Thursday, July 3, 2008

Buat masa sekarang, siapa yang ucapkan syabas kepada SYABAS akan kena lempang

SYABAS ialah nama pendek untuk Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd.

***

Kebelakangan ini SS15 Subang Jaya asyik terputus bekalan air. Hari tu bekalan air terputus sewaktu aku sedang cuci bilik air. Bayangkanlah aku yang terkebil-kebil dengan sabun penuh di kaki dan tangan dalam bilik air tu. Tangan dan kaki aku kecut dan kejung akibat diselaputi serbuk sabun Fab yang tak bercuci.

Iya, aku cuci bilik air guna serbuk Fab. Aku suka. Banyak buih. Best.

Pagi tadi, sekali lagi bekalan air terputus. Aku belum mandi dan harus hadiri mesyuarat. Aku panik. Baldi dalam bilik air memang ada air, tapi cukup untuk satu setengah cebuk sahaja isipadunya.

Tiada pilihan.

Aku mulakan proses pemandian yang penuh cabaran ini. Aku syampu rambut, aku sabun badan, aku cuci muka, aku gosok gigi. Segala buih-buih syampu, sabun, pencuci muka dan ubat gigi yang ada pada aku, aku biarkan berlumur di anggota badan.

Selepas 15 saat, aku cuci semua tu dengan satu kali jirus sahaja. Memang menyayat hati, aku tahu.

Tapi ada hikmah di sebalik kejadian ini, aku yakinkan diri.

Aku tak pernah tahu yang aku ada kebolehan untuk mandi dengan sekali jirus saja. Siap syampu, cuci muka, sabun badan dan gosok gigi berbekalkan satu cebuk air sahaja. Satu tau? Satu!

Aku akui, memang amazing. Bertambah amazing bila aku tiada nafsu untuk melakukan number one atau two ketika ini. Aku amat bersyukur sekali. Jika tidak.. entahlah.. *merenung jauh

Terima kasih SYABAS, kerana buat aku discover kebolehan aku ini. Syabas kepada aku.

Kebolehan ini akan aku masukkan dalam resume di dalam bahagian 'Skills', selepas kebolehan memandu tanpa lesen.

Doakan aku dapat kerja yang baik-baik ya.

9 comments:

mr. izuan said...

SYABAS for discovering 1 more of your hidden talents. adakah aku akan kena lempang kerana berkata sedemikian?

husni said...

Habis tu Kelab Syabas dekat A&W PJ tu Syarikat Bekalan Air Selangor punya ke? Patutla kolam renang diorg sentiasa penuh! :P

Jebon said...

izuan : kau takkan kena lempang selagi kau tak ucapkan syabas kepada pihak SYABAS. Kat aku takpe. Terima kasih.

huzz : bahaha! ada kemungkinan di situ.. hm..

nurbaiti said...

wah.fear factor xP

Angel On My Bike said...

syabas inspektor shahab.

Angel On My Bike said...

syabas inspektor shahab.

Jebon said...

nurbaiti : ini adalah lebih dari fear factor.... ini adalah.. kehidupan.

miss b : kau sampai komen 2 kali ni apahal? tapi baguslah, nampak macam komen aku banyak. terima kasih miss benot.

Alma said...

Serious aku pun suka cuci toilet guna Fab! Banyak buih. Puas hati aku!

zaX said...

nukilan ini sama kelakar setiap kali saya terpandang tulisan di tangki air:

"Kolam Sedutan PUAS"