Monday, August 11, 2008

Jiran aku artis hip hop. Jiran kamu?

Rumah sebelah kiri rumah aku dihuni oleh sekumpulan pelajar-pelajar kulit hitam Taylor's College dari Afrika. Mereka suka pasang lagu-lagu hip hop kuat-kuat seolah-olah rumah mereka itu adalah sebuah kelab malam hip hop. Mereka pasang lagu-lagu itu sepanjang malam dan menyebabkan aku dan jiran-jiran lain sukar untuk tidur.

Aku panggil rumah mereka Ghetto Heaven.

Pagi tadi sewaktu aku hendak memandu keluar dari pagar rumah, aku dihentikan oleh salah seorang penghuni Ghetto Heaven. Penghuni Ghetto Heaven 1 nama dia.

Aku turunkan cermin tingkap kereta dan berkata "Whuttup foo?" dalam hati.

Penghuni Ghetto Heaven 1 itu memakai serba putih, nampak bersih tapi seluarnya itu boleh memuatkan aku empat beradik.

Dia menyerahkan aku cd. Setelah dia ulang tiga kali, barulah aku faham yang dia kata itu album dia dan dia bagi aku percuma.

Aku bukan apa, tapi orang-orang kulit hitam dari Afrika yang tinggal di kawasan rumah aku ni suka menyamar sebagai Americans untuk mengurat wanita. Kononnya mereka P. Diddy, 50 Cent, Jay Z. Dan SS15 Subang Jaya ini adalah Brooklyn atau Queens. Hmm.. SS15 macam Brooklyn.. Di Brooklyn ada tak wanita-wanita tua Cina yang buat senaman tai chi berirama di taman permainan?

Dari segi pemakaian, memang boleh lepas jadi Jay Z, tapi bila buka mulut untuk bercakap, memang agak kantoi dengan loghat mereka yang sukar difahami. Mungkin juga aku yang pekak.

Mungkin.

Jadi, aku ucapkan terima kasih pada Penghuni Ghetto Heaven 1 atas pemberiannya itu. Aku pandu terus. Aku lihat kulit muka album itu, baru aku tahu, nama dia King Lhota. Nama album dia Posi+iv Vibrationz.


Aku rasa sedikit terharu sebab King Lhota menghadiahi aku albumnya walaupun aku tak pernah bertegur-sapa dengan dia.

Terima kasih King Lhota.

Kalaulah dia tahu yang setiap kali polis datang ke rumahnya untuk beri amaran akibat pasang lagu kuat sangat tu sebab aku yang buat aduan....

32 comments:

dey said...

junad(bukan nama sebenar)
ko da layan ker lagu2 king lhota tu?

H&F said...

ha ah. mcmana dgn lagu2 beliau?

aku ada students dari suku sakat ni. aku panggil depa Destiny's Child (tp yg belum makeover la..) ada sekor ni nama dia Oguntayo, tp entah kenape sume org kena pggil dia Christiana. koleksi rambut palsu dia banyak..kdg2 pendek, kdg2mengurai..mcm kelly rowland.(ingat.yg sblm makeover tau)aku rasa bayne patut cuba rambut2 palsu tersebut.

aQila aini said...

ouh..~~

nape tak pernah lihat mereka ni di kolej??

wahahahaha~~~

izuan said...

i don't blame you. mereka ini banyak mengganggu ketenteraman awam rakyat malaysia. teruskan report polis kalau diorang buat bising lagi.

Chutra Padi said...

Kalu ko mintak si King Lhota sign otograph kat cd dia tuh kompom dia rasa terharu doh. :p

magenta said...

Aku turunkan cermin tingkap kereta dan berkata "Whuttup foo?" dalam hati.

-Hahahaha!

Gila ah. Erra Fazira ngan Siti dalam top friends dia tu. Hip hop yo.

Sue Anna Joe said...

Eh, agak sedap okay lagu dia, dengar kat myspace. Bagi aku jelah CD tu. Ahaha.

hana_lalalala said...

hahhaha hilarious!

husni said...

gile crea+iv dia guna tanda + kat posi+iv....

hahahahahahahaha salam ghetto kepada diorang!

Jebon said...

dey : layan jugak lagu-lagu dia sebenarnya dey. kalau nak dengar sila lawati myspace King Lhota.

H&F : Hahahaha!! Kau ni Hanep.. Ey tapikan, yang belum make over tu walaupun muka mereka sedikit pecah, badan dia orang terlebih bootylicious. Kau rasa tak?

aila aini : Kamu belajar di Taylor's kah? Mustahil tak pernah nampak. Mustahil.

izuan : baiklah. tapi tak semua yang suka ganggu ketenteraman awam. dulu housemate aku orang Nigeria, Kingsley namanya, antara manusia paling baik yang aku kenal.

Chutra Padi : Kompom. Dan kompom aku akan dapat tiket v.i.p bila dia buat show. Yes!

magenta : teehee.. aku rasa kesian pulak kat dia sebab dia tak ada dalam top friends siti nurhaliza atau erra fazira. aku nak add dia lah kat myspace dengan harapan dia akan bubuh aku kat top friends jugak.

Sue Anna Joe : Lol!! Sayangla nak bagi kat orang.. Aku rasa kat rumah dia ada banyak, memang dia bagi free je kat semua orang. Aku akan cuba dapatkan satu lagilah untuk kamu.

hana_lalalala : :) Pergi visit laman myspace dia dan amatilah lagu-lagu dia.

husni : crea+ive kan? tu la.. jiran aku tu.. (bangga)

Marjerin said...

hahahah..jangan terkejut nanti ada pulak pengambaran video klip dengan perempuan seksi berbikini 2 piece di sebalah rumah kamu.

salam ziarah

nice blog.

Si Fakap said...

Lain kali, minta dia tandatangan sekali.

Ebay! ebay!

*ka-ching*

::n.u.r.u.l.a.i.m.i:: said...

berjiran dgn artist pula cik jebon.hebat2...haha :D

H&F said...

betol weh.badan mereka mcm gitar.tapi x semua gak. ada yg mcm rebana ubi.

ubikentang said...

hhahaha mcm babi je lagu hiphop dier nie hahaha hahha hahaha

Angel On My Bike said...

peha diorang salu mcm 'petola cut' skett..rebana ubi tu aku setuju. aku ramai student niggas weyh. diaorang suka ckp dekat2 ngan ko seolah2 nak cium ketiak kau lah pendek kata..

nak lagi mesra kasi comolot sket. pastu ko samak la kat blakang umah.

BuRuuj said...

jiran sy semua dh berkeluarga. sy yg slalu pasang radio kuat2. hehe...tp pagi sabtu jelah. tue pn kalau ade kt umah. takut gak ek tibe2 ade polis dtg umah marah2 sbb pasang radio kuat2.hehe...

salam ziarah..=)

Ahmad Kamal Abu Bakar said...

Jiran saya Ibrahim.

Jebon said...

marjerin : kalau ada penggambaran video klip dengan perempuan seksi berbikini di sebelah rumah aku, aku akan panggil kamu. Kita tonton bersama.

Si Fakap : Lol! Akan dipertimbangkan.. Rasa macam nak tangkap gambar dia curi-curi dan print atas t-shirt.

nurulaimi : Heh... ss15 kan hip, hop & happ.

H&F : Yang macam rebana ubi memang banyak hanep.. Dia orang duduk kat depan rumah aku. Semua pakai baju dan jeans yang 3 sizes smaller dari badan sebenar.Yang berbentuk gitar tak ramai sangat.. Yang berbentuk gambus dan nafiri serta alat muzik istana yang lain boleh tahan la..

ubikentang : layan laaa..

Miss B : Aku pun rasa macam tu la bayne. Sebab masa dia nak pass kan aku cd tu, separuh badan dia dah masuk kereta aku melalui tingkap. Aku mula-mula ingat dia nak samun rantai aku ke apa.. Lepas tu aku teringat, aku mana pakai rantai.

BuRuuj : Hahaha.. Bak sini address kamu. Biar saya report pada Inspektor Meor.

AKAB : Iya.. Ibrahim yang berhati mulia. Mungkinkah Ibrahim juga ada di MySpace Music..

mie_amour said...

agaknya dia xpaham kut polis tu marah kat dia..tu yg bkobar2 duk rakam album tu..

Anonymous said...

hahaha omg that was so funny, you're pretty witty for a malay boy, i must say. glad to have stumbled upon your blog, will be checking on you on and off, keep up the good work!

also, it has been ages since i left school (hence stopped writing in malay) and yet, you bring back the memories of me getting a C for malay. oh and it was only after school that i realised how lucky i am to be able to speak in melayu because my friends and i have a tendency to speak in malay in front of our foreign friends to piss them off. oh boy.

NaniRostam said...

Wah tahniah jebon, sekurang-kurangnya jiran kamu tlh memulakan langkah. Sabda Rasulullah s.a.w " berbuat baktilah kepada orang-orang yang bertetangga dengan anda, barulah anda menjadi seorang Mu'min."

Diyana said...

JIRAN-JIRAN aku pun artist hip-hop, cuma belum ada album. jiran ngko kat sebelah jer, aku punye kiri kanan atas dan bawah pun ada. seksa.

Sarah is the One said...

kau tunggu jebon. sikit lagi dia tahulah.

dilla said...

king lhota eh..me pnh dgr his songs.agk best gak la..(my opinion,dunno org len mcm ner).

Anonymous said...

www.myspace.com/kinglhotajolof

Anonymous said...

www.myspace.com/kinglhotajolof

Anonymous said...

aku pun sama.
bila aku jalan nak pergi lif dia cakap "hey baby".
then aku pun macam terpinga pinga.
tiba tiba rasa macam duduk dalam vacuuuuummmm.
hahahahaha.

BABY la sangat.
hahaha

dekat subang gak la.

dina said...

hahahaha... sepatutnya kau minta otograf dan bergambar dengan dia... mesti dia akan rasa terharu teramat sangat

Ze! said...

haha! good one.

nadya said...

betul ke dia artist?

iqin othman said...

rindu pulak dgr muzik time makcik2 tu buat taichi.


dulu sekolah dpn taman tu.