Tuesday, July 22, 2008

Malang tidak berbau durian

Dari kecil aku memang suka makan durian. Buah durian, kuah durian, penkek durian, kek durian, tempoyak, dan segalanya yang durian.

Bila ada orang-orang yang tak tahan bau durian, aku hairan.

Kerana durian, aku boleh jadi lupa dunia. Lupa akhirat. Lupa harga minyak baru. Lupa deadline. Lupa tengok House. Lupa tengok Keeping Up With The Kardashians. Lupa untuk buat-buat lupa tentang deadline. Lupa segala.

Bahaya... kan?

Aku ingat lagi parti durian pertama dan terakhir yang aku hadiri sewaktu aku dalam lingkungan umur 6 tahun. Aku tak pasti sama ada itu adalah parti durian atau parti biasa yang ada durian.

Parti itu dianjurkan dan diadakan di rumah kawan Mat Nor yang bernama Salleh. Di situ ramai orang-orang dewasa pelik dari pelbagai bangsa yang aku jumpa. Hippies, bekas hippies. Aku tak pedulikan orang-orang dewasa pelik tu semua. Aku masuk ke rumah, salam dan cium tangan mereka dan aku terus cari durian.

Aku cari tanpa menggunakan mata, hanya guna hidung sahaja.

Belum sempat aku jumpa durian, Bini Mat Nor menarik aku dan memperkenalkan aku kepada kanak-kanak lain yang ada disitu. Kanak-kanak lain tu macam ragu-ragu bila nak bercakap dengan aku. Mungkin sebab rupa aku macam penyangak walaupun baru berumur 6 tahun. Mereka ajak aku bermain, aku setuju.

Terlalu asyik bermain hingga terlupa tentang tujuan aku ke situ ; durian.

Setelah penat main kejar-kejar, anak tuan rumah, si Hawa, ajak kami minum dalam rumah.

Semasuknya aku dan kanak-kanak lain dalam rumah, aku nampak semua orang-orang dewasa tengah menikmati durian dan beberapa jenis buah lain dengan lahap.

Ini tak boleh jadi! Aku terus duduk di tengah-tengah Mat Nor dan Bini Mat Nor, silang kaki dan makan durian. Seulas demi seulas demi seulas. Syurga dunia aku ketika itu.

Sedang aku asyik menikmati durian, Bini Mat Nor berkata pada semua orang yang ada di situ, 'Si Jebon ni memang hantu durian.'

Hantu durian di sini bermaksud seorang yang sangat suka makan durian, tiada kena mengena dengan apa-apa makhluk halus.

Mendengarkan apa yang Bini Mat Nor kata, kanak-kanak lain terus menjauhkan diri dari aku sambil menjerit-jerit 'Eee..hantu!! Hantu durian! Eeee, hantu!!!'

Aku buang durian yang baru aku nak masukkan ke dalam mulut, aku cuci tangan, aku cari kanak-kanak tadi.

'Saya bukan hantu durianlah! Saya dah tak makan durian dah, tengok?' aku kata sambil tunjuk tangan yang bersih.

Mereka kata, 'Kita orang tak nak kawan dengan hantu!!!' lalu mereka lari dari aku lagi sekali.

Aku cuba yakinkan berkali-kali pada mereka yang aku bukan hantu durian tapi setiap kali aku kejar, mereka akan menjerit seakan histeria.

Aku putus asa.

Kanak-kanak lain bergembira bermain.

Aku habiskan masa petang itu dengan memerhatikan mereka dari jauh,

sambil makan manggis.

24 comments:

Kulat Hidup said...

eh, hantu manggis..!
tak nak kawan dengan hantu manggis.!




sekilo brape bang.?

izuan said...

ala.. biasalah budak2...

aku pun hantu durian macam ko jugak. aiskrim durian pun aku suka walaupun aku tahu aiskrim tersebut hanya menggunakan perasa durian tiruan saja dan bukan pati durian sebenar huhuhu...

husni said...

mesti bini mat nor cakap dengan sebutan pimped out loghat perak kan??

"antu deghian"

hahaha, hi five la sama bini mat nor.

47 said...

masa kecil dulu mmg penggemar durian. sekarang sudah neutral, tapi tempoyak tetap tidak mampu didekati.

terlalu...unik baunya ;)

::n.u.r.u.l.a.i.m.i:: said...

haha...funny :P

i prefer utk jadi hantu manggis dari hantu durian :P

apesal u perhati je?baling laa kulit durian tu kat budak2 tu :D

Tok Rimau said...

Apasal lu tak minum air dari pangsa kulit durian tu? Baru hilang kehantuan itu.

Angel On My Bike said...

sbb aku pun hantu durian.dgn jujur aku nak tny.. pernah tak ko kentut bau durian jebon?kalau pernah, ko bukan seorang...

kalau aku jd jebon pd waktu itu aku akan ckp,

'Ya! mmg aku hantu hantu durian!! ' (sambil sendawa dpn muka dia, kalau boleh belahak sekali)

-t- said...

durian2! separuh nikmat dunia ada dalam durian.

moja said...

blog anda amat cool dan kadang kadang suam2 kuku. teruskan membuatkan ku ketawa macam org gila (walaupon tidak).

bdw, name kawan saya pon jebon. Jebon Embon. (bkan nama sebenar) Sibling mungkin?

Hehehe.

magenta said...

hYe aWaKss! iTe p0wN sUkeRrr mAmAm duRiaN nGaN neNg0k h0uSe juGak~~!!!!!1!!sebelas!!!

(Jebon tolong jangan padam aku dari senarai blog sebab aku tulis mcm retard.) :p

husni said...

hahahahahahahaha JuNzz CHuMEyyILzzz laRz, b0wLeYlAh aWarK nEngOk h0uSe nGan mARmAmzZ duRiAnzz nGAn mAgEnTA...

(sori beb aku terpaksa, magenta dah mulakan)

Alma said...

eh, masa kita duduk serumah pada waktu seketika dulu, kenapa kita tak adakan parti durian ah? aku rasa yang lain bukan hantu durian except kite jek la kot. si mahathir tu bau durian jek da pening. haih.

mo needs mojo badly. said...

eh. aunty i sgt kool ok!

marjerin said...

ehh..skang nih dah musim durian ker??

salam ziarah..:)

Jebon said...

Kulat Hidup : Wei, janganla tak kawan dengan hantu apa-apa buahan pun. Tak baik. Sekilo berapa? Bang? Kejap, aku tanya abang yang berbaju biru tepi tu jap.

izuan : sila pergi ke Zen dan order durian strudels sekarang. aku kata sekarang!

husni : hahaha!! kau memang pandai.

47 : Ok, cuba pergi Zen dan minta durian strudels, pasti kamu akan menangis tanda kesyukuran pada gigitan yang kedua!

nurulaimi : i suka makan buah durian je, kulit dia i tak berani pegang :) Lagipun i perhati dari jauh sambil makan manggis dengan harapan diorang akan panggil i main balik. Tapi hampa..

Tok Rimau : Gua minum Tok! Mak gua paksa! Gua rasa kehantuan tu hanya boleh hilang pabila gua makan roti cicah kuah durian.

Miss B : Aku tak pernah. Maknanya, kau masih saorang.
Aku boleh sendawa kat muka dia orang, tapi kalau kau tengok muka bapak dia aku rasa kau pun pikir dua tiga kali. Untuk rupa bapak Hawa, google imej Salleh ben Joned. Kau tenungla gambar tu lepas tu kau fikir semula.

-t- : Kamu memang bijak!

Moja : Terima kasih.. Ey, kirim salam pada Jebon Embon. Bilang padanya, kalau berani belanjalah saya durian.

MaGeNtA : HaHahHahHahHaHa!! KoMeNzz YeW tEw BooArt AkEw kETaWa LiKe GiLeRzz..OmG!wTf~~!!11!
Sila tukar nama kepada BaBy~MaGenTa~WiNk~wInKzz!!!!!11!!seribuseratussebelas!!

HuSnI : Sila tukar nama kepada HuZz UrTv (segera)

AlMa : aLmA, YeW yAnG TaK BooArt PaRty DooRian yEw TanYeR I PulAkz.. (Ah, yAnG AkEw KeNEr TyPe MaCAm NiE ApErHaLz?)

MaRJeRiN : SaLaMzzz.. *tampar diri sendiri. Selamat menziarah wahai marjerin. Ya, sekarang sudah musim. .. Rasanya :)

Angel On My Bike said...

aku da amati rupa salleh ben joned tu.boleh dimaafkan lagi.aku cuma takot sendawa kat muka bapak org yang serupa lim kok wing.ko cuba browse pulak dan tgk wajah sebenar dia.mimpi ngeri kanak2.

mie_amour said...

hye..salam tmpang lalu dan salam perkenalan..saya pun hantu doyan..ahahaha..tp blum prnah kene boikot sbb makan doyan...tp ada pngalaman tman kakak beli kamera dgn bau doyan yg semerbak kua dr mulut dia sms brckp...huhu..

Learned Monkey said...

lets go party!
with unlimited excess to durian.
are you in or are you out? hehehe..

ps: kat ss15 ada durian tak?

Jebon said...

Miss B : LKW tu aku nampak bayang2 rambut dia je pun aku dah boleh menangis.

Mie_amour : Hahaha!!! Dapat diskaun tak kamera tu?

learned monkey : Let's!! Kat ss15 ada durian, depan KFC.

Anonymous said...

pass me your contacts. i'll let you know the details to this unlimited excess - durian party. kita party kat pangsapuri boleh tak? i segan dengan bangla berdekatan shell tu.

- learned monkey.

Jebon said...

learned monkey : kenapa? bangla tu baik apa.. selalu suruh i masuk pertandingan Shell.
mail me the details please j.mohd.nor@gmail.com :)

Jebon said...

p/s : oh, dan silalah jemput saya untuk baca blog anda.

mirailyani said...

HAHA saya suka ape kawan dengan hantu durian. dapat durian free, fiwit fiwit HEH

ainguzzle said...

kanak-kanak dulu kurang vocab. haha