Sunday, June 15, 2008

Walaupun aku suka Julia Rais, aku takkan menamakan anak aku Mira Edora.

Aku selalu kata aku tak suka surprises. Lebih-lebih lagi kalau 'kejutan majlis harijadi' (betul ke istilah ni? Macam salah tapi aku peduli apa, asalkan kau berlima faham apa maksud aku). Aku rasa sebab itu tiada siapa pernah buat kejutan majlis harijadi untuk aku.

Tapi bila aku fikir semula, aku tak pernah mengalami kejutan majlis harijadi, jadi macam mana aku nak tahu aku suka atau tak? Sekarang aku tak pasti. Suka atau tak?

Dalam 5 hari, ada dua surprise parties yang aku dah hadiri. Harijadi kawan-kawan baik aku. Julia dan Suff. Aku memang diselubungi orang-orang yang suka anjurkan surprise parties. Aku pun hairan macam mana mereka kumpul kekuatan untuk menyusahkan diri dan memeningkan kepala demi menjayakan sebuah majlis harijadi mengejut.

Apabila harijadi aku yang baru lepas tiada kejutan mahupun renjatan berlaku, aku terkejut. Kenapa tiada kejutan?

Mungkin itulah kejutannya.. tiada kejutan.

6 comments:

yaya schmaya :) said...

junaaad you are soooo indie and kelakarrrr hahahhaha...your blog is officially my paling favourite blog lah!

Jebon said...

Terima kasih Azalia! I tengah nak habiskan baca ur lama-lama posts ni.

kudukudukudukudu :)

yaya schmaya said...
This comment has been removed by the author.
yaya schmaya :) said...

haha kudukudukudukudu :)

tu sebenarnya my blog yang ke-lapan kut. every year tukar blog sebab dramaaaa....ahhahaha

manusia omnivor said...

gile sengal sumer post ko! tabik spring roll 1~!

Anonymous said...

hahaha. comel3. damn la. kejutan yg bukan kejutan. (???)

reader yg setia :D