Friday, August 22, 2008

Aku Banyak Belajar Geografi Menerusi Siri Tv Joe Jambul

Host (aku) : Di sini aku nak berkongsi tentang aku punya near-death experiences. Banyak kali juga aku mengalami kejadian di mana aku fikir aku sudah mahu menemui mati. Inilah kisah-kisahnya... (asap berkepul-kepul, host pun ghaib)

1. 1989 - Kudaku Lari Gagah Berani
Aku sekeluarga ke Kuantan untuk melawat kawan Mat Nor sepasang suami isteri yang bernama Aunty Yati dan Leslie Holmes. Leslie ni Mat Saleh. Dia handal bermain congkak walaupun tangannya 4 kali lebih besar dari lubang-lubang congkak.

Mereka ada seekor kuda putih. Aku rasa teruja bila melihat kuda itu lalu berkata 'Mat Nor, gua nak naikla kuda ni. Serius.' Mat Nor kata 'Wokay.' Rupa kuda putih itu memang sangat gagah dan kacak.

Aku tunggang kuda putih sambil terasa diri aku ni penunggang kuda profesional. Tapi tak sampai separuh bulatan padang aku tunggang kuda putih itu, ia mengamuk. Iya, kuda putih itu mengamuk dan meloncat-loncat dengan menggila. Aku? Aku terlontar jauh. Terlontar lalu terlantar.

Aku ingatkan aku nak mati ketika itu. Tapi tidak. Aku hanya mengalami sakit belakang yang kronik hingga kini.

2. 1990 - Yang Kurik Itu Kundi, Yang Merah Itu Saga
Di hadapan rumah aku ada banyak pokok saga. Proton Saga juga ada beberapa biji. Pada waktu ini, pemilik Proton Saga agak ekshen dengan Mat Nor sebab Mat Nor bawa kereta buruk bernama Datsun Laurel.

Berbalik kepada pokok saga. Aku sewaktu kecil memang senang untuk dihiburkan. Jadi aku suka mengutip biji-biji saga merah yang bertaburan di laman rumah aku. Aku kutip, aku kata 'Wow..' sambil besarkan mata dan aku simpan buat koleksi yang eksklusif sebab aku rasa kumpul setem tu leceh. Baik aku kumpul biji saga. Mudah dan murah. Koleksi eksklusif biji saga aku tu aku syampu setiap pagi dan simpan dalam gayung berisi air.

Satu hari, akibat terlalu bosan, aku ambil lebih kurang 4 biji saga dari koleksi eksklusif aku dan masukkan mereka ke dalam kedua lubang hidung aku. Aku nak pastikan hidung aku boleh memuatkan berapa biji biji saga. Aku lemas. 2 biji berjaya dikeluarkan. Lagi 2, agak degil. Aku berlari mencari Bini Mat Nor untuk mengadu. Bini Mat Nor panik. Aku lagilah panik.

Aku ingatkan aku nak mati akibat lemas ketika itu. Tapi tidak. Biji saga berjaya dikeluarkan dengan menggunakan tweezer.

3. 1989 - Anak Tekakku Bukan Anak Tekakku
Sewaktu kecil aku tak suka bermain dengan Barbie (tapi aku ada Ken). Aku lebih banyak alat permainan sukan ataupun yang ganas-ganas seperti peralatan polis, penangkap rama-rama, alat Red Indians dan yang lebih kurang begitulah.

Satu hari, kakak saudara aku dari Perak datang melawat. Aku ajak dia memanah menggunakan alat panah plastik aku. Entah macam mana, kami ended up bermain lawan pedang dengan menggunakan anak panah sebagai pedang.

Malang tidak berbau, kakak saudara aku terhunus anak panah tepat ke dalam mulut aku yang tengah ternganga-nganga menjerit 'Aaa tak kena! Aa tak kena!' Ha, ambik kau. Terdiam. Anak si panah tercucuk anak si tekak aku. Darah keluar melimpah. Mat Nor dan Bini Mat Nor terus berlari membawa aku ke SJMC.

Aku ingatkan aku nak mati ketika itu. Tapi tidak. Aku cuma tidak dibenarkan makan sambal belacan selama sebulan (Mat Nor dan Bini Mat Nor dari Perak, jadi aku memang dilatih untuk makan macam orang tua di kampung sejak dari tadika lagi).

4. 1992 - Kau Dah Gila Ke Setan?
Pada satu hari, rumah kami didatangi adik Mat Nor yang nombor..aisey, lupalah nombor berapa. Tapi nama sebenar dia kalau digabungkan dengan nama gelaran dia di kalangan anak-anak saudara akan menjadi Ranjang. Jadi kita panggil dia Ranjang dulu buat masa ini.

Ranjang datang ke rumah saja-saja untuk melawat. Waktu itu Mat Nor sedang bekerja dalam biliknya. Bila Mat Nor bekerja, tak ada siapa boleh mengganggu. Jadi Ranjang pun lepak bersama aku di ruang tamu. Aku kesian lihat dia bosan, jadi aku ajak dia main dam haji.

Aku sebagai kanak-kanak keliru yang tak punya kawan dan tak pernah memenangi apa-apa pastilah gembira di luar batasan apabila dapat mengalahkan Ranjang dalam permainan dam haji itu. Jadi aku pun menjerit-jerit menyambut kemenangan pertama aku. Aku mengaku, perbuatan aku ketika itu agak annoying, tapi aku 9 tahun dan tak ada kawan. Biarlah.

Oleh kerana tak tahan dengan jeritan kegembiraan aku dan juga kerana tak boleh menerima kekalahan, Ranjang mencekik aku dengan tangan lelaki 30-annya sambil menjerit 'Diam! Diam!'

Aku menjerit meminta tolong.

Datanglah Bini Mat Nor menyelamatkan aku dengan lagak superhero sambil menghalau dan mengugut Ranjang yang seperti orang hilang akal. Mat Nor yang tidak tahu apa-apa hanya mampu menjerit dari biliknya 'Oi, jangan happy sangat, nanti menangis!' (Happy kau kata? Aku dah separuh mati kena cekik dengan adik kau, kau kata aku happy?)

Aku ingatkan aku nak mati ketika itu. Tapi tidak. Bini Mat Nor sempat menyelamatkan aku dan sebab itu aku malas nak menang apa-apa permainan dan sengaja buat-buat kalah (alasan).

5. 2001 - Suntikan Padu Maut
Kejadian ini adalah kejadian yang aku rasa paling dekat dengan ajal.

Ia jatuh pada hari aku mengambil keputusan SPM di sekolah.

Aku yakin aku akan dibunuh dan dicincang oleh Bini Mat Nor. Sebelum masuk ke rumah dan menyerahkan slip keputusan pada Bini Mat Nor, aku memang dah siap-siap mengucap dah. Takut tak sempat.

Aku ingatkan aku nak mati ketika itu, akibat dibunuh Bini Mat Nor sebab menjadi satu-satunya pelajar dalam sekolah aku yang gagal Prinsip Akaun. Tetapi tidak. Aku tidak dibunuh.

Tapi aku telah membunuh harapan Bini Mat Nor. Dan rasa itu adalah lebih teruk.

Bini Mat Nor akauntan.

37 comments:

Dilanun said...

aku rasa yang paling kelaka sekali yang no 2. 1990 - Yang Kurik Itu Kundi, Yang Merah Itu Saga. Lawak gilerrr... sorry eh.. huhu

magenta said...

Hahaha aku baru nak komen benda sama, kisah buah saga tu lawak gila. Tapi kisah anak tekak tu agak mengerikan. Seb baik bini Mat Nor jenis pantas bertindak. Cuba dapat mak jenis yang gelak kat kau dulu, baru tolong. Naya je.

ajiss said...

hehehehehehehehehe (sambil tefeker brape biji pulak hidung aku muat)

husni said...

no disrespect to joe jambs but carmen sandiego is the shiznit.

Liyana said...

adeq aq pernah masukkan askar mainan yg kecik kaler hijau tuh dlm hidung die..kene gi hosp & sedut dgn vakuum bru boleh kuar..huhu

aq rase yg plg menakutkan ialah no.5..hahaha

Dunia Aku dalam diri! said...

selain panah. pistol buatan sendiri pun best..guna buah terung smp mak aku tak leh masak gulai lemak..

ingat juga zaman main carom(aku tak tau nk eja tapi permainan ini guna teknik jentik buahnye masuk lubang) ular lalu tepi aku lompat atas papannya lalu pecah... ye maaf lah..aku gemuk..

blog kamu awesomeness!

Jebon said...

dilanun : Tak perlu cakap sorry. Memang masa kecik aku suka eksperimen :)

magenta : Wei, kalau mak aku macam tu aku masukkan biji saga dalam hidung dia.

ajiss : Tak salah mencuba..

Husni : Aku masih mencari Joe Jambul ni.. Di mana Joe Jambul?

Liyana : Wei! Adik kau boleh masuk Fear Factor aku rasa.. Adik aku paling ganas pun, penutup pen Kilometrico tersekat dalam hidung dia.. Bodoh budak tu..

Dunia Aku dalam diri! : Thanks.. Aku sebut nama kau je mesti aku jerit. Mungkin kerana tanda seru itu lah.. :)

Hahaha!! Buah terung buat pistol.. Syabas! Aku pun gemuk. Aku pun suka main carrom.. 2 persamaan di situ :)

am_am_am said...

Yang biji saga tu kelakar gile. Yang no 5 pula agak menyentap hati. wuu.

K.Jah said...

blog kau ni ada ganja kah? aku sudah ketagih!

amir syafiq said...

dem.adik mat nor tu memang saiko kan.harap anak-anak dia tak kena cekik mcm dia cekik ko.

izuan said...

setelah membaca ayat terakhir itu barulah aku faham kenapa ko tulis 'near death experiences'. kau pasti rasa teruk ketika itu.

tapi takkan mak kau tak bangga dengan apa yang ko buat sekarang?

Hanis Zalikha said...

ya allah perangaaai.angjemgembel.

Hadie said...

pengalaman no. 5 paling mengerikan.
tapi aku pun tertanya2 soklan yg sama mcm izuan.

Dunia Aku dalam diri said...

tiada lagi tanda seru..jangan lah kamu menjerit ketika menyebut nama aku kerna aku bukan star(tiada motif disini)

dan gemuk itu menawan..

LoveyAshLiecious said...

bini mat nor? 1st time i dgr org address mak dia dgn panggilan sebegitu. cool wey~ by any means, adakah bini mat nor si akautan sampai hati utk membunuh anda?

aku said...

kelaka nak mampus
kenapa la kelaka sangat
mungkin sebab ayat yg digarap
menjadi kan nya sangat kelaka sampai nak tercabut usus ketawa..
seriously! kelaka gile!

Jebon said...

am_am_am : Panik wei masa biji saga tak mau keluar.. Jenuh aku hembus. Yang no. 5 sampai sekarang pun boleh buat aku rasa nak bunuh diri sendiri.

K.Jah : hahaha! adalah sikit..barang baekk punya.

amir syafiq : kalau dia cekik anak-anak dia, aku cekik dia balik. tapi dia lagi beso... ok, takpe. aku telefon polis.

izuan : iya.. sangat teruk.. sebab aku sengaja failkan diri izuan.. kertas jawapan aku penuh dengan lukisan-lukisan benci. entah kenapa. aku lupa untuk fikir efek tindakan aku pada orang lain..
sekarang ni bini mat nor bangga kut.. harapnya bangga lah. aku tak pernah tanya. Malu.. :>

Hanis Zalikha : Hahah.. angjemgembel tu apa? macam cool je.. Nak tukarlah status kat Facebook. Jebon Mat Nor is angjemgembel. Fuu..

Hadie : Paling ngeri. Sila rujuk pada jawapan untuk Izuan :)

Dunia Aku dalam diri : Alaa.. apesal padam tanda seru? Best apa ada tanda seru. Everytime sebut nama kau, kena nada semangat! Gemuk itu menawan.. Dagu berlapis juga. Err.. Yeah.

LoveyAshLiecious : Ada kemungkinan sebenarnya... :)

aku.. eh, kau : Hahaha! Terima kasih.

tanpagraviti said...

"...tengah ternganga-nganga menjerit 'Aaa tak kena! Aa tak kena!' Ha, ambik kau. Terdiam. ..."

muahahahaha
aku gelak gila2 bab nih

aQila aini said...

suka no 2 dan 3. no 5 tu tersentap gak. ingat ending nak gelak gila-gila tapi tersentap.


tp, memang best lah!

::n.u.r.u.l.a.i.m.i:: said...

erkk nasib baik kamu masih hidup. tercipta pengalaman indah utk terus menulis :)

mana ada mak yg sanggup bunuh anak :)

kolopey said...

hehe.. ya, yang kurik itu bau, yang merah itu saga..

Tak sangka, ada gak budak bodoh cam aku main sumbat2 biji saga dlm hidung masa tahun 1990 gak..ish..ish..

thn 1990 tu dulu,aku main sumbat hembus bijik saga dpn cermin blk mak aku. Dah syok2 tu, ada plak sebijik saga tersumbat tak keluar, bila aku korek nk keluarkan, dia msk lg dlm lagi. pastu dah msk 2 hari aku risau, aku buat-buat nangis. mak aku tny br aku bitau. biasa ar, bdk 6thn.

Pastu bapak aku bwk aku gi ikut dia gi kerja, psl nk bwk aku gi Klinik Malal kt jln bangsar. Ada lg ke eh? Dr tu pesan kt bapak aku soh sepak kepala aku, kalau aku main sumbat2 lg bijik saga.

:)entry ko ni mengingatkan aku 1kejadian bodoh dlm hidup aku.

izuan said...

hidung ko muat hanya 4 biji saga aje ke? i wonder how many will fit inside husni's nose. :P

rumah aku takde pokok saga masa kecik so aku tidak terdedah kepada bahaya tersebut. alhamdulillah.

Phat-ness said...

Fuh, penat-giler-tahap-cipan aku gelak bace post ko...keep up the good work! lol

Jebon said...

tanpagraviti : Hahaha.. Sakit wei!

aQila aini : tu la, aku pun tersentap bila nak tulis tu. lepas tulis, terus call Bini Mat Nor, tanya masak apa hari ni?

nurulaimi : Adalah.. Dalam surat khabar kata ada.. Tapi bukan Bini Mat Nor.

kolopey : Wei, itu bukan bodoh.. itu bermakna semangat inkuiri kita kuat! Kita buat eksperimen tu. Tapi kau peram sampai 2 hari ek. Gila...

izuan : Hahahahahah!! Kelakar izuan!! Hidung husni tu, kita tak boleh nak question wei.. Tapi kena eksperimen juga lah.

Phat-ness :Haha!! Thanks thanks. Cipan adalah haiwan yang pemalu tau.

Syah Saliman said...

lwak la kau ni.dah lama aku baca blog kau.

masa aku kecik2,aku tak main mainan perempuan.ala takat2 happy meal tu ada la.
tp sejak aku 6thn-12thn aku mmg terperap je kat rumah ,sebab,masa zaman dulu2 pukul 6 kat tv3 ada cerita cina best2.haaaa sbb tu la.

jadi aku tak dibesarkan dgn twin peaks.aku punya faveret dr kecil-besargajah ni cerita cina je.hoh

/saya sudah link kan blog anda.

along said...

gler klakar...

heart-jb said...

yg paling best 1990~

yg kurik itu kundi..yg merah itu saga~

:P

dilanun said...

jebon, mana entry baru-baru ko? apsal ilang?

zaX said...

* baru abis kesat air mata gembira *

jahat ah. nyaris² batal puasa, weih.

Taiko said...

hi..

Dari Hati said...

hahha...aku slalu rasa aku pelik,rupenye ade ornag lagik pelik.

Aku pon penah eksperimen letak bijik ssaga dalam hidung waktu kecik.tapi sampai sekarang aku rasa tak jumpa2 pon.ilang terus,maybe keluar ikut tekak kot.

Yang kedua aku suke test makan kaler pensel.sharp kaler pensel merah,ijau,kuning pastu test satu2 rasa apa.

Bes ar jadik dulu tp lagik haprak la dulu.hehe

t e a m u c h o said...

kelakar gile yg no 2 tu. mak cik saya lagi lah. msuk kan biji buah durian. malang tak berbau. yg berbau, bau biji buah durian sahaja apabila makcik saya terpaksa di opperate hidung nya.

Ahmad Luqman said...
This comment has been removed by the author.
ecahkoop said...

eish....upenye kita ni ade experience yang same rr..

bezenye biji saga ngan kacang tanah..

2 bijik kacang tanah takleh kuar dari lubang idung...kui3

bawak g klinik, doktor pakai tweezer untuk kuarkan kacang tanah yang kembang tu....kui3

.kakijalan. said...

gile jhat adik matnor.
sangat kejam.isk

ujee said...

(Happy kau kata? Aku dah separuh mati kena cekik dengan adik kau, kau kata aku happy?)
~ko rase Mat Nor & adik Mat Nor bace x blog ko?~
(musykillll...)

coklat panas said...

ko memang lawak lah jebon..hahaha