Friday, July 11, 2008

Aku, Mat Nor dan Uma Thurman

Mat Nor dan aku memang banyak perbezaan.

Antara perbezaan itu adalah :
  • Mat Nor putih. Aku tak putih.
  • Mat Nor pandai melukis. Aku lukis kerbau, cikgu aku ingat aku lukis kucing (Darjah 2 Orkid, S.R.K Subang Jaya '91. Sampai hati Puan Chong cakap macam tu. Aku baru 8 tahun kut)
  • Mat Nor pandai menulis. Aku baru nak mula menulis.
  • Mat Nor pandai main pelbagai alat muzik/menyanyi seperti Bob Dylan. Aku.. bila aku nyanyi sikit-sikit, kawan aku tanya 'Apa kau cakap tadi? Aku tak dengar.' Rupanya aku menyanyi dan bercakap tiada beza.. Tsk. Mungkin aku patut menyanyi lagu-lagu gangsta rap saja lepas ini.
  • Mat Nor berambut kerinting. Rambut aku tak ada kategori.
  • Mat Nor suka makan sayur. Aku tak boleh makan sayur. Alahan. Okey, tipu. Aku tak suka makan sayur. Tak boleh.
  • Banyak lagi perbezaan yang aku malas nak tulis.
Despite perbezaan-perbezaan yang aku dah tuliskan ni, ramai juga yang berkata pada aku 'Eh Jebon, muka kau sebijik macam muka Mat Nor siyot!' Aku tak setuju. Sebab aku rasa muka kami berbeza.

Mat Nor tak handsome. Faham?

Persamaan yang ada pada kami yang aku boleh fikirkan sekarang, ada tiga. Yang pertama, kami berdua suka Uma Thurman. Yang kedua, kami berdua tak sikat rambut. Yang ketiga, bulu kaki kami sama. Ya, struktur bulu kaki kami serupa. Aku tak boleh nak terangkan bagaimana, tapi memang serupa.

Tolong percaya.

Salah satu sebab ramai yang bila berjumpa dengan aku (bila aku pakai seluar pendek) ingat aku lelaki ialah sebab bulu kaki aku. Dan bentuk kaki aku sendiri. Bini Mat Nor selalu tanya 'Kenapa kaki kamu macam Santokh Singh?' Aku tak kenal siapa Santokh Singh, tapi dari namanya saja, aku yakin kaki dia ganas.

Oleh sebab Bini Mat Nor sangat menyampah dengan bulu kaki aku yang macam jantan ni, dia paksa aku 'menebas' (iya,dia guna perkataan menebas) bulu kaki aku. Paksaan ini bukan aku terima dari Bini Mat Nor saja, malah kawan-kawan aku juga dah bertahun-tahun paksa aku hapuskan bulu kaki aku dan hidup seperti manusia biasa.

Minggu lepas, oleh kerana tak tahan dengan tekanan dari orang-orang disekeliling, aku pergi ke kedai India di belakang rumah dan minta dia hapuskan bulu kaki aku dengan teknik waxing.

Terkedu.

Sakit rupanya waxing tu.

Sekarang, kaki aku licin. Bini Mat Nor gembira. Kawan-kawan juga tumpang gembira.

Dalam kegembiraan mereka, mereka tidak sedar apa yang mereka telah rampas dari aku.

Aku telah hilang satu di antara tiga benda yang aku sama dengan Mat Nor.

Aku sekarang ditinggalkan dengan dua sahaja persamaan dengan Mat Nor dan sepasang kaki yang gatal.

17 comments:

missSCHNEEBLY said...

hahaha ko akan menyesal dgn tindakan tersebut.percayalah! hahahahaha!!!

nnt bulu kaki ko akan tumbuh dgn cara yg amat ngeri dgn kondisi yg x boleh diterima akal.

padan muke ko!

cempaka said...

percaya la lepas ni bulu kaki kau akan kerinting dan lebat macam bulu dada mamak.

Botol Suci said...

Bob Dylan rambut lurus! :)

husni said...

hotak lu mat nor tak handsome, lu gile ke ape? rambut die trademark beb, dari dulu aku teringin rambut macam die, kerinting ala2 cheezels.

aku pun bodoh seni lukis jugak, aku lukis ayam, semua orang ingat aku lukis kunci kereta.

slamat!

magenta said...

Err, setahu aku waxing takkan menyebabkan bulu jadi kerinting dan lebat. Kalau shaving ye. Oleh itu jangan sesekali shave kaki. Sebab kalau dia tumbuh lebat dan kasar lepas shave, dia takkan jadi halus balik.

Hahaha Jebon ko rilek je k, jangan garu-garu sangat kalau gatal. Jangan sapu minyak ke losyen atas kaki 48 jam lepas wax sebab nanti pores blocked, dapat ingrown hair, lagi gatal. Kalau sapu aloe vera wipes tu ok.

Alma said...

yes, magenta's right. if waxing, bulu takkan kerinting. tapi kalau shaving, bulu kau akan menjadi seperti bulu aku dan bulu julie (time belum shave) ; ). as i said, kalau mahathir tengok, TURN OFF sial!

erm(bulu bulu zemon) said...

lelaki 1:kah kah kah kah
lelaki 2:eee geli citer pasal bulu

::n.u.r.u.l.a.i.m.i:: said...

tahniah sbb anda berjaya merasai kuasa kesakitan waxing...hee lelaki dan bulu kaki tersgtlah normal...tayah shave oh =))

Angel On My Bike said...

ini kabar buruk junad.pecaya lah lepas kau cukup bulu kaki mu itu ia akan menjadi lebat. selebat rambut aku.ha.takot bukan?

entah kenapa,santokh singh mengigatkan aku kepada Genghis Khan. adakah mereka geng?

Jebon said...

schneebly : tipuuuuuuu!!!!!

cempaka : bulu dada mamak? hahahaha.. hmm... macam sexy je wei?

botol suci : bob dylan berambut besar laa.. :)

husni : nanti aku bagitau mat nor kau kata rambut dia macam cheezels.. habisla lu. adik aku haris tu cuba buat rambut macam mat nor tapi memang tak jadi la.

magenta : terima kasih magenta kerana menyedapkan hati aku. mana kau tau aku ada aloe vera wipes tu? jeng jeng..

alma : hi alma. hawadoo? :) julie tu bulu tangan dia pun macam mamak rafi, macam mana?

nurulaimi : terima kasih atas ucapan tahniah itu :) wanita india yang wax kan tu yang memerlukan waxing sebenarnya tapi dia macam..in denial ke apa tak taulah.

miss b : rambut tu jadi besar bagak tu sebab kau wax kepala ke setan?

genghis khan dan santokh singh bukan geng la gila!

yaya schmaya :) said...

hahahahhh coool gilaaa entri ni

Jebon said...

yaya : cool ke? cheh. waxing tu seksa ok.

Senandung K said...

puan chong yang garang2 suara lantang tu kan? takuuuttt. hehe. i remember u. u taught me how to draw mat nor's famous character. ;)

Konstantine said...

"Aku.. bila aku nyanyi sikit-sikit, kawan aku tanya 'Apa kau cakap tadi? Aku tak dengar.' Rupanya aku menyanyi dan bercakap tiada beza.. Tsk"

thats EXACTYLY what i slalu tanye Ain! hahaha! disebabkan bilek kami bersebelahan, i slalu dgr die 'ckp sesuatu', tp i slalu s dgr. pastu i pon akan tanye:

"ape ko ckp,ain?".

dan ain akan marah:

"aku nyanyi la!".

kamu berdua mmg adik beradik.

Jebon said...

Senandung K : Iya.. Puan Chong yang itu.. Ish.. Siapa kamu Senandung K? Adakah kita sama kelas?

Konstantine : Hahaha!! I tau! Dia selalu cakap kat I.. I diam je tapi dalam hati 'Apahal nak kena sama dengan gua ni..'

ainguzzle said...

kelakar siot. kalo aku sedey tahap nak mati. aku nak visit blog ko coz it makes me feel good.hahah. ko mmg klako

suchajojo said...

haahahahaha... this entry is freakingly funny!!

anyways,im new to ur blog.. i act dont read long blogs, but yours are so funny and i am stucked in it..