Monday, June 16, 2008

Namanya Nima

Aku ada teman serumah. Dia berasal dari Iran dan namanya Nima. Muka dia macam David Copperfield namun dia bukan seorang ahli silap mata. Aku tahu dia bukan ahli silap mata sebab hari tu aku tengok dalam topi dia, tak ada arnab putih.

Okey, tak kelakar.

Nima adalah seorang lelaki yang berumur 20 tahun. Dia menuntut di Kolej Taylor di belakang rumah aku ni, begitu juga teman wanitanya.

Teman wanitanya berasal dari Korea.

Mereka comel bila bersama.

Penguasaan bahasa Inggeris mereka berdua amat minimal. Jadi mereka selalu berusaha untuk memperbaiki kelemahan bahasa Inggeris mereka. Antara kaedah-kaedah yang mereka gunakan adalah dengan membaca majalah-majalah dan buku-buku berbahasa Inggeris dan yang paling selalu ialah dengan menyanyikan lagu-lagu bahasa Inggeris bersama-sama di dalam bilik.

Lagu kegemaran mereka untuk menyanyi secara duet adalah lagu Paint My Love nyanyian Michael Learns To Rock.

Bila aku terdengar mereka nyanyi, aku akan secara automatik terikut nyanyi sama.

Pilihan lagu-lagu mereka memang bukan lagu-lagu yang aku suka. Selain lagu-lagu Michael Learns To Rock, mereka juga suka nyanyi lagu-lagu nyanyian kumpulan Aqua, M2M, Venga Boys dan ada juga Peter Andre.

Aku tak tahu macam mana, tetapi aku tahu senikata setiap lagu yang mereka nyanyikan. Memang ajaib. Setiap kali mereka nyanyi lagu-lagu ini, aku akan terikut menyanyi sama secara spontan. Seperti aku kata, memang ajaib bila rupa-rupanya aku hafal lagu Pretty Boy nyanyian M2M.

Selama ni aku tak kisah pun mereka nak nyanyi lagu apa. Tetapi pagi tadi, aku terpaksa ambil kisah.

Mereka pasang lagu The Cheeky Song (Touch My Bum) nyanyian The Cheeky Girls.

Sekarang sudah jam 7 malam, lagu itu masih bermain di dalam kepala aku. Aku risau.

11 comments:

husni said...

tapi mungkin jugak nima dan teman wanitanya ni hanya wujud dalam imaginasi kau, sebagai suatu alasan maya supaya kau tak rasa bersalah menyanyikan lagu-lagu yang tersebut di atas...ala-ala Tyler Durden dalam filem Fight Club.

Jebon said...

Walaupun rupa aku sebijik macam Tyler Durden (bagi yang nak tahu rupa aku macam mana, sila google imej 'Tyler Durden'), aku bukan macam dia.

Nima dan teman wanita memang wujud. Kau boleh datang rumah aku dan periksa.

Circa 2002, kita nak menjemput Myra untuk bersama-sama makan nasik lemak ayam di Bangsar, kau mendendangkan setiap baris kata/tight rhymes lagu Sack Da Boss (nyanyian KRU) di dalam kereta dengan gaya gangsta rap seolah-olah kita hendak membuat shootout di kawasan Glenmarie. Sebagaimana sahihnya kisah kau ni begitulah sahihnya cerita Nima.

husni said...

hahahaha.... tapiiii KRU bukan Venga Boys...atau The Cheeky Girls.

mr. izuan said...
This comment has been removed by the author.
mr. izuan said...

kadang2 aku juga mengalami masalah sama seperti kau. lagu2 berunsur 'disturbing' masih tetap bermain dikotak fikiran walaupun dah lama tutup winamp huhuhu.

Enche' Kacak said...

celaka. sekarang lagu tu lekat dalam otak aku pula. thanks alot. sigh haha

Jebon said...

padan muka!!!

Alma said...

hahahah oi! cheeky girls tu favourite song darzie la! cuba kau suro dia nyanyi that song. sangat cheeky ok! junad, sebenarnya aku pun TER hafal lagu2 tu. especially peter andre! hahaha bod.

aku nak jumpa la si nima ni. just nak tengok jek muka dia ; )

zaX said...

masih terngiang di dalam kepalaku senikata lagu jalan bijan.

Teddy said...

aku perlukan klarifikasi kerana aku tersangatlah konpius.

ko lelaki ke pompuan? kalau pompuan, ko biar betul ber'teman serumah' ngan lelaki iran.

ke camne?

Anonymous said...

JEBON.... U ni laki or pompuan??? confius la....