Thursday, August 21, 2008

Manipulasi

Bercakap dengan Sue Anna Joe untuk pertama dan terakhir kali setakat ini.

Rantai Art Event,
MIA Arthouse,
2007

Jebon : Hello. Maaf, tumpang tanya. Paintings tu untuk dijual ke? (mumble, sebab memang semulajadi)

Sue Anna Joe : Huh? (sambil menjahit sesuatu)

Jebon : Tu.. paintings tu.. untuk dijual ke? (mumble lagi, sebab memang semulajadi)

Sue Anna Joe : (berhenti dari menjahit seketika untuk melihat muka aku) Huh?

Jebon : Takde apa-apa. Terima kasih. (senyum sambil maki diri sendiri sebab suka mumble. Lain kali cakap buka mulut! Mesti buka mulut!)

Di luar bungalow tersebut.

Kenalan Jebon : Dah rasa Sue Anna Joe punya Chocolah?

Jebon : Oh, aku baru je sembang dengan dia kat dalam tadi (nada angkuh, tak jawab pun soalan pasal Chocolah)

Kenalan Jebon : Iya ke?! Kau sembang apa dengan dia?

Jebon : Pasal paintings.

Kenalan Jebon : Waaah.. Kau kenal dia ke? (terpegun)

Jebon : Kenal la (dia je tak kenal aku). Aku kan kawan dengan dia kat MySpace.

Kenalan Jebon : Waahhh...

Jebon : (Kau tak tau ke dia ada 83,304 kawan di MySpace? Aku mungkin yang ke 73,283)

16 comments:

Zaini said...

haha.

tunggu tuan pnye bodi komen nntih.






heh.

Hadie said...

hahaha...

ya lah, tunggu reply dr dia nih..

Sue Anna Joe said...

.........

(mumble, sebab memang semulajadi)

Sue Anna Joe said...

Wait. Ahaha, okay. Aku memang blur, i tot u said i was the one yang mumble, jadi sila hiraukan ulasan saya dia atas.

Serious, aku ni memang blur, sebab ada masalah mengambil perhatian bila orang bercakap.

Selalu menjadi masalah bila berada dia kaunter bayar. Contohnya:

Kejadian semalam:

Cashier: "..........?"
Anna: Uh, takde... huh?
Cashier: Ada bonus link tak (sambil menunjukkan gambar kad bonus link)
Anna: Oh... takda.

Kejadian kerap:

Cashier: "......... sen"
Anna: (sambil mengeluarkan duit)... huh?
Cashier: RM 23.70.. (sambil menunjukkan nilai dia cash register)
Anna: Oh.. (angguk, lalu memberi wang) Terima kasih, dengan muka tersenyum yang comel.

Sue Anna Joe said...

Statistik anda tidak betul, terkini, campur 300 friend request.

83,604 friends.

Oh ya, painting itu memang untuk dijual, dan sudahpun terjual. Kalau dibuat lagi, mahukah anda beli?

Jebon said...

zaini dan hadie : ha ambik kau, 3 kali komen tu..

Sue Anna Joe : Tanpa kamu sedari, komen kamu sudah boleh membentuk satu post :)
Ada lagi lukisan? Hmm... mungkin, mungkin... Tengok pada harga. Lebih mahal atau murah dari spek mata Dior kamu?
83,604 friends?!? Dalam 83,604 tu berapa ramai yang lahir kat Assunta?

Sue Anna Joe said...

Setakat pengetahuanku, sorang saja, itupun jika kamu masih ada di myspace saya, adakah?

Myspace saya tu, hanyalah sekadar, uhmm, bank pelaburan. Tempat melabur manusia secara online.

Online business. Yang bisa mendatangkan sumber pendapatan, percaya atau tidak, melalui myspace lah, saya telah diterokai untuk membuat poster susuk itu.

Terpulang, jika anda mahukan yang bernilai Diorku, bolehku tatahkan painting itu dengan intan berlian.

Masa di rantai tu, harganya from
RM 20- RM 45.

Ada tak request? Binatang kesukaan ke? Warna kesukaan ke? Mungkin saya bisa membuatnya khas untukmu.

"tanpa kamu sedari, komen kamu sudah boleh membentuk satu post :)"

kamu orang kedua berkata begitu. wow.

Jebon said...

iya, iya.. saya masih berada di dalam list kawan kamu di myspace the last time i checked.

ooo.. jika RM20-RM45 bagus juga.. memang mahu beli sebab mahu pindah rumah. sila beri informasi di mana mahu lihat paintings tersebut. terima kasih puan.

Sue Anna Joe said...

ada tak request, cam ada feberet animal ka, object ka, warna ka, boleh saya bikin. wooo.

aku said...

=)

Sue Anna Joe said...

tiba tiba rasa malu sebab tinggalkan banyak komen. nampak sangat tidak cool, tenang, dan rileks.

kalau rajin, email saya k. we borak pasal painting. ooh yeah.

sueannajoe@gmail.com

Jebon said...

Hahaha.. Kamu cool, tenang dan rileks, tidak kira apa.

Email akan kamu terima tidak lama lagi :)

Ahmad Luqman said...
This comment has been removed by the author.
Sue Anna Joe said...

Jebonte, aku rasate kamu lah yang beli canvas yang ada perempuan pakai spek buh manik-manik tu kan masa RANtAi last year, booth chocolah.

Sebab aku baru tgk gambar anda kat Hanis yang tinggi tu. And aku rasa macam ya, itu memanglah Jebon.

Hwuahwauwhauwahwua. So was it you? Or was it someone else. But I have a feeling its you.

Sebenarnya even before I saw your pic, ada terlintas was it that person? At that time you had the misai picture up. :)

Cause if it was you, nak tanya, manik dia tercabut-cabut tak? Ahahahaha.

Okay, termasuk yang ni, ni komen yang ke-7 saya pada entri nieh. Oh I got no shame!

Wow tujuh, nombor ada ongla. Btw, sudah pindah rumahkah kamu?

Dan, saya mimpi kamu lagi, rasanya ni kali ke dua. I blame Hanis cause of the picture. Nanti akanku detailkan mimpiku itu dalam blog nanti.

Ok dah.

Adalahhh. said...

E'eh Jebon. Awak ada mespes kah? Apekah alamatnya, Jebon? :D

(tukar topik pulak)

PS: Best-lah blog awakkk.

Anonymous said...

(Sila insert bunyi cengkerik di sini)