Tuesday, August 26, 2008

Misi 2 (Mission. Bukan jururawat, tahu?)

Jika ada antara kamu yang kata tak pernah beli dvd cetak rompak, kamu adalah penipu.

Kedai dvd kegemaran aku adalah yang di SS2 Petaling Jaya. Di kedai SS2 ini terdapat banyak filem yang ada di antaranya tidak boleh didapati di mana-mana kedai dvd original terkemuka pun. Sebagai contoh, filem Underground. Dan box sets siri-siri tv kegemaran aku (Weeds!!!! Atau Samantha Who? sebab dia comel).

Aku suka.

Tapi aku perasan, jika aku minta tauke kedai itu dvd yang memang betul-betul sukar didapati, sebagai contoh filem Jepun 'Welcome Back, Mr McDonald' (Nais, kau kedekut!), dia akan cakap 'Aiyo, soli la, sudah habis wo itu..'

Padahal dia memang tak ada jual pun dvd filem tu. Tapi dia takkan mengaku yang dia tak jual, dia akan kata dah habis dijual, no matter what.

Kalau kamu bosan dan tiada apa untuk dibuat, sila pergi ke kedai dvd berhampiran dengan kamu dan cuba minta satu dvd filem yang tidak wujud.

Macam 'kawan kepada kawan aku' (aku takkan buat benda yang membuang masa begini, ahem), 'dia' pilih peribahasa secara rawak sebagai tajuk filem yang kononnya 'dia' cari.

'Bos, itu dvd 'Melukut Di Tepi Gantang' ada ka?'

'Aiyo, soli la, sudah habis wo itu..'

Selamat mencuba.

Kalau tak nak guna melukut di tepi gantang, boleh guna peribahasa yang lain. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit ke, kacang lupakan kulit ke, sambil menyelam minum air ke.

Kalau tak tahu peribahasa, buka youtube, cari Karam Singh Walia.

Amaran keras : Mami Jarum atau Mami Jarum Junior bukan peribahasa.

46 comments:

Marjerin said...

idea mengisi masa lapang di bulan puasa.

luah_rasa said...

ckp dia tak baik tipu ooo~!!!
woolaiweiii~!!

izuan said...

haha, nampak sangat tauke tuh menipu.. kenapalah tak terus terang aje?

Phat-ness said...

ak pun ade skali buat gak...jawapan ak dpt lagi terer.

'Itu belom mali lagi woo...coming soon'

Walhal mmg sah2 dh citer mmg x wujud

lol ;p

dilanun said...

'Bos, itu dvd 'Melukut Di Tepi Gantang' ada ka?'

'Aiyo, soli la, sudah habis wo itu..'

'Dah habis ke? Kalau bos dpt carik malam ni saya sanggup beli RM100. Hangat woo di pasaran itu dvd'

Biar melilau die carik.

Sue Anna Joe said...

Anda harus cuba ke kedai DVD berhampiran Giant kecil Kelana Jaya, saya rasa lebih hebat dari yang di SS2 (yang berhampiran Murni tu kan?)

Anda telah memberi saya satu idea. Tapi kerana idea ni best, saya akan rahsiakan dulu. Jeng jeng jeng.

*i is waiting for ur email*

TunaOK said...

Kerja pertama aku sebagai shop assitant. first thing senior ajar aku ialah cakap 'habis stock'

aQila aini said...

haha.. sah menipu!

nak menipu pun pandai2 lah.

sewel!

aku_yanhashim said...

Kalau aku tanya macam tu, Boss (tokry jual dvd) akan cakap :

Celita itu sudah lama woo. Talak keluar lagi. U beli ini la (sambil tunjukkan cerita ntah apa-apa ntah).

Fafa said...

i was on the phone sambil reading ur blog,then when i terbaca
"Kalau tak tahu peribahasa, buka youtube, cari Karam Singh Walia."

i told my friend to call me back so that i leh gelak terbahak-bahak.omg! ur soo funny!and its spontaneous,not overrated.

along said...

gler kelakar...

amir syafiq said...

err cina dvd kau sama dgn mamak tempat aku la.dulu aku order air semayang,dia angguk je.pastu lima menet kendian,dia datang cakap air semayang dah abis.

husni said...

itu nais punye tu aku yang belikan tau...(saje ungkit)

Miss Ierda said...

tengah sedih,baca blog awak leh happy balik tau.wakaka......
dah jd cm habit plak,coz duk baca blog nih.

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Nasib baik tak klimaks baca post anda.
Kalau tak kena junub abang hari ni.
Posting anda memang mengghairahkan minda!

Cath said...

Okay aku akan cuba
Aku akan gunakan Bahasa Iban

Ayoh!
Bolos saja kepala hotak Cina bengong itu!

hana_lalalala said...

hahhahaa kelakar gile!!!

i nak cuba peribahasa "bagai menghitung bulu kambing"

cat!!! bahasa iban? kikiki.. mesti org tu ternganga!

erm said...

aku pun selalu pegi kat giant kecil kj,beli tv series

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Saya cadangkan saudari mendapatkan dan menonton ke semua siri filem Lone Wolf and Cub atau seberapa banyak genre filem Jidaigeki untuk mengisi masa di Bulan Ramadhan ini.

dam..dam..dum..bunyi mercun!! said...

jeb(nama manja ko)..semenjak 2 menjak aku berkenalan dengan blog ko nih,ati aku teruja(erti kata lain xcited) nak melayari internet.asik2 bukak frenster,utube..buhsah!!so aku ada lagu spesel untuk ko..tajuknye cik gigi..(sila dengar iklan hotfm, baru ko paham ertikata lagu ini)chiow!!!

Hanis Zalikha said...

YA ALLAH COMEL SANGAT PERIBAHASA YANG JEBON, EH, 'KAWAN KEPADA KAWAN JEBON' PILIH.

Jebon said...

Marjerin : Yeah.. bulan puasa memang waktu yang sesuai untuk bermarathon dvd. Oh, dan beribadah.

luah_rasa : kalau aku cakap pun dia buat tak tau je.. dia akan cakap 'adalaaa.. tapi sulah habiiisss.. picaya la sama saiyaaaa..'

izuan : sebab dia nak jaga reputasi kedai dia.. kononnya kedai dia ada semua cerita.. effortnya itu aku hargailah sikit.

Phat-ness : Hahahahah!!! Kuang ajo betul.. coming soon.. haduh..

dilanun : Sekali dia jumpa! Dalam poket ada RM10. Apa maciam?

Sue Anna Joe : Iya! Saya juga pergi ke kedai itu kadang2! Yang kat SS2 tu bukan kat Murni, tapi yang depan Indo Mi tu. Kat tingkat atas. Konon secluded sikit tempatnya..

Tak sabar nak lihat apa idea baru anda yang rahsia tu! Lepas ni kalau orang tanya 'Jebs, kau kenal ke Sue Anna Joe tu?' seperti biasa saya akan exaggerate 'Kenal? Huh. Aku ni muse dia tau tak? Aku bagi dia idea baru yang rahsia!'

*I is still thinking.

TunaOK : Ish, ish, ish..

aQila aini : Haha.. Tu lah.. Nak menjaga reputasi kedai..

aku_yanhashim : Memang! Itu pun lagi satu respon terkenal.

Fafa : Thanks Fafa :)

Along : Apek tu

amir syafiq : LOL!!!! Wei lawak wei!! Agak2 kalau aku order nasik kangkang kat mamak kau, mesti dia kata dah habis jugak.

husni : aku tau.. dia kedekut gila dengan aku wei. dahlah postcards moma pun aku tak dapat lagi!

Miss Ierda : Wah, terima kasih. Komen anda sungguh mengharukan.

TTB : Minda juga boleh orgasm!

Cath : haha! Semoga berjaya! Sila beritahu aku apa keputusannya.

hana_lalalala : LOL! Kalau ada betul cerita bagai menghitung bulu kambing tu i nak pinjam :)

erm : dah lama tak pergi situ.. mungkin patut pergi cekidaut ini malam.

TTB : Baiklah, saya akan cuba cari. Tora Tora Tora tu jidaigeki jugak ke aa? Tapi betul lah, saya mahu cari filem-filem Jepun. Tak tahu mana boleh beli. Kalau terjumpa Yoshino's Barber Shop tolong belikan dulu. Terima kasih.

dam..dam..dum..bunyi mercun!! : Cik gigi? Macam kenal aku je kau ni.. Kalau kau bosan asyik2 bukak friendster dan youtube, apa kata kau bukak akaun Facebook? Ha.. Cubalah.. Tapi, aku akan cuba dengar iklan cik gigi tu. Terima kasih.

Jebon said...

hanis zalikha : Terima kasih... kata kawan Jebon :)

nais said...

i'm not kedekut! remember what happened to my copy of 6shorts? and that was in 2002

sa said...

sebab entri yang ni, terus sangkut membaca blog ni.

*bookmark.. boomark!

LIYANA said...

LOL!!..terbahak2 aq gelak bace entry nih...

weeya said...

funny.
kelakar.
lucu.
saye gelak dan ketawa.
terima kasih.
i made a link to ur blog.

cempaka.ism said...

krkrkr, gila sengalnya!

yoshz said...

apa kata suruh dia carik cerita "padang jarak padang tekukur". habis seluruh seksyen filem perang dia kumbah.

husni said...

hahaha...amik kau kene ungkit kisah 2002 dgn mm...

aku_yanhashim said...

setiap hari ahad akan ada pasar malam berdekatan taman aku.
jadi, bila ada pasar malam.. akan ternampaklah dua tiga tokeys dvd cetak rompak. untuk menyahut cabaran sukar dari jebon, aku dengan selamba tanya tokey dvd tu.

aku- "hello boss.cerita melukut di tepi gantang ada tak?"

tokey dvd -"cerita melayu ka?"

aku- "ha ah".

tokey dvd- "itu cerita belum keluar maa."

aku terketawa kuat-kuat kat situ.

husni said...

dude...mami jarum junior tu for realz ke? ade ke movie tu? dayumnnn

Azzam?? said...

ooo... patut laa ko diam kat sini.. terlepas kat melaka rupanya! hehehe =D

sarahz said...

hellooo...update la =(

btw, selamat berpuasa!

Jebon said...

nais : ya! ya! ingat! ya, aku salah! sorry laa...

sa : heh. terima kasih!

LIYANA : cuba eksperimen,kalau berani.

weeya : thanks weeya :)

cempaka.ism : betul wei. sila cuba.

yoshz : hahahaha!! nanti malam aku cuba.

husni : kau jangan nak jadi api-api kat sini.

aku_yanhashim : hahahahahaha!! tahniah!

husni : betul wei, ada mami jarum junior. aku tak tipu..

Azzam?? : hahaha! itulah.. wei, ikan bakar kat situ gila best wei.. dan nasik lemak bungkus kecik tu.. fuish..

sarahz : updated! selamat berpuasa juga! :)

Anonymous said...

boleh tau di mana kedai vcd kat ss 2?

-ena-

Jebon said...

Hi ena. Kedai tu sederet dengan balai polis. Dan berhadapan dengan tempat-tempat makan yang banyak tertulis indo mee indo mee.. Oh, depan gerai yang ada tulis teh misai.

Anonymous said...

hehe.. terima kasih for the info. btw u ni laki ke pompuan? hehe.. suka lah baca this blog. lain dr yg lain. keep it up? u dulu 2 orkid sekolah mana? sri subang or subang jaya

-ena-

schuhz m. said...

bercakap tentang weeds, scene nancy gettin' it on dengan mamat latino atas bonet kereta sambil nancy pakai cowboy boots macam hot. season 1.

Jebon said...

Ena : SRKSJ :) Gender itu..tidak penting. Heh.

schuhz m. : Bukan macam. Memang hot. Nancy Botwin tu hot gila laa.. Aku pun nak hisap dadah kalau dia jual kat aku.

one love said...

tapi kedai tu tetap cool...

walaupun skrip dia sama, 'sudah habis wo'

ledisordre said...

tak sabar tunggu weeds season 4 punya season finale! dammit! eh ke dah kluar?

Jebon said...

one love : kan? heh..

ledisordre : aku pun tak sabar!! apek tu kata 'belum keluar lagi!' kalau dia kata 'sudah habis woo' memang aku tumbuk dia disitu.

coklat panas said...

aku nak try gak la..nice idea..

wallabiezz said...

haha yeke pek tu akan cakap dah abes no matter ape crite pun? mati2 aku ingat ade cerita melukut di tepi gantang wei ;p ni apek besar2 yg ade jual henfon yg suke makan nasi lauk petai tu ke? yg ade mak apa die skali time die menjual tu?

amir syafiq said...

err cina dvd kau sama dgn mamak tempat aku la.dulu aku order air semayang,dia angguk je.pastu lima menet kendian,dia datang cakap air semayang dah abis. => klakarr gile!! betul ke buat ni??

Anonymous said...

peniaga cina mmg camtu...mcm 1 kepantangan pd mereka mengatakan mereka x jual sesuatu barang..so mereka tteap ckp dh abes w/pon mmmg x jual..:)