Satu hari yang biasa. Aku beratur untuk membeli tiket wayang. Waktu itu, aku mahu menonton Susuk.
Dibelakang aku ada satu pasang kekasih. Seorang lelaki dan seorang perempuan yang berumur lewat 20-an.
Mereka bersembang dan aku dengan tidak sengaja terdengar perbualan mereka.
Aku terdengar sebab mereka sembang agak kuat dan aku agak dekat dengan mereka.
Si Lelaki : Eh, you still rasa yang Kamal tu gay ke lepas lepak dengan dia semalam?
Si Perempuan : Tak dah.
Si Lelaki : Kenapa you rasa dia gay masa first time jumpa dia?
Si Perempuan : Sebab dia pakai lawa sangat.. and dia nampak segak. Kemas je.
Si Lelaki : Oh, so you suka dia la?
Si Perempuan : You jangan nak mula eh.. (hampir menyampah)
Si Lelaki : You suka ke orang-orang gay ni? (pause) Macam pengkid buruk depan kita ni. (merujuk kepada aku)
Si Perempuan : You ni kenapa? (sambil menyuruh Si Lelaki perlahankan suara)
Aku marah. Dia panggil aku pengkid buruk. Buruk tu aku boleh terimalah. Tapi aku bukan pengkid. Aku manusia tanpa label. Sama seperti semua orang.
Aku marah tapi aku tak lakukan apa-apa. Aku diam saja.
Terus beratur.
Terus dengar perbualan mereka.
Si Perempuan : You jangan buat perangai kat sini please la.
Si Lelaki : You la, kata Kamal tu handsome apesal?
Si Perempuan : Dah memang dia handsome.
Si Lelaki : So that's mean you suka dia lah kan?
Di situ peluang untuk aku bersuara.
Aku toleh dan aku kata, "Abang, bukan that's mean tapi that means. Abang salah. Saya betul. Satu markah untuk saya. Kosong markah untuk abang. Yang abang panggil saya pengkid buruk tu... that's mean."
'Next!' jerit jurutiket wayang.
Kan seronok kalau jurutiket tu jual susuk yang sebenar sekali dan bukan hanya tiket filem Susuk. Boleh aku cucuk satu dalam muka. Dan mungkin lain kali orang boleh melabel aku sebagai pengkid cantik pula.
Taklah terasa sangat.
Kut.
Thursday, August 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

72 comments:
Whoaa.. cakap betul² ke ckp dalam ati je?
a'ah..nak tau jugak :))
cakap betul2 ker dalam hati je ni?
kalo sound depan2, congratulation to u! hahahaa.. padan muka mereka itu!
:)
hehehhehehe, best ah kerja perli memerli ni.
wooo....baguih !!
ehh. nice blog.
salam ziarah
Jebon,
Daripada anda susuk diri anda, baik anda susuk sahaja mulut mamat yang panggil anda pengkid tu dengan kasut anda!
weihh..
aku gelak tak bhenti nih weih..
boss aku dh rasa aku gila..
isk.. rasa macam nak print out entry ni dan paste dalam diary.
malangnya tadak diari.
isk, suka la kat ko nih Ni.. eh.. Jebon.(haha)
agak2 dia dapat tangkap tak bila ko cakap "Yang abang panggil saya pengkid buruk tu... that's mean."
kenapa aku rasa macam dia tatau ja mean tu can mean something else.
ntah la... buruk perangai betul mamat nih.
wahahah.. ataupun cucuk susuk ke muka si lelaki tu, supaya die lagi hensem dr kamal, perhaps =)
adoi pengkid?smpainye hati...u nangis tak?iskk
haha kelaka la! XD XD
Wehhh, aku ingat aku sorang jek yang selalu terperasan orang selalu sebut "THAT'S MEAN"
Buruk okay apa, dari busuk. At least ko tak busuk. Aku suka berkawan dengan orang buruk, dari orang lawa/handsome yang busuk.
Ko tak busuk kan?
Ju... eh Jebon.. chill ar beb.. btw.. yg ko cakap nal alter kening tu.. takyah laa.. menyesal nanti! ahahaha
student aku pun selalu sebut "that's mean" instead of "that means". seksa nak betulkan.
anda pula berpeluang mengajar orang2 yang tak reti bahasa dan kurang ajar secara bersemuka. tahniah!
tak sia2 ko belajar tesl sekejap huhu.
agak stress bila semua org mengatakan that's mean.
aku sebenarnya dah lama jadik pembaca hantu blog ni, mungkin sejak sebulan dua yang lalu, tapi tak penah komen
sebab malu kot
=P
hello there
aku suka tulisan ko, selalunya cantik
p/s: lari topik. aku sebelum 4 bulan lalu, berhousemate kan seorang wanita yang maskulin juga. tak rasa dia buruk pun. agak rindu juga setelah dia beredar.
sume entri anak mat nor ni lawak nk mampus.
tahniah.
Dilanun : Kau rasa aku cakap betul ke aku cakap dalam hati? :)
org.sepi : Rahsia... Muka mamat yang kata aku buruk tu sebenarnya tak berapa padan. Aku yakin Kamal lagi handsome dari dia.
ajiss : memang!
marjerin : Terima kasih. Salam salam..
TTB : Kasut aku terlalu berharga untuk dimasukkan ke dalam mulut longkangnya. Kalau aku masa tu pakai selipar tat seng, mungkin..
cripple brain : sabar wei. suruh bos kau add aku kat facebook.
Hadie : masa aku kecik aku ada diari. aku selalu tabur bedak supaya ia berbau harum. diari aku juga ada mangga kecil serta kuncinya sekali. aku rasa dia pun tak tau perbezaan tu. tapi biarlah. malas.
dominique : aku tak mahu dia jadi handsome! aku mahu dia kekal muka macam tu. malas aku nak describe.
nurulaimi : i macam biasala, nangis dalam hati diiringi dengan ringtone winter sonata.
Sue Anna Joe : aku tak busuk! aku rasa la..
Azzam : Wei, betul ke? Bukan cool ke buat macam tu?
izuan : Ya, aku harus berterima kasih pada Puan Noi. Tak sia2 dia menangis sebab ajar aku.. Dan juga Puan Marina yang menjadi motivasi untuk aku pergi kelas.
Mo. : Agak? Memang stress wei..
Firdauz takes five : Kamu tak tahu betapa aku selalu melawati blog kamu secara senyap dan mengkagumi ayat-ayat kamu yang sedih tapi kelakar. Ah. Terima kasih! Harap-harap kita dapat makan tengahari bersama nanti.
kin : terima kasih kin. sila datang lagi. bawak la kawan-kawan sorang dua :)
eh, rapunzel! terima kasih :)
HAHA MEMANG BERNAS HABES
your wittiness is impeccable.
eeyeeeerrr tak malu nak lunch date
tak ajak pun
=P
let's go, let's go mmkay
Tok tengok wayang hari isnin. matinee. tak payah beratur. Seat pun the best.
aku rase benda yg paling sesuai disumbat dlm mulut mamat tersebut adalah buku grammar kita dulu, yg kaler hijau tu. xpon kita bole try sumbat dgn penumbuk puan noi.kuang ajar ok! fuh! teringat aku kt puan noi. she's not really a huge fan of mine lah..mulut aku yg seperti kak joyah masa dlm kelas dia mmg x membantu.
Takde post baru ke?
Hanis Zalikha : Mungkin jika abang itu tidak memanggil saya nama, saya akan tegur dia dengan cara yang lebih sopan. Menyesal pula tak beri nombor telefon pada kekasihnya. Hm..
Fafa : Me? Witty? Aww.. Terima kasih :)
Firdauz takes five : Bah!! :/ Baiklah, baiklah.
Tok Rimau : Ok Tok. Next Monday. Tak payah beratur, THAT'S MEAN tak payah jumpa abang yang kejam tu..
H&F : Yes!! Hanip! Kau memang betul! Buku grammar kaler hijau tu..Haha! Aku ada lagi simpan.. Untuk memori.. Tsk.. Kau ingat Puan Noi tu suka aku? Aku patah tangan pun dia kata aku tipu. Dahla selamba kelas aku buat dia nangis.
dilanun : Tunggu jap.
eee aku xpuas hati laa sbb jurutiket tu da panggil kamu..if x aper laa akan jadi kat lelaki yg xhensem dr kamal tu..ish!
sila rajin2 buat entry.tiap2 hari aku visit blog kamu ni.penangan entry kamu bukan main lagi..aritu hampir seminggu aku asik nyanyi anak ayam di kejar musang.aku juga telah link kan blog kamu..dan jemput rakan2 membaca blog kamu..
yer nnt aku jemput kamu baca blog aku yg xsehebat blog kamu ni..
Oh.. terima kasih dey :') I terharu.. Rindu nak bersegek..
ahaha time baca part dia kata pengkid buruk tu i was like, mean nyaaa! tengok2 hang cakap the same thing ahahah. btw u are my favourite blogger from now on :D hari2 check for you updates.
junad, ooops, jebon, lu punye blog mmg lawak selambe nak mampos la. aku rase ade baik kalu ko salurkan kelawakan ko ni kat citer 'impian sunsilk' biar kasi lawak ckit. hohoho. kim salam kat king lhota ye =P
that's mean.
typical english error org melayu buat. kesian betoi abg tu
HAHAHA.
best2 :)
oh yeah. walaupun my english tidak begitu bagus, tapi that's mean ni memang pantang. owh. & people saying RM as dollar. eg: Q- how much? A- two dollar. english ke, kantonis ke, it's RINGGIT la, dol.
hahaha mmg lawak. apa punya bodoh sombong mamat tu. jeles tak tentu pasal. sabar je lah cik ye? kudos for pointing out his grammar mistake. mmg skang ramai ckp camtu. main petiiik je. kan dah kena hahaha! *high five
Aku tak rasa ko buruk langsung. Sebenarnya aku rasa ko nampak sangat comel bila ko senyum.
wowwieee..comel kah anak mat nor ni? kasi la upload gambar mau tgk.. hehehe..
mimi : Terima kasih :)
raulisfadzil : Sorry dude. Aku terpaksa delete komen kamu yang lagi satu. Sebenarnya aku malas nak mendedahkan lagi identiti aku yang dah sedia terdedah nih.. Sila bantu saya. Terima kasih. King Lhota kirim salam balik.
butterflyn : Jangan kesian kat dia. Kesianlah pada kekasih dia.
Senandung K : Iya... betul tu.. betul.. Lagi sekali aku nak tanya, kita sama kelas ke dulu Senandung K? :)
pasembur : *high five!! kalau mamat tu dalam facebook aku, aku dah superpoke dropkick dia dah.
magenta : Bila kau nampak ni magenta? Mungkinkah yang kau nampak itu Affa kumpulan Nico?
dilanun : Rambut macam Mr. Spock, warna kulit macam Eddie Murphy, pakai retainers, mata kecik, kening bersepah,, muka berminyak. Macam tu lah.
mati2 aku igt kau laki..
hai jebon~
oh, ok jgk dude. aku jz nak ckp aku peminat ko #1 ni. xde hadiah ke? hahaha. aku gian douh dok bace blog ko ni berulang kali. neway, i'll keep ur identity as a secret. chaow dark knight!
cayalah,blog ni besh sgt dibaca dikala tension,sebab boleh buat anda ketawa wakaka
Minggu lepas, jam 1 pagi, dalam mimpi aku. Aku belanja kau mamam eskem pastu kau senyum kat aku. Hahaha. Tak ada lah. Jangan riso. Aku tak bitau sapa2. Aku paham bab pertahankan hak anonimiti kaum bloggerzZ ni. Pasal aku pun anonymous.
how can he possibly think ur a pengkid. what did u wear? does he even know what pengkid means?lol
aku rasa mcm aku tgh baca novel!
next!
Ruchiano : Hi :)
raulisfadzil : Tengs meng.. Hadiah? Hoh..
ierdamonics : Haha! Eh, wakaka!
magenta : Hahaha! ThAnXxX MaGEnTa~!!11sebelas! LaEn CaR-LeE aKoO PoO-LucK beLaNjErZ KaU MamAm EsKeM.
demmit : I can't really blame the guy.. Aku pakai Batman punya suit masa tu.
aku..eh, kau : kau ke yang jaga tiket masa tu? cara kau cakap 'next!' tu sama.
i agree with magenta. nobody is ugly when they smile :)
by the way magenta, jebon memang comel bila dia senyum. aku tau, aku pernah tengok. huhu.
tak aku bukan yang jaga tiket
tapi aku selalu berlatih cakap next
sebab impian aku nak jadi penjual tiket wayang.
jebon, i love ur way of storytelling. Seronok aku bace. Best ah ko ni.aku ingatkan sume budak MGS gedik2 je.tggapanku salah hehe
i almost choked on my saliva. the guy confident gila... "that's mean" hahahaha i would have kneed him in the balls. blady basket
FUHHH... cilake mamat tu ckp kau bughuk.berdesinggg telinga aku. aku malas nak mengaku tp .. tp.. kau sgt chumil junad. aku bleh bayangkan cara ko berdialog dgn hantu tu dgn muka ko skali.aku pasti mamat tu hanya elok dilihat dari pandangan belakang.
hahaha... adrea and i dah LAMA have issues with people who says "that's mean".. benda ni kitorang selalu jadikan bahan bualan.. sekali ko pun dah blog pasal ni.. haha..
oh! welcome to the "we are not pengkids" club!
jebon, kesian kau. kawan aku cerita dulu ada sorang budak perempuan cun tapi kerek dan akan flip rambut dia bila bergaduh kemudian kata, WHATS EVER!
Freudian slip tu. Ye aku skema.
izuan : pandai kau ambil hati aku izuan. terima kasihla. lepas ni kalau aku senyum 24 jam, jangan tanya kenapa.
aku (kau) : hahaha! aku harap impian kau akan tercapai.
zureen : thanks :) mana ada budak MGS gedik! Itu budak Main Convent laaa ;p
nais : aku nak. tapi aku kesian. sebab..muka dia agak unfortunate. jadi aku bagilah dia simpan his balls.
Miss B : terima kasihlah bayne. Kau pun cantik sebenarnya walaupun aku benci untuk mengaku. Dan kau patut bangga dgn rambut. Serius. Rambut kau yang buat kau lawa, tanpa rambut kau, kau burukla. Mamat tu, pandangan dari belakang ada iras Ropi kumpulan Cecupak la..
Nizzkee : Terima kasih!
Sarah is the One : Hahahahahahahahaha!!!!!!! Patutnya aku cakap kat mamat tu Whats ever! Mesti mamat tu paham. Tapi aku tak boleh flip rambut. Mungkin aku boleh buat moonwalk selepas cakap whats ever.
Loser#194790 : Budak TESL jugak ke ni? Betul ke ini Freudian slip? Macam bukan je. Tapi, iyalah. Kamu skema :)
slalu aku ketawakan diorang dalam kepala aku aje. sbb aku takut bila aku tegur dan ketawakan mereka, diorang x faham dan sangka aku membuat lawak tak kelakar. sbb kebodohan manusia ditakat yg sukar utk diukur.
jebonnnn! finally i found someone's blog yang bole buat i gelak gila tak tahan, nak nanges nanges dow. haha :P keep on writing ohhhhh (:
jeboonnnnnn.i'm new here! i love ur blog =)
haha.good, show him who's boss. tu la kerek sgt. *winkwink
Baca balik komen-komen kat sini.
WHATS EVERRR. Kelakar gila okay. Tergelak aku di petang bulan pose ni.
aku boleh bayangkan rupe n gaya manusia mcm bagus kat blakang ko tu..org camtu poyo gile..n.. brain-less..
anyway hi..;)
ghost : betul jugak kata kau. aku pun takut yang abang hari tu ingat apa aku cakap tu merepek je. padahal aku nak betulkan dia dan beritahu dia jangan labelkan aku. aku manusia tanpa jenama.
timmitubs : timmitubs!!!! thanks :)
sharina : selamat datang :) terima kasih. kenyitmata
Sue Anna Joe : Kan?! Sambil flip rambut yang tak tahan tu.
sHibl : Memang poyo wei. Pakai cermin mata hitam bingkai oren dalam mall, apa ke hey?
Hello :)
mesti mamat tu kurang pandai dan tak hensem. sebab tu dia macam insecure gila. haha.
ya allah selamba je aku mengutuk di bulan puasa.
memang kurang pandai dan tak hensem pun! hoh.
takpe, aku rasa kurang 2 markah je kalau kutuk mamat tu.
aku rasalah.
tak pun 4 markah.
agak menarik cerita nie...xpasl2 sume yang baca leh click direct ke blog aku ek...xpe la...jnji happy blogging..ade masa dtg la melawat
best2! dgn harapan mamat sengal ayam serama tuh terbace blog ni tak pon gefren die bace blog nih patu smpaikan kt die! kuang hajo! tu la don't ever mess with a teslian! *proud*
ni dah pukul 1 pagi dah. saya gelak sorang macam org gila sbb baca entry si jebon. sume org dah tido. esok sekolahhhhh. (apa kene-mengena)
wahhhh funny funny. aku akan selalu cek blog ni. tahniah dude. tapi aku cam musykil ko cakap betul² ke or dalam hati je. Huhuuuu.
giler pathetic laki
ramai org mcm kondifen giler sebut that's mean yg aku kenal.. fossilised da kot dlm kepala otak depa
this is damn funny. cakap betul ke tipu haa? hahha.
i like yr blog. dah addicted dah haaaa :D
lawak gile la blog anda nie :D
memang bagus ko kena kan balik si 'abang' tuh...i like.. ;)
nampak sangat kot yg dier tuh x handsome...jeles ngan orang yang handsome tuh...heheheh..
once upon a time:
"semua makhluk ciptaan tuhan tu cantik..sy pon cantik"
i still have that yellow letter..
what a phrase..
ala......kenape anda ini comel sgt.................saya bace ini dan terus jatuh mengiring ke kanan kerana kanan ade bantal. dan ketawa dlm bantal.
Post a Comment