayu neneknya lantas disambut oleh nyanyian penjahat itu sendiri dan kalau tak silap aku inspektor sahab pun ada menyanyi dan menangis sedikit.

Nak kena masuk penjara pun sempat menyanyi.

Jadi, apa yang aku pelajari dari menonton filem-filem Hindustan ini adalah, mereka suka menari serentak mengikut irama dan menyanyi tidak kira waktu, tempat atau keadaan.

Maka, secara semulajadi, ketika aku melihat Suyash dan kawan-kawannya yang berbadan sasa mengangkat barang-barang, perabot dan bagasi masuk ke dalam rumah, dalam diam aku mengharapkan yang mereka akan menyanyi gembira bersama-sama dan menari serentak mengikut irama sambil mencampakkan serbuk-serbuk berwarna-warni ke udara. Dan yang perempuan pula akan melilit cantik sari di badan masing-masing (warna sari harus ada unsur-unsur 'shocking'). Dan mereka boleh bermain kejar-kejar dan menyorok di balik pokok betik belakang rumah aku.

Keadaan akan aku kira sempurna jika tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan mereka terus menari dan menyanyi sambil memindahkan barang-barang.

Boleh bayangkan? Sempurna bukan?

Tapi hampa.

Itu semua tidak terjadi pun.

Mungkin mereka takut Bibik aku akan mengamuk sebab nanti dia kena bersihkan serbuk warna-warni yang akan melekat pada lantai dan dinding rumah.

Mungkin.

Sekarang aku nak tanya Suyash adakah dia boleh mengalahkan pihak lawan jika dia diserang oleh 20 (atau lebih) orang jahat sekaligus.

27 comments:

dilanun said...

Wooaaa!!! Bole la ko join sekali time Suyash nyanyi², nari²...

Jebon said...

Memang itu plan aku sebenarnya. Aku tengah tunggu je dia bukak step.

aku_yanhashim said...

aduh jebon kau ni
ha-ha
ini pulak kisah aku.

hari tu aku lepak kat library.
aku dah lupa hari apa.
tapi sebelum bulan puasa lah.
aku bawa hp aku yg made from china tu dgn headphone sekali sbb nak dgr lagu.
dan aku dengar lagu hindustan yang sgt la rancak
dan aku mula terbayang yang semua orang kat dalam library tu mula menyanyi dan menari serentak.
ala-ala dalam filem bollywood tu

tapi seperti kau
aku hampa semua itu tak berlaku.
haha

izuan said...

apa yang kita tengok dalam filem hindustan tuh semuanya exaggeration.. aku yakin kalau kau tanya suyash mengapa beliau tidak menyanyi dan menari sewaktu mengangkut barang2 tersebut, pastinya kau akan diberikan beberapa buah penampar free ikhlas dari beliau.

iamthesectionofyourmagazine said...

hahahaha aku pun terfikir mcm tuh jugak kadang2. mcm, kalau pergi holiday ke bombay and kat sana kita nak beli pisang. si penjual dgn pembeli tu akan menyanyi jugak ke? and org yg tgh lalu-lalang tuh akan stop and start menari? and secara tiba2 muzik pun akan kedengaran tapi dari mana pun nobody knows.

ok membebel but you have a point there!

amir syafiq said...

satu lagi kelakar pasal orang mumbai ni.bila dia nak minta untuk bercakap dengan seseorang selama satu menet,dia akan berkata eight menet please..

Keluhan said...

hahaha....bek tgk sivaji the boss
part dia main syiling ngn main kepala
stylo gla kencang ah...

Jebon said...

aku_yanhashim : kan? sangat menghampakan. tapi aku rasa mereka tak menyanyi dan menari masa tu sebab kamu dalam library, kalau buat bising kan kena halau.

izuan : LOL! Iya, saya tahu encik :) Jadi, aku tak mahu tanya. Aku tunggu saja. Mana tahu...

iamthesectionofyourmagazine : hahaha! tapi kan lebih seronok macam tu? menyanyi dan menari je. sepakat sungguh. ceria.

amir syafiq : wei.. betul la!! bagus amir shafiq! bagus!

Keluhan : Sivaji the boss tu Tamil. Tapi kalau nak cerita pasal Tamil, lagi best sebenarnya.. Paling best bunyi penumbuk. Uish.. Sangat ngeri la..

Farid Abu Talib said...

aku mengimpikan kau berdansa bersama suyash setiap malam selepas menunaikan solat terawih.. boleh lilit kain pelekat celah perut.kahkahkah

Zalikha said...

HAHA xtahan la part serbuk warna warni. bengong~!

Nizzkee said...

teringat aku time kamu cite yang ada "kawan kita sorang tu" siap nangis tengok kuch kuch hota hai TANPA subtitle.. hahaha...

oh, sampai skrg aku masih belum tengok cerita tu lagi.. hee...

H&F said...

ko jgn lupa selain serbuk warna-warni, ko juga harus sediakan baju at least dlm 5 pasang dan dah siap di iron..yelah...baru la senang nk tukar2 kn?

Jebon said...

Farid Abu Talib : Lol! Imaginasi kamu ni! Sungguh melampau! Tapi best jugak kan kalau jadi.. Teringinlah..

Zalikha : Hehe.. Tak tau apa nama serbuk tu la..

Nizzkee : Rugi wei, rugi!!

Hanep : Hahahahahaha!!! Macam sial.. Tapi memang ada benarnya tu. Betul, betul. LOL!

Ads said...

Suyash from IDS Shah Alam?

manusia terlantar said...

ko dah tanya Suyash dia boleh kalahkan 20 orang jahat sekaligus tak? Aku agak berminat la nak tahu dengan jawapan dia tu.. hmmm??

kryskrys said...

Introduce!

Jebon said...

Ads : Suyash? Is that you?

manusia terlantar : Haha.. Belum berkesempatan lagi. Tapi kalau aku dah dapat jawapan, aku akan bagitahu kamu dulu.

kryskrys : Boleh. Datanglah rumah. Lepas pukul 6 petang.

Anonymous said...

kelantan?
patut macam kenal.
hahahahaha.

smack down

betul kan?

Ads said...

Gotcha!

manusia terlantar said...

Haha.. kantoi dengan suyash..!! haha
Suyash, kamu boleh kalahkan 20 orang jahat sekaligus tak? Bila kita mahu berdancing dihujani serbuk warna beramai-ramai?

Dani Izwan zainol said...

hahahahaa..kenapa entri ko sgt kelakar...aku dah kene link nih..adeiii..tak jadi keje aku mlm nih sbb bace entri ko..sgt kelaka!

Jebon said...

Anonymous : Sorry.. tapi aku tak faham wei.. Smack down? Kau ajak aku wrestling ke ni?

Ads : Err.. hi :)

manusia terlantar : aku tak pastila itu dia ke bukan. aku risau ni.

Dani Izwan Zainol : Wei, kau sengaja menggunakan aku sebagai alasan tak jadi kerja. Cis.
Tapi..terima kasih :) Lawa gambar2 kau.

missSCHNEEBLY said...

weh tolonglah stop hantar entri macam ni.aku bosan bila jadi bahan tumpuan sebab gelak sorang2 depan laptop.tolong...aku merayu.plisssssssss ( sambil nampak gigi depan ) btw aku link ko kt blog aku.


cheers!

Diloz said...

kalau betul suyash dan rakan2 buat begitu pasti bibik ko akan jadi gadis pakai sari.wow!

dina said...

wo.. akak suka tengok hindustan.dan memang selalu mengimpikan suasana seperti itu jebon, tapi menghampakan...

Anonymous said...

amir syafiq & jebon : bukan 'eight' minute, tapi 'ek'(maaf kalau salah eja) minute means one minute lerr.

ek : satu
do: dua
tin: tiga
chal: empat
panch: lima


haa, setakat tuh je la saya tahu.
maaf kalau salah eja :DDD

Hati~Batu said...

kelas ko jebon!!!!