Tuesday, June 17, 2008

Kau adalah televisyen

Tadi aku dah melakukan sesuatu yang melanggar prinsip aku. Aku terpaksa. Dipaksa? Hak ah.

Bibik aku sakit.. Dan dia jarang minta aku buat benda untuk dia. Selama ni dia hanya minta aku belikan dia buah-buahan, kredit Digi RM10 (pernah juga RM30, tapi aku suruh dia bayar balik) dan adalah sekali dua Colonel Burger KFC.

Permintaan dia kali ni agak berat. Tapi macam aku katakan tadi, dia sakit. Aku tak sampai hati nak kata 'No bibik, no!'

Benda ni aku tak pernah buat. Okey, pernah buat. Tapi setiap kali aku buat mesti sebab aku dipaksa secara kejam atau ditawarkan ganjaran yang lumayan.

Aku tak ada cukup courage untuk buat benda ni.

Demi merealisasikan kemahuan bibik, aku bawa kereta dengan laju dan menuju ke kedai mamak berdekatan. Sebelum turun kereta, aku pandang kiri dan kanan dan kiri lagi, bukan sebab nak melintas jalan, tapi untuk periksa jika ada orang-orang yang aku kenal atau aku minat.

Tengok kiri, kanan, kiri. Okey, tak ada Winona Ryder. Turun kereta. Lari sepantas kilat masuk ke kedai mamak.

Selesai membeli, aku terus pulang.

Knock knock. Aku ketuk pintu bilik Bibik.

Beberapa saat selepas itu, dia buka pintu.

Muka Bibik nampak lesu.

'Bibik, HAI tak ada. URTV dengan Mangga je ada. Nah.'

Bibik senyum lebar. Muka sudah mula ada warna, tidak pucat lagi.

Aku senyum tak lebar sangat.

Kedai majalah mamak patut buat drive-thru.

****

Circa 2003, 2 orang juruhebah dari sebuah rangkaian radio terkemuka Malaysia telah membuat kuiz di pagi hari. Soalannya berbunyi begini (lebih kurang) : Majalah apakah yang paling ramai pembaca di dunia?

Seorang kakak menelefon untuk menjawab soalan tersebut. Dari bunyi suara kakak itu, aku bayangkan dia seorang wanita berumur lewat 30-an, beranak 3, berbadan agak gempal, pakaian kegemaran baju kelawar/kaftan (sebab berangin), suka menonton drama-drama Melayu sambil makan cokodok, suka mengumpat bersama jiran-jiran di waktu petang hingga Maghrib, dan kalau suaminya balik lambat dia akan berkata, 'Amboi bang, lambat balik hari ni, tadi meeting ke dating?' sambil mukanya penuh ditepek bedak sejuk dan kedua tangannya mencekak pinggang (ada cokodok dalam salah satu tangan). Hm..banyak juga benda yang aku fikir pasal kakak tu tapi tak perlulah aku kongsi semua.

Berbalik kepada tujuan kakak tu telefon tadi. Kakak tu dengan angkuh dan yakin sambil suara menjerit sikit dengan intonasi macam 'Apa bodoh sangat soalan ni, bagi soalan susah sikit boleh tak?' nya menjawab : Majalah URTV lah!

Jawapan sebenar : Reader's Digest.

7 comments:

husni said...

aku pasti masa kau dalam perjalanan balik kau dah scan habis dua2 majalah yang kau beli tu kan??? kan??? kan???
Bibik kau memang rock!!!

mr. izuan said...

ler.. aku ingatkan bibik ko kirim beli tuala wanita.. rupanya majalah...

::n.u.r.u.l.a.i.m.i:: said...

haha..nk beli magazine pun sampai mcm tu..seriously kelakar =))

broken_nigina said...

di zaman jahiliah dulu pernah suruh sorang budak beli mangga.
bila balik dia bawak seplastik mangga.
tapi itu semua kisah sebelum merdeka.

mo needs mojo badly. said...

oh. dia tak baca gempak or utopia? :D

Anonymous said...

"aku bayangkan dia seorang wanita berumur lewat 30-an, beranak 3, berbadan agak gempal, pakaian kegemaran baju kelawar/kaftan (sebab berangin), suka menonton drama-drama Melayu sambil makan cokodok, suka mengumpat bersama jiran-jiran di waktu petang hingga Maghrib, dan kalau suaminya balik lambat dia akan berkata, 'Amboi bang, lambat balik hari ni, tadi meeting ke dating?' sambil mukanya penuh ditepek bedak sejuk dan kedua tangannya mencekak pinggang (ada cokodok dalam salah satu tangan)"

ahahah. ini, lucu. seriously. sukati je wat bayangan sndiri. tah2 akak tu gle hot, kurus, mude mak aih. aiyoyo.

papepon jebon. ko rawk la beb. post ko mmg x penah mengecewakn. terkuar usus perut aku gelak mase mmbace. (usus kuar x batal pose kn? zzz) elok2 nk study (esok test) tros x jadi. hoho. keep posting babe! n i'll keep on reading. o yeah!

reader yg setia :)

La Cocca Di Papa' said...

pemikiran akak tu masih local, belum global...harus nasihatkan supaya dia pergi melancong ke luar negara...jgn asyik gi PD dgn langkawi je