Monday, June 30, 2008

Repost

Aku pernah bangkitkan hal ini di dalam blog aku yang dah pupus dulu. Tapi aku mahu cerita lagi sekali sebab benda ni tak pernah gagal untuk menceriakan hati aku bila aku teringat tentangnya.

Banyak tahun yang lalu aku menonton satu drama Melayu.

Satu babak dari drama tersebut :

Seorang bos sedang duduk di dalam pejabatnya yang agak kecil. Meja bos dipenuhi dengan fail-fail bermacam warna. Fail yang banyak, menandakan bos yang sibuk (Oooo..).

Bos memakai blazer hijau tua (pinjam) yang sedikit oversized serta seutas jam berwarna emas pada tangan kanannya (jam juga agak longgar).

Bos menyemak fail-failnya. Bos kelihatan runsing. Bos bersandar pada kerusi sambil memicit-micit kepalanya menggunakan tangan kanan (Nak tunjuk jam tangan emas la tu).
Kemudian, bos menekan butang interkom untuk memanggil setiausahanya, 'Mary, masuk bilik saya kejap. Iya, sekarang.'

Tuk! Tuk! Tuk! (bunyi pintu diketuk)

Bos bertanya dalam nada suara yang paling berkarisma (siap dengan kening sebelahnya terangkat lagi), 'Siapa?'

Sila beri tepukan untuk bos.

7 comments:

Nizzkee said...

hahahaha...... bodo kan!!
but you're right.. it's darn funny.. aku punya lousy morning dah pick-up sebab baca ni..

Jebon said...

memang bodoh. aku takkan lupakan muka boss tu sampai bila-bila walaupun itu kali pertama dan terakhir aku nampak dia di kaca tv.

mauri said...

hahah. bengong. klaka doi~

Leesa said...

HAHAHAHAHAHAHAHAH!

It's really not that funny but I can't stop laughing!

ainguzzle said...

hahaha.penulis scrip tak imaginative to be more realistic.

dora j said...

heheh funny...

penah perasan tak ni, isteri tggu suami balik rumah, bunyi pintu terbukak and the wive sees the husband and says, "abg.. abg dah balik?"

suami : "ye, abg dh balik"

hmm....

shedevil said...

bhahahaha
hell :D