Monday, August 4, 2008

Namanya Nima 2

Nima, teman serumah aku, Pak Arab yang suka menyanyi lagu-lagu Michael Learns To Rock, sudah berpindah beberapa hari yang lalu. Apa sebab dia pindah tidaklah aku ketahui. Aku relakan saja..

Tak banyak memori yang aku kongsi bersama dengan Nima sebab kami selalu berkurung sahaja dalam bilik masing-masing. Tapi aku agak merindui lagu-lagu (ya, aku mengaku!) dari playlist Nima seperti Paint My Love dan Nothing To Lose nyanyian MLTR, Cheeky Song (Touch My Bum), Still Loving You nyanyian Scorpions dan Goodbye nyanyian Air Supply.

Namun aku pasti, adik lelaki aku mesti merindui teman wanita Nima, seorang gadis Korea, yang selalu lepak di ruang tamu rumah bersama kawan-kawan perempuan Koreanya yang lain. Gadis-gadis comel. Mereka tak faham apa adik lelaki aku cakap dan adik lelaki aku pun tak faham apa mereka cakap tapi mereka saling memahami.

Teman wanita Nima faham yang adik lelaki aku suka lihat dia dan kawan-kawannya pakai hot pants dan adik lelaki aku faham yang mereka selesa memakai hot pants kerana cuaca negara kita panas.

Saling memahami.

Namun begitu, ada satu kejadian yang aku sukar untuk lupa tentang teman wanita Nima. Kejadian ini berlaku beberapa hari sebelum Nima berpindah.

Aku pulang dari kerja awal pada hari itu. Aku masuk ke bilik dan seperti biasa, aku dapati yang lagu Paint My Love sedang berkumandang dari bilik Nima. Aku lontarkan diri atas katil. Mahu tidur.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi suara teman wanita Nima sedang melafazkan perkataan-perkataan yang aku tak faham, yang pastinya apa yang dilafazkan itu dengan jelas menandakan yang mereka sedang berasmaradana atau bersetubuh atau bersenggama atau buat sek (kata budak-budak bawah umur yang tengok filem lucah di kafe siber IMAX Seri Ampang, Ipoh).

Bila aku dengar suara mengerang teman wanita Nima diselangi dengan baris-baris kata lagu Paint My Love, aku jadi segan (entah apahal). Jadi aku pun lakukan sesuatu untuk memberi indikasi kepada mereka yang aku dah balik rumah, silalah bersetubuh tanpa bunyi.

Aku buat-buat batuk kuat-kuat.

Ada bunyi asmara lagi.

Batuk lagi.

Masih ada bunyi asmara.

Batuk dengan lebih kuat hingga tekak rasa pedih.

Tiada lagi bunyi asmara.

Lega.

Aku baring, cuba untuk tidur..

Buat pertama kalinya aku rasa bahasa Korea tu seksi...

12 comments:

Azzu said...

aku rasa seksi lagi bahasa Tamil, kau pernah dengar tak?

Tok Rimau said...

kacau daun la kau ni.

krystal said...

Opa...Sarangeyo! Im dating a korean and he speaks no Korean at all...Aku rasa bahasa Korea tak sexy sama sekali

Alma said...

haha kalau si julie tu sedang berasmaradana kuat2 takde pulak kau buat2 batuk ; )

Jebon said...

azzu : belum pernah dengar bahasa tamil.. rasa rugi pulak.. nanti aku cari housemate Tamil pulak.

tok rimau : Tok, susah tok. Kalaulah batuk aku tu tak boleh beat bunyi gadis Korea tu masa tu, kemungkinan untuk aku tiba-tiba berpegang pada saying 'If you can't beat them, join them' tu agak tinggi.

krystal : sebab kamu tak pernah suara gf Nima sewaktu sedang berasmara.

alma : julie tu lain cerita alma.. dia tu macam bercerita tau.. so aku dengar la.

Angel On My Bike said...

haha.mcm haram.aku pun penah dgr benda mcm ni berlaku.so aku trus masuk bilik air sbb malu.ya junad, aku pemalu orgnya.jgn tak percaya ok.

zureen said...

omg. kt IMAX cc in seri ampang tu budak2 selalu tengok porno ke? what a shame, what a shame.

i thought an IMAX cc is the last place for them to watch such things.

IMAX kan mcm up market sket.

naza said...

kau punya crita macam majalah gila2.. good idea

naza

Jebon said...

Miss B : Aku pun pemalu jugak. Kau kena percaya.

Zureen : Betul.. dan kebanyakan budak-budak tu tinggi sikit je dari my pinggang.

Naza : Gila-gila? Lama tak baca.. Terima kasih :)

pikakitty said...

bahasa korea sexy ^^

hohoho

nadya said...

dia tengok vcd lucah ke dia betul2 wat sexs? duhh.

schmeltz said...

lawak la kamu ni..