Thursday, August 21, 2008

2 Orkid

Seorang lelaki menyambut harijadinya yang ke-98 dan memenangi loteri tetapi dia mati keesokan harinya dengan selamba.

Ironik.

(ayat pertama dipetik dari baris pertama lagu 'Ironic' nyanyian Alanis Morissette)

Sewaktu aku berumur 8 tahun, aku sangat aktif bersukan. Aku menjadi pemain badminton sekolah pada waktu itu. Aku tak ramai kawan, jadi aku jadikan raket badminton sebagai kawan karib. (Sekarang ada kawan aku yang badannya berbentuk seperti raket badminton. Kebetulan? Kebetulan)

Aku tak tahu mengapa, tapi orang-orang di sekeliling aku tak suka memberitahu aku benda atau informasi. Jadi pada satu hari, sedang aku didenda berdiri oleh Puan Chong (yang garang tapi hot) sebab tak hafal sifir 6, kelas aku didatangi Cikgu Ismail.

Cikgu Ismail kelihatan agak cemas. Dia ketuk pintu kelas dan minta kebenaran Puan Chong untuk berjumpa dengan aku sekejap.

Aku pun jadi cemas.

Aku berhadapan dengan Cikgu Ismail, tapi aku tak berani renung matanya sebab aku ingatkan dia nak marah aku. Jadi aku pun pandang bawah. Pandang arah kasut Cikgu Ismail. Dia pakai kasut ketupat warna cokelat. Alah, kasut yang ada anyaman kat depan tu. Kasut itu membuat aku teringat yang projek seni anyaman aku belum siap.

Cikgu Ismail kata, 'Jebon, awak tak tahu ke hari ni ada perlawanan badminton antara sekolah?! Kenapa awak tak datang gelanggang?'

Aku kata 'Tak ada orang beritahu saya pun cikgu?'

Cikgu Ismail kata lagi, 'Takpe, kita dah tak ada masa ni. Awak pergi siap sekarang. Saya tunggu awak di gelanggang. Cepat sikit!' Kemudian Cikgu Ismail terus pergi berlalu.

Aku bertambah cemas sebab aku tak bawa baju sukan. Hari tu aku tak ada pendidikan jasmani.

Jadi aku pergi ke gelanggang dan meneruskan setiap perlawanan badminton dengan berbaju kurung.

Selamba.

Aku jadi juara. Semua orang happy.

Aku tak berapa happy. Aku mula berfikir, kalau aku ada kawan atau kalau orang suka aku, mesti aku tak perlu main badminton pakai baju kurung. Mesti aku boleh pinjam baju sukan sesiapa.

Untuk sedapkan hati, aku berkata pada diri sendiri 'Kalau pakai baju sukan, mungkin takkan jadi juara. Ni berkat tutup aurat mungkin.'

Pada hari Isnin berikutnya, kelas terakhir aku ialah pendidikan jasmani sebelum perhimpunan mingguan sekolah. Satu kelas aku berpakaian sukan ketika perhimpunan.

Pada hari itu juga, aku dipanggil ke atas pentas untuk sesi penyampaian hadiah pertandingan badminton yang aku menang minggu sebelumnya.

Aku naik ke pentas untuk mengambil hadiah dengan baju sukan.

Ironik kan?

Seorang lelaki menyambut harijadinya yang ke-98 dan memenangi loteri tetapi dia mati keesokan harinya dengan selamba.

Seorang pelajar main badminton dengan memakai baju kurung sekolah lengkap dengan brooch dan tag nama tetapi menerima hadiah di majlis formal berpakaian sukan yang seluar tracknya ada sedikit terkoyak di bahagian lutut.

Bukankah ironik? Kau fikir?

14 comments:

dey said...

aku mcm xpercaya jer ko terrorrr bermain badminton...lagi2 berbaju kurung

Jebon said...

banyak benda kau tak tau tentang aku dey.. haa.. sila jemput aku baca blog kau la wei.

magenta said...

Hahaha last line tu. Lawak la lagu Ironik bila terjemah dalam BM.

Bukankah ironik? Kau fikir?

p.s. Apsal potong rambut macam atas tu? Kalau aku tengok rambut macamtu mesti aku panggil rambut mangkuk. Pasal nampak macam letak mangkuk atas kepala pastu potong rambut kat keliling mangkuk tu.

Jebon said...

Wei.. betul la kau cakap. Tapi aku panggil tempurung. Macam letak tempurung atas kepala dan potong keliling tempurung.. Aku tersilap langkah ni sebenarnya.. Haih...

Best la bila dah terjemah.. Macam hujan masa hari kenduri kahwin kau.

Hadie said...

dan boleh tumpang free tapi ko dah ter-bayar dulu
nasihat yang baik tapi kau tanak dengar...
siapa penah terfikir.. it figures... (err tatau translate yg ni)

dominique said...

Kasut itu membuat aku teringat yang projek seni anyaman aku belum siap ---> hahahaha.. kalaulahh cikgu Ismail bole bace ape kau fikir.. mesti die tak jadi suruh main badminton.. suruh berdiri tengah panas, mungkin =P

Jebon said...

Hadie : Ianya tumpangan percuma bila kau dah siap bayar. Siapa pernah terfikir? Dah agak dah. Haha.. boleh ke? It figures jadi dah agak dah? Hantam.

dominique : Betul! Sebab itulah aku tahan diri daripada terlepas cakap.

izuan said...

aku gagal membayangkan visual kau main badminton pakai baju kurung. kenapa ek?

Jebon said...

mungkin kerana kau dah lama tak nampak aku pakai baju kurung bermanik di leher aku..

Anonymous said...

kau kenal princess icy juliet?
kau mengingat kan aku pada dia-
dan dia seperti kau.
walaupun kau adalah kau.

Anonymous said...

ha? kau perempuan rupanya..

eiza in the house.. said...

aku pon penah gak hadapi situasi nie, cuma bukan kene bertanding...percaya atau tak aku berlatih main golf dgn bebaju kurung...kawan aku ckp pompuan melayu terakhir yg awal dan akhir dia ajar main golf ngan pakai baju kurung..hehehe

mimi said...

cikgu ko nama cikgu ismail and cikgu rohana? dulu srk subang jaya (1) kan kan kan? cikgu ismail tuh used to be my cikgu kelas masa standard 6. i klas 6ros. dia cikgu yg botak bentuk "M" cam mcdonald's and very the shiny rite?

pergh....sebut nama cikgu nih gila brings back memories. buat cerite skolah kita tak bagi pakai hairband kaler selain dr kaler kain baju skolah. or the 2-bell system, where first bell suma org kene freeze...bodoh gila system tuh...aku banyak kali kene denda sbb aku tak reti nak freeze myself..hahaha...

azira.hafiza said...

aku pernah kena denda main netball dengan baju kurung. mungkin lagi ironik. mungkin?