Friday, July 18, 2008

Aku, Myra, Baini dan Tomok

Tadi aku saja google Tomok New Boyz. Kamu kenal?

Tomok adalah penyanyi utama kumpulan New Boyz.

New Boyz ni terkenal di kalangan orang-orang yang minat lagu-lagu genre macam hidup segan mati tak mahu tu. Yang lagu-lagunya sedih mendayu-dayu. Lagu lirik happy pun melodi sedih mendayu-dayu juga. Hairan.

Ada dua juniors di sekolah aku dulu tergila-gilakan si Tomok ni sampai tarik-tarik rambut sesama sendiri berebutkan si Tomok. Sebelah tangan tarik rambut, lagi sebelah tangan pegang majalah Mangga yang muka hadapannya tertulis 'S ialah teman istimewa Tomok'. Dua-dua budak sekolah aku yang berebutkan Tomok tu, nama mereka bermula dari huruf 'S'.

Aku bukan peminat New Boyz mahupun Tomok.

Cukup.

Aku google pula gambar-gambar New Boyz. (Iya, aku jarang melakukan benda yang berfaedah)

Tomok yang di tengah-tengah, rambut pun belah tengah (eh, murah cd dia orang).

Bila melihat rambut Tomok, aku teringat waktu pertama kali aku masuk ke kelab malam. Tahun 2002. Aku, Myra dan Baini dibawa masuk oleh kakak kepada salah seorang kawan kami.

Kelab itu bernama Orange. Masa tu Orange belum dihimpuni mat-mat rempit lagi.

Aku, Myra dan Baini ketika itu masih terlalu naif untuk mengenali dunia liar malam.

Aku masa tu sedang melalui fasa suka pakai topi. Aku tak tahu pula di dalam kelab Orange itu topi tidak dibenarkan. Sangat tak logik sebab mereka memainkan lagu hip-hop dan R&B. Bukan orang-orang hip-hop ni suka pakai topi ke? Entahlah.

Waktu aku ditahan di pintu masuk, aku ingatkan sebab aku bawah umur. Rupanya sebab aku pakai topi. Bouncer itu menyuruh aku tanggalkan topi dan meninggalkannya pada dia. Nanti nak balik baru ambil semula topi. Aku akur sebab aku takut walaupun aku tahu kalau aku tanggalkan topi setelah memakainya lebih dari 3 jam, rambut aku akan rupa macam haram jadah. Rupa macam bentuk topi la kiranya.

Jadi, malam itu adalah malam pertama aku, Myra dan Baini merasai suasana kelab malam di Kuala Lumpur.

Tiga orang suci yang seorangnya berambut leper belah tengah, dan dua orang lagi berpakaian lengkap seperti mahu ke pasar malam Seksyen 18.

Minuman pilihan malam itu : Orange juice sebab kononnya cool minum orange juice di kelab Orange. Faham? Orange di Orange.

Itu 2001. Memang kami tak cool.

Sekarang 2008. Kami... masih tak cool.

Tapi Myra dan Baini sudah bijak berfesyen. Mereka akan berpakaian seperti mahu ke pasar malam Seksyen 18 hanya ketika mahu ke pasar malam Seksyen 18 sahaja.

Dan yang paling penting, rambut aku dah tak belah tengah lagi.

16 comments:

::n.u.r.u.l.a.i.m.i:: said...

tak faham...opss :P

husni said...

rambut myra belah tengah tak time tu??? rambut baini toksah cerite aaa...

mr. izuan said...

rambut baini kan agak liar. tentunya sesuai dengan tema di kelab orange tersebut. kan baini? kan?

girlindarkness said...

Sowy mencelah..kelako bebenor blog kamu nieh!!aku dah pas kan link blog kamu!sebb rasa blog kamu sesuai untuk kami di masa stres..karang2 laa lagi :-) *wink*

Angel On My Bike said...

kejadian masuk kelab mlm seperti mahu ke pasar mlm mmg teruk la. (bukan tak plan ke mase tu, terpaksa pergi bkn?).dah la jln pegang tgn sama2.mase tu aku hanya bsahkan bibir aku ngan zikrullah je(ya,mmg aku terkejut sbb mamat2 gagak hitam ajak aku menari, mungkin sbb rambut aku serupa dgn diorang). aku rasa spt dirogol apabila mereka memandang aku.suci bukan?

nway,husni... rambut kau pun belah tengah jgk dulu apa.ko pernah keraskan pastu sikat lurus.aku ingat.ko jgn tipu.

tima kasih izuan.ko je yg percaya kebolehan rambut tasaday aku.

47 said...

sebenarnya akulah tomok :)

Tok Rimau said...

Aku masih lagi kelab malam. Tidak ada jiwa. Aku benci suasananya. Aku benci bisingnya. Aku pun tak tau kenapa aku ke sini.

Nizzkee said...

rambut belah tengah is da bomb k.. trust me, i know how bad hair can look like after berjam-jam ko pakai topi, pastu ko kena tanggalkan... cam rela ko pakai paperbag over your head than to walk around in a club dengan rambut yang leper dan berupa haram jadah.

tanpagraviti said...

boleh thn blog hang, Jebon

btw, cmna style rambut hang la nih? rambut rapat belah tepi? :)

Jebon said...

nurulaimi : bahagian mana yang tidak faham tu? kawan saya husni boleh tolong terangkan :)

husni : rambut myra tak belah tengah tapi masa tu dia pakai spek mata steve urkel versi perempuan.

mr. izuan : rambut baini memang liar, aku yakin malam tu orang2 di sekeliling dia pasti ada termakan beberapa helai rambut baini.

girlindarkness : terima kasih. blog ini sesuai dimasa stress? oh, datanglah selalu (stresslah selalu?) :)

miss b : ya baini.. tapi masa tu ada dua orang yang cool kat situ. abang daiz (macam mana entah ejaannya) dan syuk. mana pergi entah.. dan rambut husni memang belah tengah dulu. dan ada 1 kali dia potong rambut macam prince naseem.aduh..

47 : bahahaha!! sedap suara kamu.

Tok : Tok, maaf Tok. Tapi saya tak faham. Ke sini tu ke blog saya atau ke kelab malam? Saya bila dengan blogger hebat macam jadi bodoh terus macam ni. Sorry Tok.

Nizzkee : Kamu kata macam tu sebab kamu masih lagi belah tengah. Hee :)

tanpagraviti : Terima kasih. Sekarang rambut aku tidak berbelah bahagi. :)

nais said...

babi.

husni said...

rambut aku sentiasa semulajadi ok, ko jgn jeles baini....

husni said...

lagi elok pegi oren pakai macam nak pegi pasar malam dari pegi pasar malam pakai macam nak pegi oren (bercakap melalui pengalaman dan pemerhatian di pasar malam seksyen 18)

missSCHNEEBLY said...

ade pic ko tym rambut belah tgh?
meh cni aku nk tengok!
kot2 mcm kembar tomok ker....perghh seram ade 2 tomok kt malaysia neh.

HaDi said...

ade kwn adi yg rambut dia mcm tomok..
typical org melayu la, layan lagu awie sume..
add maths dia dapat 82% (serius shit, bkn tipu, fakta)

Azzu said...

aku sarankan bagi siapa2 yg rambutnya penyek ditekan topi tu cuba lah menunduk dan menyikat rambut bermula dr tengkuk ke dahi. nescaya tak penyek lagi. selamat mencuba.