Thursday, August 14, 2008

Anak Mat Nor no. 3 dan Festival Filem Malaysia Ke-21

Festival Filem Malaysia yang Ke-21 telah berlangsung pada hari Sabtu lepas. Tahniah kepada semua pemenang.

Aku bukan nak buat ulasan tentang majlis tersebut. Aku hanya nak bercerita tentang apa yang adik aku, Anak Mat Nor no. 3, telah lakukan.

Pada hari Jumaat, dia telah memberitahu aku yang dia akan menghadiri majlis FFM itu dengan budak-budak jurusan filem institut pengajiannya yang lain.

Adik aku adalah seorang pelajar filem yang berumur 18 tahun dan salah satu pensyarahnya ialah Hishamuddin Rais. Ingat tu.

Filem - 18 tahun - Hishamuddin Rais.

Maka, dia dan 2 orang lagi kawannya memakai t-shirt pagoda nipis putih (yang buruk gila, sumpah!) yang tertulis 'KAMI MAHU ARTISTS, BUKAN CELEBRITIES' di atasnya untuk ke majlis itu.

Perkara yang aku jangka akan berlaku di majlis itu tetapi tidak berlaku pun :
Adik aku dan 2 orang kawannya akan dibaling dengan kasut oleh Hans Isaac, Jehan Miskin, Fasha Sandha atau Erra Fazira.

Perkara yang aku tidak jangka berlaku tetapi berlaku di majlis itu :
Jehan Miskin memberi respon yang bernas terhadap apa yang tertera di baju adik aku dan kawan-kawannya. Respon dia berbunyi 'Saya tak pandai melukis.'

(insert lagu tema siri tv 'Kisah Benar' selepas baris terakhir untuk efek 'Boleh tahan misteri jugak mamat ni')

Maksudnya, ini bukan lukisan Jehan Miskin?

35 comments:

marjerin said...

aku suka dengan baju itu, nak order satu boleh tak ???

Jebon said...

Bila aku kata baju tu buruk, aku betul-betul memaksudkannya. Kamu boleh buat sendiri. Beli t-shirt pagoda nipis, kemudian tulis dengan marker hitam. Itulah yang adik aku buat.

Sue Anna Joe said...

Aku kagum. Macam menarik je anak-anak Mat Nor ni. Adakah semua dilahirkan di Hospital Assunta?

Jebon said...

Haha. Tidak. Dia dilahirkan di SJMC. Tapi aku yakin yang dia teringin untuk ditempatkan di Sekolah Assunta sebagai pelajar lelaki tunggal.

marjerin said...

style ini mengingatkan zaman muda aku di-kala baju sex pistol dan punk not dead menjadi santaian.

Diy 111

mie_amour said...

xpandaii melukis???apakah...die buat lawak ke atau die macam jujur masa cakap tu?

Hadie said...

oh..
saya jatuh cinta dengan sense of humour anda J.

Hadie said...

err.. maksud saya Ju.. err Jebon.

bukan Jehan Miskin ya..

hana_lalalala said...

your brother sgt creative. very funny. tapi mengapa kena guna pagoda yg nipis tu?

hadie... of course we can guess that u tak maksudkan jehan miskin. hehehe

cerite yg jehan miskin berlakon yg paling saya tak boleh lupakan ialah watak dia yg ustaz hakim tu. that was a nice movie. berlakon dgn fasha sandha.

Hanis Zalikha said...

KELAKAR SANGAT TAU GAMBAR DENGAN CAPTION LAST TUH :'). Tahniah blog anda tercalon (dua pencalonan doh) dalam list belog2 melayu yang best dan merapu.

Angel On My Bike said...

japjap.aku tak paham ni.

::n.u.r.u.l.a.i.m.i:: said...

saya tak pick up. blur :S

zureen said...

hahaha.kenapa ur brother x eja Artistes?

boleh tahan sinis gak si jehan tu eh

hana_lalalala said...

actually im kinda confuse myself. why the mona lisa?
of course he didnt draw that...

hmmm

Azzam?? said...

hohoho.. agak best gak laa jawapan si Jehan tu.. mungkin dia patut belajar melukis utk memuaskan hati semua orang! xD

Angel On My Bike said...

aku masih tak faham.muka jehan mana sama ngan mona lisa?

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Dulu adik lelaki saya pernah buat perkara yang adik anda buat, cuma dia gunakan slogan "SAYA PANDAI, KAMU BODOH" untuk dipertonton kepada kawan2nya.

Cuma malang nasibnya kerana dia hanya sempat pakai baju itu untuk lalu ruang tamu rumah, sebab lepas tu ayah ketuk kepala dia dan suruh dia tukar baju! Ayah marah bukan sebab adik guna slogan tu, tapi sebab adik saya guna dan conteng baju kemeja kerja ayah!

H&F said...

aku phm mksud ko. aku cuma boleh bagi simpati la kat jehan...

adamuiz said...

blog ini sungguh menghiburkan :)

inora putri. said...

gile menghiburkan sampai telah mmbuat saye mengalirkan air mata mmbace nyer dn berbunyi2 perut. syabas. =D

Leesa said...

Linked!

Anonymous said...

dude, you're funny..either jehan was being sarcastic or isn't that bright...keep up the good work =D

Afif said...

man this is a bm blog worth reading.i like the way ur words are phrased in a witty and satirical style.caya la bro ko berjaya buat ku gelak senak perut

mira said...

gila best blog kau!
;)

mysteriousFana said...

wah!!!sy rase anda kool giler!
teruskan2...
anda berjaya mendapat tempat di blog saya untuk di link kan wpun blog sy taklah sefemes blog anda~

K.Jah said...

kaka suda link. trima kase...

dot said...

haha sengal. mintak izin nak link okeh. ah tp dah link kan pon.

sue said...

u r very funny. i stumbled upon ur blog last nite n found myself ketawa terbahak2x reading ur entries. keep it up!:o)

sue said...

u r very funny. i stumbled upon ur blog last nite n found myself ketawa terbahak2x reading ur entries. keep it up!:o)

sipuri said...

errr..
mengikut wikipedia:
Wiktionary defines the noun 'artist' as follows:
1. A person who creates art.
2. A person who creates art as an occupation.
3. A person who is skilled at some activity
Selebihnya google sendiri.
Sebab tu rasanya luar negara sebut actress dan actor, singer songwriter and so on instead of artist.
Dan, saya mungkin silap, rasanya, jawapan Jehan tu ada betulnya dan ada silapnya.
So, basically, your brother being sarcastic or Jehan being sarcastic?

Radin Hairi said...

ROFL

Jebon said...

marjerin : baju-baju tu kamu tak buat sendiri kan?

mie_amour : aku tak pasti.. aku harap dia main-main.. tapi apa yang aku harapkan selalunya salah..

Hadie : Oh.. terima kasih hadie.. :)

hana_lalalala : dia guna pagoda yang nipis tu sebab dia tak even ada uwang yang cukup untuk beli tshirt putih dari mydin.

Hanis Zalikha : Hahah! Terima kasih!

Miss B : Tanya Husni..

nurulaimi : Tanya Husni jugak :)

zureen : Sinis? Sinis.

Hana_lalalala : Just because...

Azzam?? : Yes! Betul Azzam! Saya setuju!

TTB : Hahahahahahahahahha!!

H&F : Terima kasih Hanep kerana memahami.. Pergi explain kat Bayne. Aku letih.

adamuiz : terima kasih!

inora putri : hahaha!! tahniah kerana ada kebolehan perut berbunyi ketika membaca!

Leesa : Thanks!

Anonymous : I don't know.. I'd say the latter, but... jeng jeng jeng..

Afif : Thanks man! Nampaknya blog aku boleh mengeffect perut pembaca (rujuk komen inora putri di atas). Aku akan cuba untuk memberi kesan kepada perut kamu lagi di masa akan datang.

mira : Terima kasih!

mysteriousFana : Terima kasih!! Saya belum kool.. Belum mencapai tahap Faizal Hussein dalam Gila-Gila Remaja lagi.

K. Jah : Thanks akka..

Dot : Haha.. Terima kasih . Get it? . <-satu dot

sue : Thanks sue.. :)

sipuri : Berlakon is a form of art. Dan di manakah art nya dalam lakonan Jehan? Adakah di dalam Nana Tanjung 2?

Radin Hairi : Mari ROFL secara berirama.

monics said...

hai,Jebon,cayalah,best la blog kamu,sampaikan saya terlupa esok ada exam,akibat dari terbabas membaca dari post pertama hingga last,wakaka,pesanan teruskan usaha murni anda.

Anonymous said...

ha?
x paham sgt, tapi i think jehan is right. sbb 'artists' generally refers to 'pelukis'. Kalau pelakon kan 'actors'. smart sunnguh adik anda.

Anonymous said...

This is wonderful blog. I love it.