Saturday, September 13, 2008

Lima Belas Perkara Tentang Aku Y'all

Aku rasa aku telah ditag oleh Syed Husni.

Aku rasalah..

15 perkara tentang Jebs :

i. Aku ada lebih kurang 5 bantal di atas katil. Tapi aku hanya memerlukan dua untuk tidur. Satu untuk kepala, lagi satu untuk peluk. Bantal aku yang lagi tiga, aku susun di tepi badan.

Dan sebelum tidur aku akan selimutkan ketiga-tiga bantal lebihan itu sebab aku takut mereka sejuk. Tabiat ini diamalkan dari kecil.

ii. Aku baru saja pesan 4 jenis kuih untuk raya dari ibunya si Hanis Zalikha.

iii. Ada beberapa perkara tentang diri aku yang aku tak suka dan perlu ubah. Seperti kenapa dalam hati aku ni sedang menyanyi lagu Miley Cyrus yang 7 Things tu? Dan kenapa aku masih simpan cakera padat Aaron Carter yang siap ditandatangan oleh dia sewaktu dia membuat persembahan di Sunway Pyramid pada tahun 1997?

iv. Aku takut ketinggian dan tempat sempit. Serius. Sebab tu aku menghadapi kesukaran kalau nak naik lif. Dan apa-apa permainan di taman tema. Walaupun cawan-cawan gergasi yang berpusing-pusing tu.

v. Tanda lahir aku berbentuk 'W'. Aku fikir agak cool jika aku diberi nama yang bermula dengan huruf 'W' juga. Tapi ibu bapa aku memilih huruf 'J'. Aku terima saja.

Daripada nama aku Wohnen, lebih baik Jebon.

vi. Bapa aku menamakan aku selepas nama isteri Allahyarham P. Ramlee yang ke-rahsia. Adik aku yang ketiga pula dinamakan selepas nama bapa kepada isteri Allahyarham P. Ramlee yang ke-rahsia itu.

vii. Sewaktu kecil, aku suka tonton filem-filem muzikal seperti The Sound of Music atau South Pacific.

Setiap kali selepas/sambil menonton The Sound of Music, aku akan paksa Bini Mat Nor untuk menari dengan aku tarian lagu 16 Going On 17 dengan koreografi yang serupa. Prop yang digunakan hanyalah sofa yang disusun membentuk bulatan.

Kalau Bini Mat Nor silap step, aku akan betulkan dia hingga tariannya sempurna.

Susah jadi emak rupanya...

viii. Kemalangan pertama aku di jalanraya adalah sewaktu aku berumur 5 tahun. Aku dilanggar oleh Ek Chun sewaktu sedang mengutip biji saga untuk kajian berapa banyak biji saga yang boleh dimasukkan ke dalam hidung di depan rumah.

Ek Chun (8 tahun) yang sedang berlumba basikal dengan David(7 tahun) itu meminta maaf berkali-kali dan hampir menangis.

Lutut aku berdarah dan aku diselamatkan oleh pembantu rumah aku ketika itu, Kak Nab. Oleh kerana Kak Nab orang Kelantan, kadang-kadang dia bahasakan diri dia Kak 'Nak'.

Selain Kak Nab, jiran aku Siti Munirah juga datang untuk membantu. Aku dan Siti Munirah sebaya, kami sama tadika, kami kawan baik. Siti Munirah telah 'menjampi' daun kering yang dia kutip dari longkang depan rumah kami dan menepekkan daun ke atas luka aku. Pedih nak mampus atau bak kata Kak Nab 'pedih nok mapuh'. Tapi aku kawal airmata.

Selepas itu, aku dan Siti Munirah ajak Ek Chun dan David berlumba basikal dengan kami.

Aku dan Siti Munirah naik basikal pacuan 4 roda, Ek Chun dan David naik basikal BMX.

9. Aku tak tahu macam mana nak tulis, secara roman, nombor 9 ke atas.

10. Aku pernah merajuk dengan Mat Nor dan Bini Mat Nor sebab mereka tak mahu masukkan aku ke sekolah Sri Kuala Lumpur di belakang rumah aku ni. Aku tak faham kenapa mereka kejam.

Aku nak masuk ke sekolah Sri Kuala Lumpur tu sebab dalam filem Mira Edora, Julia Rais bersekolah di situ. Aku nak jumpa Julia Rais.

Susah sangat ke nak faham?

11. Dulu aku hafal sifir dengan bantuan Siti Sifir dari rancangan Along. Tapi watak kegemaran aku di dalam rancangan Along itu adalah pembaca 'Berita Matematik' yang bernama Roy Bahagi.

12. Sewaktu di sekolah, aku adalah mangsa buli. Nanti bila-bila aku akan ceritakan satu-satu.

Tapi yang paling aku ingat ialah kejadian di mana senior aku, seorang selebriti cantik, pernah menampal kertas yang tertulis 'Pathetic asshole' di belakang aku.

13. Aku pernah beli nombor ekor. Itu kali pertama dan terakhir. Aku beli pun sebab rasa ingin tahu yang melampau.

Kali pertama aku beli nombor ekor itu merupakan kali pertama juga aku pakai baju-t Semusim Di Neraka.

14. Aku suka tengok konsert dengan kawan-kawan. Tak kiralah konsert siapa pun, asalkan dengan kawan-kawan, mesti seronok.

Sewaktu Linkin Park datang ke Malaysia buat kali pertama, kawan-kawan aku ajak aku pergi. Aku tak suka Linkin Park tapi sebab kawan-kawan, aku beranikan diri untuk minta kebenaran dari Bini Mat Nor.

Aku : Mak, nak tengok Linkin Park boleh?

Mak : Linkin Park tu kat mana? Sejak bila suka pergi taman ni? Dating eh? (mula mengejek)

Aku : (insert bunyi cengkerik)

15. Aku dah menemui dua lagi kebolehan istimewa dalam diri aku.

- Boleh tahan kencing dari Melaka ke SS15 Subang Jaya (naik kereta)

dan

- Hati aku boleh dipatah-patahkan banyak kali. Selamba.

Aku tag : Semua orang!!!

64 comments:

Zaini said...

XDD

"sebelum tidur aku akan selimutkan ketiga-tiga bantal lebihan itu sebab aku takut mereka sejuk"

tak boleh pegi.XD

yourdrugbuddy said...

banyaknya bantal! siap selimut lagi tu, its so sweet.

flying heart said...

pengaruh 80an sangat kuat ye kamu.. dah lama tak baca perkataan "wohnen"


diam tak diam berjasa jugak citer along tu kat budak².. tu belum tgk segment masak² dia..

menu: celup² kopi
bahan²: air kopi, roti
cara²: gulung roti, celup dalam kopi
ten.. te..yeng.....

wani ezryl * said...

wahaha berdating di linkin park!! mak ko adalah humorous macam ko jugak xDD

oho no 9=ix
no10=x
dan nombor2 selepasnya tambah je depan 'x' tu macam biasa okoko. selamat mencuba! *tibe2* :PP

bantal sy ada 4. xboleh lawan bantal ko T_T

aku_yanhashim said...

P.Ramlee ada isteri yg ke-rahsia?
Woo.. Aku baru tau J.

9 roman ialah = x
10 roman ialah= xi
selepas 10 ke atas aku tak tahu. jadi kau belaja lah 2 nombor ni je ya. Nombor-nombor lain, aku yakin org lain boleh ajar kan.

J cerita la pasal seorang selebriti cantik yg buli kau tu. Aku nak tau sapa dia.

wani ezryl * said...

flying heart, bila baca 'menu along' ko tu, teringat jugak kat salah satu menu (bocor rahsia tengok along masa kecik2!!) :B .. mee goreng berhias.

menu : mee goreng berhias or sumthing (lupa nama menu asal)
bahan: mee goreng beli kat kedai(dlm polystyrene), timun
cara²: telangkup mee atas pinggan (pastu jd la mee tu bentuk acuan kotak polystyrene), hias keliling mee dgn timun.

apekah---

:B

Amel ;) said...

3 fakta tentang saya :
i) tau byk jugak nombor roman.sbb selalu pkai.
ii) pegi search "isteri p.ramlee" haha..*sbb tak tau satu pun name isteri pramlee*.. and now i know the name (i mean, yours)hehe.
iii) tetibe tau jugak siape itu Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh
-_____-"

husni said...

hahahaha wohnen memang klasik beb...
pegi makan ikan bakar bukan nak ajak aku...chis!~!!

Azzam?? said...

kepada cik yanhashim: x = 10, bukannye 9 dan xi = 11 bukannye 10. =P

*pulling a Husni

weihh Jebs W tu mungkin indication ko patut join Wu tang clan tu.. and aku rasa aku tau bila ko tahan kencing tu.. muahahaha

husni said...

aku saja datang lagi sekali pasal nak baca nama Wohnen tu...hahahahahahahahaha, ini ade 2-3 hari baru aku abis gelak ni....

Jebon said...

Zaini : Tu la.. aku malu dengan perbuatan terkutuk aku tu. Entah kenapa aku tulis kat sini. Nak delete, dah terlewat pula.

yourdrugbuddy : Sweet?!!! Haih!

flying heart : Macam mana nak lupa pada Wohnen? Dia kan pernah muncul sebagai karakter kartun jemputan dalam siri animasi Usop Sontorian. Kecoh satu kampung Wohnen datang pakai boots naik kuda.

Hahahah!! Resepi dia orang memang entah apa2!

wani ezryl : Weih, terima kasih!! Lepas ni aku akan cuba praktikkan.

Kamu selimutkan tak bantal2 tu?

Kantoi tengok Along! ;p

aku_yanhashim : Pasal selebriti tu. nanti aku cerita di entri yang mendatang. :)

Amel ;) : Hahahahaha!! Ssshhh..

Tambahlah lagi 12 fakta tentang kamu.

husni : Kalau aku ajak kau, kau boleh datang ke?! Balikla sini, kita battle siapa makan ikan paling banyak! Apehal? Ada brans?

Azzam?? : Wu Tang Clan?! Bahahahaha!! Kau jangan bagi idea yang bukan-bukan Azzam.. Aku ni senang dipengaruhi.

husni lagi takde orang lain ke : Kau tau tak aku dengar beberapa tahun lepas Wohnen kena masuk pusat serenti bai. Ini belum aku bukak cerita pasal Tushee lagi ni. Kau kenal tak Tushee? Ha apehal?

husni said...

woi ko ni nak menghina aku ke cakap aku tak kenal tushee?! mestila aku kenal, ha amik ni - http://www.youtube.com/watch?v=kOgPc_bVGM8

ape cerite die woi? *gossip folks mode...

wani ezryl * said...

hahaha bantal2 sy dianak-tirikan (bantalku bukan bantalku) :P maka xde selimut mcm ko. oh ko memang baik terhadap bantal2.

NaniRostam said...

Jebon ni sebijik mcm bapak hanis, tidur tak pakai selimut tapi mesti letak selimut memanjang sebelah tempat dia tidur. Setiap kali bangun pagi mesti selimut itu dalam kondisi yang sama.

So mama hanis dapat bacalah sikit sebanyak karektor jebon ni..

1. Agak sentimental
2. Iaitu suka mengimbau kenangan zaman kecik-kecik, atau zaman muda2
3. Setia
4. Tak suka orang usik barang2 dia.
5. Sebab kalau dia marah sangat bila cari barang tak jumpa.
6. Ada sifat lawak.
7. Nampak je garang tapi hati lembut.
8. Ramai kawan. Mana pegi, ada je jumpa org yg dia kenal.

Sorry ah jebon, mama hanis ni saja nak merepek kat sini. terima kasih kerana sudi order kuih raya mama hanis, nanti datang rumah mama hanis ya. Kirim salam dengan mama jebon.

Azzam?? said...

=D aunty.. mama jebon?? sounds cute! heheheh

wei Jebs.. Wu tang clan gempak babe.. tak caya tanya husni. diorang the W! sesuai laa ngan ko tu..

flying heart said...

ternampak plak komen pasal tushee... erk...tiiiiddaaaakkkkkkkkkk!!! wakakkakakaak

Amel ;) said...

jebon.seriously sape wohnen.. (sedih tak tau). try google pun tak dpt. (hehe..google lagi!). another 12 facts? tak pyh lah..its an endless list ;)

Jebon said...

Husni : Dem yu Huzz! Siap bagi link video dia pulak. Ah!

Kau nak tau cerita siapa ni? Tushee ke Wohnen? Kalau Wohnen tu, dia dah merajuk dengan syarikat rakaman dia. Dia sempat buat 2 album je. Bila dia orang offer untuk buat album ke-3 dia tolak sebab 2 albums dia yang sebelum ni tak laku. Aku tak faham ah. Lepas tu parents dia sekarang hidup dalam keadaan daif, kat rumah setinggan je. Bapak dia dahlah lumpuh Huzz.. Dia pulak pergi 'mengembara' kata bapanya. Sebab tu aku rasa dia 'mengembara' masuk serenti bai.

Cerita pasal Wohnen ni dah cukup satu entri sebenarnya.

wani ezryl* : Bahaha!! Bantalku bukan bantalku?!! Mesti lagu tema kau 'bersyukur kepada Allah..bersyukur kepada Allah' (kantoi tengok anakku bukan anakku pulak)

NaniRostam : Mama Jebon?!! Hahahaha.. InsyaAllah.. Okay, nanti saya datang rumah! Tak sabar nak makan kuih Arab!

Err, apa yang aunty tulis pasal saya ada beberapa yang betul sebenarnya.. Hmmm... :)

Azzam?? : Aku tahu depa gempak. Tapi kau cuba letak aku sebelah Method Man. Tak jauh beza ke? Depa nak ke terima aku wei? Ha..

flying heart : Hahahaha.. Nasib baik kenal! Ini aku belum bukak kisah Nana Nurgaya lagi ni.

Amel ;) : Alaaa... ruginya tak kenal Wohnen... Dia penyanyi rock zaman late 80an/awal 90an. Dia ala-ala Ella wannabe jugakla.. Rambut panjang. Tapi suara dia sedap. Tapi lagu-lagu dia.. hmm.. nak cakap tak sedap pun tak baiklah kan bulan-bulan puasa ni. Dia memang tak ada dalam google mahupun youtube. Menghampakan.. Tapi dia suka pakai topi dan boots koboi dengan shirt kotak2.Dia suka cakap 'Rock tetap rock'.

Ini pun lagi satu entri.

magenta said...

Wohnen ni nama sebenar ke? Pelik sungguh. Dalam bahasa jerman wohnen ni maksudnya 'menetap'.

Jebon said...

Ooo.. Menetap... Terima kasih atas informasi itu :)
Wohnen ni.. Bukan nama sebenarlah aku rasa.. Nama bapak dia M.Y Shamsudin. Aku doubt nama dia Wohnen binti M.Y Shamsudin.

Ruchiano said...

hahaha ku pon simpan lg cd aaron carter.kau ni same mcm aku la hahaha

HaDi said...

rindu la kat Along..
lame gile tk tgk.. Along paling best la..

Fiza said...

Comelnya =)

izuan said...

Adakah kau menempah kuih raya dari ibu Hanis Zalikha dengan harapan kau dapat mendekati model jelita itu?

Shaza Hazwani said...

jebon , saya pergi sekolah sri kuala lumpur :D hehe , belog jebon best .

illi said...

sumpah...
lawak gile.

krystal said...

So Schweet ! Selimutkan bantal bantal mu supaya tak sejuk...Thats too cute!

And i loved 16 going on 17 too! Its my favourite!

dam..dam..dum!! said...

aku penah tengok cerita lawak..tajuk jangan ketawa..ko mesti ingat kan?cite tu mention nama tushee..tapi tukar jadi tisu..gile sadis kalo aku jadi tushee..untuk pengetahuan sume, tushee penah jadi pembuka konsonen dlm game show ape menda ntah..ada sape ingat??

sipuri said...

Waaaahhhh... Apa rahsia no. 15 tu? (yang part tahan kencing)
Guna senamanan kegel ke?

O my love said...

hang la jebon.. buat ms weed gelak time tengah sakit pala nih.. baguih betui!!

hang buat apapun ms weed sokong..

'malf' dah mula suka baca blog hang.. payah la nanti ms weed.. satgi selang 4jam 'malf' nak suruh on laptop!

Penance said...

Wahh mama hanis pun baca belog awk lah jebon. Kan dah kena character evaluation.

Aku ada 5 jugak bantal. 1 bawah kepala 1 atas kepala 1 peluk 2 lagi biasanya bawah siku kanan dan bawah/atas kaki. Kedudukan bantal secara rawak memudahkan aku tidur.

husna said...

hahaha! no iv kita adalah sama!
beb, mak kamu kelakar aaa..
taman linkin.. ahahahaaha!

Nizzkee said...

sebelum ni, aku memerlukan 4 bantal untuk tido.. kalau takde 4 bantal, confirm takley tido.. tapi aku dah kentalkan hati untuk mencuba sedaya-upaya untuk mengurangkannya pada 3 bantal sahaja.. so far, aku dah lebih kurang berjaya laa..

tetapi.. kalau aku tido berdua (bukan sebarangan orang ye).. pegi mampus laa semua bantal.. tiba-tiba share satu (untuk kepala) pun terus boley tido nyenyak.

Senandung K said...

hahaha! i pun slalu praktis steps 16 going on 17 tu. she's so pretty. and dress dia pun cantik!!!

eh. apsal i taktau dlm mira edora dia bersekolah kat sri kl? kalau i tau, i pun nak masuk skolah tu jugak. pasal dulu i tergila-gilakan julia rais.

btw, i kenal la alia zawani tu. haha. i thought u were talking abt the other alia.

fiQrEE@lias said...

hahah...
gelak sorang2 aku baca pasal ko..
cite SOUNDofMUSIC memang best..
all time feveret....

ko suka 16 going on 17...
aku suka gudbye farewell...

tapi memang kelaka ar baca blog ko...untung sapa kwan ngan ko...

valsa nine said...

best bace belog ni.. tp time nk letak komen tuh terlena sampai sahur sbb komen2 pelawat belog ini terlalu lah banyak.. amboi.. femes sunnguh!

p/s: nnt kim salam kak nak ye! haha.. aku pun nk g lah taman linkin, katne ye? :p ohya, aku tdo xde bantal pun takpe, asal katil/tilam best! tp kalo ade, akan ku letak atas mukaku ini! haha

klynnismail said...

"..kajian berapa banyak biji saga yang boleh dimasukkan ke dalam hidung."

kau ni sama macam adik akulah. masa tu mak aku terpaksa bawak dia gi specialist ENT sbb dah berdarah² x boleh kuarkan sebijik buah saga... hmm.. menyusahkan orang.

nasib baik kau kontrol macho.. hehe

~ChEnTa~ said...

woh jebon..tau lah aku nama ko.. (seperti yang aku jangka)
sangat klasik. bila dengar nama tu, aku tak tau kenape aku terbayangkan ko dgn kebaya ketat berwarna merah, berkain batik, bertumit tinggi.haihhh
maafkan aku kerna berimajinasi begitu :P

cik.sepi said...

nama orang gaji saya dulu2 pon kak nab, dan ketika itu, jiran saya juga bernama munirah. Tapi saya x pasti ada siti atau tidak!

haha. Sama tapi x serupa ;)

Anonymous said...

best baca blog kamu!
-peminat dari singapura

Bovril Lavigne said...

holy crap. u aRe as funny as my sister says u are :D

penguins said...

oh my god. i love this blog. ;D the humour is so damn good i fell off my chair wtf. :D :D :D

AinZa said...

lawak gila babas...jatuh chenta kat blog kamu...

Azzu said...

jumlah bantal aku kurang sebijik je dr bantal kau. ade org bagitau aku, org suka tidor bantal banyak ni budak manja. kau manja ke jebon?

aku nyesal klik hyperlink "ibunya si Hanis Zalikha" dgn tujuan nak tgk contoh2 biskot raye kalau ade. tp yg aku namapk kat situ buat aku makin lapar dan meleleh air lior je. aiseh. hehe

atheera.akem said...

hati aku boleh dipatah-patahkan banyah kali


hati kering ek?
bak sikit

Jebon said...

Ruchiano : Kau dengar lagi ke cd tu wei? :)

HaDi : Along memang best.. Hampir sama taraf dengan Bill Nye The Science Guy dan juga Beakman's World.

Fiza : Comellll?

izuan : kau dah kenapa ni izuan? sampai hati kau menuduh aku di bulan mulia ni? tapi apa kau cakap tu... bukan semuanya tak betul.

Shaza Hazwani : Kamu bertuah! Ada jumpa Julia Rais tak?

illi : terima kasih

krystal : oi oi oi oi! Sebab tu i malas nak webcam dengan you. nanti u nampak.

dam..dam..dum!! : Hahahah! Aku ingat jangan ketawa tu! Tapi aku tak ingat game show. Hmm.. Jutaria eh? Yang host dia Ahmad Tamimi dan pemenang ultimate dia nama Samerin ke apa, dia dapat Ferrari.

sipuri : Hahaha! Kamu boleh cuba. Aku tak perlukan senaman Kegel, memang dah semulajadi.

O my love : Hahahaha!! Terima kasih Ms Weed dan Malf!

Penance : Aku suka jugak bubuh bantal atas kepala, tapi teman sebilik aku di hostel dulu cakap penanggal je suka buat macam tu. Kuang ajo dia tu.

husna : kawan-kawan kamu understanding tak? kawan-kawan saya suka lompat-lompat bila bersama-sama naik lif. Kejam.

Nizzkee : Kamu ni gatey tau Nizz

Senandung K : Which alia? Tapi memang banyak alia dalam Subang Jaya ni.

Mira Edora sekolah Sri KL! You tengok uniform dia dalam tu. Dan ada satu scene tu cikgu dia drive keluar dari sekolah dan nampaklah papan tanda Sri Kuala Lumpur. I ada dvd kalau you tak percaya dan mahu kaji :)

fiQrEE@lias : Untung ke kawan-kawan aku wei? Macam selalu complain je dia orang ni. :)

Lagu tu So Long, Farewell lah, bukan Goodbye Farewell. Selamba je kau tukar tajuk eh?! Heh. Aku pun suka jugak lagu tu. Tapi tak boleh beat 16 going on 17 la.

valsa nine : Hahahaha! Kak Nak dah berhenti la.. lama dah. Lebih dari 10 tahun.. Rindu rasanya. Tsk.

klynnismail : Kami anak-anak yang suka mengkaji wei.. Tapi nasib baiklah kes aku tak sampai berdarah-darah. Aku tak boleh tengok darah, fakta no 16 :)

~ChEnTa~ : Cis kau!!!!

cik.sepi : Iya ke? Kak nab tu ada tak best friend nama kak izan?

Anon : Terima kasih peminat dari Singapura!

Bovril Lavigne : Thanks! But my sister thinks otherwise. Tsk.

penguins : LOL! Thank you Penguins. Anda boleh betulkan posisi sekarang :)

AinZa : Terima kasih. Jatuh chenta pada blog saja tak mengapa :)

Azzu : Mana ada aku ni manja! Aku tak manja! (buat muka kucing) Wei, bahaya wei kalau tengok blog mama hanis tu.. bahaya, bahaya.

atheera.akem : dah tinggal sikit je ni. pergi jemur hati sendiri kat belakang rumah. nescaya, akan keringlah ia.

Shaza Hazwani said...

malang nya , tidak . :D

dokodisko said...

ey apedaa wohnenn..

haha. aku pon tido pakai 3 bantal jek. paling penting badak pink aku ngn bantal busuk yg bak kate housemate aku klo bantal tu dibakar nnti keluar asap beracun dan asap tu berbentuk tengkorak.

roy bahagi? aku tak igt pon.. aku igt ela dan eli jek

Diloz said...

biar byk bantal jgn byk pompan.nnt maen perang bantal atas katil.fuh~comel juga.

dina said...

warghhhkahkahkah... kelakar gile la kau ni jebon.. tersedu-sedu akak ketawa... tapi tahan kencing tu akak pun terer... penah tahan kencing dari Ipoh sampai KL stuck kat jammed 2jam sampai rumah baru...legaaa!

Jebon said...

Shaza Hazwani : La.. Mungkin kamu hanya jumpa Putera pengacara Golden Teen Stuff.

dokodisko : Kalau Ella tak wujud dalam dunia ni, Wohnen la yang akan jadi ratu rok. Dia rok lebih sikit dari Abot.

Hahahaha!! Housemate kamu kelakar! Asap berbentuk tengkorak! Haih..

Roy Bahagi tu lawa gila laaa.. Ela & Eli, aku ingat lagi satu resipi dia orang. Nama masakan 'Buah Cempedak Di Luar Pagar'. Cara menyediakannya : Guna batang aiskrim, susun rapat2 membentuk pagar dan susun buah cempedak di tepi batang2 aiskrim yang disusun tadi. Siaplah, buah cempedak di luar pagar. Rasa nak penampo.

Diloz : Haaa?? Best juga...

dina : Hahah! Ipoh sampai KL?! Nak challenge ke ni kak? :)
Terima kasih kerana melawat sini.

dina said...

challenge? errr... (cuak dah ni)

Nizzkee said...

being gatey is a good thing.. ;)

tanpagraviti said...

aku suka lagu 7 Things tuh

kengkwn aku kata lagu tu x sesuai tuk laki sbb ada lirik ".... you like her"

ckp saja

"Dia lesbo"

Terus derg ulang2 lagu tuh kt youtube

fara-fatihah said...

comelnya entry ni.hehe

t e a m u c h o said...

ahah. sama lah. selimutkan bantal-bantal takut dorang sejuk. kalau satu tak kene selimutkan terasa tak sedap hati pula.haha.

hatemenot? said...

Aku rasa nama kamu Junaidah la...korrect?

Naniko says Ho Ho Ho! said...

aku pn rase name die junaidah ^^

tp jeb, lawak mak ko 10x lg klakar la. dating kt linkin park. class gile ^^

ann.jalal said...

1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, etc...
i, ii, iii, iv, v, vi, vii, viii, ix, x, xi, xii, etc...

ones: i
tens: x
hundreds: C
thousands: M
and so on...(xpractical langsung, nombor Arabic jugak yg best!)

coklat panas said...

baik jugak ko ni jebon takut bntl2 ko sjuk..hha

wallabiezz said...

klakar nye, terkekek2 aku bace ;p
taman linkin ye, cute nye mak

wallabiezz said...

siti sifir tu pun mmg klakar, mase aku kecik2 zaman kau mmg aku pun suke tgk siti sifir, konon siri paling berfaedah :D

Ahmad Tongkeng said...

heh heh heh
hah hah hah

no comment

Anonymous said...

junaidah kann???\