Saturday, June 28, 2008

Meet Syed Husni

Husni Al-Attas (Delaware) wrote
at 2:22pm on June 16th, 2008
Junz kau makan ubat pelupa bole tak? semua bende kau nak ingat lepas tu siap bole cerita balik sebijik sebijik pulak tu...dahsyat kau ni.

Husni tulis ini di Wall aku selepas aku mengingatkan dia tentang perkara-perkara yang memalukan yang pernah berlaku sewaktu kami sama-sama belajar di UiTM Shah Alam dulu.

***

Tahun 2001, aku mula hidup dengan gelaran sebagai pelajar universiti. Itu kali pertama aku berjauhan dengan keluarga. Memang tak biasa. Kali pertama aku tinggal di hostel, kali pertama cari makanan sendiri, kali pertama makan mi segera campur serunding, kali pertama basuh baju sendiri/hantar dobi sendiri, kali pertama bila ponteng kelas beli M.C sendiri, dan banyak lagi benda yang kali pertama aku lakukan pada tahun itu.

Kiranya tahun itu, aku mula belajar untuk hidup sendiri.

Semester pertama aku hanya berkawan dengan budak-budak yang sama bilik dan kelas dengan aku sahaja. Aku memang susah berkawan. Maklumlah, pemalu (mari kita ramai-ramai kata 'Awwwww' sekarang).

Waktu itu aku belum mengenali Husni, dia kelas lain. Lagipun dia hidung tinggi (hidung tinggi untuk Husni membawa dua maksud. Satu : Sombong. Dua : Hidungnya tinggi secara literal, boleh gantung penyangkut baju atau bingkai gambar keluarga. Sila lihat gambarajah jika tidak percaya. Tinggi bukan hidung dia?)

Hidung dari tepi.

Jadi memang sepanjang semester pertama, aku tak pernah bercakap dengan Husni sebab aku tak gemar tengok muka dia. Aku rasa dia pun tak gemar tengok muka aku. Rasa intimidated la tu. Tapi bila aku kata aku tak pernah bercakap dengan dia, tak bermaksud aku tak kenal dia. Satu kampus kenal dia. Mungkin sebab orang ingat dia pelajar dari program student exchange ke apa sebab rupa dia memang..entahlah. Korang tengok je lah gambarajah lagi sekali.

Hidung dari depan.

Masuk semester kedua, aku kurangkan sikit sifat malu dan mula berjinak-jinak dengan orang ramai. Ramai sikitlah kawan aku masa ni. Tapi aku tetap tak berkawan atau bercakap dengan Husni. Entah kenapa, bila tengok dia rasa nak terajang. Aku pasti ramai orang yang rasa begitu terhadap Husni, kecuali perempuan-perempuan naive yang tak tahu apa itu maksud buaya darat.

Satu malam, aku dan teman sebilik aku berjalan dari hostel ke 7-Eleven yang berdekatan untuk membeli makanan. Aku beli sekotak susu kacang soya dan sebungkus biskut Tiger. Kawan aku beli apa entah, aku tak ingat, tak penting pun.

Kawan aku tanya, 'Kau nak makan biskut je ke?'

Aku jawab, 'Hak ah, biskut Tiger cicah soya bean sedap tau.'

Kawan aku kata, 'Ewww...' dalam nada menghina makanan aku.

Selesai membeli kami jalan pulang menuju ke hostel. Untuk sampai ke hostel, kami kena melalui satu skate park tak jadi yang dibina oleh budak-budak Shah Alam Seksyen 18. Kami nampak Husni dan Sabri (teman sekelas aku) sedang melepak di skate park tak jadi itu.

Sabri panggil kami, 'Woi! Woi! Meh la lepak sini!'

Aku tak nak pergi, tapi aku paksa diri, pergi je lah..

Husni menyambut kami dengan senyuman tak ikhlas. Aku rasa macam nak tampar muka dia, tapi memandangkan tapak tangan aku lagi kecil dari hidung dia, aku batalkan niat itu. Aku balas dengan senyuman yang lagi tak ikhlas. 'Ambik kau!' aku kata dalam hati.

Tiba-tiba Husni kata, 'Lepakla sini kejap. Makan biskut Tiger cicah soya bean dengan aku. Sabri tak suka. Layan siyottt makan benda ni!', sambil mengeluarkan sekotak susu kacang soya dan sebungkus biskut Tiger.

Dari air susu kacang soya dan biskut Tiger itu aku tahu;

Aku boleh kawan lama dengan budak ni.

Aku boleh makan ubat pelupa atau makan semut banyak-banyak (orang kata kalau makan semut boleh jadi pelupa) untuk buangkan memori tentang Husni yang hafal lagu-lagu KRU dan Paula Abdul. Iya, Paula Abdul. Favourite dia lagu 'Straight Up', dia hafal dengan steps tarian sekali.

Tapi tentang susu kacang soya dan biskut Tiger ni, aku mahu simpan. Aku harap tiada ubat atau semut yang boleh buat aku lupa.

36 comments:

mr. izuan said...

All together now:
Awwwwwwwwwwwwwwwwww

What a beautiful entry. A fine tribute for your best friend. The Husni we all know and love.

Kau rasa budak2 TESL sekarang kenal lagi tak siapa Husni? Husni kan berstatus legendary.

husni said...

betul-betul ko tak kasi chan kat hidung aku eh???

aku rasa nak nangis pun ade, nak terajang kau pun ade...

skate park tak jadi tu kita kena pegi lagi sekali masa aku balik nanti, kena tengok ada apa-apa yang jadi tak.

terima kasih laa wahai sahabat...aku cukup terharu.

Tatie said...

Mr. izuan...
syed husni masih dikenali oleh bdk TESL hingga sekarang. (:

Tatie said...

Mr. izuan...
syed husni masih dikenali oleh bdk TESL hingga sekarang. (:

Jebon said...

Izuan : Tatie baru sahaja menjawab soalan kau.

Husni : Banyak lagi benda aku nak cerita pasal kau ni, tapi lain kali je la.

Tatie : Hello Tatie. Nanti tolong sebarkan gosip liar tentang Husni di kampus ya. Terima kasih.

Angel On My Bike said...

aku tak ingat papepun pasal husni. hebat tak aku?tp aku suka gmbr hidung dr tepi tu.oksigen.
nway... bila ko nak buat entry pasal aku plak.. pasal aku pandai mengurut kt hostel ke.. pasal almari aku tmpt simpan baju2 eksklusif ko ke? pasal keajaiban aku ke.. hahahaha.. junad.lawak seyh baca entry ko yg ni.berdebar jantung aku.

Jebon said...
This comment has been removed by the author.
Jebon said...

Nantikan bayne. aku tengah kumpul cerita je ni untuk post Meet Bayne Belalang. Tengah refresh memory. Aku tahu, kita banyak juga memori memalukan bersama. Nantikan.

magenta said...

Haha you're funny! I love your blog, will be visiting frequently after this.

p.s.Ni skatepark yang dekat belakang cemara tu ke?

Angel On My Bike said...

fuhh.. rindu seyh nak pakai seluar katok hitam besar aku ngan jumper ada hood...aku rasa mase time tu aku cun dan cool la..haha. junad,ko ingt tak mase kita borak2 tepi jln ng husni sabri suma then msg2 gerak (aku plg ingt myra la mintak diri dl.siot je) tggal aku ng ko je kot. rupanya kt blakang kita kat ada ustaz tggu kt pagar.. cilake btol kwn2 yg selamatkan diri sendiri ni.cis.tp kisah ko pun byk gak yg kelakar.nanti aku pikirkan.

nais said...

hahahahaha... husni kan dulu jalan2 dgn Reader's Digest, lepas tu duduk kat tesl sq - ingat dia cool... haha

bayne, ingat tak gi bilik junad tgk Toyol lepas tu kena tido situ sebab junad takut tido sorang?

Jebon said...

Magenta : Ma..ma..magenta? Ish.. I'm one of your biggest fans. Terima kasih sebab datang sini. Sila datang selalu. Yes! Skatepark belakang Cemara. Dulu saya tinggal di Akasia, dan selalu makan di Mamak Imthiyaz sebelah kedai buku yang penuh kucing.

Bayne : weii..aku ingat! aku ingat ustaz tu lantik aku jadi ketua keselamatan blok kita di akasia. aku bangga. Aku juga ingat yang kita antara dua orang yang TAK pakai baju melayu jalan-jalan di shah alam.

nais : lu ni apehal ni? korang yang takut ok? aku tak takut. aku selalu berselindung di belakang ice. ice selalu protek aku. ha.. weh, vcd toyol tu masih ada kat aku. aku tak tengok2 sampai sekarang.aku tak tengok bukan sebab takut, tapi sebab...nanti rindu kat korang (tuih)

Angel On My Bike said...

nais- stuju.aku tak pasti kenapa kita kena tido bilik junad lepas dia yg ajak kita tgk cd TOYOL..tp ko mmg salu buat onar junad. contohnya salah guna walkie talkie kuning yg ko beli tu.(nway ada kt aku lagi satu)

junad- jgn diungkit kisah baju melayu tu weyh.tp aku mmg respect la sbb ko tak terpengaruh ngan trend sesat tu..mazhab mana ko ikot?haha.

Angel On My Bike said...

husni suka buat muka ketat baca R.D celah tangga sorang2..3 jam macam batu.tak lama lepas tu yg plg aku ingat RAMAI LA PLAK SUBSCRIBE R.D.palsu.palsuuu!!!

Jebon said...

Korang kena tido bilik aku, sebab korang yang takut. Ha..ingat tak?

Jom kita test walkie talkie tu one of these days. Aku beli benda tu kat Plaza Alam Sentral eh? Ke kat Giant 18? Ah, lupalah. Aku pun simpan lagi satu. Kalaulah walkie talkie tu berbentuk hati separuh separuh, kita dah boleh cantumkan menjadi satu hati yang penuh Bayne.

Kat TESL square tu memang banyak posers la. Husni la pioneer nya. Tak boleh ke semua orang rilek macam kita ni?

magenta said...

really? dulu I tinggal kat akasia gak, tapi masatu akasia tu tempat tinggal perempuan saja. lol. yupe, I pun selalu makan kat imtiyaz, tapi imtiyaz dah tukar nama sejak 2005, jadi ameer ali. kedai kucing tu masih ada macam sediakala, masih busuk. haha.

Jebon said...

Er.. Ya Magenta. Masa I tinggal kat Akasia pun semua perempuan juga. Heh.
Kedai kucing tu bilalah nak insaf agaknya. Bila nak beli alat tulis dari kedai tu macam cabaran dalam Fear Factor rasanya.

elya said...

haha..aku gelak sorg2 weh baca kamu punye blog..mmg teringat zaman2 kamu kena pakai tudung mase orientation,dan kamu pinjam anak tudung haku sampai satu sem..ingat x?theehehehe..

Jebon said...

Ni apahal yang cari gaduh kat sini ni? Apahal ni Elya?
Aku pulangkan tak anak tudung tu? Aku rasa aku pakai sekali je, masa kena kawat bodoh tengah hujan tu. Tertekan aku masa tu wei.

magenta said...

aduh malunya. hehe. sorry i read your profile you said nak jadi faizal hussein, i automatically assumed you're a guy. sorry :/

ha ah. kedai kucing tu busuk gila. selalu kena tahan napas masa nak masuk.

Jebon said...

Magenta : Wahai magenta, tak mengapa :)
Esok i nak pergi visit kedai kucing tu. Nak tengok masih sama atau tidak.

husni said...

hahahahahahaha elya hahahahahahahaha ambik kau takde tapis.

nais said...

hahahahahaha elya tepat sekali. ada lagi cerita?

aku ingat jadi junad nye runner ke 7-11...

Angel On My Bike said...

junad,andaikata walkie talkie tu boleh berckp,pasti dia pun akan bercerita ttg kebuduhan kita dahulu kala.ya,kau beli kat 18 tp aku tak ingt dimana.tp yg aku ingat kau plg byk duit dan suka beli yg tidak tidak.

ya,husni la yg start fenomena fan club di fakulti education. tak sihat.

weyh,ingat tak mase latihan bomba memlm kat akasia.mmg mcm indon turun padang seyh semua org.tp yg plg aku ingat latihan tu jadi kenyataan bile tandas one of the room terbakar sbb budak tu letak lilin kat atas penutup jamban. ingat tak?tak sia2 lakonan kebakaran kita sebelum tu.. mmg cemas.

a said...

Even if I only understood about a 12% of this entry, I am going to say this: Syed Husni has a perfectly normal size nose, according to Caucasian standards, of course. We have big noses in Europe.

::n.u.r.u.l.a.i.m.i:: said...

sweetnye...mesti husni rasa terharu gile dengan entry ni...hehe..u such a good fren

yaya schmaya :) said...

awwwww.

hehe nak try lah biskut tiger cicah soya bean...ngehehhe

Liyana said...

hahaha...nih psl super senior tesl!pernah interview die time pre-degree sbb die dpt Fulbright scholarship time tu...hehehe
blog kamu ni cool laaa...tergelak2 bace...i link ur blog to mine!

acerbicacad said...

Walaupom ak tidak mengenali Syed Husni nie tp die nie mmg legend la..
Super super senior nie..
best la plak baca entry2 nie..
Tesl students memang cam nie kan..
happening and cool(sejuk) jek..

Munky said...

syed husni..aku just tahu macam-macam tu ja..fenomena kat fakulti time tu..dan dalam kebelakangan neh,si Ana..hehehe..
tapi kalo sabri tu,kalo betullah sabri botak-botak tu..kenal la..hehehe..

hana_lalalala said...

wahaaha funny entry...

yeah semua org kat tesl cakap husni hidung tinggi. ade 2 maksud.

:p

gemilangs said...

oh bukan budak tesl je ya,husni glamer di kalangan budak A level juga :p

peace(aman?) jebon!
saya suka belog anda.

Sumuk said...

lerr.. korang2 ni adik adik aku rupanya...
eii.. kedai alatulis to owner tu pernah jadi bos aku okeii? nasib baik aku tak jage kedai tu.

aku rasa tali perut aku dah berbelit belit ketawa sorang2 baca blog kau nih. mesti link, taknak miss!

Sumuk said...

baru sekarang aku ingat, nama husni ni, junior aku slalu sebut dlm bilik. suhaily. kenal?

fulwathomiya said...

n here i thought u r a guy...haha... funny blog. kene follow nih.

p/s:penah duduk kat cemara,bkn lelaki bkn pondan tapi perempuan ^.^

MaYanG said...

haha~ sweet!~