Saturday, June 7, 2008

Kadang-kadang aku baca Doraemon untuk menyedapkan hati. Okey, selalu.

Ada beberapa benda dan perkara yang boleh membuatkan aku mengeluarkan air mata serta-merta.

Contohnya :

1. Kematian orang yang aku sayang.

2. Bila hidung ditumbuk/disiku/dibaling dengan bola keranjang secara sengaja atau tidak. Memang tanpa membuang masa, mata akan mula berkaca-kaca.

3. Bila benda berat seperti seterika menghempap jari kaki yang paling kecil (ada nama khas tak untuk jari kaki yang paling kecil tu?)

4. Bila terbaca buku rekod laporan pelajar aku masa tingkatan 4 dan 5. Ternyata, bukan cili merah saja yang boleh memedihkan mata. Dakwat merah juga boleh rupanya.

Dan pagi tadi aku telah menambahkan lagi satu perkara ke dalam senarai ini.

5. Bila bayar RM50 dan dapati minyak hanya naik lebih sikiiit dari suku tangki.

Memang aku terkejut dan terdiam hingga abang Bangladesh yang tolong aku isi minyak dengan ala-ala caring bertanya 'Ade, ok ka? Ade? Ade? Ade!' Dia panggil aku 'Adek' sebenarnya, tapi huruf 'k' dia silent)

Bila agaknya air mata boleh berubah menjadi petrol?

10 comments:

mr. izuan said...

junad, aku tersengih baca no. 2 tuh. secara sengaja atau tidak? huhuhu.

no. 5 tu pun akan aku hadapi bila minyak dalam tangki kereta aku dah nak abis nanti. (sekarang masih full)

Jebon said...

Izuan, punyalah aku menggunakan nama samaran 'jebon', dengan selamba kau panggil aku junad. Cis kau.

Sediakan tisu, takpun lapkan air mata pada baju abang bangladesh penjaga pam minyak.

husni said...

Izuan tak kenal erti kias-lapik, aku rasa dia adalah dari sekolah fikiran cakap-apa-yang-kau-maksudkan dan maksudkan-apa-yang-kau-cakap.

jari kecil kaki = jari kelingking kaki???

mr. izuan said...

opss sorry2.. kau nak berstatus anonymous kat sini ek? kenapa tak bagitau awal2?

by the way, what husni wrote about me is right, even though i absolutely have no idea what he meant by that. boleh tak?

nais said...

6. makan ayam masak merah sambil tengok FRIENDS.

yaya schmaya :) said...

hahah this is toooo funny!

junad, i terjumpa blog you, thru your facebook website link! yeayyy! heheh

gimme your address, if nak baca my blog :)

broken_nigina said...

kalau boleh bertukar jadi petrol,better jadi duit terus je.
kot.

cabincrew are here not to kiss ur ass said...

haha. kamu ni kelakar lah. jari kecik tu orang panggil jari kelingking.. kan? taktau kenapa ada nama keling (-_-")

reny rino said...

kalo ia boleh bertukar ke pertrol aku dah kaya da beb.

hantu kom kom said...

junad, (cewah..konon cam aku kenai hang aa)
jari kaki kecik yang ada orang ada kuku ada orang tadak kuku itu dipanggey pinky toe.

entahla.kakak aku cakap camtu.aku pecaya walopon banyak kali kena tipu sebab dia pandai bahasa inggeris.

tapi kalo dalam bahasa melayu - aku panggey jari kecik.

aku gemar hang punya taipan.dan ini first time dalam sejarah aku mengleave my comment utk orang aku tak kenai.

temakaseh kerana hiburan anda.
temakaseh juga pada sarah the one sebab dekat blog dia aku nampak blog hang
dan temakaseh jua pada sueannajoe sebab dekat blog dia aku nampak blog sarah the one
dan temakaseh jua pada aku tak ingat dekat blog sapa aku nampak blog sueannajoe.

ps:mungkin aku suka taip panjang², pasaitu aku berpantang tinggai komen.aishh.