Monday, August 4, 2008

Aku manusia biasa yang tak mungkin ditonjolkan di dalam I Got Shot in the City

Beberapa minggu yang lalu, sedang aku nyenyak tidur, aku dikejutkan dengan satu bunyi yang sangat kuat. Bunyi tu kalau dieja, macam ni la ejaan dia 'Gedegang!'.

Aku periksa jam, pukul 5.30 pagi. Bunyi itu datang dari luar tingkap bilik aku. Bunyi kompresor alat penghawa dingin yang dihentak. Aku panik. Aku ingatkan ada orang yang cuba pecah masuk tingkap aku.

Aku gagahkan diri untuk selak langsir untuk lihat apa yang sedang melompat-lompat atas kompresor alat penghawa dingin aku itu. Aku pejam mata, aku selakkan langsir perlahan-lahan, aku buka mata kecil-kecil. Dan aku nampak. Aku terkejut dan terus lari ke bawah untuk mendapatkan bibik.

'Bibik! Bibik!! Tolong saya! Ada tikus besar yang macam kucing tapi kurus di luar tingkap saya! Tolong!'

Bibik aku memang dah bangun untuk sembahyang subuh masa tu dengan coolnya bertanya, 'Apa? Tikus besar macam kucing tapi kurus?'

'Iya!!'
aku jawab.

'Oh.. itu musang. Tak apa-apa. Biarin aja.' bibik kata.

Musang? Di SS15 Subang Jaya ni ada musang? Wah.

'Dia makan orang ke tak?!! Saya takut bibik! Badan saya banyak isi!' aku tanya sebab aku tak tahu apa-apa pasal musang kecuali filem Musang Berjanggut.

'Tidak.. Dia makan buah aja..' jawab bibik yang dah sedikit malas nak layan aku.

Bibik beritahu lagi yang musang tu suka makan buah betik yang bibik aku tanam belakang rumah dan musang tu ada 4 beranak kesemuanya.

'Oh, 4 ekor....'

Jadi, aku baring di sofa ruang tamu hingga hari siang sambil memikirkan cara-cara untuk menebang pokok betik di belakang rumah.

***

Malam semalam aku bawa pulang set Snack Plate dari KFC untuk dimakan di dalam bilik sambil tengok tv. Aku memang suka makan sambil tengok tv dalam bilik. Ini penyakit, aku tahu. Tapi.. peduli apa aku.

Aku masuk bilik dengan dua ketul ayam goreng serta kentang putar dan coleslaw. Bila aku duduk saja, tiba-tiba kedengaran bunyi kompresor alat penghawa dingin aku dihentak-hentak.

'Ah, musang-musang ni lagi.' aku kata dalam hati.

Aku dah panik sikit, tapi aku cuba untuk buat-buat tak reti.

Aku sedapkan hati dengan mengulang suara bibik dalam otak aku, 'Musang makan buah aja.. Musang makan buah aja.. Musang makan buah aja..'

Bila aku dah tenang, aku buka kotak Snack Plate aku. Bunyi musang berlompat-lompatan di atas kompresor alat penghawa dingin aku di luar tingkap masih kedengaran..

Aku cuba distract kan diri dengan menghidu ayam goreng Kentucky aku.

'Aahh.... nikmat.'

Tiba-tiba aku teringat sebuah lagu..

'Ibu ayam dikejar musang (kok kok kok kok),
anak ayam cari ibunya (chip chip chip chip).

Ibu ayam berlari terus lari dan ditangkap musang.
Anak ayam mencari terus cari
, ibunya yang hilang..
Oh kasihan, oh kasihan,
aduh kasihan..'

Aku bungkuskan semula ayam goreng aku ke dalam kotak dan lari ke KFC berdekatan dan makan malam di situ.

36 comments:

cempaka said...

tapi takkan la sampai si musang memakan ayam kentaki.

Jebon said...

Tu la, aku tak tahu apa2 tentang musang dan aku mudah panik. Perlu bantuan.

dokodisko said...

tgh panik2 bleh tringat lagu plak die nih.. hahaha. sy terhibur bc blog kamu!

Azzu said...

aku ingatkan musang makan telur ayam je. by the way, bibik awak ada hubungan rapat dgn musang tu ya? sampai tahu anak musang ada 4 ekor :D

Marjerin said...

citer semua dah okay, tapi part yg last tuh yg tak leh tahan tuh..hahahahaha

izuan said...

aku rasa musang tak suka ayam kentaki. musang hanya suka makan ayam fresh yang dibunuh sendiri. (merujuk kepada lagu terakhir tuh), maklum sajalah ayam sekarang banyak suntik2. musang sekarang kan health conscious. kite je yang selamba makan kentaki. (padahal aku pun sama jugak!)

mie_amour said...

bibik u buat sessi prkenalan ngan musang tu?hebatnya bibik u...ilmu musang berbulu ayam leh mntak x?hehehehe..

dokodisko said...

rumah member aku kat sunway pon ade musang suke main panjat2 pokok mangga depan rumah die! aku rase mmg area 15 ngn sunway ade byk musang laa. tp ko gile sweet jebon sbb segera mendapatkan bibik ko sbb nmpak musang!! heee.

sweet.

Ahmad Kamal Abu Bakar said...

Tau buat lastik?

Alma said...

kat ss12 pun ada la junad. mula2 aku ingat squirrel yang besar, sekali mahathir cakap tu musang.

bila kau nyanyi lagu 'ibu ayam dikejar musang', aku teringat lagu..
"ais kacang, ais ais kacang, bila cuaca panas dan rasa dahaga...."

Jebon said...

dokodisko : itulah, waktu panik macam2 lagu yang aku teringat.. terima kasih :)

Azzu : aku rasa bibik aku sayang musang2 tu. sebab dia tak bagi aku tebang pokok betik yang belakang rumah tu. eh chup, anak musang ada 3 ekor. campur emak dia jadi 4. bapak dia mungkin ada di USJ.

marjerin : betul wei.. tapi aku suka la lagu tu. dah beberapa hari aku asyik nyanyi je. yelah, sebagai peringatan jangan bawa ayam balik rumah. ayam betul dan ayam metafora. jeng jeng..

izuan : hahahahahahahahaha!!! betul ke izuan? ok la, lepas ni aku akan cuba bawa balik ayam kentaki.. kalau penamat dia aku kena kejar, jaga kau.

mie_amour : hahaha.. bibik tu memang friendly dengan pelbagai makhluk. Pasal ilmu tu, kamu boleh tuntut di Wikipedia.

dokodisko : itu tindakan refleks. apa-apa je memang aku akan cari bibik, sebab bibik aku gangster kat ss15 ni.

AKAB : Tahu! Tapi tak berani guna sebab tak pandai aim. Takut terlastik bibik atau diri sendiri.

Alma : wei, lagu tu favourite aku alma. lagi satu aku suka ialah telefon berbunyi ring ring ring, ku angkat ku dengar suara, telefon berbunyi ring ring ring, ku angkat ku tanya siapa.

teyha! said...

musang mmg makan orang.x caye, cube ko hulur tangan kat lua tingkap tu bile diorang datang lagi.

H&F said...

lagu ayam dan musang ni aku penah nyanyi masa skolah dulu..siap dgn tarian simple dan aksi berlari2 anak sekali. fuh!

Angel On My Bike said...

junad ini mmg ajaib.
tahukah kamu kat atap bilik aku juga ada keluarga musang?aku da jumpa 3 ekor anak beranak..badan dia mcm bengkok dan mata dia bersinar kan?dia dtg dari bukit hutan blakang kaw umah aku..
huuuu.. terkejut weyh masa mengintai.muka dia panjang.mcm ex bf aku sket..(aku rasa ko tau yg mana).bila dia jalan bising kan derap kaki dia? mcm org berjalan seyh..mmg seram la. huhu.
aku paham perasaan takot ko tu. bila aku dgr dia jalan dan nampak byg2 dia kat tingkap aku akan tutup mata.apa yg kau boleh buat ialah standby penyapu dan rodok2 celah tingkap utk takotkan dia.
ko jgn tak tau dia penah masuk bilik aku ok?depa ni sgt liar tau. jgn ada lobang tau.ko kena kasi dia blah junad. blaaaahhhhh.. !!!kalau bibik tlg ko, penyelamat aku ialah Kak Mah. tanpa dia mmg aku kencing dlm tido la bila dgr musang buat bising.dia bleh cakar tau.ko hati2 ok jgn sampai dia sikat rambut ko pakai kuku dia.

::n.u.r.u.l.a.i.m.i:: said...

haha penakut rupenya kamu...mau saya temankan? :P

zureen said...

hahahaha that song in the last part of ur post, used to sing that song for my school choir.

gila memalukan ok.

imagine opening ur mouth wide to sing soprano "OH KASIHAAAAAN, OH KASIHAAAAAN".

47 said...

EEeeEEeee...musang makan orang tau...

Princess Liyana said...

huhu teringat plak lagu tu;p masa kecik2 dulu ha ha ha

salam ziarah~

Jebon said...

Teyha! : Jangan harap.

H&F : Hahahahah!! Entah mengapa, aku boleh bayangkan..

Miss B : Macam sial la Bayne. Tak baik tau.. Chup, sebab dia sikat rambut kau ke rambut kau jadi begitu?

nurulaimi : Iya. Temankan? Kamu kena berebut dengan bibik nampaknya..

zureen : Hahahaha!! School choir nyanyi lagu tu? Ni pertama kali dengar.. Selalunya school choir nyanyi geylang si paku geylang (geylang!) atau pujiiii dan syukur pada ilahi..

47 : Haip!

Princess Liyana : Yeah, darjah 2.. :)

teyha! said...
This comment has been removed by the author.
teyha! said...

ko betul2 takut musang.haha.

zureen said...

jebon, aku rase ko tau sekolah aku tu. ko MGS Ipoh kan. aku SMK Raja Permaisuri Bainun hehe

Jebon said...

teyha! : sangat takut. ada banyak lagi benda aku takut.

zureen : Ooo... aku ada kawan-kawan yang bersekolah kat Bainun.. Asrama kan. Hm..

MusangBerbuluAyam said...

Rumah aku kat kampung di huni musang yang bermaustatin atas bumbung rumah..

Tiap2 malam mereka akan berlari2 kegembiraan..

Bunyi larian mereka agak menakutkan..
mereka juga ada menjerit keseronokan..

Kamu untung dapat tengok musang..
Aku tak dapat..
dpat dengar jek

Jebon said...

musangberbuluayam : Ok, mungkin aku beruntung dapat lihat musang. Aku dah 25 tahun, baru pertama kali lihat musang.. Tak sekarang, bila lagi kan? Tapi aku tak beruntung kerana banyak juga musang berbulu ayam (bukan kau la, yang maksud peribahasa tu) mengelilingi aku setiap hari.

God of HellFire said...

please jangan potong pokok betik kat belakang umah. thank you.

Senandung K said...

hahaha. part nyanyi tu best.
tapi memang tau, kat ss18 pun ada musang. itu hari i nampak seekor melintas, i stopped the car in the middle of the road, pasal mau kejar. habis kene marah dgn my sister sebab kat blkg ada kereta gak. teruja akhirnya nampak musang yg digembar-gemburkan my sister & my dad.

next time musang tu datang lagi, tangkap la. hantar kat ss18, eh?

Jebon said...

god of hellfire : Fak meng.. Gambar kamu...

senandung k : Hahahaha!!! Boleh, boleh.. I hantar kat SMSU.

yaya schmaya :) said...

tikus yang besar mcm kucing tapi kurus??
HAHHAHAHAH
kelakar laaa bayangkan musang makan kfc ahahhahha

YoU-TaQ said...
This comment has been removed by the author.
YoU-TaQ said...

Aku slalu konpius2 kalo nyanyi lagu tu..konpius sape sebenarnye yg dikejar musang..ibu ke anak ayam?? tp aku taram je nyanyi.sbb 2,2 pun masuk..
kalo la lagu ni masuk dlm rancangan 'jangan lupa lirik', kompem aku tak dapat kunci lirik tu..

teringat plak, cikgu musik aku dolu2, akan lari pecut 100m kalo kaset tu nk masuk lagu yg seterusnya.tanak kasi dengar.aku yg mangat2 nk blaja lagu baru, begitu hampa sekali..bukan, byk kali.hehe..

p/s: penah main netball kt MGS..dekat2 je skolah kite rupenye..

Anonymous said...

Jebon dan musang lebih kurang sama jer dari keturunan dia. bentuk pun lebih kuang sama... so musang tu melawat kaum kerabat dia la kiranya... nak bertanya khabar... tapi dia kurus, kau "tak kurus"

by Cigarettes

Merissa K. said...

i envy you because ur rumah is just a walk away from kfc. tsk. lapar. some fried chicken right now wouldnt be too bad.

and no, im no stalker.

*grins*

p/s: i like ur writings. :)

gigitkukukakiku said...

ingatan ko mase zmn kanak2 mmg superbbbb r jebon. tetibe aku teringat lagu2 yg aku blaja mse skolah rndah dolu2.. waaaa...rindu gilerrrrr. neway, anak2 80an mmg cool. =)

salam ziarah.

iqin othman said...

*gelak guling²*

Anonymous said...

aku meratapi kehilangan jebon & magenta.. sampai hati kamu meninggalkan pencinta karya kamu yang anonymous ini