Wednesday, July 2, 2008

Siri TV 'Dunia Baru'


Pagi tadi aku pergi ke gerai nasi lemak tak berapa kegemaran aku berhampiran dengan pasar SS15 Subang Jaya. Aku terpaksa pergi ke gerai ini kerana gerai nasi lemak kegemaran aku yang di depan Taylor's College sudah tiada lagi. Aku tak tahu kenapa Kak Leha dah lama tak meniaga.

Sedang aku menunggu untuk makcik tu membungkus nasi lemak aku, aku ditegur oleh seorang pakcik yang tak dikenali. Pakcik tu berumur lingkungan lewat 40-an.

Pakcik Yang Tak Dikenali (PYTD) : Eh, awak ni pelakon Dunia Baru kan?

Aku : Pakcik salah orang ni.. Saya bukan pelakon Dunia Baru.

PYTD : Jangan tipu laaa... (sambil jari telunjuknya bergerak ke kiri dan kanan laju-laju menandakan 'jangan')

Aku : (mula rasa tak selesa sebab makcik nasi lemak mula mengkaji-kaji muka aku) Betul pakcik. Saya bukan pelakon Dunia Baru.

PYTD : Pakcik tengok cerita tu, pakcik tahulah. Janganlah malu-malu. Anak pakcik minat sangat dengan awak ni. Nasi lemak tu biar pakcik belanjalah! (excited)

Aku relakan pakcik tu bayar untuk nasi lemak aku. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, tahu?

Aku cuba yakinkan lagi pada dia yang aku bukan pelakon Dunia Baru. Dia tak nak percaya.

Muka aku macam muka Mohd Pierre Andre ke? *Risau

Pakcik tu minta diri, dia nak balik tolong isteri dia masak katanya.

Aku : Pakcik!

PYTD : Iya?

Aku : Pakcik pernah tengok cerita Blow?

PYTD : Tak pernah. Cerita apa tuh?

Aku : Saya berlakon cerita tu.

PYTD : Haaa... mengaku pun pelakon! Cerita apa tadi? Nanti pakcik suruh anak pakcik cari!

Aku : Cerita Blow.

23 comments:

mr. izuan said...

aku rasa pakcik tu sebenarnya maksudkan 'impian ilyana' kot. sebab excited jumpa kau tiba2 dia tersasul 'dunia baru' plak. maklumlah penangan bertemu artis popular seperti kamu. i don't blame him.

ridz said...

jebon, u make me luff when i'm dull, i feel less stress reading u, hehe so pls don't stop writing..

anyway, just a quickie, nnt when ridz junior materializes into the world, how does she address you? takkan uncle j.d kot kan?

anyway aku tak rasa ko berlakon dalam citer blow tu lar... hehe menyakitkan hati kan aku ni...

husni said...

dahla wei, yang 2nd part tu misti rekaan semata-mata.

wei, MNL(makcik nasi lemak) tu ade sambal sotong gunting tak? aku dah lama mengidam.

ridz said...

haha rekaan semata2, huhu lagi lar menyakitkan hati

wei husni, nnt ko balik aku bawak ko seround tom yam terheaven yang mengatasi vichuda tu..

Jebon said...

Izuan : Main kasar eh.. Apabenda Impian Illyana? Aku kata Blow, Blow lah. Degil.

Huzz : Eh, 2nd part tu betul.. Mana ada rekaan. Makcik tu takde sambal sotong gunting. Kak Leha ada, tapi aku tak tahu kenapa dia dah tak meniaga. Nantilah aku cuba tanya, dia duk belakang rumah aku je pun.

Ridz : Ridz jr tu perempuan ke? Dia boleh panggil aku dengan nama Jones. Tak payah pangkat aunty2 tu semua, buat aku rasa tua. Eh, Husni yang jauh gila tu kau ajak makan tomyam, aku yang dekat gila ni kau tak ajak. Main kasar.

ridz said...

ridz junior punya gender masih belum dikenal pasti, but i adore lil girls lar =]

well, tomyam tu kat pandan indah, nama dia chao praya wei, superb =] nnt we set a date ye jones

Nizzkee said...

ha'ah laa... aku dah nampak the resemblance between you and pierre.. aku rasa kamu lebih pada dia rather than JD..

kalau aku ada anak, dia akan address kamu as "si pelakon".. jadiknya... "Si pelakon dah datangggggg!!!"

magenta said...

Kenapa Pierre Andre? *confuse balik*

47 said...

same here. kenapa Pierre Andre?

Jebon said...

Magenta & 47 : Susah untuk dijelaskan sebabnya. Dek kerana sebab itulah saya tidak ramai kawan/didiskriminasi/tak disukai oleh orang2 yang suka hakimi buku melalui kulit buku. Tapi saya cubalah jawab soalan tersebut dalam bentuk esei.

Jebon adalah seorang budak yang jenis selalu mendapat weird stares/pandangan sampah dari wanita2 bila di dalam tandas awam. Kadang kala Jebon juga akan dihalau oleh makcik cleaner tandas awam, 'Tandas lelaki di sebelah!'. Tapi Jebon jawab dengan tenang, 'Makcik, saya bukan dari kaum Pierre Andre, saya tidak dilahirkan untuk kencing berdiri.Saya boleh buktikan,tapi tak manislah dipandang orang.' Makcik pula akan menjawab sinis 'Oh, macam jantan awak ni.' sambil menjeling dan mula mengutuk Jebon terang-terangan secara berbisik dengan teman sekerjanya.

Sebab itulah Pierre Andre atau Johnny Depp dan bukan pelakon wanita Dunia Baru (siapa2 lah) atau Penelope Cruz dari Blow. Sekian.

magenta said...

Orang yang tak suka/diskriminasi tu yang rugi, you have a wicked sense of humor.

Jebon said...

Thanks Magenta. Kesimpulannya, makcik cleaner tandas awam tu rugi. Padan muka dia.

47 said...

you're indeed a very interesting person jebon! :) glad to have come across you(r blog)

you go jebon, don't be paying attention to those makciks.

Jebon said...

Terima kasih 47 :')

Angel On My Bike said...

aku hampir terbalik membaca bog kamu ni junad.blow betul.apa pun, pierre andre tu bercakap spt org baru dapat lidah dan kau ckp laju mcm keretapi (wpun tidak pung pang pung pang).apakah petanda itu.

Alma said...

You and your J.D.
Haih.

::n.u.r.u.l.a.i.m.i:: said...

haha johnny depp lagi handsome :)
maybe u do look like pierre andre :))

LoveyAshLiecious said...

ya ampun. seriously ur writing is fun. sangat la ber-inspirasi utk hati yg gundah. haha. mmg rugi utk makcik cleaner itu skali lagi. :p
tapi mesti muka anda ada resemble pierre andre, thats y 'pakcik yang tidak dikenali' ckap mcm tu. mungkinkah?

hantu kom kom said...

serius hang gila.
kenapa aku baru jumpa taipan hang ini.
aishh.sekali lagi dalam sejarah hidup aku..aku tak kenai hangg tapi aku sudah tak tahan untuk mengucapkan teremakaseh utk hiburan anda.

ami said...

referring above .. betul la.. ni j blog yg aku tak kisah nak cek archive posts.. haha.. perfectly weng ..

virus said...

hahaha...aku pun slalu kene halau suh msk tandas laki gak..adehh..
weii..ss15 tu best wlupun aku dok ctu sethn yg lalu slm sthn..
sdp lyn rojak+cendol mamak tepi jln..wallawehhhh..apapun mmg lyn la blog ko ne..

nadya said...

tunjukkan la gambar kamu, ley saye tengok same or x..=P

myonyu said...

kahkahkah......ko memang gile...haha~