Sunday, September 7, 2008

Di Dalam Dilema

Semalam aku menghadapi kesukaran untuk tidur walaupun aku sangat mengantuk.

Aku rasa aku terlelap pun dalam pukul 7 pagi tadi.

Mungkin.

Mungkin juga pukul 6.47... Aku tak pasti. Aku tak tengok jam.

Sekarang, aku baru bangun dari lena.

Aku bangun dan terus hidupkan komputer riba yang dah memang sedia ada atas riba aku sejak malam tadi.

Periksa Facebook. Main aplikasi permainan BlackJack. Kemudian tersedar 'Eh, bulan puasa tak baik berjudi.'

Aku pun main Text Twirl.

Tiba-tiba aku perasan akan sesuatu di bahagian bawah kanan skrin komputer riba dan terkejut. Aku toleh pada jam dinding pula. Terkejut juga. Lihat pula pada jam tangan yang tersadai di lantai. Terkejut lagi.

Sekarang aku di dalam dilema.

Jam dinding menunjukkan sekarang pukul 2.45 petang.

Jam tangan menunjukkan sekarang pukul 2.53 petang.

Jam komputer riba menunjukkan sekarang pukul 6.40 petang dan bermaksud waktu berbuka puasa kurang dari satu jam saja lagi.

Aku turun untuk mendapatkan kepastian dan pengertian dari Bibik, "Sekarang jam berapa Bibik?"

Bibik jawab, "Jam 3, sayang."

Ah! Aku mahu percayakan jam komputer riba saja.

Aku tak peduli.

20 comments:

Mas Mohd Yunus said...

mungkin kamu berada di dimensi lain? aduh!

ghost said...

mungkin pengajaran dari cerita ni, jgn keluar dari bilik.

47 said...

ok ini cadangan yang kurang sihat, tapi berguna untuk mengelakkan keadaan macam ini.

eat the whole night+early morning. bw makanan dan makan sikit-sikit dan minum sikit-sikit sampai dah habis waktu makan (imsak?).

keesokan akan rasa sedikit bloated, tapi masalah kelaparan akan berkurang secara drastik haha ;)

but the downside is at the end of bulan puasa, you're gonna look like a balloon (not applicable to me, high metabolic rate + tall).

Miss Ierdamonicious said...

apa kata tukar system dari 12 ke 24 jam,mesti lg gelabah kan,wakaka!!

manusia terlantar said...

Agak-agak kalau ko bangun tetiba suyash ada kat tepi ko tgh main laptop ko mesti ko lagi gelabah kan..

??

Hadie said...

jam-jam yang penuh misteri...

hana_lalalala said...

hahahha update the time on your lap top!!!!!!!!!

or kalau nak, forward kan semua jam in the house

ngeheheh naughty

stu_comot said...

comell je!!

::n.u.r.u.l.a.i.m.i:: said...

kelakar bila u teringat main black jack kat facebook tu haram =))

nak senang control lapar, jangan peduli tentang masa dan buat benda lain :P

aku_yanhashim said...

dah lama aku tak check facebook.
jom berbuka
aku lapar

Jebon said...

Mas Mohd Yunus : Mungkin.. mungkin.. (diikuti dengan ringtone lagu tema Misteri Nusantara)

ghost : Mungkin juga. Atau, kalau nak buka puasa sebelum waktu berbuka jangan tengok jam.

47 : Haha. Sungguh tidak sihat! Takut tak muat baju raya. Menangis Bini Mat Nor nanti.

Miss Ierdamonicious : Wei, tak boleh wei.. Aku senang keliru dan matematik aku lemah.

manusia terlantar : Imaginasi kau ni kan... Melampau. Tapi memang ngeri la.. Nak2 lagi kalau dia tengah main Solitaire.

Hadie : Kalau aku terberbuka sebelum waktunya, blame jam-jam itu.

hana_lalalala : Pandai :)

stu_comot : :p

n.u.r.u.l.a.i.m.i : benda lain tu apa? tonton rancangan kuali? tsk.

aku_yanhashim : pukul berapa?

Sue Anna Joe said...

Kalau takda jam langsung macam mana. Bibik awak pemes la dalam blog awak ni. Dia tahu tak awak bercerita tentangnya.

Jebon said...

Kalau tak ada jam langsung, saya akan berbuka sejurus selepas mendengar azan zohor.
Bibik tak tahu. Kalau dia tahu sudah tentu dia mahu saya post gambar dia yang diambil di studio kedai ambik gambar. Bibik agak gila glamer ekceli.

rapheydhillo said...

saya baru jumpa blog ni.. kelakar gila..

dam..dam..dum said...

bzzzz..meeting sengal..baca blog ko lagik best!!

zzizz said...

Hahaha... Kalau kul 3 petang tu ok la.. Satu hari dah abis dengan tido je...

My Featured Wikipedia Article @ GoWikipedia.blogspot.com

cik.sepi said...

selamat menikmati Ramadhan, jebon :D

Jebon said...

rapheydhillo : eh? terima kasih :) lawatlah selalu.

dam..dam..dum : wei, kau meeting sambil baca blog ke? sungguh selamba. bagus! aku suka.

zzizz : Itulah pasal. Agak-agak markah puasa aku kena potong tak wei?

cik.sepi : Sama juga pada anda! :)

Diloz said...

bibik mu sungguh kejam.
dan jam komputer riba mmg sungguh memahami =)

Mata Seorang Pejuang said...

lawak la ko ni jebon