Monday, September 29, 2008

Entri Yang Tertangguh Disebabkan Tiada Kawalan Masa Dan Terlalu Banyak Menonton Upin & Ipin

Hari Khamis, 250908.

Aku perlu ke rumah Puan Nani untuk mengambil kuih-kuih raya yang telah aku pesan sebelum ini.

Jam 12 tengahari, aku tiba di hadapan pagar rumahnya, seperti yang dijanjikan.

'Ting tong!' aku tekan butang loceng, nasib baik butang locengnya berfungsi. Tak payah aku buat bunyi 'Ting tong!' guna mulut.

Ya, kadang-kadang bila loceng rumah aku gagal berfungsi aku akan buat bunyi 'Ting tong!' guna mulut dengan suara yang sedikit nyaring. Entah kenapa.

Aku dijemput masuk ke rumah untuk mendapatkan kuih. Aku fikir 'Ah, kalau aku tahu akan dijemput masuk ke rumah, akan aku pakai stokin cantik aku.' Masa tu aku pakai stokin buruk (bau aku tak pasti), aku harap mereka tak perasan.

Aku disambut baik oleh Puan Nani dan anak-anaknya.. Alisya memang sangat comel. Dia tenung aku tak kelip-kelip mata seolah-olah hairan. Mungkin sebab rambut aku semacam..

Atau mungkin, dia perasan stokin aku buruk. Damn..

Setelah membuat bayaran, aku minta diri.

Di dalam kereta, 5 balang kuih mula bercakap sesama sendiri. Seperti donuts milik Nais, kuih juga boleh bercakap. Setiap balang kuih memujuk aku untuk merasai kesedapan mereka. Aku buat-buat tak dengar. Aku kuatkan volume radio, Safe From Harm dendangan (dendangan?!) Massive Attack berjaya menenggelamkan suara-suara kecil kuih.

Alhamdulillah, aku berjaya puasa hari itu walaupun dihasut oleh 5 balang kuih.

Hari Sabtu, 270908.

3 daripada 5 balang kuih raya yang sepatutnya dimakan semasa raya telah pun selamat dihabiskan.

Ada lagi 4 hari sebelum raya dan masih ada 2 balang kuih saja lagi.

Mampukan 2 balang kuih itu bertahan sehingga pagi raya?

Adakah aku akan terhabiskan kesemuanya sebelum pagi raya tanpa sedar?

.......

Mungkin.

Apa aku nak jawab kat Bini Mat Nor ni?

17 comments:

miezi said...

sekian lama menunggu update, akhirnya. selamat hari raya :)

Anonymous said...

selamat ari raya!

manusia terlantar said...

selamat..selamat dunia akhirat..

Bagitahu je dekat bini mat nor balang kuih telah dilarikan oleh tikus besar atau musang dari kawasan sekeliling..

Mungkin beliau akan percaya.. Mungkin~

Rocky boleh gantikan kuih itu tak?

Jebon said...

miezie : terima kasih :)

anon : sama juga pada anda!

manusia terlantar : Wei.. kalau aku gantikan kuih dengan Rocky, ternyata Bini Mat Nor akan menggantikan makan malam aku dengan penampar. Percayalah..

Colleen said...

Just cakap kat your mom, masa tu you tersangatlah lapar dan malas nak keluar beli makanan.. so you pun terpaksa makan je kuih yang ada. :P

Funny lah u!

dyana said...

selamat hari raya.=)
sangatlah lama saya baca blog anda secara senyap-senyap.
haha.

btw,apa kata you beritahu your mum yang you tertinggal balang kuih tu di rumah.
rasanya mak you mesti redha je,walaupun mak you akan 'beebuzz' di telinga anda.
ke you akan tetap dapat penampar?

Penance said...

atau, berterus terang saja yg kau terlanjur dengan kuih tu. kau nk rasa je tapi terrhabiskan kerana kurang kawalan diri. kan hari raya hari mintak maaf. harap2 Bini Mat Nor kau maafkan dan kau mampu pulang kesini utk menulis lagi.

magenta said...

Hehe. Cakap Hadi yang makan. Pastu bila adik kau marah, cakap "maaf zahir batin".

Dani Izwan zainol said...

kan senang kalo ko ckp kat mak ko yang balang2 kuih tu dah habiskan kuih raye kt dlm tu..mst mak ko percaye..kalo mak ko tak percaye, aku percaye rocky one pun tak dapat tolong.

Jebon said...

Colleen : You ingat my mom terima alasan macam tu? Jangan harap ok.. Rendang you apa khabar? :)

dyana : Ya, bagus juga jika kamu sudah lama baca blog ini secara senyap-senyap kerana jika kamu baca secara bising-bising mungkin akan mengganggu konsentrasi orang sekeliling kamu (ok lawak bodoh. lapar. sorry!)

sudah terlambat untuk beri apa2 alasan pun.. balang kosong telah diserahkan. cuma penampar saja belum diterima.

Penance : Lol! aku dah terlanjur dengan kuih? Haduh.. Sungguh misteri bunyinya...

magenta : Memang hadi yang makan! Salah satu dari 5 balang. Tapi idea kau memang boleh pakai la. Tengs :)

Dani Izwan zainol : Idea kau ni kan, kadang2 boleh bikin aku rasa takjub. Rocky one memang tak boleh tolong, dia balik raya kat taiping.

Izuan said...

sedap sangat ke kuih tuh? meh sikit aku nak rasa.

Jebon said...

maaf izuan, dah habis. anda terlambat.

ahwin66 said...

alahai..since kuih tu bercakap sesama sendiri kan..nko temberangla kat mak nko..cakap..masa kuih tu tgh bercakap..kau overheard diorang ngutuk ko kaw-kaw punye..so nko geram..nak seek revenge,...nko MAKAN DIORANG SEMUA>>BARU PADAN MUKA diorang yg suka ngumpat tuh

2. tak pun nko cakap...masa diorang tgh persuade nko makan tuh...diorang tebergaduh..pastu makan sesama sendiri..

takkan mak nko x percaya kot?

Jebon said...

ahwin66 : setakat ni, cadangan kau aku anggap yang paling genius sekali. Tahniah!

dina said...

ahwin66 tu memang mempunyai kadar humor yg genius... jeb, dah dapat penampar ke belum? (terlepas entri ni seminggu)

reena said...

bgus2 dapat puasa!

ShaDaDooWapBeDoop said...

Upin & Ipin

" btol btol btol btol!!!!"